Bab 25

Romance Series 51364

Kereta Mercedes-Benz hitam melintas laju dan diparkir di hadapan gudang terbiar. Dato Azahar keluar dari kereta dengan pantas dan diikuti tiga orang lelaki mengiringinya dari belakang. Dia mempercepatkan langkah kakinya masuk ke dalam gudang terbiar. Di lihatnya hanya Ali dan koncu-koncu nya saja yang berada di situ.

"Mana Akira? " soal Dato Azahar dengan berangnya.

"Cik Akira dapat melepaskan diri, Dato." jawab Ali dengan menahan sakit akibat di belasah oleh orang-orang Akira.

Satu penumbuk padu hinggap di wajah Ali, terus jatuh tersungkur dia ke lantai. Ali mengigit bibir dan menbiarkan saja darah keluar mengalir dibibirnya. Dia berusaha juga untuk bangun kembali.

"Bagaimana dia boleh terlepas ahh? " jerkah Dato Azahar.

"Cik Akira di bantu oleh orang-orangnya... sebaik saja kami keluar dari kereta, orang-orang Akira menyerang kami dan sebelum dia melangkah pergi Akira kirim salam pada Dato, dan dia juga ada kata... jangan terlalu tamak! " ujar Ali dengan termengah-mengah, cuba mencari nafas.

"Jahanam...! "jerit Dato Azahar, lalu melepaskan amarahnya lagi ke tubuh Ali serta geng Ali.

Selepas membelasah tubuh Ali dan konco-konconya, Dato Azahar mengeluarkan sepucuk pistol dan terus melepaskan tembakan satu persatu ke tubuh geng Ali. Ali tergamam melihat kawan-kawannya mati di tembak oleh majikannya.

"Bangsat kau orang tua, sanggup kau bunuh orang-orang kau sendiri." Ali menyumpah Dato Azahar dalam hatinya.

Timbul rasa menyesal kerna telah menolak tawaran dari Akira tadi. Di sebabkan terlalu ikutkan ego nya, nyawa teman-temannya melayang.

Kemudian Rizal yang baru tiba, terus masuk ke dalam gudang dan menuju ke arah Ali yang terbaring di atas lantai gudang.

"Kau keluar sekarang" Rizal memberi arahan kepada Ali yang sudah dibalasah teruk oleh Dato Azahar.

Rizal melihat sekeliling terdapat beberapa susuk tubuh tak bernyawa terbaring di lantai. Dia mengetahuinya ketika dalam perjalanan ke situ. Akira dengan mudah dapat melepaskan diri daripada serangan orang-orang suruhan Dato Azahar.

"Jangan haraplah kau akan dapat tangkap Akira, dia sudah bersiap sedia untuk melawan kau...Dato Azahar!" bisik hati Rizal sendiri.

"Kenapa sudah sangat nak tangkap kau, ahh? Budak itu betul-betul menguji kesabaran aku... Aku tak nak tangguh-tangguh lagi, Rizal...walau apa pun caranya, aku nak kau tangkap budak perempuan tu" kata Dato Azahar dengan garangnya.

Rizal mendiamkan diri dan mengangguk perlahan-lahan, dia terus meminta diri untuk keluar dan meninggalkan Dato Azahar dengan orana-orang suruhannya yang lain.

"Malik... clear kan tempat ini. Aku tak mahu ada sebarang kesan yang tinggal." ujar Dato Azahar datar memberi arahan.

"Baik Dato" akur Malik, lalu segera mengerjakan tugasnya.

Dato Azahar bergegas pergi meninggalkan tempat tersebut tanpa menghiraukan mayat-mayat yang dilangkahinya begitu sahaja.

---------------------------------------------------

Ketika Haikal menghidupkan enjin kereta Audi R8, telepon bimbitnya mengeluarkan lagu. Dia sandarkan di kerusi kereta miliknya sambil melepaskan keluhan berat.

"Apa lagi ibu nak ni. Tadi dah call, sekarang call lagi... nak bernafas sikit pun tak susah!" rungut Haikal bersama keluhannya.

Dengan perasaan sebalnya, Icon hijau di seret.

"Assalammualaikum Haikal. Kal ada kat mana tu?" tanya Datin Harlin di dalam telepon.

"Waalaikumsalam ibu. Kal dalam kereta ni, dah nak bergerak ke rumah ni." kata Haikal acuh tak acuh.

"Ohh, ibu sangkakan Haikal masih di kondominium Kal. Baiklah.., Haikal hati-hati bawa kereta tu." ujar Datin Harlin, lalu mematikan talian.

"Ibu ibu... ada-ada saja! " desis Haikal sendirian.

Dengan perasaan bad mood nya, Haikal Iskandar terus menekan pedal minyak lalu di pandu dengan laju. Dia tidak mempedulikan ramai kereta yang menekan hon kepadanya. Kerna di kotak fikirannya, susah ligat menyusun rancangan untuk bakal tunangnya.

---------------------------------------------------

Keluarga kecil Dato Sri Ariff Shah telah sampai di hadapan rumah agam Atok Ayah. Pak Zainal mengeluarkan beg-beg bagasi Dato Sri Ariff Shah dan isterinya di bonet kereta BMW. Sementara pula beg bagasi Akira, Hisyam keluarkan dari bonet kereta Honda city sport hybrid.

Dato Sri Ariff Shah dan Datin Sri Arani Lin, jalan bersama masuk ke dalam rumah agam itu. Manakala Akira pula di iringi oleh pengawal keselamatannya.

Kedatangan keluarga kecil Dato Sri Ariff Shah di sambut dengan senyuman lebar oleh Atok Ayah iaitu Tan Sri Alif Shah dan di ikuti oleh keluarga Dato Arman Shah. Mereka semuanya bergerak menuju ke ruang tamu.

Nur Atikah dan Nur Syafika sudah pun mendapatkan Akira dengan pengawal peribadinya.

"Siapa tu kak Akira? " tanya Nur Syafika dengan mengangkat-angkat kening dan anak matanya menuju ke arah lelaki yang tidak jauh dari Akira.

"Boyfriend akak, why? handsome tak? " Akira berseloroh kepada adik sepupunya.

"Kau jangan nak mengada-ada Fika, di mana kau nak letak pakwe kau tu?" Nur Atikah turut menyekat adiknya.

"Tanya je... Handsome lah, kak Akira. Nampa sepadan dengan kak Tika, betul tak?" tutur Nur Syafika, dia masak dengan perangai dua gadis dihadapannya.

"Fika jangan nak padankan dengan akak, ok! " bantah Nur Atikah.

"Memang betul pun apa yang Fika cakap tu" sokong Akira dengan bicara Nur Syafika.

"Akak Akira nak kenakan Tika juga kah? " Nur Atikah membuat mulut muncung.

Tercetus gelak ketawa Akira dan Nur syafika melihat mulut muncung yang di buat oleh Nur Atikah.

Hisyam yang mendengar bicara daripada gadis yang bernama Fika, hanya tersenyum dalam hati. Bimbang nanti dirinya akan dijadikan bahan ketawa dari gadis-gadis yang tidak jauh darinya.

"Hisyam, awak boleh berehat sekarang. Apa-apa nanti, saya call awak! " ujar Akira dengan senyuman nipisnya.

"Baik, Cik Akira. Saya minta diri" balas Hisyam sambil mempamerkan senyuman macho nya.

"Alamak... aku dah jatuh cintalah" tutur Nur Syafika ketika dia melihat senyuman meniti di bibir Hisyam.

Akira dan Nur Atikah ketawa kecil mendengar ucapan daripada Nur Syafika, lantas mereka memasuki bilik Akira.

Ketika pintu bilik di buka, ketiga-tiga anak mata gadis itu tertumpuh ke arah atas katil. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

"Korang tunggu di sini, akak nak jumpa dengan papa akak" ujar Akira, kedua-dua sepupunya menganggukkan kepala tanda setujuh.

Akira segera mempercepatkan langkahnya menghampiri Dato Sri Ariff Shah yang duduk bersembang dengan Atok Ayah dan pakcik Man nya di ruang tamu agam itu.

"Maafkan Akira, boleh tak Akira pinjam Papa Akira sekejap? " tutur Akira dengan sopan.

"Boleh...tapi jangan lama-lama, ada hal yang perlu Atok Ayah bincangkan dengan papa kamu." ujar Tan Sri Alif Shah dengan senyuman sinisnya.

"Ok, terima kasih Atok Ayah." Akira terus mengheret lengan tangan papanya menuju ke bilik tidurnya.

Sebaik tiba di bilik tidur Akira, Akira bersuara.

"Please papa... explain to me ". Akira menunjuk dulang-dulang yang terdapat di atas katilnya.

Sebelum menjelaskan perkara yang di minta oleh anaknya, Dato Sri Ariff Shah menarik nafas kemudian menghembusnya...dia melakukannya sebanyak tiga kali.

"Maafkan papa... papa lupa nak bagi tahu tentang itu." kata Dato Sri Ariff Shah sambil memandang ke arah katil anaknya.

Akira mendiamkan diri, dia masih menunggu penjelasan daripada papanya. Nur Atikah dan Nur Syafika turun mendiamkan diri, mereka hanya ingin menjadi pendengar sahaja.

"Pada mulanya pihak lelaki cuma nak merisik Akira saja. Tapi tiba-tiba saja mereka ingin mengikatkan tali pertunangan kerna kesihatan nenda mereka iaitu kawan baik arwah nenek Akira, merosot secara mendadak. Mereka khuatir nenda mereka tak sempat melihat majlis pertunangan nanti. Jadi mereka terus nak betunang sebaik saja merisik Akira. Atok Ayah terus setujuh dengan cadangan mereka dan papa pula, mahu tidak mahu papa terpaksa akur." terang Dato Sri Ariff Shah dengan panjang lebarnya.

"Siapa yang siapkan dulang-dulang hantaran tu?"

"Mama Akira yang buat."

"Bagaimana dengan permintaan Akira pula?"

"Itu yang papa nak bincangkan dengan Atok Ayah kamu, ni"

"Baik... kalau mereka nakkan begitu, jangan salahkan Akira jika terjadinya sesuatu"

"What do you mean, Akira? do not be afraid papa."

"Akira just want to be careful, do not worry papa. And now.., Papa boleh sambung perbincangan papa di bawah."

Akira bergerak ke pintu dan membukanya.

"Thank you for your explanation" tutur Akira kepada Dato Sri Ariff Shah sebaik saja papanya sudah berada di luar biliknya, kemudian dia menutup kembali rapat pintu biliknya.

"What do you mean, akak Akira ?" soal Nur Atikah, dahinya mula berkedut.

"Nothing, don't think too much. So... tolong akak alihan dulang-dulang tu, boleh? "

"Boleh lah kak, kami ok je."

"Thank you lovely cousin".

Selesai memindahkan dulang-dulang hantaran di atas lantai, ketiga-tiga gadis tu duduk di atas katil.

"Betul kah Hisyam tu... boyfriend akak Akira?" Nur Syafika mula menyelidik.

"Taklah... Hisyam tu kawan baik akak semasa di Australia. Kami seuniversiti di sana dan sekarang dia berkerja dengan akak." jelas Akira.

"Oohh, Fika ingatkan Hisyam tu betul-betul boyfriend akak."

"No lah, akak kan harus tunaikan amanat arwah nenek kita."

"Meskipun akak dah ada teman lelaki!"

"Tika, Fika... akak memang tak ada teman lelaki sebab akak belum lagi membalas jasa kedua orang tua akak."

"Yang korang tanya mengenai bodyguard, akak kenapa?"

"Tak ada apa-apa."

"Ye kah ni? "

"Ya Kak. Oklah kami minta diri dulu, nak bersiap makan malam."

"Nak mengelaklah tu. Ok nanti kita jumpa di meja makan ya."

"Ok kak, kami cau dulu."

Sebaik saja pintu bilik di tutup rapat, Akira terus mencapai telepon bimbitnya.

---------------------------------------------------

Pintu pagar automatik terus di buka bila kereta Audi R8 milik Haikal Iskandar memasuki perkarangan rumah agam itu. Haikal turun dari keretanya dan membuka pintu rumah agam tersebut. Dia di sapa oleh ibunya.

"Alhamdulillah... anak ibu dah sampai. Mari kita duduk di sana, makanan dah siap di hidangkan." ujar Datin Harlin sambil memegang lengan tangan Haikal menuju ke meja makan.

Mereka berdua duduk bersebelahan di meja makan. Tidak lama kemudian, Dato Haris dan Hamzah menurun anak tangga dan menghampiri meja makan.

"Semuanya dah ada... Ham baca doa makan" arah Dato Haris.

"Bismilahhirahmannirahhim... Allahhumma bariklana fima razaqtana wakina azabannar... amin."

Usai membaca doa makan, mereka sekeluarga menjamah makan malam.

Sebaik selesai makan malam, mereka sekeluarga duduk di ruang tamu menghirup kopi panas. Kebiasaan waktu beginilah yang mereka sekeluarga lakukan, sebelum Haikal mengambil keputusan untuk tinggal di luar.

"Ibu, kenapa banyak dulang-dulang tu untuk di atas meja? " soal Haikal. Ketika dia menghampiri ruang tamu, Haikal ternampak beberapa biji dulang yang siap di hias dengan cantik. Hatinya mula tertanya-tanya.

"Untuk majlis pertunangan Haikal lah" jawab Datin Harlin dengan senang hati.

"What? bukan kita cuma nak merisik saja kah?" ujar Haikal tidak berpuas hati.

"Ya. Kita memang datang merisik dan terus buat majlis bertunang. Haikal tahukan kesihatan nenda kamu tidak berapa baik kebelakangan ini. Lagipun pihak perempuan tiada bantahan dengan permintaan nenda." bicara Dato Haris.

"Kenapa... Haikal dah tukar fikiran kah? kalau Haikal Iskandar tak setujuh... Hamzah Isyah kan ada." bicara Dato Haris lagi dengan senyuman sinis.

"Apa ni ayah, janganlah nak bergurau kasar dengan Kal. Haikal kan dah setujuh, cuma kal terkejut saja" rungut Haikal, bila mendengar gurauan kasar dari ayahnya.

"Ya kah? Ayah sangkakan Haikal Iskandar dah berubah fikiran." seloroh Dato Haris.
Hamzah dan Datin Harlin hanya tersenyum mendengar perbualan Dato Haris dan Haikal Iskandar, terasa terhibur pula.

" Dah lah, jom masuk tidur... esok kita nak ke butik. Cari baju untuk majlis merisik sekali dengan pertunangan." tutur Datin Harlin yang tak lekang dari senyumannya.

"Jom lah bang, kita masuk bilik. Dah lewat ni, tak pasal-pasal nanti lambat bangun pula... bising ibu kita nanti." ucap Hamzah yang tadi hanya jadi pendengar saja.

---------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience