Bab 16

Romance Series 51364

Sedang Haikal menyemak kertas kerjanya, pintu bilik pejabatnya di ketuk.

Tok tok tok...

"Masuk" Haikal memberi kebenaran.
Pintu pejabat Haikal di tolak dari luar, muncul seorang gadis bertubuh tinggi lampai dan berambut keriting berwarna perang.

"Hai sayang..." sapa Baizura tersenyum manis memandang kekasih hatinya.
"Hai baby...bila balik Malaysia?" soal Haikal dengan senyuman menitih di bibirnya. Dia amat merindui akan kekasih gelapnya itu.

Baizura terus melangkah menuju ke Haikal, lalu memeluk dan mengucup pipi lelaki tersebut. Haikal suka dirinya di pelakuan begitu oleh kekasih gelapnya.

"Baru hari ni, sayang. Sampai di airport je, i terus datang ke sini. I miss u, sayang" jawab Baizura sambil jari jemarinya bermain di atas dada kekasihnya.
"Jom lunch hour... I belum makan lagi ni" ajak Baizura dengan menggoda.

Haikal menilik jam di tangannya, sudah pukul 1 tengah hari.
" Dah tengah hari rupanya" bisik hati Haikal.
"Ok. Jom kita lunch, baby" ujar Haikal, lalu bangun dari tempat duduknya.

Sebaik saja keluar dari bilik pejabatnya,
"Zara, cancel kan semua meeting saya hari ini. Lepas lunch ni, saya tak masuk office lagi" kata Haikal kepada setiausahanya.
"Baik, tuan" akur Zara sambil menganggukkan kepalanya sedikit.

Kemudian berlalulah sepasang kekasih itu jalan beriring menuju ke arah pintu lif, butang turun di tekan. Sebaik saja lif sampai di bawah, pintu lif terus terbuka. Keluarlah mereka dari lif tersebut. Haikal tidak menyedari ada empat mata sedang memerhatikan akan dirinya.

---------------------------------------------------

Di balkoni Akira sedang membuat panggilan kepada seseorang. Sambil menunggu panggilannya di sambung, dia memerhatikan pemandangan ibu kota ketika itu. Senyuman manis terukir di bibir merahnya bagaikan bak delima.

Sesaat berlalu talian telah pun di sambung.

"Hello" sapa suara dari dalam talian.

"Hello, bagaimana? kau dah buat apa yang aku suruh?" Akira terus street the point nya.

"Sudah Cik Akira, saya dah lakukannya seperti mana Cik Akira arahkan".

"Bagus, terima kasih".

"Bila Cik Akira nak datang ke sini?"

"Buat masa ini, aku tidak akan ke sana. Masih ada misi yang harus aku lakukan. Apa-apa hal, nanti aku inform kat kau lagi. Ingat, jangan alfa! "

"Baik, Cik Akira".

Talian di tamatkan.
Akira melangkah masuk ke biliknya sebaik saja tamat perbualan. Telepon bimbit di simpan rapi, bimbang nanti majikannya tahu. Kemudian Akira keluar semula dari biliknya, dia pergi ke ruang dapur untuk menyediakan bahan masakkan makan malam.

Kali ini Akira memasak ayam masak merah, sawi udang kering, sup telur dan tidak lupa jus orange. Setelah siap menghidang makanan di atas meja makan, Akira ke ruang tamu untuk menghilangkan rasa letihnya.

----------------------------------------------------

Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 11 malam, namun Haikal masih lagi belum pulang ke kondo.

"Ke mana pula mamat ni pergi? Dah Jam 11 malam ni! penat aku memasak" gumam Akira yang masih lagi duduk di ruang tamu menunggu majikannya pulang.

"Ahh... lantaklah kau. Aku dah mengantuk ni, lebih baik aku masuk tidur" rungut Akira. Lalu dia pun bangun dari tempat duduknya, kemudian Akira bergerak ke pintu biliknya.

Ketika Akira menyentuh tembol pintu biliknya, tiba-tiba pintu rumah di tolak dari luar. Akira terus menoleh ke arah pintu tersebut. Kelihatan Haikal melangkah masuk ke dalam rumah bersama dengan seorang wanita yang agak seksi pakaiannya. Bau alkohol mula mengisi ruang tamu.

"Perempuan mana lagi dia bawa pulang ni? tak kan girlfriend dia kot. Pakaiannya dah habis kain kah di kedai? di tambah lagi pewangi harum semerbaknya ..." hati kecil Akira berteka teki apabila melihat kelakuan majikannya bersama dengan pasangannya. Tangan Akira sudah pun menutupi hidungnya kerna terhidu bau alkohol yang sangat kuat.

Haikal ketika itu dirinya separuh dipengaruhi alkohol, akan lupa tentang keberadaan Akira di dalam kondonya. Dia masih asyik berpelukan dengan kekasih gelapnya tanpa segan silu. Baizura yang separuh sedar, agak terkejut apabila melihat seorang wanita sedang memandang ke arah mereka.

"Sejak bila pula ada perempuan dalam kondo Haikal ni" rungut hati Baizura.
"Sayang, siapa tu?" tanya Baizura dengan suara manjanya kepada Haikal.
"Mana?" tanya Haikal yang masih leka dengan perbuatannya.
"Tu ah!" jari telunjuk Baizura menunjuk ke arah Akira yang berdiri dekat dengan pintu bilik.

Haikal agak cuak apabila melihat jari telunjuk Baizura menunjuk ke arah Akira yang kini memandang diri mereka, namun dia cuba berlagak seperti biasa.

"Ohh... itu maid baru i, baby! Baby jangan risau, dia tidak boleh menghalang kita" jelas Haikal dengan selamba.
" Dah lah, jom masuk bilik i. I dah mengantuk ni" kata Haikal lagi. Lalu mereka berdua berjalan menuju ke bilik Haikal.

Sementara itu Akira menggelengkan kepalanya. Di dalam hatinya berkata,
"Ya Allah... apa nak jadi dengan mamat ni".
"Tidak...aku tidak boleh tinggal di sini lagi. Aku harus keluar dari sini. Apa nak jadi... jadilah. Yang penting aku tidak mahu terlibat dalam urusan mamat ini" tekad hati Akira, lalu dia segera masuk ke dalam biliknya.

----------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience