Bab 26

Romance Series 51364

Keluarga Dato Haris mula bersiap hendak bertolak ke rumah agam Tan Sri Alif Shah. Saudara-mara keluarga Dato Haris sudah berkumpul di ruang tamu agam rumahnya.

"Barang-barang hantaran dah siap semuanya?" tanya Dato Haris kepada isterinya.

"Dah bang, tinggal kita nak angkat dan bawa masuk ke dalam kereta saja lagi." jawab Datin Harlin.

"Ok... Mana Haikal?" kata Dato Haris, lalu anak matanya mengerling sekeliling ruang tamu mencari susuk tubuh anaknya yang sulung.

Tidak sampai lima minit, Haikal muncul dengan memakai baju kemeja berwarna biru dan berseluar slack hitam turun dari anak tangga dan menghampiri ahli keluarganya yang berkumpul di ruang tamu rumah.

"Maaf ayah, Haikal baru selesai bersiap." ucap Haikal sambil memakai kaca matanya.

"Hmmm ... Baiklah, mari kita bergerak sekarang. Bimbang nanti pihak di sana, menunggu lama ke datangan kita." ujar Dato Haris.

"Terima kasih Haikal kerna sudi tunaikan hasrat nenda dan arwah sahabat baik nenda" ucap Hashima sambil memeluk tubuh cucunya dan menepuk-nepuk perlahan belakang Haikal.

"Sama-sama nenda, Haikal kan cucu nenda. Jika penjodohan ini membuatkan nenda happy, Haikal sanggup melakukannya" kata Haikal dengan senyuman paksaan. Di dalam hatinya, hanya tuhan saja yang tahu.

Selesai membaca doa selamat, rombongan merisik itu pun mula bergerak keluar dari rumah dan memasuki kereta masing-masing. Kemudian mereka meninggalkan perkarangan rumah agam Dato Haris dan menuju ke destinasi mereka.

---------------------------------------------------

Tok tok tok...

Nur Syafika berdiri dan menghampiri pintu bilik, tombol pintu dipulas lalu membuka daun pintu tersebut.

"Ya sis... sis nak cari siapa? " soal Syafika kepada figura yang sedang berdiri di hadapannya.

"Saya Mimi Syakila, teman Cik Akira. Ini bilik dia kah?" jawab Mimi dengan senyum nipis.

"Eey..." belum sempat Nur Syafika menghabis perkataannya, Akira sudah mencelah sebaik saja dia mendengar suara sahabatnya.

"Beb... kenapa lambat sampai?" tanya Akira dengan terujanya. Lantas dia membawa Mimi masuk ke dalam biliknya.

"Sorry beb... aku lewat tidur semalam." jawab Mimi menggaru kepalanya tidak gatal.

"Kak Akira, dia ini siapa?" soal Atikah ingin tahu.

"Opsss... lupa pula akak, sorry ya. Ok, akak kenalkan. Tika, Fika ... ini Mimi Syakila. Panggil Mimi saja, sahabat baik akak. Dan Mimi... ini Nur Atikah, panggil Tika je. Dan yang ini Nur Syafika, panggil Fika. Dorang ni cousin aku." Akira memperkenalkan sahabat baiknya kepada sepupunya. Ketiga-tiga gadis itu bersalaman, tanda perkenalan.

"Ok..ok.., habis dah salam perkenalan korang. Sekarang ni.. Mimi, nah ambil baju ni, kau pergi tukar sekarang" arah Akira sambil menyerahkan sebuah bakul kertas kepada sahabatnya.

"Akira... kau serius beb, nak teruskan rancangan gila kau ni?" Mimi mula merasa risau.

"Yup... kau jangan risau. Tak ada apa-apa akan berlaku, lebih baik kau pakai baju ni sekarang." Dengan perasaan berbelah bagi, Mimi ambil juga bakul kertas itu yang berisi pakaian dan berlalu pergi.

Setelah mengenakan pakaian yang di beri oleh sahabatnya, Mimi berjalan dan berdiri di belakang Akira sambil membelek-belek pakaian di tubuhnya.

"Wow cantiknya baju kak Mimi...tapi..." Atikah tidak meneruskan ucapannya, dia merasa hairan apabila melihat baju yang di pakai oleh sahabat baik sepupunya.

"Tapi kenapa kak Tika?" Syafika mengajuk soalan sebaik saja Atikah berhenti bersuara.

"Baju Kak Mimi ni seperti sama dengan baju Kak Akira, cuba Fika tengok" ujar Atikah yang mula merasa curiga.

Akira yang sudah mengagak akan timbulnya isu itu, dia terus tersenyum sinis. Dengan tenang dia bersuara.

"Yup.., baju akak dengan Mimi... memang sama. Akak memang sengaja samakan baju kami sebab akak nak bagi kejut dengan bakal tunang, akak!"

"Tapi korang jangan beritahu sesiapa, hanya orang-orang yang berada dalam bilik ini saja yang tahu!" sambung Akira lagi sambil mengangkat kedua keningnya.

"Okay." kata Atikah, Syafika dan juru solek serentak.

"Thank you so much!!!" ucap Akira dengan senang hati.

"Miss Akira, can I continue my work? kita dah lambat ni." tegur juru solek itu setelah lama menjadi pemerhati.

"Opss... sorry miss, saya hampir terlupa pula. And now, you can go on!" Akira kembali duduk semula di kerusinya.

Beberapa minit berlalu... Akira sudah pun siap di dandan dan mengenakan baju kurung moden lace peplum berwarna peach.

"Cantiknya kau, beb.Tentu... your future fiance fall in love with you." puji Mimi terpegun melihat kecantikan teman baiknya.

"Yelah... akak Akira, so beautiful. Macam bidadari!" sokong Syafika dengan matanya yang tidak berkelip sebaik saja Akira siap di dandan oleh juru solek yang berpengalaman.

"Terima kasih atas pujiannya... but... " Akira sengaja menggantungkan ayatnya.

"But why... Kak Akira?" tanya Atikah, merasa pelik melihat kelakuan kakak sepupunya.

"Kalau akak pakai ni, akak masih nampak cantik tak macam bidadari?" ujar Akira, lalu menunjukkan purdah lace kepada mereka bertiga.

"Of course... you are so beautiful, sis." puji Atikah ikhlas.

"My future fiance... kenal akak tak, jika akak pakai purdah lace ni?"

"Mestilah dia kenal, kan akak sorang saja yang pakai purdah lace tu." kata Syafika.

"No... "

"What is 'no' ?"

"Bukan akak saja yang pakai purdah lace ni, tapi korang juga kena pakai."

"You don't make jokes...sis?" soal Syafika terkejut.

"No.., I'm not jokes!" Akira menampakkan wajah seriusnya.

"I hope you all... pakai purdah lace ni. Ini permintaan saya, please !" sambung Akira lagi.

"Baiklah, kalau akak nak kami pakai purdah lace ini..kami pakai tapi jangan nangis ya, jika bakal tunang akak tak kenal akak nanti" seloroh Atikah.

" It's ok dear... jika Fika nak ganti tempat akak, akak lagi happy!" usik Akira sambil tersenyum nipis.

"Tak nak lah... Itu kan amanat arwah nenek, kak Akira harus tunaikan! " tutur Syafika sedikit tegas.

"Kalau orangnya handsome, macam mana? Fika tak nak kah?" Akira cuba pancing kelemahan Syafika.

"Tetap tak nak... sebab itu amanat arwah nenek kita!" kali ini Syafika bertegas dengan kata-katanya.

"Okay!" Akira tersenyum nipis lebar apabila mendengar tutur bicara daripada adik-adik sepupunya.

---------------------------------------------------

Kelihatan beberapa buah kereta memasuki halaman rumah agam Tan Sri Alif Shah. Sebaik sahaja enjin kereta di matikan, keluarlah ahli rombongan merisik dari perut kereta masing-masing.

Dato Sri Ariff Shah dan Datin Sri Arani Lin sudah pun berada di muka pintu rumah agam, menyambut kedatangan Dato Haris dan keluarganya.

"Assalammualaikum" sapa Dato Haris apabila mereka tiba di hadapan muka pintu rumah agam Tan Sri Alif Shah.

"Waalaikumusalam... jemput masuk ke dalam" sahut Dato Sri Ariff Shah dari dalam rumah.

Seorang demi seorang masuk ke dalam rumah, mereka memenuhi ruang tamu rumah agam tersebut.

Haikal Iskandar yang berada di belakang, melihat sekeliling rumah agam tersebut. Sungguh dia tak menyangka, bakal tunangnya bukanlah orang sebarangan.

"Orang kaya rupanya kawan baik nenda ni. Tapi kenapa pula nak jodohkan aku dengan cucunya? jangan-jangan cucu perempuannya hodoh tak?" getus hati Haikal, kakinya seakan memberat hendak meneruskan melangkah.

"Abang, kenapa berhenti?" bisik Hamzah bila menyedari reaksi Haikal yang berhenti secara tiba-tiba.

"Aku tak sedap hatilah, sepertinya ada sesuatu akan berlaku..." bisik Haikal perlahan di telinga adik lelakinya.

"Abang Kal, jangan buat hal. Nanti ayah tukar fikiran pula bila tengok abang macam ni...atau abang nak Ham yang ganti tempat abang. Ham ok je, sekarang juga Ham cakap kat ayah! " Hamzah berpura mengugut Haikal.

"Kau ni, sikit-sikit nak mengugut. Sama je macam ayah." rungut Haikal Iskandar, matanya terus merenung tajam kepada adiknya. Manakala Hamzah hanya membalas dengan senyuman sengetnya terhadap abangnya. Kaki mereka mula melangkah kembali menuju ke ruang tamu rumah agam itu.

Kini keluarga Haikal Iskandar sudah berada di ruang tamu rumah agam Tan Sri Alif Shah dan begitu juga dengan tetamu yang datang. Barang-barang hantaran juga sudah di letak diruang tamu tersebut. Bermulalah sesi perkenalan di antara dua belah pihak itu.

"Tan Sri, saya Haris. Yang ini isteri saya... Harlin. Di sebelahnya anak teruna saya yang sulung, Haikal Iskandar nama di beri. Manakala di sebelahnya pula, anak teruna saya yang ke dua... Hamzah Isyah namanya. Yang lain-lain ni semuanya... saudara mara isterisaya." terang Dato Haris.

"Saya Ariff Shah, anak Tan Sri Alif Shah. Yang ini, Tan Sri Alif Shah... ayah saya. Haris kenalkan. Yang itu, isteri saya Arani Lin. Saya ada anak sorang sahaja. Yang di sebelah saya ni Arman Shah, adik saya. Isterinya ada di sana. Di sebelahnya pula abang saya, Azahar dan isterinya juga turut berada di sebelah sana" jelas Dato Sri Ariff Shah.

"Baiklah... kita dah kenal serba sediki mengenai keluarga kita. Jadi saya nak berterus terang saja lah. Nak berpantun-pantun pun... saya kurang sikit dalam hal itu. Jadi lebih baik saya...street the point... kata orang putih. Tujuan kami datang ke sini, adalah nak menyunting bunga di taman Dato Sri Ariff Shah untuk anak teruna kami." kata Dato Haris.

"Boleh...saya nak bertanya, yang mana satu nak di jodohkan dengan anak perempuan saya? "

"Anak teruna saya yang sulung, Haikal Iskandar."

"Ohhh... Jika saya tak silap, Haikal Iskandar ini ialah CEO Hl HOLDING..kan! "

"Ya, Dato Sri. Itu saya." kata Haikal dengan bangga.

"Boleh kami tahu, siapa nama anak perempuan Dato Sri?" soal Dato Haris.

"Panggil Ariff saja. Nama anak perempuan saya... Nur Akira Syalinda."

"NUR AKIRA SYALINDA!" Haikal terkesima apabila mendengar nama itu di sebut oleh Dato Sri Ariff Shah, akal fikirannya mula mencerna.

--------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience