Bab 36

Romance Series 51364

Hari yang di tunggu telah tiba... Dato Sri Ariff Shah dan Datin Sri Arani Lin sudah pun bergerak ke Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, manakala Akira pula masih berada di Villa.

"Assalammualaikum," Hisyam memberi salam, namun tiada sahutan. Lalu dia memberi salam lagi, kali ini nada suaranya sedikit tinggi.

"Assalammualaikum."

"Waalaikumsalam," sahut satu suara dari dalam rumah Dato Sri Ariff Shah. Kelihatan seorang perempuan muda keluar dan menuju ke arah Hisyam yang sedang berdiri di luar pintu utama.

"Encik Hisyam," sebut perempuan muda itu lagi sambil tersenyum manis memandang figura yang berdiri di muka pintu utama.

"Panggil saja saya Hisyam." tutur Hisyam dengan bersahaja sambil senyuman nipis memandang wanita yang menyahut salamnya.

"Baiklah. Saya Linda... maid kat sini," ucap Linda lembut. Meskipun dia tahu yang Hisyam sudah mengetahui dirinya berkerja sebagai pembantu di Villa itu, namun mereka belum bersua secara berhadapan. Di lihatnya Hisyam seperti mengangguk-anggukkan kepala tanda faham akan kata-katanya.

"Linda, Cik Akira sudah siap kah?" tanya Hisyam ramah.

"Saya kurang pasti pula, tunggu sebentar ya. Saya tengok cik Akira di biliknya," balas Linda, lalu bergerak pergi menaiki anak tangga rumah. Hisyam mengerut dahi.

"Ai... dia tinggalkan aku macam tu jah tanpa mempelawa aku masuk ke dalam. Tak pe... nasib cantik!" gumam Haikal perlahan. Dia masih berdiri tegak di depan muka pintu utama rumah itu.

*****

Tok tok tok...

Ketukkan di pintu kedengaran, Akira melaungkan 'masuk'. Mendengar kebenaran dari dalam bilik Akira, Linda menyentuh tombol pintu bilik dan memulas tombol pintu tersebut. Masuklah dia ke dalam bilik tidur anak majikannya. Akira yang sedang memasang subang di telinganya, terus menoleh ke arah pembantu rumahnya.

"Ya Linda, ada apa?" soal Akira sambil memandang wajah Linda. Tangannya masih ligat memasang subang di telinganya.

"Maaf cik Akira mengganggu. Encik Hisyam dah sampai, dia cari cik Akira." terang Linda dengan jelas.

"Dia ada di mana sekarang?" soal Akira ingin tahu ke beradaan pengawal peribadinya.

"Encik Hisyam ada di depan pintu rumah, Cik Akira." jawab Linda. Anak matanya memandang wajah anak majikannya itu.

"What? Kau tak jemput dia masukkah?" soal Akira dengan riak terkejut. Linda terus menggigit bibirnya.

"Maaf Cik Akira, saya lupa nak jemput dia masuk. Saya terus sahaja naik ke atas bila dia bertanya tentang Cik Akira." tutur Linda serba salah.

"It's okay, next time... jemput dia masuk, ok!" Akira memberi peringatan kepada maidnya. Dia cuba mengawal nada suaranya.

"Baik Cik Akira." kata Linda sambil menundukkan kepala, perasaan takut mula menguasai dirinya.

"Suruh dia duduk kat ruang tamu. Sekejap lagi, saya turun!" kata Akira dengan suara seperti biasa.

"Baik cik Akira, saya minta diri dulu," kata Linda dengan menunduk hormat kepada anak majikkannya. Akira hanya menganggukkan kepala. Kemudian dia kembali menghadap meja soleknya semula. Linda terus berlalu keluar dari bilik anak majikkannya dan menutup semula pintu bilik itu.

***

Sebaik sahaja turun dari anak tangga rumah, Linda mengatur langkah kakinya menuju ke pengawal peribadi cik Akira yang sedang berdiri di pintu utama.

"Hisyam, cik Akira suruh Hisyam duduk di ruang tamu. Sebentar lagi dia akan turun," tutur Linda sebaik sahaja bersua dengan Hisyam.

"Baik... terima kasih, Linda." ucap Hisyam dengan senyuman segaris. Tanpa melengahkan masa, Hisyam melangkah memasuki ruang tamu. Linda pula segera masuk ke dapur dan selang beberapa minit, dia kembali ke ruang tamu dengan membawa dulang yang berisi segelas sirap merah.

"Jemput minum Hisyam." pelawa Linda sebaik sahaja meletak segelas air merah di atas meja.

"Terima kasih, Linda." ucap Hisyam sambil tersenyum segaris memandang Linda di hadapannya.

"Sama-sama, jika Hisyam nak apa-apa... panggil je Linda. Linda ada kat dapur," balas Linda sambil tersenyum manis. Hatinya berbunga-bunga bila jejaka idaman memandang ke arahnya.

Di saat Linda memusing tubuhnya ke belakang, dirinya terpegun apabila melihat Akira sedang menuruni anak tangga. Dan dalam masa yang sama, Hisyam juga turut terkaku di sofa.

"MasyaAllah... indahnya ciptaan mu. Untungnya kau insan yang bernama Haikal Iskandar. Jika kau persia-siakan bidadari ini, kau akan menyesal." puji Hisyam di dalam hatinya. Anak matanya masih merenung ke arah Akira.

Akira mengerut dahinya, terus dia menilik-nilik dress di tubuhnya. Kemudian dia mengambil cermin di beg selangnya dan segera melihat wajahnya di pantulan cermin.

"Tak ada apa-apa pun, tak kan mekup aku yang spoil ni? aku mekup nipis je pun," rungut Akira di hatinya sambil melihat-lihat wajahnya di cermin bedak.

"Hisyam... Linda, ada apa-apa yang tak kena kah dengan saya kah?" soal Akira minta penjelasan. Terus mereka berdua tersedar dari renungan mata mereka dari menetap Akira.

"Cik Akira sangat cantik. Baru kali ini saya nampak Cik Akira berdandan dan memakai dress begini." ikhlas Linda memuji.

"Betul kan, Hisyam!" sambung Linda lagi. Meminta persetujuan dari Hisyam. Matanya tak lepas dari memandang Akira yang berdiri di ruang tamu itu.

"Ya," jawab Hisyam sepatah.

"Oh ya kah? terima kasih di atas pujian korang." jujur Akira sambil tersenyum manis. Hisyam bangkit dari tempat duduknya dan ketika dia ingin membuka langkah kaki kakinya, Akira bersuara.

"Syam... jemputlah minum dulu. Penat Linda buat air untuk kau." Linda sudah tersipu malu. Akira tahu, pembantu rumahnya menaruh hati terhadap pengawal peribadinya. Tidak salah jika mereka berkawan, masing-masing masih solo.

Hisyam tersengih, dia tahu Akira cuba mengenakan dirinya. Hisyam menggeleng-geleng kepalanya, kemudian tangannya terus mencapai gelas tersebut dan menghabiskan air sirap merah itu sekaligus. Linda membulatkan matanya apabila Hisyam meminum air tersebut dengan hanya sekali teguk sahaja.

"Ah..macam tu lah, nanti lain kali... orang tak serik nak hidangkan air untuk kau lagi!" kata Akira seloroh. Dia suka menyekat sahabatnya a.k.a pengawal peribadinya.

"Terima kasih, Linda. Sedap air yang awak buat." puji Hisyam ikhlas.

"Sama-sama," balas Linda sambil tersenyum kecil. Mukanya sudah bertukar kemerahan bila mendapat pujian dari jejak idaman.

"Oklah Linda, kami bergerak dulu. Jaga rumah elok-elok tahu, insyaallah... esok baru kami balik semua." lembut Akira menutur kata sebelum membuka langkah kakinya.

"Baik cik Akira... hati-hati bawa kereta tu Hisyam, tolong jaga cik Akira dengan baik-baik tau!" pesan Linda pada Hisyam sambil tersenyum. Hisyam membalas dengan senyuman nipis.

"Dah dah... nanti lambat pula kita sampai," tutur Akira bila melihat dua insan saling membalas senyuman.

-----------------------------------------------------

Haikal memamandang ke kiri ke kanan. Adakala terjenguk-jenguk seakan mencari sesuatu. Gelas tinggi yang di pegangnya di letakkan di atas meja. Dewan luas itu sudah mula di banjiri para jemputan.

"Haikal? kau ok tak ni? kau cari siapa?" soal Fazli. Dari tadi dia perhatikan kelakuan kawannya itu, seperti mencari seseorang.

"Kau ni macam tak tahu pula, ini kan majlis anniversary syarikat AS HOLDING... tunang dia. Tentulah dia tengah mencari-cari di mana tunangnya berada?" celah Lokman tolong menjawab bagi pihak Haikal yang tidak menjawab pertanyaan daripada Fazli. Haikal hanya tersenyum sumbing.

"Siapa nama tunang kau, Haikal?" tanya Fazli selamba kepada teman baiknya.

"Nur Akira Syalinda." sebut Haikal santai.

"Aku dengar tunang kau tu selalu pakai topeng muka, betul kah?" soal Lokman mula menyelidik tentang tunang temannya itu.

"Yap..." jawab Haikal sepatah.

"Kau dah nampak wajah keseluruhannya?" tanya Lokman lagi.

" No" jujur Haikal menjawab.

"Time you all tunang, dia pakai topeng muka juga kah?" tanya Lokman minta kepastian.

"No... but, time tu...dia pakai lace purdah." jawab Haikal dengan perlahan.

"Jangan-jangan tunang kau tu ada masalah kulit di mukanya kot... sebab itulah dia selalu pakai topeng muka. Dan... pertunangan korang bukan atas dasar suka sama suka tapi amanat nenda you all... kan!" hujah Fazli. Lokman mengangguk-anggukkan kepalanya seperti sependapat dengan kata-kata Fazli. Manakala Haikal sudah mula tidak duduk senang.

"Eya tak eya juga... aku harus menemui perempuan itu. Tak pasal-pasal nanti, anak aku hodoh pula." gumam Haikal di hati.

-------------------------------------------------------

Sampai sahaja di kawasan hotel, Hisyam memakirkan kereta yang dipandunya di kawasan letak kereta yang sudah di sediakan khas untuk mereka. Enjin kereta di matikan, Akira sudah bersiap-siap hendak keluar dari perut kereta. Ketika Akira ingin membuka pintu kereta, Hisyam bersuara...

"Akira," panggil Hisyam.

"Yes, Syam. Ada apa-apa kah?" balas Akira dengan soalan.

"Kau tak pakai topeng muka?" soal Hisyam hairan.

"Tak, aku tak perlukannya lagi." jawab Akira dengan tenang. Hisyam menguntum senyuman mendengar jawapan dari sahabatnya a.k.a majikannya.

"Kau jangan terkejut beruk Haikal bila kau tengok raut wajah tunang kau," gumam Hisyam di dalam hati. Lantas Akira dan Hisyam pun melangkah keluar dari perut kereta Honda city hybrid.

*****

Mereka melangkah masuk ke dalam dewan utama. Dihiasi cantik dengan lampu chandelier bergantung di tengah-tengah. Hiasaan meja makan pun nampak mewah dihiasi dengan bunga-bunga segar.

Hisyam mengiring Akira menuju ke hadapan, menghampiri sepupu-sepupunya yang sudah berkumpul di meja yang di sediakan oleh pihak hotel.

"Kak Akira.., we are waiting for you... did.," tegur Syafika sambil memeluk Akira.

"Assalammualaikum..." Akira memberi salam, terus Syafika tersengih.

"Waalaikumsalam..." sahut Syafika dengan tersipu malu. Atikah, Saiful dan Syukri turut menyahut salam.

"Miss you sis..." ucap Syafika dengan senyuman manis.

"Baru berapa minggu lepas kita jumpa, tak kan dah rindu!" seloroh Akira. Syafika tersengih mendengar ucapan dari kakak sepupunya.

"Tunang Akira mana? tak nampak pun batang hidungnya. Sepatutnya dia yang temankan Akira, ini tak...bodyguard yang temankan. Akira ada masalah dengan tunang kah?" usik Syukri sambil tersenyum senget.

"Terima kasih Syukri di atas prihatin kau. Kami ok aje... maybe he's busy. Sebab itu dia tak temankan aku di majlis ini." jawab Akira dengan senyuman nipis. Saiful hanya memerhati Akira yang sedang berbual mesra bersama dua sepupu angkatnya dan juga dengan adik lelakinya.

-----------------------------------------------------

Sedang asyik tiga sekawan berbual, anak mata Fazli ke arah sebuah meja yang diduduki tiga wanita dan dua lelaki.

"Kau tengok apa Fazli sampai tak hiraukan kami bercakap kat sini!" tegur Lokman. Dia merasa bengang melihat kelakuan temannya itu.

"Haikal, Lokman... aku rasa aku dah jumpa bidadari aku!" Fazli bersuara tanpa memandang wajah-wajah kawannya. Anak matanya merenung ke arah seseorang yang sudah membuatkan tulang rusuknya bergetar.

"Yang mana satu?" soal Lokman. Anak matanya mencari figura yang di maksudkan oleh teman baiknya itu.

"Tu yang sedang duduk di meja keluarga Tan Sri Alif Shah," Fazli menunjuk ke arah meja yang terdiri tiga orang wanita dan dua lelaki.

Di saat Haikal menoleh ke arah yang di tunjuk oleh kawannya itu, dia terkaku... tanpa di sedarinya nama 'Linda' di sebut. Lantas Fazli dan Lokman memandang ke arahnya.

"Siapa Linda?" soal Fazli minta kepastian. Haikal tidak menjawab, anak matanya merenung tajam ke arah seseorang yang selama ini di carinya. Ingin saja dia mendapatkan Linda dan mengeretnya keluar dari majlis itu.

-----------------------------------------------------

maaf ya, lama saya menghilang. Saya baru sahaja kehilangan abang ipar saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience