Bab 37

Romance Series 51364

Dato Sri Ariff Shah melihat anaknya Akira sudah berada di ruang dewan. Dia memberi isyarat agar memulakan majlis kepada pengacara majlis. Tanpa melengahkan masa, pengacara majlis memulakan tugasnya.

"Di minta para tetamu... sila ambil tempat duduk masing-masing. Sebentar lagi majlis ini akan bermula," ucap pengacara majlis dengan jelas. Para tetamu yang berada di dalam dewan itu, mula mengambil tempat masing-masing setelah mendengar arahan daripada pengacara majlis tersebut.

"Bismillahirahmanirrahim... Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan pada hadirin sekalian... " ucap Dato Sri Ariff Shah dengan senyuman tak lekang dari bibirnya. Kemudian dia menyambung kembali hujahnya.

*****

"Bila nak habis ni?" bisik Akira sedari sudah lama rasanya dia berada di majlis itu. Semua acara formal sudah di lakukan melihat papa dan Atok Ayahnya di atas pentas memberi ucapan. Kemudian menyampaikan isentif kepada pekerja yang cemerlang dan ketua setiap depatment. Itulah event mereka setiap tahun di ulang tahun AS HOLDING.

"Dan sebelum saya dan ayah saya turun dari pentas ini... saya kenalkan kepada hadirin sekalian, iaitu anak tunggal saya... Nur Akira Syalinda." kata Dato Sri Ariff Shah, sekali memandang tepat ke arah Akira. Anak matanya seperti mengarahkan anaknya naik ke pentas. Akira menelan air liurnya.

"Akak Akira... Pak Ngah panggil akak tu," bisik Syafika perlahan. Akira menelan air liurnya, dengan perlahan-lahan dia bangun dari tempat duduknya dan bergerak menuju ke pentas.

Sebaik sahaja sampai di pentas, Akira memandang para tetamu yang hadir. Semua tetamu fokus ke pandangan mereka ke arah pentas, tempat yang dia berdiri sekarang. Matanya terhenti ke arah seseorang. Seorang lelaki yang tersenyum sinis ke arahnya dengan mata yang menusuk tajam memandangnya.

"Untuk pengetahuan semuanya yang ada di majlis ini...anak perempuan saya... Nur Akira Syalinda akan menjadi CEO AS HOLDING dan sekaligus akan menggantikan tempat saya. Dah tiba masanya saya bersara dalam dunia perniagaan." tutur Dato Sri Ariff Shah dengan tenang, Akira terus memandang wajah papanya. Dia seperti tidak percaya, begitu cepat papanya menyerahkan syarikat AS HOLDING kepadanya. Tepukkan gemuruh dari semua tetamu yang hadir setelah selesai Dato Sri Ariff Shah memberi ucapan.

******

Haikal dan teman-temannya terkejut sebaik sahaja nama Nur Akira Syalinda di sebut oleh Dato Sri Ariff Shah. Mereka terpegun apabila melihat figura yang sedang berdiri diatas pentas.

"Tak sangka... bidadari aku, rupanya tunang kau... Haikal. Bertuahnya kau, jika kau tak nak tunang kau tu... kau bagi je dekat aku." kata Fazli berterus terang. Anak matanya masih memandang ke arah Akira.

"Aku pun nak jugalah. Dah cukup pekaj untuk jadi pendamping hidup" celah Lokman juga tertarik akan tunang temannya itu. Haikal masih mendiamkan diri tak bersuara, anak matanya merenung tajam ke arah Akira yang berdiri di samping Dato Sri Ariff Shah dan Tan Sri Alif Shah.

"Aku tak menduga...pertemuan yang tak disangka kan...rupanya adalah jodohku," bisik hati kecil Haikal.

----------------------------------------------------

Seusai sahaja Dato Sri Ariff Shah memberi ucapan, acara di sambung lagi dengan jamuan makan. Akira yang baru turun dari pentas, meminta diri untuk ke ladies toilet.

Selesai membuang air kecil, Akira membasuh tangannya di sinki. Kemudian dia melangkah keluar, tiba-tiba tangannya di tarik oleh seseorang.

Haikal menarik tangannya. Lalu dia mengeret Akira dan berhenti di tempat yang agak lengang dan terselindung.

"Hei... Tuan Haikal nak apa?" bentak Akira seraya merentap tangannya dari pengangan Haikal.

"Kenapa kau tipu aku?" ujar Haikal dengan soalan. Anak matanya tak lepas merenung anak mata hazel Akira.

"Buat masa ini, saya tidak dapat menjawab pertanyaan dari Tuan Haikal. Saya perlu masuk ke dalam semula," tutur Akira cuba mengawal nada suaranya.

"No... selagi kau tak jawab pertanyaan aku, selagi tu kau tak boleh pergi." Haikal mara. Kaki Akira mengundur ke belakang bila Haikal benar-benar datang dekat pada Akira. Badan Akira sudah terlanggar dengan dinding membuatkan dia tak dapat bergerak lagi. Otaknya cuba merancang sesuatu untuk melepaskan diri dari Haikal. Tiba-tiba timbul idea di mindanya.

"Baik kalau itu yang Tuan Haikal nak..." ujar Akira dengan senyuman seperti orang psiko.

"Apa maksud kau?" soal Haikal merasa pelik tiba-tiba sahaja Akira tersenyum psiko kepadanya. Dengan sekelip mata, Akira mengangat kakinya dan terus menghentak bahagian aset kelakian Haikal. Seperti nangka busuk, Haikal jatuh ke lantai menahan rasa sakit bahagian bawahnya.

"Maaf... saya dah warning tadi tapi Tuan Haikal tidak faham. Next time, we will meet! Saya minta diri dulu." ucap Akira sebelum meninggalkan Haikal bersendirian di situ.

"Sial... apasal aku boleh lupa yang dia ada asas pertahankan diri." Haikal mengutuk dirinya sendiri. Dengan perlahan-lahan dia berusaha bangun dari lantai.

*****

Haikal melangkah masuk ke dalam dewan, dia menghampiri teman-temannya yang sedang berbual rancak.

"Kau pergi mana tadi? tiba-tiba je hilang dan muncul kembali secara mengejut," tegur Fazli sebaik sahaja Haikal duduk di tempatnya.

"Ada hal sikit tadi," jawab Haikal sambil acuh tak acuh. Hatinya masih merasa panas dengan tindakkan Akira terhadap dirinya.

"Jumpa tunang kah tadi?" teka Lokman sambil mengangkat kedua keningnya. Haikal tidak menghiraukan kata-kata daripada Lokman. Di dalam hatinya sudah berkata-kata,

"Yap... sekaligus dapat hentakkan free dari tunang." Haikal mencapai minuman di atas meja dan meminumnya.

"Haikal, kau tak nak kenalkan tunang kau kat kami kah?" tanya Lokman lagi dengan senyuman sengetnya. Haikal terus merenung tajam ke arah Lokman, hatinya bertambah panas mendengar kata-kata dari temannya itu. Fazli yang menyedari akan reaksi yang di pamerkan oleh Haikal, segera bersuara.

"Kau jangan nak fikir apa-apa bro... kitakan kawan. Kami nak kenal je tunang kau tu. Diakan bakal isteri kawan baik kami, mestilah kami nak kenal." tutur Fazli sambil tersenyum nipis.

"Korang tahukan hubungan kami macam mana?" akhirnya Haikal bersuara.

"Ya, kami tahu. Tapi tak kan korang tak nak kenal hati budi masing-masing, sampai bila korang nak jadi macam ni? atau kau ada perancangan lain?" bicara Fazli. Haikal diam seribu bahasa.

"Okay...apa kata kita pergi kat tempat tu. Aku lihat ada dua gadis cun kat sana selain bidadari Haikal." ajak Lokman.

" Aku setujuh" sokong Fazli. Tanpa menunggu jawapan dari Haikal, Fazli dan Lokman sudah mengatur langkah ke arah meja yang di maksud mereka tadi. Mahu tidak mahu Haikal turut mengekori teman-teman baiknya ke meja tersebut.

----------------------------------------------------

Lima sepupu rancak berbual tanpa menyedari akan ke datangan tiga sekawan menghampiri meja mereka.

"Hai guys... sorry mengganggu!" sapa Fazli dengan senyuman menawannya. Serentak itu lima sepupu mengalihkan mata memandang ke figura yang menyapa mereka.

"Sorry... you all, siapa?" soal Syafika. Anak matanya melirik ke arah figura yang berdiri di belakang figura yang bersuara tadi.

"Perkenalkan... saya Fazli Khan, anak Dato Faizal Khan. Yang ini, Lokman Indra... anak Dato Ilham Riz. Dan yang ini pula, you all tentu dah kenal kan... Haikal Iskandar, anak Dato Haris dan tunang kepada Cik Nur Akira Syalinda." terang Fazli dengan panjang lebar, senyuman manisnya tak lekang di bibirnya. Anak matanya terus memandang wajah tunang teman baiknya itu. Manakala Akira pula terus melirik matanya ke arah Haikal Iskandar yang sedang merenung ke arahnya. Anak mata mereka terus saling membalas tatapan mata.

"Ehem..." Saiful sengaja berdehem, membuatkan Haikal dan Akira terus menoleh ke arah Saiful.

"Takkan depan kitaorang pun nak saling bertentangan mata, hormatlah sikit orang yang berada di sini." tiba-tiba sahaja Saiful bersuara yang dari tadi hanya mendiamkan diri, lalu tangannya mencapai gelas dan menaguk minumannya.

Mereka yang berada di meja itu, hanya tersenyum nipis mendengar kata-kata dari Saiful. Selang berapa saat, bermulalah sesi suai kenal di meja tersebut.

*****

"Saya Nur Syafika dan yang ini, kakak saya.. Nur Atikah. Kami anak Dato Arman Shah." Syafika memperkenalkan dirinya dan juga kakaknya.

"Saya pula Syukri Shah. Dan yang ini... abang saya, Saiful Shah... kami pula anak Dato Azahar. Kami yang berada di sini ni adalah cousin Cik Nur Akira Syalinda atau lebih di kenali Cik Akira... anak Dato Sri Ariff Shah," kali ini Syukri pula perkenalkan dir dan hubungan mereka dengan Akira. Akira hanya tersenyum nipis.

"Cik Akira memang pendiam ya, tak banyak cakap" soal Fazli sambil tersengih ke arah Akira.

"Ya... sepupu kita orang ni, memang pendiam orang nya. Nasiblah siapa yang dapat dia..." perli Saiful dengan senyuman sinisnya. Renungan matanya tajam memandang wajah Akira ketika itu.

"Aku suka wanita yang pendiam," pantas Haikal menjawab sambil tersenyum manis ke arah tunangnya.

"Ya kah? setahu aku... kau suka semua perempuan. Maklumlah playboy!" kata Saiful tidak mahu mengalah. Raut wajah Haikal terus berubah dan dia mengalih pandangan matanya kepada Saiful dengan renungan tajam. Saiful yang sedang tersenyum sinis kepadanya. Melihat keadaan mula tegang, Akira mengambil keputusan untuk beredar dari situ.

"Maaf... saya minta diri dulu. Mata saya dah mengantuk, korang teruskan saja perbualan korang!" tutur Akira secara tiba-tiba. Tanpa menunggu sebarang respon, Akira bangun dari tempat duduknya.

"Hisyam, kita bergerak!" kata Akira lagi, lalu segera meninggalkan tempat tersebut dan Hisyam hanya mengikutinya dari belakang, kemudian selang beberapa saat Haikal pula minta diri.

Sebaik sahaja Haikal hilang dari pandangan mereka, Syukri bersuara.

"Apa ni bang? please... move on!"

"No... selagi mereka belum di ijab kabul, aku masih ada peluang untuk dapatkan Akira!" bentak Saiful, lalu beredar dari meja itu. Mata mereka yang berada di meja itu, saling berpandangan antara satu sama lain.

"Saya tak faham... apa maksud abang Syuk?" soal Atikah minta kepastian. Syukri mengeluh perlahan.

"Sorry, saya mencelah. Siapa lelaki yang ikut Akira tadi?" tanya Lokman cuba mengalih topik.

"Bodyguard" jawab Atikah sepatah.

"Oklah... kitaorang minta diri dulu, next time... kita jumpa lagi." ucap Fazli. Dia tahu tentu ada perkara yang nak di bincangkan oleh cucu-cucu Tan Sri Alif Shah.

******

Beredar sahaja Fazli dan Lokman, syafika bertanya kembali kepada Syukri mengenai Saiful.

"Sebenarnya... abang Sai, sudah lama sukakan Akira." jelas Syukri dengan jujur. Fika dan Tika terkejut beruk apabila mendengar penjelasan daripada sepupu angkatnya.

"Sejak bila abang Sai sukakan Kak Akira?" soal Atikah ingin tahu. Anak matanya tak beralih memandang Syukri tika itu.

"Sejak dari sekolah menengah lagi, abang Sai sudah menyimpan perasaan terhadap Akira. Tika dan Fika masih ingat kah time kita sekeluarga berkumpul di rumah Atok Ayah beberapa bulan yang lepas?" soal Syukri sambil memandang kedua sepupu angkatnya itu. Lantas Fika dan Tika menganggukkan kepala mereka.

"Pada masa itu, abang Sai nak melamar Akira tetapi Atok Ayah pula menyampaikan amanat nenek, di mana Akira harus berkahwin dengan cucu sahabatnya. Abang Sai sangat kecewa." ujar Syukri.

"Pulang sahaja dari rumah Atok Ayah, Abang Sai terus masuk ke biliknya. Dan tidak berapa lama kemudian, saya dan mama terdengar bunyi barang jatuh ke lantai dari bilik abang Sai. Kami yang berada di ruang tamu segera menujuh ke bilik itu. Tiba saja kami di depan pintu, kami memujuk abang Sai minta buka pintu biliknya namun tiada sebarang tindak balas. Hampir dua jam, barulah dia membuka pintu biliknya. Barang-barang abang sai habis bertaburan di atas lantai. Belum sempat kami cuba mengemas biliknya, dia marahkan kami dan selepas itu abang Sai menghalau kami dari biliknya." cerita Syukri. Atikah dan Syafika diam seribu bahasa.

----------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience