Bab 1

Romance Series 51364

Sebaik tiba di hadapan balai ketibaan, Akira mencari kelibatan seseorang yang menjemput dirinya di airport.

" Mana pula Pak Zainal ni? Dah datang kah atau belum lagi?" bisik hati Akira yang masih lagi melihat-lihat sekeliling luar airport itu.
Beberapa minit kemudian, orang yang di carinya muncul.

" Assalammualaikum Cik Akira, maafkan pakcik lambat datang. Kereta ada masalah tadi" kata Pakcik Zainal sebaik saja bertemu dengan Akira.

" Waalaikummusalam, lain kali call lah Akira... Tak juga Akira tercari-cari. Jom lah gerak, nanti lewat pula sampai rumah" kata Akira dengan senyuman kelatnya.

Akira menolak beg bagasi-bagasinya menghampiri kereta. Pakcik Zainal memasukkan beg bagasi-bagasi Akira ke dalam bonet kereta dengan berhati-hati. Setelah habis memasukkan semua beg bagasi, bonet kereta di tutup rapat. Kemudian mereka pun bergerak meninggalkan kawasan airport.

Tidak sampai 50 minit, akhirnya mereka pun sampai di rumah vila Dato Sri Ariff Shah. Berhenti saja enjin kereta, Akira terus keluar dari perut kereta dan menujuh ke pintu rumah papanya. Kelihatan Datin Sri Arani Lin berdiri di hadapan pintu rumah sambil tersenyum ke arah Akira, satu-satunya anak yang dimiliki.

"Assalammualikum Mama". Akira memberi salam.

"Waalaikummusalam.., anak Mama" sahut Datin Sri Arani Lin dengan tersenyum gembira.

Akira menyalam dan mencium tangan Datin Sri Arani Lin. Mereka berpelukkan melepas rindu masing-masing. Maklumlah hampir 3 tahun tidak bersua. Mereka berhubung hanya melalui panggilan video call saja. Ini kerana Dato Sri Ariff Shah mahu anaknya hidup berdikari dan tidak mahu anaknya terdedah dalam bahaya.

"Papa mana, ma?" tanya Akira pada Datin Sri Arani Lin.

"Papa di office, nanti petang pulanglah tu. Busy sikit Papa Akira tu" jawab Datin Sri Arani Lin kepada anaknya.

" Akira tentu penatkan, naiklah ke atas. Rehatkan badan, nanti malam kita makan sama-sama ya!" kata Datin Sri Arani Lin lagi.

Akira senyum dan menganggukkan kepalanya, lalu meninggalkan Datin Sri Arani Lin di ruang tamu.

--------------------

Makanan malam sudah pun terhidang di meja makan, Dato Sri Ariff Shah dan isterinya Datin Seri Arani Lin duduk di ruang tamu rumah.

"Laila, tolong panggilkan Cik Akira turun makan" arah Datin Sri Arani Lin kepada pembantu rumahnya.

"Baik, Datin Sri" akur Laila, lalu dia pun menaiki anak tangga dan menujuh ke bilik Akira anak majikannya.

Tok..tok..tok..,

Pintu biliknya diketuk. Akira membuka pintu biliknya, kelihatan susuk tubuh figura sedang berdiri di hadapannya.

"Ya, ada apa? " soal Akira dalam keadaan tenang.

"Cik Akira, Datin Sri panggil turun makan" jawab Laila kepada anak majikannya.

" Siapa nama kamu? Kamu orang baru kah? "soal Akira lagi kepada figura tersebut.

Dari segi pemakaian, Akira boleh tahu perempuan di hadapannya itu adalah pembantu rumah tetapi dia tidak pernah nampak raut wajah figura itu.

"Nama saya Nur Laila, Cik Akira boleh panggil saya Laila saja."

"Oh Laila. Dah berapa lama Laila kerja di sini?"

"Baru 2 tahun, Cik Akira."

"Okey, sekejap lagi saya turun ya."

Laila menganggukkan kepalanya dan beredar dari bilik Akira.

Tak sampai berapa minit, Akira sudah berada di samping keluarga kecilnya.

"Assalammualaikum Pa, Ma" kata Akira memberi salam pada orang tuanya.

"Waalaikummusalam" jawab Dato Sri Ariff Shah Dan Datin Sri Arani Lin hampir serentak.

"Maaf, lambat turun" kata Akira yang tersenyum kelat pada orang tuanya.

"Tak apa. Mari kita makan tapi selepas makan nanti, Akira masuk bilik bacaan Papa,ya!" kata Dato Sri Ariff.

Akira hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Mereka pun menjama makanan setelah selesai membaca doa makan. Masing-masing menikmati hidangan makan malam.

--------------------

Dato Sri Ariff Shah dan Akira jalan beriring memasuki ke bilik bacaan, Datin Sri Arani Lin pula masuk ke ruang dapur untuk membuat kopi buat suami dan anaknya.

" Bila Akira nak masuk office, Papa?" Dato Sri Ariff Shah memulai bicara.

"Papa, Akira baru je balik sini. Bagilah masa nak enjoy" kata Akira pada Dato Sri Ariff Shah.

"Akira...,hanya Akira sorang saja anak, Papa. Tak kan sampai tua, Papa nak handle syarikat tu."

"Oklah, bagi Akira sebulan... boleh? "

"Baiklah, papa setujuh."

"Thank you, Papa. You are the best."

"But... Akira jangan lupa, ok."

"Insya Allah."

Pintu bilik bacaan dikuak, lalu Dato Sri Ariff Shah dan Akira serentak menoleh ke arah pintu bilik bacaan. Masuknya Datin Sri Arani Lin dengan membawa dua cawan kopi di dalam dulang, dengan berhati-hati dia meletakkan dulang tersebut di atas meja kerja suaminya.

"Malam sabtu ni, ada dinner di rumah Atok Ayah. Atok Ayah jemput kita sekeluarga datang " ujar Datin Sri Arani Lin.

"Kita kita saja kah, Ma? atau satu family Papa? " tanya Akira.

"Ya, semua family Papa ada" jawab Dato Sri Ariff Shah.

"Kalau Akira tak join, boleh kah?"

"Jangan nak mengelak ya, Atok Ayah nak jumpa Akira. Wajib katanya!"

Mahu tidak mahu Akira terpaksa setujuh kalau dah di sebut perkataan WAJIB, dia harus patuhi meskipun hati kecilnya memberontak. Bukannya dia tidak mahu menghadiri perjumpaan keluarga besar papanya, ini kerana dia tidak menyukai abang angkat Papanya iaitu Dato Azahar yang gila kuasa dan harta.

---------------------------------------------------

Harap maaf...jika ada salah dan silap, harap tunjukkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience