Bab 8

Romance Series 51364

Silauan cahaya matahari terbit, membuatkan Rizal terjaga dari tidurnya. Tangan kanan mencapai telepon bimbit, manakala tangan kiri menggosok-gosok matanya. Jam di telepon bimbit menunjukkan pukul 8 pagi, tanpa membuang masa Rizal segera keluar dari perut keretanya dan memasuki banggunan hotel Mariana.

Berulang-kali loceng pintu biliknya berbunyi hingga menyedarkan Mimi dari tidur lenanya.

"Hisss... siapa pula awal pagi tekan loceng ni, kacau betullah" rungut Mimi kerna tidurnya di ganggu.

Dengan perasaan malas bercampur geram, Mimi membuka pintu biliknya itu. Sebaik saja pintu di buka, terus terbuka luas matanya apabila melihat figura yang berdiri di hadapannya.

"Abang" hanya satu perkataan saja yang keluar dari mulut Mimi.

Rizal terus melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

" Abang.., abang tak boleh masuk" larang Mimi pada Rizal kerna sesuka hati saja masuk ke dalam bilik hotelnya.

"Jangan risau, kawan Mimi dah benarkan abang masuk" ujar Rizal dengan selambanya.

Lalu dia bergerak menuju ke bilik mandi untuk mencuci mukanya.

Apaila melihat abangnya menuju ke bilik mandi, Mimi cuba menghalang kerna kemungkinan temannya berada dalam bilik itu. Tetapi apa kan daya, tangan Rizal sudah pun menyentuh tombol pintu dan membukanya.

Mimi merasa hairan kerna tiada kelibatan Akira dalam bilik mandi itu, lalu dia menoleh ke katil di mana tempat temannya tidur. Tiada satu pun barang kepunyaan Akira berada di situ, dahinya berkerut. Banyak persoalan mula muncul dalam mindanya.

Rizal yang menyedari akan perubahan adiknya itu, lantas dia bersuara.

"Akira dah pergi semalam selepas berjumpa dengan abang".

Terkesima Mimi seketika mendengar kata-kata yang keluar daripada mulut abangnya. Rizal melihat adiknya seperti terpaku, lalu dia berdeham kuat sedikit agar Mimi tersedar.

Mendengar deham dari abangnya, Mimi terus menyerang Rizal dengan pelbagai persoalan.

"Macam mana Akira boleh berjumpa dengan abang? Sedangkan dia tak kenal dengan abang pun. Dan dari mana abang boleh tahu kami berada di sini? Abang, stalker... kami? atau ... jangan-jangan abang orang suruhan Dato Azahar!".

Rizal menarik nafaz perlahan-lahan dan menghembusnya, dia cuba mengumpul keberanian untuk menjawab pertanyaan daripada adiknya. Beberapa saat berlalu, Rizal memulakan sesi soal jawabnya.

Setelah mendengar penjelasan dari abangnya, Mimi mengambil telepon bimbitnya dan mendail nombor telepon Akira, tetapi sayang panggilan itu masuk ke voice mail.

---------------------------------------------------

Matahari sudah pun terpacak tegak di siang hari,
Haikal baru bangun dari tidurnya. Kepala terasa sakit sedikit akibat kurang tidur, dia mencapai tuala dan masuk ke bilik mandi.

Badan merasa segar dan sakit kepala mula beransur hilang selepas membersihkan diri. Haikal ke bilik wardrobe nya, dia hanya memakai seluar pendek paras lutut.

Ketika Haikal meminum jus orennya, baru dia teringat akan kejadian semalam. Lantas Haikal segera ke bilik tamu untuk melihat keadaan figura tersebut.

"Belum sedar lagi? Dia ni hidup kah atau dah mati? Semalam aku check, nadinya masih ada kot" desis Haikal. Sempat lagi dia meneroka raut wajah figura itu.

"Cantik..." bisik hati kecil Haikal serta terukir senyuman di bibirnya.

"Dia siapa? Kenapa dia lari? siapa kejar dia? Kenapa dia keluar malam? " bisik hati Haikal lagi dan serta-merta hilang senyumannya.

Pelbagai persoalan mula timbul dalam akal fikirannya.

Tidak berapa lama kemudian, perlahan-lahan Akira membuka kelopak matanya. Dia nampak kipas siling sedang berputar, lalu Akira melihat ke tingkap yang di terangi cahaya matahari.

"Aku ada di mana ni?" gumam Akira kebinggungan.

"Kau ada di kondo aku!". Satu suara garau dari arah belakang Akira.

Lalu perlahan-lahan Akira mengerakkan tubuhnya dan menoleh ke belakang, seorang lelaki sedang renungannya dengan pandangan tajam.

Haikal berdeham perlahan, memulihkan perit ditekaknya sebelum menerus bicaranya.

"Nama aku Haikal Iskandar, kau boleh panggil aku Haikal. Nama kau siapa? kenapa kau lari semalam? Kau buat apa keluar malam buta? " bertubi-tubi Haikal mengajukkan soalan.

Akira masih mendiamkan diri, dalam hatinya berbisik,
"Perlukah aku jujur atau tidak? aku baru bertemu dengannya".

Haikal merasa geram terhadap figura yang berada di hadapannya tidak bersuara, namun dia cuba mengawal emosinya.

"Kau dah bisu kah?" tanya Haikal lagi,
kali ini suaranya agak keras sedikit.

Mendengar perubahan suara lelaki yang bernama Haikal itu, Akira memberanikan diri bersuara.

"Nama saya...Nur Akira Syalinda. Encik Haikal boleh panggil saya..Linda."

----------------------------------------------------

maaf, jika ada salah dalam penulisan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience