Bab 11

Romance Series 51364

Akira meletak plastik-plastik yang mengandungi barang-barang dapur di atas kabinet dapur. Satu persatu barang tersebut di keluarkan dan terus menyusun barang itu di tempat sedia ada.

"Kau masak untuk kau saja. Aku nak keluar dan mungkin aku tak balik nanti" ujar Haikal pada Akira yang berada di dapur.

"Boleh saya tahu, Tuan nak ke mana? " tanya Akira.

"Kau siapa nak tanya aku pergi mana? "

"Ahel..ley mamat ni, macam je lah orang nak tahu sangat... tanya je pun" rungut hati Akira.

"Saya tahu saya cuma maid saja dalam rumah ni, tuan. Tapi berilah tahu, sekurang-kurangnya saya ada jawab jika ada sesiapa yang nak cari Tuan Haikal di sini" jelas Akira, tidak mahu dirinya di kata... busy body.

"Wow... dah banyak bunyi kau, ya. Aku sangkakan kau ni tak suka bercakap. Oklah, memandangkan hari ini kau dah mula banyak bersuara... aku kasi tahu, aku nak ke rumah orang tua aku, jelas! "

Akira menganggukkan kepalanya dan terus menyambung kerjanya semula.

Siap membersihkan diri, Haikal ke bilik wardrobe. Badannya sudah pun lengkap berpakaian, Haikal terus melangkah keluar dari kondonya.

----------------------------------------------

Jam di dashboard dikerling sekilas, sudah pukul 8 malam. Suasana di rumah agam milik Dato Haris, sudah pun terang benderang dengan cahaya lampu di pagar dan perkarangan rumah.

Enjin kereta Audi R8 sudah di matikan, keluarlah Haikal dari perut keretanya dan berjalan menuju ke pintu rumah agam ayahnya.

"Assalammualaikum ibu" Haikal memberi salam sebaik saja bertemu dengan Datin Harlin.

"Waalaikumusalam..,Haikal" Datin Harlin menyahut salam, lantas memeluk tubuh anaknya Haikal.

Dua beranak itu berjalan menuju ke arah meja makan, di mana Dato Haris dan Hamzah iaitu satu-satunya adik Haikal yang dia ada, sudah pun berada di meja makan.
Makanan malam siap di hidang, seperti biasa Haikal membaca doa makan. Habis saja doa makan di baca, mereka terus menjama makanan.

"Malam ni Haikal tidur sini ya" pinta Datin Harlin.

"Ada apa-apa kah, ibu?" Haikal mula meneka.

"Ada perkara penting nak di bincangkan" cela Dato Haris sambil memandang ke arah anaknya, Haikal.

"Perkara apa tu, ayah? " teka Haikal.

"Nantilah, kita makan dulu. Lepas makan baru kita bincang" ucap Dato Haris.

Haris akur dengan kata ayahnya, lalu dia pun meneruskan suapannya.

Usai sudah makan malam, keluarga kecil Dato Haris berkumpul di ruang tamu agam rumahnya.
"Sudah tiba masanya anak-anak ayah, tunaikan amanat nenda, kamu" Dato Haris memulakan bicara, serta meletakkan satu sampul surat yang berwarna coklat cair di atas meja.
"Amanat apa yang perlu kami tunaikan?" soal Haikal kepada ayahnya.

"Dalam sampul surat tu, ada amanat nenda kamu. Kamu buka dan bacalah" jawab Dato Haris dengan cuba bertenang.

Dua adik beradik itu terkesima setelah mengetahui isi kandungan dalam sampul surat tersebut.

"Kahwin! " ucap mereka berpandangan antara satu sama lain.
Dato Haris melihat ada perubahan di raut wajah kedua-dua anaknya, lantas dia sengaja berdeham kuat sedikit.

"Jadi bagaimana? Apa keputusan kamu berdua? Ayah nak jawapan kamu sekarang ni juga" kata Dato Haris melihat kedua-dua anak terunanya.

"Jika di ikutkan dalam amanat ini, abang Haikal yang perlu menerima penjodohan ini. Tapi jika abang Haikal tak nak, Hamzah sanggup menerima amanat nenda ini!" kata Hamzah sambil tersenyum sinis.
"Maafkan aku bang, buat kau tertekan. Aku buat semua ini kerna ayah dan ibu memaksa aku" bisik hati Hamzah merasa serba salah.

"Macam mana pula dengan kamu, Haikal?" soal Dato Haris sambil merenung ke arah anaknya.

"Bagi Haikal masa, ayah. Haikal belum lagi bersedia nak kahwin" kata Haikal meminta sedikit ruang.

"Apa aku nak buat ni. Ini lagi satu, suka hati saja nak ganti tempat aku..,apa hal... kusut-kusut" rungut hati Haikal.

"No... Ayah nak Haikal buat keputusan sekarang juga. Kesihatan nenda kamu tak berapa baik sejak kebelakangan ini, ayah bimbang nenda kamu tidak sempat melihat kamu berkahwin nanti. Ayah berharap sangat kamu dapat tunaikan amanat nenda" Dato Haris bersuara cuba memujuk anaknya.

"Apa ni, yah. Ini masa depan Haikal. Lagipun Haikal yang akan kahwin dan tinggal bersama. Berilah Haikal ruang untuk berfikir" getus Haikal dengan tak tentu arah.

"Kalau Haikal tak setujuh, Hamzah akan ganti tempat kamu. Lagipun Haikal dengar sendirikan, adik kamu sanggup menerima penjodohan ini. Habis bulan ni, ayah dan ibu akan masuk meminang kawan cucu nenda" lantang Dato Haris bersuara.

Terbukam Haikal mendengar suara lantang ayahnya, terus termati akal fikirannya.

"Apa yang harus aku lakukan. Aku tak nak kehilangan semua harta benda yang aku miliki. Dan sekali gus, aku tak nak di buang keluarga" bisik hati kecil Haikal yang tengah bercelaru.

" Baiklah, ayah. Haikal setujuh dengan penjodohan ini" akhirnya Haikal akur dengan amanat nendanya.

Sujud syukur Dato Haris dan isterinya apabila mendengar persetujuan dari anak mereka. Hamzah juga tersenyum lebar bila mendengar keputusan abangnya yang akur dengan penjodohan itu.

Melihat raut wajah kedua orang tuanya, Haikal terpana seketika. Beberapa saat kemudian, Haikal bersuara.

"Ayah... ibu, Haikal masuk bilik dulu" Haikal meminta diri untuk memujuk hatinya yang gundah.
Dato Haris dan Datin Harlin tersenyum lebar, lalu menganggukkan kepala.

------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience