Bab 33

Romance Series 51364

"Hisyam, tolong berhenti sebentar dekat kedai seven eleven depan tu. Aku nak beli air," pinta Akira, anak matanya sudah ke arah kedai itu. Hisyam angguk, lalu signal diberikan ke kiri. Tidak lama kereta dipandu Hisyam berhenti di tepi jalan.

"Kau nak apa-apa tak?" soal Akira sambil matanya melihat cermin pandang belakang. Anak mata mereka saling menatap.

"Just mineral water!" jawab Hisyam tersenyum. Tangan sebelah kirinya hendak buka pintu kereta, namun Akira terus melarangnya.

"Kau tak perlu ikut, tunggu sahaja di kereta!"

"Tapi..."

"No...aku boleh jalan sendiri!"

"Okay, but... aku tunggu kau di luar kereta."

"Okay!"

Sebelum keluar dari kereta, seperti biasa Akira mengenakan face mask di mukanya. Hisyam menggelangkan kepalanya, dia masih lagi tertanya-tanya... sampai bila Akira akan memakai face mask. Akira yang menyedari akan kelakuan sahabatnya itu, terus bersuara.

"Kau kenapa pula tiba-tiba gelengkan kepala ni? leher kau sakit kah?" soal Akira selamba.

"Tak lah... cuma aku nak tanya, sampai bila kau nak pakai benda tu?" balas Hisyam dengan soalan.

"Tengoklah nanti... kalau aku dah bosan, baru aku tak pakai. Dah lah, aku bergerak dulu" jawab Akira santai. Haikal senyum segaris mendengar penjelasan daripada sahabatnya a.k.a majikannya.

Lalu Akira melangkah keluar dari perut kereta, menuju ke kedai seven eleven yang berada di seberang jalan. Hisyam keluar dari kereta untuk merengangkan badan. Matanya tegak memandang ke arah kedai di seberang jalan memerhati Akira.

***

"Terima kasih" kata Akira pada juruwang di kaunter. Sejak tadi Akira merasa tidak sedap hati. Rasa macam ada perkara tidak enak sahaja yang akan berlaku. Diusap dada berkali-kali bersama kaki yang melangkah keluar dari kedai. Dia melihat Hisyam asyik memandangnya sedari tadi hinggalah sekarang. Sebelum Akira melintas jalan, dia melihat kiri dan kanan.

"Clear!" bisik Akira dalam hati. Lalu dia segera berjalan. Tiba-tiba ada sebuah kereta dipandu laju menuju ke arah dirinya. Akira terkaku seketika. Tanpa di sedarinya ada seseorang menarik tangannya dan membuatkan mereka jatuh dan berpelukkan. Kejadian terlalu pantas hinggakan Akira tidak sempat memandang nombor plat kenderaan itu.

"Are you ok?" soal figura yang menyelamatkan dirinya sebentar tadi. Akira segera berdiri, lantas memandang figura yang selamatkan dirinya dari di langgar.

"Haikal?" sebut Akira secara spontan.

"Kamu kenal saya?" soal Haikal apabila mendengar namanya di sebut. Lalu dia terus menatap wajah figura yang menyebut namanya. Anak mata mereka bersatu.

"Mata hazel!" tutur Haikal tanpa sedar.

"Akira, are you okay? " soal Hisyam sebaik tiba di tempat Akira berada. Timbul perasaan serba salah pada dirinya. Terus Akira dan Haikal terkejut dari pandangan anak mata mereka.

"Akira... mata hazel... Takkan yang aku selamatkan ini, tunang aku?" gumam Haikal di dalam hati. Anak matanya terus menatap wajah figura yang berdiri di depannya.

"Who are you?" soal Haikal, anak matanya merenung tajam wajah figura yang berada di hadapannya. Akira membisukan diri. Dia tidak tahu bagaimana hendak mengatur kata.

"Tak kan dah bisu bila aku tanya?" sindir Haikal sambil tersengih. Akira masih mendiamkan diri. Sementara pula, Hisyam sudah merasa panas mendengar sindiran daripada Haikal.

"Mamat ni... mulutnya seperti tak ada insuran!" rungut hati Hisyam.

"En... " belum sempat Hisyam melontarkan perkataannya, Akira sudah mengangkat tangannya. Tanda melarang Hisyam meneruskan ucapannya. Hisyam merasa sebal di atas larangan Akira terhadapnya. Haikal di tika itu sudah tersenyum mengejek kepada Hisyam.

"Saya Nur Akira Syalinda Binti Ariff Shah. Terima kasih di atas pertolongan Tuan Haikal tadi. Dan apa yang perlu saya buat, untuk membalas di atas pertolongan Tuan Haikal?" tutur Akira dengan riak wajah tenang, namun di dalam hatinya... sudah tak senang.

"Wow... interesting... kau seperti mengenali diri aku? siapa kau yang sebenarnya?" tutur Haikal sambil tersenyum senget.

"Jika saya menjawab pertanyaan Tuan Haikal ini... saya menganggap itu adalah balasan saya di atas pertolongan Tuan Haikal sebentar tadi." tutur Akira dengan dingin.

"Kau..." Haikal merasa sebal.

"Yes Tuan Haikal? Tuan Haikal nak saya menjawab pertanyaan Tuan itu?" soal Akira selamba.

"No." jawab Haikal sepatah. Emosinya sudah sikit terganggu.

"So... apa yang Tuan Haikal nak?" soal Akira dengan sedikit tegas.

"Aku nak kita percepatkan majlis perkahwinan kita?" tutur Haikal dengan sinis dan selamba.

"What's?" Akira terkejut mendengar permintaan Haikal.

"Apa yang Tuan Haikal minta ni? Tuan kenal saya?" kata Akira lagi, dia cuba berdolak-dalih.

"Yes, aku kenal kau. Kau tunang aku... Nur Akira Syalinda... anak Dato Sri Ariff Shah. Atau lebih di kenali Cik Akira. Dan tidak lama lagi akan jadi isteri aku... Tuan Haikal Iskandar...anak Dato Haris." hujah Haikal dengan panjang lebar. Akira terbukam seketika.

"Yang ini siapa pula? kekasih gelap kau kah?" sambung Haikal lagi sambil memandang sinis ke arah Hisyam. Hisyam yang sudah tidak dapat menahan rasa panasnya, lantas bersuara.

" For your information... i am not ms. akira's dark lover, but i am ms. akira's bodyguard. So, please... jaga bahasa anda!"

"Cukup Hisyam. Biar aku selesaikan masalah ini. Tuan Haikal, jika itu permintaan Tuan... maaf saya tidak boleh tunaikan." ujar Akira, cuba mengawal nada suaranya.

"But why?" soal Haikal dengan mata membulat.

"Maaf Tuan Haikal, saya tiada jawapannya buat masa ini. Oklah Tuan Haikal, saya perlu bergerak sekarang. Jika Tuan Haikal dah ada permintaan lain, hubungi saya." tutur Akira sambil meletakkan kad business nya di poket baju kemeja Haikal. Dan tanpa menunggu jawapan daripada Haikal... Akira dan Hisyam berlalu pergi meninggalkan Haikal berdiri sendirian disitu.

***

Sebaik sahaja Akira menutup pintu kereta, Hisyam memandu kereta Honda city hybrid ke lebuh raya. Laluan di ambil terus menuju ke tempat A S Holding.

Keadaan di dalam kereta agak sedikit suram, hanya lagu di corong radio yang memecahkan kesunyian di dalam kereta itu. Hisyam mengerling cermin pandang belakang, di lihatnya Akira memandang ke luar tingkap.

Hisyam berdehem dengan harapan dapat menarik perhatian Akira. Namun gagal, Akira tetap duduk diam tanpa suara. Sekali pandang, Akira seakan sedang mengelamun jauh. Hanyut dalam dunianya sendiri.

"Akira.., kau okay tak ni?" suara Hisyam agak tinggi sedikit. Terus Akira tersedar dari lamunannya. Anak matanya terus memandang cermin pandang belakang.

"Aku okay. Kau jangan risau." jawab Akira dengan senyuman hambar. Pemikirannya agak terganggu sejak kejadian tadi.

"Hisyam, aku nak kau selidik tentang kejadian tadi." kata Akira lagi, lalu memandang semula di luar tingkap.

"Baik, Akira! " jawab Hisyam.

----------------------------------------------------


"Tuan." Zara berdiri di sebelah Haikal.

"Mah aii... bos aku ni dah kenapa? temenung jauh nampaknya" desis hati Zara.

"Tuan." Masih diam.

"Sah... memang sah, bos aku ni tengah mengelamun. Entahlah dah sampai mana dia agaknya" gumam Zara lagi di hatinya.

"Tuan Haikal iskandar! " Bahu Haikal terangkat sebab terkejut. Terus dia menoleh memandang Zara yang tersengih ke arahnya.

"Kau dah kenapa, ni Zara? Dah tak reti nak ketuk pintu kah?" tengking Haikal sambil mengurut dadanya, sikit lagi jantungnya nak tercabut.

"Tuan nampak tak jari saya ni, dah bengkak." Kesemua jarinya diangkat di hadapan muka Haikal.

"Semua ni, salah tuan sebab saya ketuk dah banyak kali pintu office ni tapi tuan tidak menyahut. Dan sebab itulah saya masuk. Tengok-tengok tuan dah temenung. Tuan teringat dengan tunang, Tuan kah?" teka Zara sambil mengangkat-angkat keningnya.

"Kamu ni banyak mulutlah. Ah... apa hal nya kamu masuk ke sini?" soal Haikal dengan serius.

"Ada kad undangan untuk Tuan," tutur Zara sambil menyerahkan kad undangan dinner kepada majikannya.

Haikal mencapai kad tersebut. Lantas dia membuka dan membacanya... Anniversary A S Holding. Tanpa di sedarinya, terbit senyuman manis di bibirnya.

"Dah kenapa pula bos aku ni, tiba-tiba tersenyum?" bisik Zara dalam hati.

"Bila kamu dapat kad ini?" soal Haikal sambil memegang kad undangan itu.

"Dua hari yang lepas, Tuan." jawab Zara.

"Ok... ada apa-apa lagi? Jika tiada... kamu boleh keluar!" ujar Haikal tanpa berkias.

"Tak ada, tuan... saya minta diri." ucap Zara. Lalu dia berlalu pergi dan menutup pintu bilik pejabat Haikal semula.

" I'm coming... Nur Akira Syalinda!" ucap Haikal dengan senyuman lebar.

-----------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience