Bab 17

Romance Series 51364

Bunyi alarm di telepon, membuatkan Akira terjaga dari tidur lenanya. Dia bingkas bangun dari katil dan segera membersihkan dirinya sebelum menunaikan solat subuh.

Jam menunjukkan pukul 6 pagi, Akira sudah pun berada di ruang dapur menyediakan sarapan pagi untuk tuannya. Kali ini dia menyediakan sarapan untuk 3 orang termasuk dirinya.

Haikal melangkah keluar dari biliknya dengan mengenakan singlet dan berseluar pendek. Dia melihat Akira sedang sibuk menghidangkan sarapan pagi di atas meja.

Di saat Akira berpusing, anak mata mereka saling perpandangan. Mereka seakan terkaku seketika.

"Morning sayang!" satu ciuman mendarat di pipi Haikal.

Akira dan Haikal tersentak sebaik mendengar suara Baizura, dengan selambanya Baizura duduk di meja makan.

"Give me juice! " pinta Baizura kepada maid kekasihnya.

"Baik, Cik" kata Akira cuba mengawal perasaan gementarnya.

Dengan berhati-hati dia menyerahkan segelas jus kepada perempuan itu.

"Tuan nak apa? kopi atau juice? " tanya Akira dengan tenang.

"Kopi" jawab Haikal sambil menatap raut wajah maid nya.

Baizura menyedari akan pandangan Haikal terhadap maid, kekasihnya.

"Kau pergi kemas bilik tidur kami" arah Baizura kepada Akira dengan suara agak keras sedikit.

Tanpa memberi jawapan, Akira terus melangkah meninggalkan ruang meja makan dan pergi ke bilik majikannya.

Setiba di dalam bilik, Akira menggelengkan kepalanya apabila melihat keadaan bilik tuannya itu.

"Masyaallah..." hanya satu perkataan yang keluar dari mulut Akira.

Dia mula menbuat kerjanya. Akira menukar cadar dan mengkutip baju kotor yang berselerak di atas lantai. Setelah selesai mengemas bilik majikannya, dia melangkah keluar dari bilik itu.

Di saat dia membuka langkah kakinya, Akira bertembung dengan Haikal di depan pintu. Baizura ketika itu sudah pun keluar dari kondo kerna mendapat panggilan dari orang tuanya.

"Aku nak warning kat kau...apa yang berlaku dalam rumahnya ini, aku nak kau diamkan diri. Tak perlu campur dalam hal aku. Sedar diri, kau cuma maid saja dalam rumah aku" ugut Haikal dengan renungan tajam.

"Baik, tuan" patuh Akira dengan menganggukkan kepalanya sekali. Di dalam hatinya sudah berbisik,

"Jangan harap aku nak jadi maid kau lagi."
Akira kembali membuka melangkah meninggalkan bilik tuannya itu.

----------------------------------------------------

Sedang baring di atas katil, tiba-tiba pintu bilik Akira di ketuk...

Tok tok tok.

"Apalah mamat ni nak" rungut Akira dalam hatinya.

Dengan keadaan terpaksa, Akira bangkit dari baringannya dan terus memulas tombol pintu biliknya. Di lihat figura yang sedang berdiri di hadapannya. Haikal berpakaian lengkap di badannya, merenung Akira dengan tajam.

"Aku nak keluar. Kau tak perlu masak untuk aku dan aku mungkin balik lewat. Kau tak perlu tunggu aku, faham!" ujar Haikal dengan wajahnya yang dingin.

"Baik, tuan" hanya dua patah perkataan yang keluar dari mulut Akira.

"Bagus!". Haikal terus langkah pergi meninggalkan Akira yang masih berdiri di hadapan pintu bilik. Akira hanya memerhati majikannya sehinggalah pintu rumah itu di tutup rapat semula.

"Tentu keluar dating dengan perempuan yang tak cukup kain tu. Ahhh... biarkanlah, hal dia... Buat apa aku nak sibuk! " getus Akira, lalu menutup pintu biliknya kembali.

Akira duduk di birai katil, perihal semalam mula mengganggu fikirannya. Di dalam hatinya sudah berkata,

"Aku harus keluar dari rumah ini dengan segera. Aku tak mahu di tuduh bersubahat dengan perkara mungkar".

Tiba-tiba timbul satu idea di kotak mindanya, tanpa membuang masa dia segera mendapatkan telepon bimbitnya. Kekunci telepon dibuka, lalu menekan dada skrin dan mencari nombor seseorang.

"Assalammualaikum.. Hisyam!". Akira memberi salam sebaik saja taliannya di angkat.

"Waalaikumsalam....Cik Akira" sahut Hisyam, orang yang boleh dipercayai.

"Ya cik Akira, ada perkara yang saya perlu buat?" soal Hisyam kepada tuannya.

"Saya nak awak standby mulai dari sekarang. Anytime..,saya akan call awak. And one more thing... saya ada satu tugas untuk awak..."

"Baik, cik Akira".

----------------------------------------------------

Sepasang kekasih di lihat memasuki sebuah restoran mewah di pusat bandar. Mereka tidak menghiraukan orang sekeliling sedang memandang ke arah mereka.

Haikal menarik kerusi untuk Baizura, kemudian dia mengambil tempat duduk berhadanpan dengan kekasih gelapnya. Mereka didatangi seorang pelayan restoran untuk mengambil pesanan makanan. Setelah mendapat pesanan, pelayan restoran itu beredar dari meja mereka.

"Sayang, lepas ni kita ke club, boleh?" ajak Baizura dengan gediknya.

"Boleh...anything for u" ujar Haikal dengan senyum senget.

"Boleh I tanya satu soal pada u? "

"Boleh.., kalau i dapat jawab soalan u. Tanyalah!"

"Dari mana u jumpa maid u tu?"

"Di tepi jalan."

"What? are you kidding me? " Baizura agak terkejut mendengar jawapan dari kekasihnya.

"No" hanya sepatah kata dari Haikal.

"Kenapa sampai bawa ke kondo u?" Baizura tidak berpuas hati dengan jawapan Haikal.

"Sorry, no more question!" ujar Haikal dengan raut wajahnya mulai tegang.

"OK." Baizura akur dengan kata-kata kekasihnya, bimbang nanti tercetusnya pergaduhan antara mereka.

Tidak lama kemudian, makanan yang di pesan sudah pun siap di hidang di atas meja mereka. Tanpa membuang masa, mereka pun menjama selera. Semasa sesi makan, tiada perbualan di antara mereka, masing-masing menikmati makanan.

Seusai membuat bayaran, keluarlah mereka dari restoran mewah itu. Masuk ke dalam kereta, enjin segera dihidupkan. Kereta audi R8 di pandu menuju ke club Black Red.

----------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience