Bab 50

Romance Series 51364

Pagi itu di ruang meja makan, keluarga kecil Dato Sri Ariff Shah sedang mengambil sarapan pagi. Akira berkelakuan seperti biasa dan dalam masa yang sama... dia sudah bersiap sedia untuk berdengar syarahan- syarahan daripada Datin Sri Arani Lin. Dan seperti yang di jangka, Datin Sri Arani Lin memulakan syarahannya.

"Akira pergi mana semalam? Tengah malam, baru pulang ke rumah!" soal Datin Sri Arani Lin dengan renungan tajam... menatap mata anaknya itu. Akira tersenyum di dalam hati.

"Akira... " belum sempat Akira meneruskan ayatnya, Datin Sri Arani Lin menceras.

"Ya ya... mama tahu, Akira sibuk dengan kerja. Tapi... tak kan sampai larut malam, baru pulang ke rumah? Papa dulu pun, kerja juga seperti Akira tapi... taklah balik sampai lewat." rungut Datin Sri Arani Lin.

"Akira tahu tak, Akira tu dara manis... tinggal beberapa hari saja lagi, Akira nak kahwin." tambah Datin Sri Arani Lin.

"Ni... Akira dah applay cuti kah, belum ni?" soal Datin Sri Arani Lin kembali.

"Akir..." lagi sekali Akira tidak dapat menutur kata kerna Datin Sri Arani Lin menceras lagi.

"Tentu belum lagi kan! Akira... Akira, cuba bagi masa sikit untuk Akira berehat. Jangan terlalu pentingkan kerja hingga masa untuk diri sendiri tiada. Kalau dah kahwin nanti, macam mana Akira nak bagi masa dengan kerja dan masa untuk suami?"

"Mam... " belum habis Akira menyebut perkataan, Datin Arani Lin lagi menceras.

"Mama tahu, tentu Akira akan jelaskan pada suami Akira... mengenai kerja Akira di pejabat kan... Dan ni lagi satu, kenapa pula dengan kepala Akira tu, sampai berbalut?"

Kali ini Akira tidak berbunyi. Dia menutup rapat mulutnya.

"Mama tanya, kenapa Akira tidak jawab?"

"Macam mana anak sayang tu nak menjawab pertanyaan sayang, kalau mulut sayang tu... tak berhenti bercakap. Macam mesin gun pula abang tengok!" celah Dato Sri Ariff Shah. Akira menahan ketawanya, bimbang nanti mamanya meneruskan hujahnya lagi. Datin Sri Arani Lin terdiam seketika.

"Mama... " panggil Akira dengan lembut.

"Akira... " lagi sekali lagi,Akira tidak dapat meneruskan ayatnya kerna... tiba-tiba sahaja telepon bimbitnya menyanyi.

"Maaf ma..pa, Akira perlu sambut panggilan ni!"
Akira meminta keizinan.

"Sambutlah." ujar Dato Sri Ariff Shah memberi kebenaran sambil mengangguk kepalanya perlahan. Lalu Akira beredar dari ruang meja makan itu.

"Sayang, please... anak kita tu dah besar panjang. Dia sudah mampu berfikir untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Sayang jangan terlalu pressure anak kita tu. Banyak tanggungjawab yang dia pikul. So, please understand our son's condition!" tegur Dato Sri Ariff Shah dengan suara perlahan tapi bunyinya tegas.

"Baiklah bang, sayang faham." ujar Datin Sri Arani Lin mengangguk perlahan.

Lima minit kemudian, Akira kembali ke ruang meja makan.

"Maaf ma, pa... I have to go!" Akira meminta kebenaran dari kedua orang tuanya.

"What's? Akira, mama.... " Datin Sri Arani Lin tidak meneruskan bicaranya apabila mendapat isyarat gelengan kepala daripada suaminya untuk berhenti bercakap.

"Akira pergilah. Take care, my daughter!" Dato Sri Ariff Shah memberi keizinan.

"Thank you pa... Mama, i love you!" ucap Akira dengan senyuman manisnya. Lalu dia menyalami kedua orang tuanya sebelum beredar.

--------------------------------------

Selesai sesi photo shoot, Baizura masuk ke bilik persalinan untuk menukar pakaiannya kembali. Setelah siap merapikan diri, dia pergi semula ke tempat duduknya. Tiba-tiba datang figura yang lengkap berpakaian sut berwarna hitam... menghampiri Baizura.

"Excuse me, Cik Baizura?" tegur figura itu dengan tersenyum manis. Lantas Baizura terus menoleh ke arah figura tersebut.

"Ya saya, kamu siapa?" jawab Baizura dengan lagak diva nya.

"Saya Dino, dari Agensi Empayar BR. Agen... " belum habis Dino menghabiskan penerangannya, Baizura menceras.

"Wait.. wait. Kau cakap kau dari agensi Empayar BR?"

"Ya cik Baizura. Ini kad saya." kata Dino sambil menyerahkan sekeping kad kepada Baizura. Lalu Baizura mengambil kad tersebut dan membacanya.

"So, kenapa Encik Dino jumpa saya?" soal Baizura dengan riaknya. Dino tersenyum nipis.

"Agensi kami ingin menawarkan Cik Baizura menjadi model utama dalam fashion show kami." jawab Dino dengan tenang. Baizura sudah tercengang, lidahnya kelu saat itu. Dia seperti tidak percaya, sebuah syarikat yang terkemuka di dunia modelling.. .memberi tawaran kepada dirinya.

"So, Cik Baizura berminatkah dengan tawaran kami?" soal Dino lagi. Tiada jawapan dari Baizura.

"Cik Baizura, are you okay?" tegur Dino, apabila Baizura tidak menjawab pertanyaannya.

"Apa sal dengan minah ni? Takkan kena sawan!" bisik Dino dalam hati.

"Cik Baizura!" panggil Dino dengan suara sedikit tinggi. Terus Baizura terkejut dari lamunannya.

"Ya ya, saya. Saya setujuh!" jawab Baizura dengan kelam kabut. Dino tersenyum sinis mendengar jawapan dari perempuan itu.

"Baiklah... jika Cik Baizura setujuh, sila ikut saya."

"Ikut awak? Nak ke mana?"

"Ke Agensi Empayar BR."

"What's? sekarang ke?"

"Yes, lagipun photo shoot Cik Baizura sudah habis... bukan! So, kita jumpa ceo Agensi Empayar BR. Atau... cik Baizura sudah bertukar fikiran."

"No no... I ikut you!" Lalu mereka pun beredar.

Berdiri saja mereka di luar bangunan, sebuah kereta Alphard berhenti di hadapan mereka. Tiba-tiba...

Buk!

Belakang leher Baizura di pukul oleh seseorang. Baizura jatuh rebah di situ, tak sedarkan diri. Pintu kereta Alphard pantas dibuka, kemudian tubuh Baizura di masukan ke dalam perut kereta tersebut.

"Move!" arah satu suara.

Lantas pintu kereta Alphard di tutup dan kereta tersebut melencur laju di lebuh raya.

--------------------------------------

Senyuman manis terukir di bibir Saiful. Dia berjalan dengan membawa sejambangan bunga rose merah. Hatinya tak sabar-sabar ingin bertemu dengan wanita pujaannya. Langkah kakinya di percepatkan.

Sampai sahaja di depan pintu bilik wad Akira, Saiful mengetuk daun pintu tersebut sebanyak tiga kali. Kemudian dia memulas tombol pintu bilik wad Akira dan terus menolak daun pintu itu masuk ke dalam. Senyuman manis yang terukir di bibir Saiful serta-merta hilang, apabila melihat katil yang ditempatkan Akira... sudah kosong.

"Nurse... mana pesakit yang berada di sini?" tanya Saiful kepada seorang jururawat yang baru ingin masuk ke dalam bilik itu.

"Siapa nama pesakit yang encik cari tu?" soal jururawat itu.

"Nur Akira Syalinda." jawab Saiful.

"Oh pesakit tu. Dia sudah discharge, encik."

"Discharge? bila?"

"Semalam juga, encik. Pesakit itu minta di keluar kan!"

"Ok, terima kasih nurse!"

"Sama-sama."

Lalu Saiful pun keluar dari bilik wad tersebut. Hatinya merasa kecewa sedikit.

------------------------------------

Cuaca petang yang mendung dengan angin sepoi-sepoi bahasa, membelai wajah tampan Dato Sri Ariff Shah yang sedang menikmati secawan kopi pekat kegemarannya di gazebo. Manakala Datin Sri Arani Lin pula, berada di taman mini bunganya sambil mena

Dari kejauhan kelihatan Kereta Toyota 86GT sedang memasuki perkarangan Villa Dato Sri Ariff Shah. Dato Sri Ariff Shah mengerutkan dahi, dia seperti kenal dengan pemilik kereta tersebut.

Sebaik sahaja enjin kereta dimatikan, Saiful keluar dari perut keretanya dan membawa sejambangan bunga merah.

"Assalammualaikum Pak Ngah, Mak Ngah!" ucap Saiful sebaik menghampiri Dato Sri Ariff Shah yang berada di gazebo tika itu.

"Waalaikumsalam..." sahut Dato Sri Ariff Shah.

"Jemput duduk, Saiful." sambung Dato Sri Ariff Shah lagi.

"Terima kasih, pak ngah." ujar Saiful sambil melabukan punggungnya di kerusi dan meletakkan jambangan bunga ros merah di atas meja.

"Ini bunga untuk pak ngah kah?" usik Dato Sri Ariff Shah sambil tersengih. Saiful menggaru kepalanya yang tak terasa gatal.

"Ini bunga untuk Akira, pak ngah. Tadi Aful ke hospital, nak melawat Akira tapi... pihak hospital cakap, Akira dah keluar. Jadi Aful datanglah ke sini, nak menjenguk Akira!" Saiful berterus terang. Dato Sri Ariff Shah terkedu.

"Akira mana, pak ngah? Dia ada kat dalam kah?" tanya Saiful tanpa berkias.

"Akira tak ada di rumah. Dia masuk office." jawab Dato Sri Ariff Shah. Saiful agak terkejut mendengar jawapan dari pak ngah nya.

"Kenap... " belum habis Saiful menghabiskan perkataannya, Dato Sri Ariff Shah memotong.

"Kenapa Akira masuk hospital?" soal Dato Sri Ariff Shah dengan suara garau. Saiful menelan liurnya.

"Ke..pala Aki..ra lu..ka, pak ngah!" jawab Saiful tergagap-gagap.

"Apa... kepala Akira luka?" ceras Datin Sri Arani Lin secara tiba-tiba. Dato Sri Ariff Shah dan saiful agak terkejut apabila Datin Sri Arani Lin muncul tiba-tiba.

"Jawab Aful? Kenapa kepala Akira boleh luka?" soal Datin Sri Arani Lin dengan cemas. Saiful dapat mengagak, yang Akira tidak memberitahu kepada kedua orang tuanya tentang kecederaan yang dialami oleh dirinya. Saiful melepaskan keluhan...

"Sebenarnya... " Saiful mula menceritakan apa yang telah berlaku kepada Akira hingga menyebabkan kepala Akira cedera.

Luluh hati Datin Sri Arani Lin setelah mendengar penjelasan daripada anak abang angkat suaminya itu.

"Abang... anak kita bang." luah Datin Sri Arani Lin sambil tangannya berada di dadanya. Dato Sri Ariff Shah menyedari akan perubahan isterinya itu, lalu menghampiri isterinya.

"It's okay, sayang. Calm down. Akira baik-baik saja." Dato Sri Ariff Shah cuba menenangkan hati isterinya itu.

"Tapi bang, sayang dah..." belum habis Datin Sri Arani meluahkan rasa kesalnya, Dato Sri Ariff Shah memotong.

"Sudahlah tu, sayang. Please, jaga kesihatan sayang. Nanti tak pasal-pasal, Akira tangguhkan pernikahannya pula... sebab kesihatan sayang. Bukan sayang tak tahu, perangai anak kita tu!" ujar Dato Sri Ariff Shah cuba berseloroh. Lantas Datin Sri Arani Lin tersenyum nipis.

Melihat keadaan Datin Sri Arani Lin tika itu, Saiful merasa menyesal pula. Di sebabkan dia, mak ngah nya sedih. Dan selain itu juga, dia merasa kagum dengan pak ngah nya kerna dapat menenangkan hati dan perasaan isterinya. Tetapi dalam masa yang sama juga, hatinya merasa sakit, apabila mendengar tentang pernikahan Akira. Lalu dia meminta diri.

"Maaf... ya pak ngah, mak ngah... jika kedatangan saya ni telah mengganggu mak ngah dan pak ngah. Saya minta diri dulu. Tolong sampaikan bunga ni pada Akira, ya mak ngah." ujar Saiful sambil menyerahkan jambangan bunga rose merah kepada Datin Sri Arani Lin.

"Baiklah. Nanti mak ngah berikan kepada Akira."

--------------------------------------

Maaf jika ada kekurangan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience