Bab 34

Romance Series 51364

Setelah menghantar Akira di AS Holding, Hisyam berlalu pergi. Ada tugas yang perlu dia lakukan dengan segera. Kereta yang di pandunya terus menuju melencur di jalan raya. Tidak sampai dua puluh minit, dia sudah berada di pusat risikan mereka.

"Macam mana... kamu dah dapat maklumat?" tanya Hisyam sebaik sahaja kakinya memijak lantai bilik risikan.

"Belum lagi Syam... kami masih selidik CCTV yang berdekatan di tempat kejadian itu," jawab Rayner dengan tenang. Anak matanya bergerak-gerak memerhati skrin komputer.

"Ok... aku harap korang cepat mendapatkan maklumat itu." Hati Hisyam mula risau akan keselamatan ketua mereka.

Satu setengah jam berlalu...

"Syam..!" jerit Rayner sambil melihat skrin komputernya.

"Ya..." sahut Hisyam, lantas dia segera menghampiri Rayner yang sedang menghadap skrin komputer.

"Kita dah dapat kesan tuan empunya kereta itu." jelas Rayner sambil tersenyum lebar.

"Good job!" puji Hisyam sambil menepuk-nepuk bahu Rayner dengan perlahan. Rayner tersenyum nipis, mendengar pujian daripada Hisyam... orang kanan gangster NAS.

Tanpa membuang masa, Hisyam segera mencapai telepon bimbitnya dan menghubungi nombor telepon Akira untuk menyampaikan maklumat yang baru sahaja dia dapat.

Selang beberapa saat, panggilan di sambung.

"Assalammualaikum.. Akira" sapa Hisyam di telepon.

"Waalaikumsalam.. Hisyam. So, dah dapat maklumat?" ucap Akira di atas talian.

"Yap, Rayner dah dapat maklumat kereta yang cuba melanggar kau."

"How?"

"Dato Azahar."

"Dato Azahar? ini manusia tidak sedar diri betul. Dia betul-betul nak aku mati."

"So, what are your plans now?"

"Bagi pengajaran kat makluk itu. Biar dia menghargai nyawanya..."

"Okay."

"Good... jumpa esok."

" Wait... apa sal pula nak jumpa esok? sekejap lagi aku sampai di office."

"Tak perlu, aku balik dengan papa. Aku nak kau... uruskan orang tua tamak itu!"

"Yes...madam 'NAS'. Esok aku hantar kau ke office, ok."

"Okay... Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam."

Panggilan terus di tamatkan.

----------------------------------------------------

Usai berbual di telepon, Akira kembali masuk ke ruang bilik pejabat Dato Sri Ariff Shah. Dato Sri Ariff Shah memerhati anaknya yang sudah pun berada dalam bilik pejabatnya. Dia merasa curiga, apabila Akira keluar dari bilik pejabat gara-gara menyambut panggilan dari pengawal peribadi anaknya.

"Bodyguard Akira nak apa?" soal Dato Sri Ariff Shah ingin tahu. Akira sudah menjangkah, papanya pasti mengajukkan soalan mengenai panggilan yang di terimanya sebentar tadi.

"Hisyam minta cuti setengah hari kat Akira, dia ada masalah kat luar." bohong Akira. Di dalam hatinya, di berharap Dato Sri Ariff Shah... mempercayai akan rekaan ceritanya.

"Betulkah apa yang anak papa cakap ni? Akira tak tipu papa, kan!" soal Dato Sri Ariff Shah seperti meragui penjelasan daripada anaknya.

Akira tersentap mendengar tutur kata daripada Dato Sri Ariff Shah. Timbul perasaan serba salah terhadap papanya kerna tidak berkata benar. Akira menarik nafas dalam-dalam kemudian dia menghembus dengan perlahan-lahan. Di dalam hatinya sudah berkata,

"Mungkin dah tiba masanya aku harus berterus terang kepada papa tentang pakcik Har."

"Baiklah pa, Akira akan berterus terang dengan papa. Akira berharap papa tidak merasa kecewa setelah mendengar penjelasan daripada anak Papa ni" ujar Akira dengan perlahan. Dato Sri Ariff Shah terkesima seketika apabila mendengar ucapan daripada anaknya, namun beberapa saat berdetik Dato Sri Ariff Shah menguntum senyum manis di bibirnya.

"Ceritakanlah... papa cuba menerima apa yang Akira sampaikan, kepada papa," balas Dato Sri Ariff Shah dengan riak tenang. Dengan melafaz bismilahhirohmannirahhim... Akira memulakan bicaranya.

-----------------------------------------------------

Dato Azahar melangkah keluar dari bangunan syarikatnya. Rizal yang sudah berdiri di kereta mercedes, segera membuka pintu penumpang di belakang untuk majikannya. Masuk sahaja Dato Azahar ke dalam perut kereta, Rizal menutup pintu tersebut dan kemudian dia masuk ke tempat duduk pemandu.

"Rizal... hantar aku pulang ke Villa." arah Dato Azahar sambil melonggarkan tali lehernya.

"Baik Dato." jawab Rizal sambil menganggukkan kepala. Enjin kereta dihidupkan dan mula memandu hinggalah masuk ke lebuh raya.

Pada mulanya kelajuan kereta pada tahap biasa tetapi semakin lama semakin laju, Dato Azahar merasa hairan. Lantas dia bersuara,

"Kenapa kau bawa kereta laju sangat? Aku belum lagi nak mati!"

"Maaf Dato, saya rasa kereta kita seperti di ekori." jawab Rizal. Anak matanya asyik memandang ke cermin pandang belakang.

Lalu Dato Azahar terus menoleh ke belakang dan didapati ada sebuah kereta berwarna merah sedang mengekori rapat kenderaan mereka. Tiba-tiba...

'Bammm...'

Kereta warna merah itu sengaja melanggar bonet kereta Dato Azahar. Bukan sekali sahaja di langgar tetapi dah dua kali...kereta warna merah itu sengaja melanggar kenderaan mereka.

Dan secara tidak langsung, tubuh Dato Azahar tertolak kehadapan dan terkena pada kerusi penumpang di depan.

"Sial.. Rizal, bawa laju lagi!" arah Dato Azahar dengan suara cemas. Fikirannya sudah buntu untuk memikirkan bagaimana hendak mengelak dari kereta yang berada di belakangnya.

"Baik Dato!" balas Rizal. Di dalam hatinya sudah ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Dato Azahar yang berada di kerusi penumpang belakang. Raut wajahnya sudah berubah pucat.

"Apa kau rasa... oren?" ejek Rizal di dalam hatinya. Dia begitu panas ketika mengetahui Akira hampir sahaja di langgar oleh orang upahan Dato Azahar.

Dan sekali lagi kereta warna merah itu sengaja melanggar belakang kenderaan Dato Azahar. Serta-merta kereta Dato Azahar terus terkeluar dari landasan jalan raya dan melanggar pokok yang berada di tepi jalan.

Kereta warna merah itu berhenti, beberapa figura keluar dari perut kereta tersebut. Mereka datang menghampiri kereta Dato Azahar, kemudian membuka pintu penumpang di belakang.

Dato Azahar seakan menggeletar sendiri. Dia di paksa keluar dari kereta dan di campak di tepi jalan. Rizal yang duduk di pemandu, berpura-pura tidak sedarkan diri. Keadaan jalan yang begitu sunyi membuatkan Dato Azahar mula merasa takut.

"Kamu siapa? apa kamu nak dari aku?" Dato Azahar memberanikan diri untuk berbicara. Siapa mereka ini? mereka masih mengeliling Dato Azahar tanpa berbicara apa-apa pun.

Ketika itu sebuah kereta tiba. Keluar seseorang yang bertubuh tegap, memakai jekat hitam dan memakai topeng di muka. Dato Azahar membesarkan matanya, dia terkejut melihat figura itu berdiri di hadapannya.

"Kau si..a..pa?" tanya Dato Azahar tergagap-gagap. Figura yang bertopeng itu tidak menghiraukan pertanyaan daripada Dato Azahar.

Dia terus memberi satu tumbukan padu pada perut Dato Azahar hingga terbatuk Dato Azahar di buatnya. Kemudian dia menumbuk pula muka mangsanya, terus tersebur darah keluar dari mulut Dato Azahar. Dan sekali lagi perut Dato Azahar menjadi sasaran, figura bertopeng itu menumbuk dengan penuh tenaga hingga membuatkan Dato Azahar jatuh tersungkur. Dato Azahar mengarang kesakitan akibat penumbuk terakhir di terimanya. Sebelum figura bertopeng itu berlalu pergi, dia memberi amaran.

"Ini amaran terakhir... sekali lagi kau usik anak Dato Sri Ariff Shah, nyawa isteri dan anak kau... akan melayang!"

----------------------------------------------------

Dato Sri Ariff Shah melepaskan keluhan setelah mendengar cerita daripada Akira tentang perbuatan abang angkatnya iaitu Dato Azahar. Dia tidak menyangka orang yang dia anggap seperti abang kandungnya, sanggup menyakiti anaknya.

"Papa... tidak boleh biarkan. Papa harus berjumpa dengan uncle Har, Akira. Dia sudah melampau batas!" ujar Dato Sri Ariff Shah dengan perasaan kecewa.

"Tak perlu pa, biar Akira sahaja selesaikan masalah ini." tutur Akira dengan lembut.

"Tidak. Papa harus buat perhitungan dengannya. Dia sudah mengancam nyawa anak Papa. Papa tidak mahu kehilangan Akira kerna Akira adalah satu-satunya anak papa miliki," suara Dato Sri Ariff Shah sudah naik satu nada.

"Sebab inilah Akira tidak mahu memberitahu pada papa. Akira tidak mahu Papa membuat keputusan terburu-buru. Percayalah... Akira boleh handle uncle Har. Please papa, don't worry. Akira can take care of personal safety." Akira cuba memujuk dan menenangkan Dato Sri Ariff Shah.

"Tapi... " belum sempat Dato Sri Atiff Shah menutur kata, Akira sudah pintas.

"No papa... uncle Har bukan orang sebarangan. Dia di kelilingi oleh orang-orang berbahaya. Biar Akira yang handle uncle Har. Akira tidak mahu papa and mama di apa-apa kan!"

"Tapi...bagaimana?"

"Itu papa tak perlu risau, Akira dah ada plan untuk uncle Har."

"Atok Ayah tahu kah tentang pakcik Har kamu?" soal Dato Sri Ariff Shah ingin tahu. Akira menganggukkan kepalanya. Lagi sekali Dato Sri Ariff melepas keluhan.

"Maafkan papa, Akira. Papa gagal melindungi satu-satunya anak papa. I'm sorry!" luah Dato Sri Ariff Shah dengan wajah kesal.

"No papa. Papa dah lindungi Akira dengan sebaik mungkin. Papa tak perlu rasa serba salah kerna ini semua di luar jangkaan papa. Akira bersyukur kerna menjadi anak papa." ujar Akira dengan ikhlas. Dato Sri Ariff Shah tersenyum hambar.

--------------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience