Bab 32

Romance Series 51364

Keesokkan harinya, Dato Azahar datang ke rumah di mana tempat dia menyembunyikan Haikal Iskandar. Sebaik sahaja sampai di kawasan rumah tersebut, dia merasa pelik. Tiada kelibat orang-orang suruhannya menjaga di luar kawasan rumah itu. Dato Azahar mempercepatkan langkah kakinya menuju ke pintu rumah tersebut.

Tiba di hadapan pintu, dia memulas tombol pintu dan menolak daun pintu ke dalam rumah. Dato Azahar terkejut apabila melihat orang-orangnya berdudukkan di lantai dengan tangan dan kaki mereka di ikat. Kakinya terus berjalan ke bilik di mana Haikal Iskandar di sembunyikan.

"Jahanam!" jerit Dato Azahar di ruang bilik itu. Tangannya menumbuk daun pintu, melepaskan amarahnya. Rizal dan beberapa orang suruhan terus berlari menuju ke beradaan Dato Azahar.

"Siapa yang melepaskan Haikal Iskandar?" soal Dato Azahar dengan suara lantang. Orang-orang suruhannya diam membisu, mereka sendiri tiada jawapannya.

Tiba-tiba telepon bimbit Dato Azahar berbunyi 'Tit Tit', satu pesanan video masuk di whattsap. Dengan pantas jarinya menekan video tersebut. Terbukam Dato Azahar sebaik saja melihat video tersebut. Raut wajahnya bertukar menjadi pucat. Selang beberapa minit... 'Tit Tit', ada mesej baru masuk, lalu dia membuka mesej tersebut dengan tangannya yang bergetar-getar.

~ Jika Dato masih mengganggu anak Dato Sri Ariff Shah... video ini akan jadi tontonan satu dunia. ~

"Bangsat..!" jerkah Dato Azahar. Lantas dia menghempas telepon bimbitnya ke lantai, jatuh hancur berkecai di buatnya. Akal fikirannya sudah tak terkawal.

"Baru kau tahu, langit itu tinggi atau rendah!" ejek Rizal di dalam hatinya. Dia hanya mendiamkan diri dan memerhatikan kelakuan Dato Azahar yang seperti hilang waras.

-----------------------------------------------------

Haikal terjaga dari lenanya yang panjang, dengan perlahan-lahan dia menbuka kelopak matanya. Kepala yang terasa berat, tidak di hiraukan. Haikal bangun dari pembaringannya, anak matanya memerhati keadaan bilik yang di terangi cahaya lampu bilik itu.

"Di mana aku?" persoalan di ajuk pada diri sendiri. Haikal melihat dirinya... masih lengkap dengan pakaian. Apa yang telah berlaku? Dia mula memikirkan kejadian semalam.

"Shit." Haikal meraup wajahnya. Dia benar-benar termakan tipu daya wanita itu. Fikirannya bercelaru memikirkan apa yang sudah berlaku ketika dia tidak sedarkan dirinya.

Bunyi pintu di buka, lantas Haikal menoleh ke arah pintu itu. Satu susuk tubuh masuk ke dalam biliknya sambil membawa beg kertas dan beg plastik.

" Good morning Mr Haikal," sapa figura itu sambil menguntum senyuman. Haikal terkejut apabila figura tersebut mengenali dirinya.

"Who are you? Macam mana kau tahu nama aku? Siapa hantar kau ke sini? Dan bagaimana aku boleh ada di sini, ah?" Haikal mengajuk soalan bertubi-tubi, namun figura tersebut hanya tersengih sahaja.

"I'm sorry sir, I can't answer your question. Saya letak sarapan pagi Tuan kat sini. Di dalam beg kertas ini, ada pakaian Tuan. Nanti Tuan Haikal salin pakaian, ya!" kata figura itu. Lalu meletakkan barang-barang tersebut di atas meja.

"Oh ya, barang pribadi Tuan Haikal... saya letak kat meja di tepi katil Tuan. Saya minta diri dulu!" kata figura itu lagi. Kemudian dia memusing badannya untuk pergi tetapi tiba-tiba langkah kakinya terhenti. Dia kembali menoleh ke arah Haikal semula.

"Saya hampir terlupa pula, ini ada pesanan untuk Tuan. Saya letak kat sini ya!" ujar figura tersebut, sambil menunjukkan sekeping kertas yg di lipat. Kemudian dia menyimpan kertas itu di bawa beg kertas. Selepas itu, figura tersebut meneruskan langkah kakinya berlalu pergi.

"A.." belum sempat Haikal meneruskan ayatnya, figura tersebut sudah menutup rapat daun pintu bilik itu. Hatinya masih tertanya-tanya.

Dengan fikiran yang kusut, Haikal turun dari katil. Tangan mencapai tuala, kemudian dia masuk ke bilik air. Setelah beberapa minit, membersihkan diri... dia keluar dari bilik air dan segera mengenakan pakaian di tubuhnya.

Badannya terasa segar semula, tiba-tiba perutnya mengeluarkan bunyi,

"Krucuk... krucuk."

"Lapar lah pula," gumam Haikal sendirian sambil menggosok-gosok perutnya. Semalaman perutnya tidak berisi, tentu sahaja perutnya merasa lapar.

Tidak semana-mana, anak matanya melihat ke bakul plastik yang berada di atas meja. Tanpa membuang masa, Haikal segera mengambil bakul tersebut. Dengan melafaz bismilahhirohmannirahhim... dia terus menjamah makanan itu.

***

"Alhamdulillah," ucap Haikal sebaik sahaja perutnya terasa kenyang. Ketika dia menutup matanya seketika, Haikal teringat pesanan figura tadi. Lalu dia segera melihat ke tempat kertas tersebut di letak.

"Mana pula kertas tu pergi, tadi aku nampak dia letak kat bawa bakul kertas ni. Tak kan dah hilang?" gumam Haikal sendiri sambil melihat sekitar meja tersebut. Di saat dia mengangkat beg kertas itu, dia ternampak benda yang di carinya. Lantas Haikal segera membaca pesanan tersebut.

^ Please be careful, maybe after this... you will not be safe. Do not be easily! ^

Haikal kembali melipat kertas itu, fikirannya mula memikirkan sesuatu. Tiba-tiba telepon bimbitnya menyanyi, minta di angkat. Tangannya segera mencapai telepon bimbitnya yang berada di atas meja mini. Tertera nama 'Baizura'.

"Nak apa lagi, dia call aku? cukup sekali kau tipu aku. Kali ini aku tidak akan terpedaya lagi" desis Haikal sendirian, dia hanya membiarkan telepon bimbitnya terus menyanyi sehinggalah nyanyian itu berhenti sendiri. Hatinya masih panas apabila teringatkan kejadian semalam.

Beberapa minit berlalu, Haikal mencapai dompet dan kunci keretanya. Pakaiannya yang kotor di masakkan ke dalam beg kertas. Lalu dia pun beredar dari bilik itu.

----------------------------------------------------

Akira melihat laptop nya, tiba-tiba telepon bimbitnya mengeluarkan lagu. Anak matanya terus menoleh ke skrin telepon bimbitnya. Tertera nama 'Tony' di skrin, pantas sahaja Akira menjawab panggilan tersebut.

"Hello, Tony! any problems?" ucap Akira dengan tegas. Anak matanya melihat ke skrin laptop nya.

"Ok, so...?"

"Do you have any questions for him?"

"Good! I want you to watch him, there is something suspicious... let me know immediately!"

"Okay, bye!" Akira menamatkan panggilan. Telepon bimbitnya di letak semula di atas meja. Dia kembali meneruskan kerjanya yang terhenti sebentar tadi.

Dato Sri Ariff Shah merasa curiga apabila mendengar nada suara anaknya semasa berbual di telepon. Sepertinya Akira bercakap dengan orang suruhan. Lalu Dato Sri Ariff Shah sengaja berdehem perlahan, dia ingin menarik perhatian anaknya.

"Ehmm."

"Papa okay tak?" soal Akira sebaik sahaja dia mendengar Dato Sri Ariff Shah berdehem. Tentu ayahnya merasa curiga ketika mendengar perbualannya di telepon sebentar tadi.

"Papa okay," jawab Dato Sri Ariff Shah sambil berdiri dari kerusinya dan berjalan menghampiri Akira yang duduk di sofa. Kemudian dia melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan anaknya.

"Siapa call Akira tadi? bunyi macam serius sahaja!" tutur Dato Sri Ariff Shah dengan riak wajah ingin tahu. Firasatnya mengatakan anaknya mempunyai agenda tersembunyi.

"Aku dah agak dah, tentu papa nak tahu apa yang aku bualkan di telepon tadi" gumam Akira di hati.

"Kawan Akira, pa. Dia call Akira sebab dia tak dapat jumpa Akira nanti... dia ada urusan penting nak di uruskan." bohong Akira. Dia cuba mengawal riak wajahnya.

"Oh ya kah? Kawan Akira yang mana satu tu? Setahu papa, Akira tak ramai kawan kat sini!" soal Dato Sri Ariff Shah dengan selamba. Dia tahu, anaknya bercakap dusta.

"Aduh! pintar betul papa aku ni. Terpaksa tipu lagi." desis Akira di dalam hati.

"Memang pun Akira tak ramai kawan kat sini. Yang call Akira tadi... kawan Akira sama-sama study kat Australia. Dia baru balik Malaysia hari ini, kami berjanji nak jumpa nanti malam... tapi tak jadi pula sebab dia ada kerja yang perlu di siapkan dengan segera." cerita Akira. Di dalam hatinya, dia berharap papanya mempercayai akan cerita rekaannya itu.

"Ohhh..." jawab Dato Sri Ariff Shah sambil mengelus dagunya dengan santai.

"Akira... Akira, papa tahu... kamu cuba tipu papa, ya!" bisik hati kecil Dato Sri Ariff Shah.

Akira mengerling jam di tangannya, sudah pukul 1:00 pm.

"Papa, jom...!" ajak Akira sambil mengemas kertas kerjanya, kemudian menutup laptop nya. Tali tas tangannya di silang didadanya.

"Nak ke mana?" soal Dato Sri Ariff Shah. Dahinya berkerut seperti memikirkan sesuatu. Dia melihat, anaknya sudah bersiap-siap hendak keluar.

"Pergi makanlah, pa. Kan dah waktu launch ni, papa tak lapar kah? Perut Akira dah lapar ni!" jawab Akira sambil menggosok-gosok perutnya dengan lembut. Dia tersengih-sengih melihat papanya seperti blur. Terus Dato Sri Ariff Shah tersenyum kelat.

"Ok, jom. Papa pun dah lapar juga ni!" tutur Dato Sri Ariff Shah, lalu dia mencapai telepon bimbitnya dan memasukkan di dalam poket seluarnya.

-----------------------------------------------------

maaf ya jika ada kekurangan dalam bab ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience