Bab 57

Romance Series 51364

Ke esokan pagi, mereka semua bersiap-siap hendak berangkat ke Hotel Empayar AS iaitu hotel kepunyaan Tan Sri Alif Shah. Di sana majlis persandingan Akira dan Haikal di buat. Setiba di lobi hotel, Akira dan Haikal di beri bilik asingan untuk mereka bersiap.

Akira telah dihias cantik dengan gaun pengantin yang berwarna merah hati. Cantik dihiasi dengan kristal swarovski. Sesekali badanya dipusing-pusing di hadapan cermin. Mimi dan kedua-dua sepupu perempuan Akira sudah melopong.

"Apa hal dengan korang ni? Mulut tu tutup...nanti tak pasal-pasal labah-labah masuk." tegur Akira bila melihat reaksi tiga wanita itu.

"Cantiklah kau, beb. Kalau laki kau tengok, tentu matanya tak berkelip-kelip memandang kau. Silap haribulan...kau tak kan keluar dari bilik." puji Mimi.

"Iya lah Kak. Macam patung barbie doll...akak!" cela Syafika.

"Terima kasih di atas pujian... korang." ucap Akira dengan senyuman kecil.

Sedang mereka rancak berbual...pintu bilik di ketuk.

Tok...tok...tok!!!

"Fika tolong...." belum habis Atikah berkata...Syafika sudah mengangkat tangan, lalu bersuara.

"Ok, Fika tahu...tolong buka pintu kan." Lantas bergema suara gelak ketawa dari tiga wanita dan juru solek juga turut sumbang gelak ketawa.

Tombol pintu dipulas dan daun pintu di buka. Kelihatan kelibat Haikal yang mengenakan tuxedo berwarna hitam dan kemeja putih, berdiri di luar muka pintu.

"Akira sudah siap?" tanya Haikal.

"Kak Akira sudah siap. Tunggu sekejap, saya panggil Kak Akira." jawab Syafika. Haikal mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis.

Akira berjalan ke arah pintu, langkahnya terhenti sebaik melihat susuk tubuh Haikal berdiri di muka pintu.

Haikal terkaku. Dia terpana sekali lagi... melihat wajah Akira serta gaun pangantin yang berada di tubuh Akira. Mata Haikal tidak sekalipun berkelip menatap sang bidadarinya.

"Ehem..." Akira sengaja berdehem. Haikal seakan baru tersedar, sedikit terkejut tika itu.

"Jom, kita gerak sekarang." ajak Haikal dengan senyuman lebar. Akira hanya mengangguk kecil. Lalu mereka berjalan menuju ke lif.

*********

Keluar dari perut lif, Haikal menguak lengan. Melihat ruang kosong diantara lengan dan tepi rusuk Haikal, Akira sudah tahu apa yang harus dilakukan. Lantas tangannya masuk mengauk lengan sasa suaminya. Haikal memberi senyuman lebar kepada Akira sebelum mereka beriringan masuk dewan. Manakala Akira masih mengekalkan reaksinya.

Pintu dewan dibuka...reaksi Akira berubah. Senyuman manis terukir di bibirnya, Haikal sudah menjangka akan perubahan reaksi isterinya itu. Namun dia tidak kisah, yang penting Akira berada di sampingnya. Mereka berdua berjalan menuju ke pelamin dengan senyuman.

Duduknya dua mempelai di pelamin, masuklah pengiring pengantin lelaki dan perempuan membawa dulang-dulang hantaran. Kemudian bacaan doa syukur selamat di baca. Sesudah itu, acara menepung tawar di mulakan. Keluarga Akira memulakan acara tersebut.

"Atok harap, Haikal kuatkan mental dan fizikal untuk berhadapan dengan sikap cucu perempuan atok ni!" bisik Tan Sri Alif di telinga Haikal. Haikal terkesima mendengar pesanan dari atok ayah isterinya itu.

"Baik, atok ayah!" kata Haikal dengan senyum kelat.

Selepas itu...

"Papa berharap, Haikal dapat pertahankan perkahwinan korang berdua!" kali ini Dato Sri Ariff Shah pula berbisik di telinga Haikal dan juga meninggalkan berpesan.

"Insyaallah, pa!" kata Haikal sambil mengangguk kepala.

Akira merasa curiga bila melihat reaksi Haikal selepas atok ayah dan papanya memeluk tubuh suaminya.

"Tentu ada sesuatu yang di bisikan di telinga mamat ni!" gumam Akira dalam hati.

Kemudian giliran keluarga Haikal pula menepung tawar. Sesudah itu, para sahabat handai kedua belah pengantin menepung tawar.

"Tahniah dan selamat pengantin baru... Haikal dan Akira! " ucap Fazli. Kemudian diikuti Lokman, memberi ucapan kepada sahabat mereka.

"Terima kasih..Faz, Man. Korang dah makan nasi minyak aku?" kata Haikal bersahaja.

"Sudah, kami dah jamah nasi minyak kau." jawab Fazli sambil senyuman.

"Kal, kami cau dulu. Kalau kau nak cari kami, kau datang saja di meja kami di sana." kata Lokman sambil menunjuk ke meja mereka.

"Ok. Nanti aku pergi tempat korang, ya!" kata Haikal.

******

"Selamat pengantin baru...cik Akira... opss, Puan Akira." ucap Intan dengan senyuman manisnya dan dirinya di temani Hisyam. Manalah Hisyam pula menyapa Haikal.

"Selamat pengantin baru tuan Haikal." ucap Hisyam dengan senyuman segaris. Kemudian dia berbisik sesuatu di telinga Haikal.

"Kami harap..kau mampu jaga Ratu kami, bila kau berada di sisinya!" Haikal menelan liurnya bila mendengar bisikan dari pengawal peribadi dan juga merangkap sahabat baik isterinya.

"Korang jangan risau, dia sudah menjadi isteri aku. Jadi sudah tanggungjawab aku menjaga keselamatan dia." balas Haikal dengan yakin.

"Terima kasih, Intan. Wow...ada kemajuan." ucap Akira sambil matanya melirik ke arah Hisyam.

"Cik Akira...kami..." tak sempat Hisyam menghabiskan bicaranya, Akira menceras.

"Hisyam, now is not working time. Call me... Akira. We are friends, ok!" Hisyam mengangguk kepala sambil tersenyum hambar.

"Handsome suami you, Akira. Nasib baik dia dah jadi suami kau, kalau tidak..." Intan sengaja menggantungkan ayatnya sambil tersenyum sumbing ke arah Akira.

"Kalau tidak apa? Kau nak mengorat dia? Sekarang pun boleh..kalau kau nak mengorat dia, aku okay je!" sakat Akira dengan selamba. Dia tahu, Intan cuba menyakat dirinya.

"Betul kah ni, aku boleh mengorat dia?" Intan masih nak menerus menyakat temannya itu. Tapi dia tak tahu yang dirinya juga di mainkan oleh Akira.

"Of course... boleh...but..." Akira berhenti sejenak.

"Hisyam, I have!" bisik Akira di telinga temannya itu. Berubah terus wajah Intan. Akira sudah tersenyum mengejek. Melihat senyuman Akira, baru Intan perasan, yang dirinya sudah terkena.

"You ni...pandai kenakan i, ya!" ujar Intan sambil menyucuk pinggang Akira. Lantas Akira tertawa kecil.

*********

Selesai acara potong kek dan makan beradab, pasangan pengantin itu mula melayan tetamu.

"Haikal, perkara hari tu... dah settle kah?" soal Fazli. Haikal tersenyum kelat. Dia tiada tahu, bagaimana nak menjawapan pertanyaan dari temannya itu. Melihat reaksi yang di pamerkan oleh Haikal, mereka sudah membuat kesimpulan sendiri.

"Kau nak aku explain kat Akira kah?" tanya Lokman. Dia merasa serba salah terhadap Haikal.

"Tak perlu, perkara dah lepas. Biarkan sahaja. Lagipun, Akira dah sah menjadi isteri aku!" jawab Haikal dengan senyum tawar.

"Don't give up, Kal. Aku pasti, kau boleh menakluki isteri kau tu." Lokman memberi semangat.

"Betul tu. If you can't capture his heart, let us capture his heart!" usik Fazli.

"Kalau aku tak dapat tawan hatinya, belum tentu korang juga dapat merebut hatinya yang beku itu." tutur Haikal dengan selamba. Lantas teman-temannya tertawa kecil.

"Kal, jom kita tempat bini kau tu. Ada bunga-bunga cantik di sekelilingnya. Manalah tau, ada jodoh aku di antara bunga-bunga itu." ucap Fazli dengan penuh perasaan.

"Iya lah. Kalau sepupu isteri kau...aku dah kenal. Tapi yang dua tu...aku tak kenal. Mari kita ke tempat isteri kau tu." ujar Lokman dengan pandangan matanya ke arah dua wanita yang ingin dia kenali.

"Ok, let's go!" ajak Haikal. Lalu mereka pun bergerak menuju ke tempat Akira.

*********

"Intan, ini i kenalkan...Mimi. Teman sekolah menengah dan seuniversiti I dulu, sebelum I pindah kat overseas. Dan Mimi, ini Intan...teman I kat overseas." Akira memperkenalkan sahabat baiknya. Lalu Mimi dan Intan saling bersalaman.

"Intan, ini pula sepupu aku. Mereka berdua adik-beradik. Atikah...kakak, Syafika...adik!" Lantas mereka bertiga, salam berkenalan. Sedang rancak mereka berbual, Haikal dan dua sahabatnya tiba di hadapan mereka.

"Ehemm..." Haikal sengaja berdehem. Lantas Akira dan teman-temannya serta dua sepupunya menoleh ke arah Haikal.

"Rancak berbual, sampai abang berada di sini...sweetie tak perasan ya," sakat Haikal. Akira tersenyum paksa. Manakala teman-temannya dan dua adik sepupunya...sudah terkejut mendengar gelaran yang di sebut oleh suami Akira.

"Sorry, saya tak perasan pula...tuan Haikal ada di sini." tutur Akira tanpa nada. Haikal tersentap, hatinya terasa sakit bila mendengar jawapan dari isterinya. Mereka yang berada di situ, terus tergamam seketika.

Tiba-tiba seseorang menyapa mereka.

"Excuse me...i nak pinjam abang Haikal, boleh?" soal Maya dengan gaya lagaknya.

"You can..but, kamu tanya sendiri tuan punya badan." jawab Akira dengan senyuman sinis. Matanya sempat melirik ke arah suaminya dan Haikal seperti faham maksud lirikkan mata isterinya itu.

Maya sudah tersenyum lebar, belum sempat dia mengajukkan soalan pada Haikal. Lagu Perfect nyanyian Ed Sheeran berkumandang. Lantas Haikal menghulur tangannya sebelah di hadapan Akira.

"Will you dance with me?" ajak Haikal dengan gaya gentleman. Akira terkedu. Selang seminit...dia meletakkan tangannya di tapak tangan suaminya.

Bibir Haikal melakar senyuman meskipun hatinya terasa sakit sebentar tadi. Dan Akira juga menguntum senyuman. Dia perlu menunjukkan dirinya yang dia menerima lelaki itu jodohnya. Mereka pun pergi ke ruang tengah dan beberapa pasangan...mula ikut mereka dan menari bersama. Maya sudah menggetip bibir, geram. Intan pula sudah tersenyum lebar saat itu.

"Ada hati nak pinjam laki orang, baru kau tahu! " guman Intan dalam hati.

"Jom kita join Ratu Black Red menari!" bisik Intan di telinga Hisyam. Lantas Hisyam mengangguk kecil. Mereka pun pergi ke tempat di mana Ratu Black Red berada.

******

Selesai sahaja sesi bergambar, majlis berlabuh tirai. Para tetamu dan ahli keluarga kedua belah pengantin, mula beransur pulang. Manakala Akira dan Haikal pergi ke suites.

Sepanjang perjalanan dalam lift, masing-masing melayan telepon pintar. Haikal acap kali mencuri-curi melihat Akira yang berada di sudut lift itu. Pintu lift terbuka, menandakan mereka telah sampai di tingkat yang di tuju. Kaki mula mengorak langkah menuju ke suites Akira.

Akira menekan password pintu dan daun pintu di buka untuk Akira dan Haikal masuk. Tanpa menghiraukan Haikal, Akira segera masuk ke bilik. Haikal melabuh punggungnya di sofa.

Selesai membersihkan diri dan mengenakan pakaian tidur di tubuhnya, Akira merebahkan badannya di atas katil. Dan tidak sampai seminit, Akira sudah diulit mimpi.

Tidak lama kemudian, Haikal masuk ke bilik. Dia melihat Akira sudah lena di atas katil dengan tubuhnya ditutupi selimut. Haikal tersenyum segaris. Lalu dia membuka pakaiannya satu persatu, kemudian dia mencapai tuala dan terus melangkah masuk ke bilik air.

Setelah membersihkan diri, Haikal keluar dari bilik air. Dia hanya mengenakan boxer, kemudian Haikal menghampiri Akira. Punggung dilabuhkan perlahan bersebelahan dengan isterinya. Dia mengamati wajah mulus bidadarinya.

" I love you...sweetie. I love you so much!" luah Haikal perlahan.

Tangannya mengusap lembut rambut Akira. Lembut. Entah kenapa, bila dia melihat bibir merah isterinya...Haikal seperti ingin mencium bibir itu. Dia tundukkan badan, merapatkan wajahnya ke wajah Akira. Dan satu sentuhan lembut dilepaskan ke bibir isterinya. Lama bibir Haikal dan Akira bertaut dan tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu menyentuh di bahagian kepalanya. Lantas Haikal meleraikan ciumannya. Bila dia membuka kelopak matanya, mata Akira sudah memandang anak matanya sambil tangannya mengacukan pistol di kepalanya. Membulat mata Haikal dan dirinya juga terkaku.

"Dare you touch me?" bentak Akira dengan renungan tajam. Haikal menelan liurnya dengan payah.

"Jangan kau sangka, bila kau dah jadi suami aku...kau boleh sesuka hati menyentuh diri aku. Jika kau mahu aku jadi isteri kau yang sebenarnya. Buktikan dulu, kau mampu lindungi diri kau sendiri dari sebarang bahaya." ucap Akira sebelum mengalihkan pistol di kepala Haikal. Kemudian dia berlalu pergi dari bilik itu. Tinggallah Haikal seorang diri di dalam bilik. Dia melepaskan keluhan berat.

*********

Keesokkan harinya, Akira dan Haikal kembali ke Villa Dato Sri Ariff Shah. Datin Sri Arani Lin sudah menunggu mereka di hadapan muka pintu rumah.

"Assalammualaikum ma," Akira memberi salam sebaik saja berdiri di hadapan Datin Sri Arani Lin sambil menghulur tangannya.

"Waalaikumsalam..masuklah Akira, Haikal. Papa ada di meja makan tu." sahut Datin Sri Arani Lin sambil menyambut salam tangan anak dan menantunya.

Lalu mereka berjalan menuju ke ruang meja makan. Dato Sri Ariff Shah sedang menjamah makanannya.

"Haikal dan Akira, tak pergi honeymoon kah?" soal Datin Sri Arani Lin sambil menuang kopi ke cawan.

"Kam..." Haikal tidak meneruskan ayatnya, bila Akira mencaras.

"Tak ma. Akira perlu ke New Zealand. Company kita di sana, ada masalah."

"Bila Akira nak ke sana?" tanya Dato Sri Ariff Shah sambil menaguk air kopinya.

"Esok pa." jawab Akira.

"Kalau macam tu, apa kata Haikal ikut Akira sekali. Boleh juga korang berdua honeymoon kat sana." cadang Datin Sri Arani Lin.

"Akira ok je...but, tak tahulah kalau menantu papa tu nak ikut. Dia kan ada kerja." ujar Akira sambil menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya.

"Haikal." panggil Dato Sri Ariff Shah.

"Ya pa," sahut Haikal.

"Bila Haikal masuk kerja?"

"Minggu depan pa...Kal masuk kerja."

"Kalau macam tu, bolehlah Kal ikut Akira pergi New Zealand. Korang honeymoon kat sana."

"Baik pa."

------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience