Bab 5

Romance Series 51364

Sudah dua hari berlalu, Akira masih memikirkan bagaimana caranya dia hendak menolak perkahwinan itu. Dia tidak sanggup dirinya di buang keluarga, lebih-lebih lagi orang tuanya.

"Aku harus mencari jalan bagaiman aku mengelak dari perkahwinan itu" gumam hati Akira.

"Think think think... fikir Akira fikir" kata Akira sendiri ambil jari tunjuk mengetuk dahinya.

"Lebih baik aku keluar... mana tau, kot-kot ada timbul idea aku" ujar Akira lagi, lalu dia mencapai beg travel dan memasukkan beberapa helai pakaiannya.

Sebaik saja kaki Akira mendarat di anak tangga rumah yang terakhir, Datin Sri Arani Lin yang berada di ruang tamu rumah datang menghampiri anaknya.

" Akira nak ke mana ni,sayang?"

"Mama, maafkan Akira. Benarkan Akira keluar."

"Anak Mama nak tinggalkan mama dan papa? "

"Tidak Ma, tolong berikan Akira masa untuk tenangkan fikiran."

"Baiklah, Mama benarkan Akira keluar, tetapi beritahu Mama... sayang hendak ke mana?"

"Buat masa ini, Akira nak duduk di rumah sewa Mimi" bohong Akira. Sebenarnya dia belum tahu lagi ke mana dia hendak pergi, hanya itu saja idea yang muncul di mindanya.

" O..okey, jaga diri sayang baik-baik. Jika ada apa-apa berlaku... call Mama, ya" ujar Datin Sri Arani Lin meskipun hatinya berat untuk melepaskan anaknya pergi, tetapi dia tidak mahu Akira tertekan.

"Insya Allah, Ma".

Datin Sri Arani Lin memeluk serta mencium dahi anaknya. Tangan mamanya di cium, dengan perlahan-lahan Akira melepaskan tangan Datin Seri Arani Lin. Dia pun segera berlalu pergi dan menaiki grap yang telah di tempahnya.

----------------------------------------------------

Tiga keping not merah di serahkan kepada pemandu grap. Pintu kereta di buka, Akira segera mengatur langkahnya memasuki banggunan City Mall. Dia berjalan menujuh ke sebuah restoran Ali Baba untuk menemui Mimi di sana. Sebelum Akira keluar dari rumahnya, dia sudah pun menghubungi teman baiknya untuk berjumpa.

Kelihatan Mimi sedang duduk di sebuah meja sambil melihat telepon bimbitnya.

"Assalammualaikum.." Akira memberi salam sebaik saja tiba di tempat Mimi.

"Waalaikummusalam " sahut Mimi lalu menoleh ke arah Akira.

Mimi terbungkam apabila melihat kawannya memakai jaket hoodie berwarna kuning dan memakai cap serta membawa beg travel.

"Kau nak ke mana dengan beg travel ni, Akira?" soal Mimi minta penjelasan dari teman baiknya itu.

"Aku nak tenangkan fikiran aku ni yang tengah serabut " jawab Akira lalu meletakkan beg travel nya di kerusi sebelahnya.

"Tapi kau nak ke mana? "

"Aku tidak tahu, aku nak bersembunyi"

"Apa kata kau tinggal dengan aku, sekurang-kurangnya kau tidak sendirian. Lagi pun dalam rumah sewa aku tu cuma ada aku dan sorang housemate saja. Kalau kau ada, meriah sikit."

"Aku tak nak kau susah di sebabkan aku."

"Kenapa pula kau cakap macam tu? aku kan kawan kau. Kau tidak pernah pun menyusahkan aku..,aku susahkan kau adalah."

"Biar aku fikir dulu."

"Tak payah kau nak fikir-fikir, kau tinggal saja dengan aku".

Akira berbelah hati untuk menerima ajakkan teman baiknya, dia takut Mimi akan mengalami masalah di sebabkan dirinya. Ini kerana dia selalu di buru oleh orang-orang suruhan Dato Azahar. Dato Sri Ariff Shah dan Datin Sri Arani Lin tidak mengetahui akan hal itu, kecuali kawan baiknya Mimi. Secara tidak sengaja Akira melihat cermin yang berada di belakang Mimi, dia ternampak 2 lelaki yang selalu mengekorinya.

Akira membuat seperti biasa, dia tidak mahu 2 lelaki tersebut menyedari yang dirinya sudah dapat mengesan akan kehadiran mereka di situ. Akira memperlahankan suaranya sedikit bercakap dengan Mimi.

"Mimi, jom blah. Ada tetamu yang tak di undang,ada di sini."

"Ok, kita blah" setujuh Mimi kerna dia baru perasan akan 2 lelaki yang selalu mengekori kawan baiknya itu.

Selesai membuat bayaran di kaunter, Akira dan Mimi pun keluar dari restoran Ali Baba. Mereka mula mempercepatkan kaki melangkah menujuh ke tempat ramai orang. Sesekali mereka menoleh ke arah belakang, kelihatan orang-orang suruhan Dato Azahar cuba menghampiri mereka. Tanpa membuang masa, Akira dan Mimi terus bergerak dengan pantas dan meninggalkan orang-orang suruhan Dato Azahar.

---------------------------------------------------

Ali merasa sangat marah apabila orang yang diburunya, dapat menghilangkan diri daripada mereka.

"Sialll... "jerit Ali melepaskan perasaan marahnya.

Tiba-tiba telipon pintar nya menyanyi, tertera nama Dato A atau nama penuh si pemanggil itu ialah Dato Azahar. Lalu Ali menekan butang hijau.

"Kau dah dapat tangkap perempuan tu? "

"Maaf Dato, perempuan itu dapat melarikan diri lagi."

"Bodoh!! Dah berapa kali kau gagal tangkap perempuan to. Kau pandai buat kerja kah tidak? " jerkah Dato Azahar pada orang suruhannya.

"Dato, perempuan itu sangat licik"

"Alasan... aku mahu kau dan orang-orang kau, segera cari dan tangkap perempuan itu. Jika tidak, satu sen pun saya tidak akan bayar kau. Malah, kau akan aku bunuh."

"Ba..baik Dato, saya akan cari perempuan itu dengan secepat mungkin " kata Ali dengan perasan takut bila dirinya di ancam oleh Dato Azahar.

Dato Azahar ketika itu sangat marah apabila mengetahui Akira terlepas dari orang-orang suruhannya. Segala barang-barang di atas meja kerjanya, habis berselerak olehnya.
"Kau tak akan terlepas Akira. Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing. Harta itu, aku yang punya" ujar Dato Azahar sambil tersenyum sinsi dibibirnya.

-----------------------------------------------------

maaf..,jika ada salah dan silap dalam penulisan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience