Bab 40

Romance Series 51364

Akira berjalan sekeliling bilik... bila sampai kepada Haikal, Haikal selangkah ke belakang. Mereka bergerak arah membulat.

"Kau sudah bersedia?" soal Akira dengan suara keras.

"Aku sudah bersedia. Sudah lama aku tak membelasah orang," jawab Haikal dengan lagaknya. Akira tersenyum sinis di sebalik topengnya.

"Haikal... Haikal... batang hidung dah tampal plaster, masih nak berlagak lagi" desis Akira di hati.

"Baik, kita mulakan..." ujar Akira.

Akira mula mengangkat kedua tangannya, memandakan bermulanya perlawanan mereka. Apabila melihat Haikal seperti sudah bersedia, Akira terus melepaskan tumbukan padunya.

Hampir sahaja mengena ke muka Haikal... tapi, pantas Haikal mengelaknya. Namun kepalanya sudah dipaut oleh Akira. Lalu lutut Akira naik mencari sasaran. Haikal segera menampan lutut itu dengan kedua tangannya. Kemudian dada Akira di tolak kuat, terbelakang dia selangkah.

"Boleh tahan perempuan ni," bisik Haikal di dalam hatinya.

Haikal segera menumbuk ke arah Akira. Akira tika itu seperti dapat mengagak akan gerakkan Haikal, dia tangkas menepis tangan Haikal. Dan dengan lajunya dia menyepak kaki Haikal. Haikal pula tidak sempat mengelak dari serangan Akira, terasa pedih sampai ke tulang.

"Shit...!" marah Haikal. Akira sudah tersenyum senget.

Haikal kembali menyerang. Dia menyerang Akira bertubi-tubi dengan menggunakan tangan berselang dengan kakinya. Ada yang kena, ada yang dapat di tempis. Akira tetapi tenang di posisinya.

Sungguh Haikal tidak menduga, wanita yang di lawannya bukanlah calang-calang orangnya. Setiap gerakkannya cukup pantas dan lincah. Haikal sudah tidak peduli, apa nak jadi... jadilah. Dia mula menumbuk ke arah Akira, tetapi dapat di elak Akira.

"Kau masih nak berlawan?" duga Akira.

"Aku lelaki.., tak kan aku nak mengaku kalah dengan perempuan!" jawab Haikal dengan senyum sinisnya.

"Baik," ucap Akira sepatah.

Akira terus menyerang Haikal. Dia berjalan laju ke arah Haikal, sikunya melekat di leher Haikal sehingga badan Haikal ke belakang berlanggar ke dinding.

Haikal menepis siku itu kuat. Dengan pantas dia memaut kepala Akira sehingga terdorong ke bawah. Dan lutut menghentak dada Akira. Dia menyiku belakang kepala Akira... Akira menjarakkan diri. Kemudian Akira kembali, dengan lajunya dia merempuh Haikal sehingga mereka terjatuh ke lantai.

Mulalah mereka bergelut, mengunci antara satu sama lain. Haikal mulai hilang tumpuhan... dia menumbuk dan menyiku secara rawak ke arah badan Akira. Akira mengunci tangan Haikal, manakala kaki Haikal menangkap pinggang Akira dan dia cuba mengangkat pinggangnya menolak tubuh Akira sekuatnya. Tubuh mereka bergolek. Apabila Akira berada atas, dia terus menumbuk ke wajah Haikal bertubi-tubi.

******

Sebaik tiba di pintu bilik latihan, Hisyam terus merempuh kasar daun pintu tersebut. Mahu terbuntang matanya di saat dia melihat keadaan Akira yang sudah hilang kawalan, bertubi-tubi dia melepaskan tumbukan wajah Haikal yang terbaring di tempat gusti itu.

"Ratu, berhenti!" jerit Hisyam dengan kuat. Lantas dia segera merangkul tubuh Akira dan mengeret Akira menjauhi tubuh Haikal. Akira merontah-rontah minta di lepaskan.

Haikal terkesima apabila melihat Hisyam merempuh masuk kedalam dan lagi terkejut bila dia mendengar nama 'Ratu' di sebut oleh pengawal peribadi tunangnya.

"Ratu? adakah Linda? siapa perempuan di sebalik topeng ini? aku harus tahu... aku tidak boleh kalah" gumam Haikal di hatinya.

"Lepaskan aku, Syam. Aku belum selesai lagi dengan dia," tengking Akira dengan suara karas. Dia belum cukup puas lagi ingin menumbuk wajah Haikal, lelaki yang cuba perangkapnya.

Tony sudah cuak bila melihat sisi gelap ketua mafia mereka. Terasa tubuh badannya seram sejuk apabila melihat raut wajah tuan Haikal yang sudah lebam, bibirnya pula pecah akibat dari tumbukan ketuanya.

"Cukup Ratu, cukup. Dia bukan lawan Ratu." ujar Hisyam, cuba menenangkan Akira tika itu.

"Aku tak peduli. Dia cuba mencemarkan maruah aku! Lepaskan aku Hisyam. Kalau kau cuba menghalang aku, kau akan terima hukuman!" ucap Akira memberi amarah kepada orang kanannya. Anak matanya merenung tajam ke arah anak mata Hisyam.

Serta-merta Hisyam melepaskan pelukkannya. Dia berundur setapak ke belakang, kepalanya tunduk ke bawah... tidak berani melawan renungan tajam dari Ratu mafianya.

Lalu Akira bangun dan berdiri sambil merenung tajam ke arah Haikal yang masih duduk di lantai. Kemudian dia datang menghampiri Haikal yang sudah banyak lebam di wajahnya.

"Kau sudah kalah.., kau harus lupakan Cik Akira dan putuskan pertunangan korang" suara Akira mengeras.

"Tidak. Aku tidak boleh lupakan Cik Akira dan aku tidak akan putuskan pertunangan kami." kata Haikal dengan lemah.

"Kau sudah lupa apa yang aku cakap sebentar tadi?" nada suara Akira meninggi. Hatinya begitu panas bila mendengar tutur kata dari lelaki yang dikalahkannya.

"Aku belum menyerah kalah," ucap Haikal. Dia berdiri dengan perlahan-lahan. Kemudian Haikal mengangkat tangannya, tanda dia mengajak berlawan. Hisyam dan Tony saling berpandangan, mereka sepertinya sudah tahu siapa yang akan tewas dalam perlawanan ini.

"Kau bukan lawan dia, Haikal! " bisik hati kecil Hisyam. Ini kerana Akira adalah seorang juara tinju di overseas dan tidak hairanlah dirinya dikenali sebagai ratu tinju.

"Baik kalau itu yang kau mahu." Hati Akira yang sudah membara, terus menyerang Haikal dengan pantas. Belum sempat Haikal mengelak, satu tumbukan padu Akira sudah mengena di bahagian kepala Haikal.

Pandang Haikal mula kabur dan tidak semana-mana dia jatuh ke lantai... dan tidak sedarkan diri.

"Hisyam... selesaikan," ujar Akira sebelum melangkah keluar dari bilik latihan tersebut.

"Baik." akur Hisyam.

----------------------------------------------------

Sehari berlalu...

Haikal terjaga dari tidurnya. Matanya mula melihat keadaan bilik yang dia berada sekarang ini. Ini bukan biliknya, tiba-tiba terasa nilu di bahagian bibirnya. Persoalannya sekarang, dia berada di mana tika ini?

Di saat Haikal ingin bangun dari katil, kedengaran pintu bilik di kuak. Terpancul figura yang baru dia kenali.

"Tuan Haikal dah sedar?" soal Tony perihatin.

"Aku berada di mana?" soal Haikal ingin tahu. Tony tersenyum nipis.

"Tuan berada di tempat tuan saya. Sebentar lagi saya akan hantar tuan pulang?" jawab Tony sambil tersenyum tenang.

"Macam mana aku boleh berada di sini? dan kenapa badan aku terasa sakit?" soal Haikal. Dia merasa hairan melihat keadaannya tika itu.

"Tuan Haikal tidak ingat kah?" soal Tony dengan soalan.

"Takkan mamat ni dah lupa ingatan. Kalaulah betul-betul lupa ingatan, kuat juga tumbukan Ratu." gumam Tony di hati. Anak matanya masih memerhati kelakuan Haikal yang seperti cuba mengingati sesuatu.

Haikal cuba mengingati perkara yang berlaku sebelum dia tidak sedarkan diri. Dan tidak semana-mana ingatannya kembali mengimbas kejadian yang berlaku kepada dirinya. Di mana dia berlawan dengan seseorang dan dia tewas dalam perlawanan tersebut.

"Sudah berapa lama aku tidak sedarkan diri?" soal Haikal sambil melepas keluan berat.

"Seharian tuan tidak sedarkan diri." jawab Tony jujur.

"Aku nak jumpa dengan tuan kau." ujar Haikal dengan

"Maaf tuan Haikal, buat masa ini... Tuan saya tidak berada di sini. Lagipun tuan sudah kalah dalam perlawanan itu" jawab Tony dengan tenang. Terkelu lidah Haikal.

"Mari tuan, saya hantar tuan pulang ke rumah tuan!" kata Tony lagi.

"Nur Akira Syalinda ... aku tak akan menyerah kalah. Aku akan berusaha mendapatkan, bidadariku!" kata Haikal dengan perlahan. Dengan berat hati, Haikal membuka langkah kakinya.

******

Haikal masih termenung, tanpa di sedarinya... dia sudah pun di kondominiunya. Tony menggelangkan kepala apabila melihat keadaan tunang tuannya seperti di dalam dunianya sendiri.

"Ehemm..!" Tony sengaja berdehm kuat sedikit. Lantas Haikal tersedar dari lamunannya.

"Tuan Haikal, kita dah sampai." ujar Tony sebaik sahaja menghentikan keretanya.

"Ohh... terima kasih, Tony." ucap Haikal. Sebelum dia keluar dari perut kereta Tony, Haikal memandang wajah Tony.

"Aku nak minta tolong dekat kau?" ujar Haikal dengan penuh harapan.

"Boleh tuan, apa dia?" jawab Tony.

"Tolong beritahu aku, jika Tuan kau sudah berada di sini."

"Maaf tuan, jika melibatkan tuan saya... saya tidak boleh tolong tuan."

"Kau jangan risau, aku cuma nak berjumpa dengan dia sahaja. Aku belum lagi menyerah kalah. Aku tidak mahu kehilangan tunang aku. Aku harap kau boleh faham akan keadaan aku." jelas Haikal dengan ikhlas. Tony dapat merasakan yang Haikal bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Ratunya.

"Baiklah, tapi kali ini sahaja saya tolong tuan." kata Tony dengan raut wajah serba-salah.

"Terima kasih, Tony!" ucap Haikal. Terpancar sinar bahagia di raut wajah Haikal. Dan Haikal pun keluar dari perut kereta. Di fikirannya sudah ada misi.

----------------------------------------------------

maaf... lama menyepikan diri. Terlalu sibuk menguruskan perkerjaan. Insyaallah... saya cuba mencuri-curi masa untuk siapkan cerita ini... Minta maaf sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience