Bab 42

Romance Series 51364

Tok tok tok...

Kedengaran pintu bilik tidurnya di ketuk dari arah luar. Lalu Hashima memberi kebenaran masuk.

"Masuklah... pintu tidak berkunci."

Terdengar ibunya memberi kebenaran masuk, Dato Haris memulas tombol pintu tersebut... kemudian menolak daun pintu itu ke dalam.

"Assalammualaikum mak," sapa Dato Haris dengan senyuman lebarnya. Lalu dia menghampiri ibunya yang berada di atas katil.

"Waalaikumsalam, Haris" sahut Hashima. Perlahan-perlahan dia bangun dari pembaringannya.

Lalu Hashima duduk dan bersandar di kepala katil. Di lihat raut wajah anaknya kelihatan berseri-seri dengan senyuman. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang nak disampaikan oleh anak lelakinya itu.

"Mak, sihat?" soal Dato Haris sambil menyua tangannya untuk menyalami tangan ibunya.

"Alhamdulillah... boleh lah, yang penting mak masih boleh bernafas di muka bumi Allah ini. Ada apa-apa yang mak boleh tahu?" jawab Hashima dengan lembut.

"Mak ni, macam ahli nujum sahaja. Tahu saja Haris nak sampaikan sesuatu kat mak"

"Haris kan anak mak.., mak yang mengandungkan dan melahirkan Haris. Dan mak jugalah menjaga Haris dari kecil sehinggalah dah kahwin dan punyai dua cucu teruna. Mestilah mak tahu setiap gerak geri anak mak ni. Cakaplah apa dia?"

"Akira sudah setujuh nak percepatkan majlis kahwin mereka."

"Alhamdulillah... bila majis pernikahan itu?"

"Itu Haris tidak pasti pula bila tarikh pernikahan mereka sebab Akira nak berbincang sendiri dengan Haikal... kata Tan Sri Alif Shah pada Haris."

"Oh ya kah? Tak pe... yang penting mereka setujuh nak percepatkan pernikahan. Bukannya apa, mak takut nanti... mak tak sempat nak tengok cucu arwah kawan baik mak, berkahwin dengan cucu mak. Itulah permintaan terakhir arwah kawan baik mak itu."

"Ya mak, Haris tahu. Jika tidak di sebabkan oleh arwah kawan baik mak, mungkin Haris dah kehilangan mak."

Imbas kembali...

"Kalau kau nak selamat... serahkan perempuan itu kepada kami!" arah seorang lelaki yang memakai topeng muka.

"Siapa mereka ni shima?" soal Asmiranda berbisik kepada temannya itu. Anak matanya merenung tajam ke arah lelaki-lelaki yang bertopeng di hadapan mereka.

"Mereka orang suruhan musuh Idris, Mira." jawab Hashima dengan perlahan. Seluruh badannya menggigil, perasaan takut mula menguasai dirinya tika itu.

"Kau jangang takut, aku akan lindungi kau. Sekejap lagi... orang-orang aku akan datang," ucap Asmiranda dengan perlahan.

"Kalau korang nak dia, langkah mayat aku dulu!" ucap Asmiranda dengan lantang. Lalu dia maju ke hadapan selangkah dan Hashima berada setapak di belakangnya.

"Berani ya kau. Baik aku akan langkah mayat kau!" ujar lelaki bertopeng itu, lalu dia menyerang Asmiranda.

Dengan adanya seni mempertahankan diri, Asmiranda dengan mudah mengalahkan pihak musuh. Habis semuanya di belasah teruk. Hashima kagum dengan kebolehan teman baiknya itu.

"Tak sangka aku, meskipun kau dah berusia... seni pertahanan kau, masih hebat!" puji Hashima dengan rasa gembira.

Tiba-tiba Asmiranda memeluk dan memusing tubuh mereka. Bunyi tembakan di lepaskan. Hashima melihat musuh suaminya sudah melepaskan tembakan dari arah belakang temannya itu.

Asmiranda rebah di pelukkan Hashima. Dan tidak semana-mana ada beberapa figura yang memakai jaket hitam, melepaskan tembakan ke arah figura yang menembak Asmiranda.

"Mira." Hashima meraung. Asmiranda hanya memandang ke arah temannya. Tembakan tepat mengena di belakang tubuh Asmiranda.

"Shima, aku harap kau dapat tunaikan perminta aku tu... yang bakal cucu-cucu kita akan menyatukan hubungan persahabatan kita ini." Hashima menganggukkan kepala, airmata mengalir di pipinya. Asmiranda tersenyum nipis.

"Ya. Aku janji akan tunaikan permintaan kau, Mira. Bertahan Mira, orang-orang kau sudah datang. Mereka akan selamatkan kau," Asmiranda menggelengkan kepala.

"Aku dah tak boleh bertahan lagi, aku harus pergi!" Hashima meraung, dia tidak bersedia untuk ini.

"Stop it Mira, kau akan selamat!"

"Tidak Shima, dada aku sangat saa...kit" Seakan nafas semakin sukar. Hashima menangis. Deruan nafas Asmiranda sudah tiada. Hashima menggelengkan kepala dan memanggil nama teman baiknya itu.

"Mira, wake up... wake upp!" Namun tiada tindak balas. Hashima meraung semahunya. Asmiranda sudah tiada. Dia sanggup mengorbankan nyawanya demi melindungi teman baiknya itu.

Tamat imbasan...

"Benar Haris, mak terhutang nyawa dengannya. Dia sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan mak daripada orang suruhan musuh ayah, Haris." luah Hashima dengan sayu.

Dan tanpa mereka sedari, perbualan dua beranak itu telah di dengari oleh Hamzah... anak ke dua Dato Haris.

"Oh... patutlah nenda nak cucunya kahwin dengan cucu arwah kawan baiknya. Ada kisah di sebaliknya. Aku harap abang Haikal tidak persia-siakan cucu arwah kawan baik nenda," bisik Haikal sendirian. Lalu dia berlalu pergi menuju anak tangga rumah.

******

"Mak berharap anak Haris... Haikal, tidak berubah fikiran. Jangan pula, last minit nanti... dia buat hal pula." Timbul kerisauan di hati Hashima. Dia tahu akan sikap cucunya itu.

"Mak tak perlu risau, jika Haikal berubah fikiran... perkahwinan itu tetap berlangsung kerna Hamzah akan menggantikan tempat Haikal." ujar Dato Haris dengan yakinnya.

"Hamzah tak membantah kah?" soal Hashima ingin kepastian.

"Haris bersyukur memiliki anak seperti Hamzah, mak. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk keluarga kita. Dan dia juga tidak seperti abangnya, Haikal... yang suka berpoya-poya di luar sana,"

"Jangan cakap macam tu, Haris. Walaubagaimana sekalipun, Haikal tetapi anak kandung Haris. Jika dia mendengar dengan apa yang kamu katakan, tentu dia terasa nanti." tegur Hashima dengan lembut. Dia tidak mahu anaknya membeza-bezakan cucunya.

"Maaf mak... Haris bukannya nak beza-bezakan anak Haris tapi mak sendiri tahu kan bagaimana perangai cucu-cucu mak tu," ujar Dato Haris dengan jujur.

----------------------------------------------------

Jam menunjukkan pukul 10 pagi, namun kelibat Haikal masih tidak kelihatan. Khairudin merasa hairan, setahu dirinya... Haikal tidak mengambil cuti hari ini. Dia pergi ke arah meja Zara, secretary Haikal.

"Morning Zara! Tuan Haikal tak masuk office kah hari ini?" soal Khairudin dengan ramah.

"Morning Encik Khai, ya. Tuan Haikal tidak masuk office hari ini. Dia tidak sihat." jawab Zara dengan senyuman manisnya.

"Okay, thank you... Zara."

"Most welcome, Encik Khai."

"Tak sihat? Hishh... ada-ada saja Haikal ni, mentang-mentanglah bos. Tapi kalau betul macam mana?" bicara Khairudin sendiri. Lalu dia capai kunci keretanya di atas meja dan terus keluar dari pejabat untuk berjumpa dengan Haikal a.k.a majikan a.k.a sahabat baiknya.

******

Tok tok tok...

Lonceng kondo di tekan berulang kali, namun tiada tanda-tanda orang nak membuka.

"Haikal ni tidur mati ke apa? atau dia tiada kat dalam?" monolog Khairudin sendiri.

Tangannya terasa ringan ingin membuka pintu kondo tersebut, lalu dia menyentuh tombol pintu dan memulasnya. Khairudin merasa cuak, kawannya tidak mengunci pintu kondonya.

"Haikal ni kan! Memang tak sayang nyawa. Pintu rumah pun tak di kuncinya, kalau ada orang nak buat jahat kat dia...senang je!" bebel Khairudin sendiri lagi.

Sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam kondo Haikal, matanya memerhati setiap isi dalam rumah itu. Dan anak matanya terhenti apabila dia terpandang sebujur tubuh sedang terbaring di atas sofa. Di wajahnya mempunyai kesan-kesan lebam.

"Astaqhgirullahalazim... apa dah berlaku dengan dia ni?" ucap Khairudin dengan rasa terkejutnya.

"Haikal... bangun Kal!" Khairudin menggerakkan badan temannya itu sehinggalah tersedar dari tidurnya. Haikal agak terkejut melihat kawannya, Khairudin berada di hadapannya.

"Ehh, kau buat apa kat sini?" suara Haikal serak, lalu perlahan-perlahan dia bersandar di sofa dengan rambut serabainya.

"Kenapa dengan muka kau ni, Kal? Lebam sana sini, kau kena pukul kah?" soal Khairudin bertalu-talu sambil melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Haikal. Haikal mengunci mulutnya.

"Kenapa kau diam? Cuba kau bagi tahu kat aku, apa yang sudah berlaku?" soal Khairudin lagi, masih tidak berputus asa.

"Khai, kau tahu di mana ada class martial art? " soal Haikal dengan serius. Terkejut Khairudin, lain yang di tanya lain yang dijawab oleh temannya itu.

"Apa sal kau tiba-tiba nak cari class martial art ni? Kau nak balas dendam kah dengan orang yang tumbuk kau?" soal khairudin dengan soalan balik.

"Boleh tak kau jawab soalan aku? Bukannya nak soal aku balik?" rungut Haikal dengan kasar. Nak juga dia ketuk kepala temannya itu tapi memandangankan keadaan dirinya tidak berapa baik, Haikal terpaksa mematikan niatnya itu.

"Soalan aku pun kau tak jawab, nak aku pula jawab soalan kau," kata Khairudin dengan perasaan sebalnya.

"Kalau kau datang ke sini nak bebel aku, lebih baik kau berambus... aku nak berehat!"

"Alah, itupun nak sentap... Ok ok... sorry, aku ada teman yang kerja di sebuah pusat latihan kick boxing. Kalau kau nak aku bawa kau ke sana, boleh je!"

"Esok kau bawa aku ke sana, lagipun esok kau cutikan?"

"Ok, esok aku bawa kau ke sana... yang penting kau tidak sakit dah."

"Aku ok je, kau jangan risau."

----------------------------------------------------

Tiba di hadapan bangunan dua tingkat, terpampang dengan papan tanda bertulis 'KICK BOXING ART'. Tangga menuju ke atas di daki.

Khairudin menolak pintu pusat latihan tersebut, kemudian mereka menghampiri wanita berseluar track dan memakai baju t-shirt kick boxing art yang sedang duduk di kaunter itu.

"Saya nak berjumpa dengan Bob." Khairudin terus menerangkan maksudnya datang ke tempat itu. Haikal yang berada di belakang Khairudin, hanya mendiamkan diri.

"Boleh saya tahu, encik ni siapa?" soal wanita tersebut dengan ramah.

"Saya Khairudin, kawan Bob." jawab Khairudin dengan senyuman manisnya.

"Tunggu sebentar ya, kita panggil Sir Bob." ujar wanita itu dan dia menghilangkan diri masuk ke dalam ruangan latihan.

Beberapa minit kemudian, wanita tadi muncul semula bersama dengan lelaki yang dimaksudkan.

"It's been a while... old friend." Bob dan Khairudin melagakan penumbuk mereka... kemudian berpelukkan.

"You still remember me... huh!!!" ujar Khairudin.

"Of course.. lah ingat. Kau kan best friend aku time sekolah menengah. Jom lah masuk office aku. Tina, bawakan... two mineral water for our gues... hantar ke office saya, okay!" pesan Bob sebelum mereka mengikuti lelaki itu menuju ke bilik pejabatnya.

Sebaik sahaja masuk ke dalam pejabat, Khairudin melabuhkan punggungnya di kerusi. Manakala Haikal duduk di kerusi yang bersebelahan dengan dirinya.

"So... ini kah orang yang kau maksudkan tu, Khai?" soal Bob sambil memandang ke arah lelaki yang duduk bersebelahan dengan Khairudin.

"Ya. Ini Haikal Iskandar, member aku dan sekali merangkap majikan aku. Dan Haikal, ini Bob... teman sekolah menengah aku dulu. Tempat ni, dia yang punya." bicara Khairudin dengan santai. Lalu Bob dan Haikal saling bersalaman tanda salam perkenalan mereka.

-----------------------------------------------------

Maaf jika ada kekurangan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience