Bab 56

Romance Series 51364

Tercengang Akira bila melihat dress gaun Punjabi berwarna hitam, di letak di atas katilnya. Atikah dan Syafika sudah tersengih.

"Siapa punya idea ni?" soal Akira sambil cekak pinggang. Matanya merenung ke arah kedua sepupu perempuannya itu.

"It's me!" terus terang Syafika tanpa berkias. Terukir senyuman segaris hingga menampakkan giginya yang putih. Akira menggeleng kepala. Inilah akibatnya jika tidak ambil peduli tentang majlis perkahwinan sendiri.

"Akak tak nak pakai dress tu, ada dress lain lagi!" Akira cuba menyakat adik sepupunya.

"Nope. Kak Akira tiada pilihan kerna hanya dress Punjabi grow ini sahaja yang ada untuk akak pakai di majlis malam berinai nanti." jawab Syafika.

"Fika ingat, kita ni hindustan kah? nak pakai baju macam tu!" bidas Akira.

"Alah kak, please lah. Fika teringin sangat nak tema bollywood. Nak tunggu Kak Tika, lama lagi." pujuk Syafika sambil membuat muka sedih. Hati Akira tercuit bila melihat wajah cemberut Syafika.

"Ok, akak pakai!" kata Akira dengan senyum nipis.

"Yeah!!!" sorak dua beradik itu.

**********

Akira duduk di pelamin mini dan temani oleh dua sepupu perempuannya. Sedang leka melihat jari tangannya di ukir dengan inai...

"Assalammualaikum Puan Akira!" sapa seorang wanita yang tidak jauh dari tiga sepupu itu.

Lantas anak mata terus menoleh ke arah empunya suara tersebut. Membulat mata Akira bila melihat susuk tubuh sahabat berdiri dihadapan mereka.

"Mimi?" jerit Akira kecil. Mimi tersenyum lebar, lalu memeluk tubuh temannya itu. Sudah lama mereka tidak berjumpa, hanya melalui alam maya sahaja mereka bersua muka.

"Miss you, beb." ucap Mimi dengan ceria.

"Miss you to..." balas Akira.

"Ehem... Ok, akak tahu... tentu korang sudah lama tak bersua kan, sampaikan berpelukkan macam ni." cela pengukir inai. Dua sahabat tersenyum sumbing.

"Korang boleh berpeluk tapi... biarkan akak selesaikan dulu kerja akak ni, boleh?" sambung pengukir inai itu lagi dengan senyuman nipis. Akira dan Mimi mengangguk kepala.

"Boleh...kitaorang excitedly sangat kak, sampai terlupa. Maaf ya Kak!" pinta Akira dengan menguntum senyuman di bibirnya.

"Ok, maaf di terima!" sahut pengukir inai itu. Lalu meneruskan ukiran di jari Akira.

"Bila kau sampai, beb?" soal Akira sambil melihat wajah sahabatnya itu.

"Tengah hari tadi, beb. Sorry Akira, i datang di majlis akad nikah you!" jawab Mimi dengan mimik muka sedih.

"It's okay, Mimi. Dah lah, don't remember that article!" ujar Akira perlahan. Sebenarnya dia tidak mahu mengingati kejadian yang berlaku di majlis akad nikahnya.

******

Ukiran inai di jari tangan Akira sudah siap. Sementara menunggu inai kering, tiba-tiba Syafika dan Atikah berjalan ke tengah ruang rumah itu. Manakala Akira serta orang-orang yang berada di ruang tersebut, sudah memandang ke arah Syafika.

"Just for you... my lovely cousin," ucap Syafika sambil menunjuk ke arah Akira yang sedang duduk di pelamin mini. Akira membalas dengan senyuman manisnya.

"Muzik, please..!" pinta Syafika. Lantas muzik dipasangkan...lagu Dola Re Dola jadi pilihan.

Syafika dan Atikah yang tika itu, sudah bersiap di posisi masing-masing. Dengar sahaja lagu berkumandang, mereka terus menari mengikut grafik tari video lagu tersebut. Ramai terhibur dengan aksi tarian yang di persembahkan oleh dua beradik itu.

Syafika kenyit matanya sebelah ke arah kakaknya. Lantas Atikah mengangguk kepala. Lalu mereka menghampiri Akira dan Mimi, kemudian mereka menarik tangan dua sahabat itu dan membawa ke ruang tengah rumah. Mereka meminta dua sahabat itu, ikut menari bersama dengan mereka. Tidak mahu menghampakan dua adik-beradik itu, Akira dan Mimi turut menari bersama.

Sedang asyik menarik...tanpa mereka sedari, keluarga pengantin lelaki masuk ke dalam rumah dan mereka menyaksikan tarian dari empat wanita yang sedang menari di ruang tengah rumah. Di antara empat wanita itu, gerak tari Akira sangat baik seperti seorang penari professional. Banyak mata memadang ke arah nya dan tidak terkecuali oleh seseorang.

Habis sahaja muzik itu, tepukan gemuruh kedengaran. Lantas Mimi, Atikah dan Syafika melihat sekeliling mereka sambil senyuman manis. Akira tika itu sudah tergamam bila melihat suaminya a.k.a Haikal sedang merenung ke arahnya dengan renungan yang tidak dapat dia tafsirkannya.

"Akira... jom kita duduk di pelamin. Pihak lelaki dah sampai tu!" kata Mimi mengejutkan Akira yang tika itu...saling balas renungan matanya dengan Haikal.

Tanpa bersuara, Akira berjalan menuju ke pelamin mini nya. Selang seminit...Haikal datang ke pelamin dan duduk di sebelah Akira. Otak Akira mula memikirkan, kenapa keluarga Haikal datang ke majlis malam berinainya. Setahu dia, hanya saudara-mara keluarganya sahaja yang di jemput di majlis tersebut.

"Tak sangka abang, sweetie pandai menari rupanya," bisik Haikal dengan suara gemersik di telinga Akira. Akira diam tak berkutik, terasa janggal di deria pendengaran Akira bila Haikal membahasakan dirinya sebagai abang dan sweetie untuk diri Akira.

Kali ini jari tangan Haikal di letak inai. Dia merasa hairan, kenapa jari tangannya hanya enam saja di letak inai.

"Kenapa jari tangan saya hanya enam saja di letak inai?" tanya Haikal kepada pengukir inai itu.

"Encik kan lelaki, mestilah separuh jari saja di pasang inai. Kalau perempuan...lain lah cerita." jawab pengukir inai itu. Haikal sudah tersipu malu. Tetapi tidak lama, dia kembali bersuara.

"Boleh tak, akak ukir nama isteri saya di tapak tangan saya?" pinta Haikal sambil menadah belakang tapak tangan kirinya.

"Boleh encik...tapi pendek saja ya." kata pengukir inai itu.

"Ok!" balas Haikal sepatah kata.

"Nama apa yang nak di ukir di belakang tapak tangan, encik ni?" soal pengukir inai.

"Akira." sebut Haikal dengan jelas. Akira sudah tersantap. Pengukir inai itu tersenyum segaris.

********

Selesai sudah majlis malam berinai, para tetamu mula beransur pulang. Haikal menghantar kepulangan keluarganya manakala Akira sudah menghilangkan dirinya.

Haikal kebingungan sendiri. Dia tidak tahu yang mana satu bilik Akira.

"Lah..kenapa berdiri di sini, Haikal? Kenapa tak masuk bilik..?" tanya Dato Sri Ariff Shah. Haikal menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal.

"Hmm...Kal..tak tahu di mana bilik Akira."jawab Haikal sambil tersengih.

"Hah..lya ke..tak pe. Mari ikut Papa. Papa tunjukkan bilik Akira." ujar Dato Sri Ariff Shah.

"Akira..Akira, kau tinggalkan suami kau sendirian di sini..ketara sangat anak aku ni, belum menerima kehadiran Haikal dalam hidupnya." gumam Dato Sri Ariff Shah dalam hati.

Haikal mengangguk kepala, lalu dia menarik bagasinya dan mengikuti mentua lelakinya ke arah lif yang berada di dalam rumah itu.

"Ini bilik Akira, Haikal masuklah ke dalam...rehatkan badan. Esok Haikal dan Akira nak bersanding." kata Dato Sri Ariff Shah.

"Baik pa, terima kasih." ucap Haikal.

"Sama-sama, papa pergi dulu." Lalu Dato Sri Ariff Shah berlalu pergi.

Haikal mengetuk pintu bilik Akira. Tiada sahutan. Haikal ketuk sekali lagi. Sama. Masih tiada yang menyahut. Maka Haikal mengambil keputusan untuk masuk sahaja ke dalam bilik itu. Tombol pintu dipulas dan daun pintu dikuak perlahan.

Dia menjenguk sebentar memandang sekeliling ruangan bilik itu. Tiada kelibat isterinya di situ. Lalu Haikal melangkah masuk sambil mengheret bagasinya bawa masuk ke dalam bilik Akira.

Haikal melabuh punggungnya di atas katil.

"Dia pergi mana? Takkan dia tidur kat bilik lain." gumam Haikal perlahan. Malas mahu berfikir yang bukan-bukan, dia mengambil tuala di dalam bagasinya...lalu masuk ke bilik mandi.

******

"Mama, kenapa keluarga Dato Haris ikut serta di majlis tadi? Bukankah majlis malam berinai ini untuk keluarga kita sahaja?" soal Akira sebaik bersua dengan Datin Sri Arani Lin.

"A... "

"Akira, masuk bilik bacaan. Atok Ayah nak jumpa dengan Akira." ceras Dato Sri Ariff Shah tiba-tiba. Datin Sri Arani Lin dan Akira terus menoleh ke arah Dato Sri Ariff Shah. Dari renungan mata Dato Sri Ariff Shah, Akira sudah menemui jawapan dari persoalannya tadi.

"Ok, Akira jumpa Atok Ayah!" kata Akira. Tanpa melengahkan masa, dia pantas ke bilik bacaan.

Pintu di ketuk, kemudian Akira tombol pintu di pulas dan menolak daun pintu itu masuk ke dalam. Kelihatan Tan Sri Alif Shah duduk di kerusi kerja papanya.

"Masuk Akira dan kunci pintu!" arah Tan Sri Alif Shah dengan tenang. Akira akur, lalu dia menutup daun pintu dan menguncinya. Kemudian Akira duduk di kerusi yang berhadapan dengan Atok Ayah nya.

"Ada apa Atok Ayah nak jumpa, Akira?" tanya Akira dengan perlahan tapi tegas bunyinya.

"Kenapa Akira tak tanya...tentang kehadiran keluarga Haikal ke majlis malam berinai..Akira?" Tan Sri Alif Shah tidak memjawab pertanyaan Akira, malah sebaliknya dia menyoal pada cucunya itu. Akira terus tersenyum sinis.

"Oh...sebab itu kah Atok ayah nak jumpa, Akira?" ujar Akira. Tan Sri Alif Shah terdiam.

"Ok, kalau atok ayah nak akira tanya... Akira akan tanya atok. Kenapa keluarga Haikal datang ke majlis malam berinai Akira? Bukankah majlis tu untuk kaum keluarga kita sahaja?" ujar Akira dengan santai.

"Atok yang suruh keluarga Dato Haris datang ke sini. Dan mulai hari ini..Haikal akan tinggal bersama dengan Akira!" kata Tan Sri Alif Shah dengan raut wajahnya yang sudah berubah.

"Ok...jika itu yang buat Atok Ayah happy, Akira ikut je!" balas Akira.

"Tapi...mulai hari ini, Atok Ayah tidak boleh masuk campur hal rumahtangga Akira dan jangan mengugut Akira lagi. It's deal?" kata Akira lagi. Kali ini raut wajah sudah berubah tegang. Tan Sri Alif Shah terbungkam sejenak.

"Baiklah, atok setujuh!" sahut Tan Sri Alif Shah dengan keluhan kecil.

"Ok lah, jika tak ada apa-apa lagi...Akira minta diri dulu!" tutur Akira.

"Akira boleh pergi...but, please...Atok minta..buka hati Akira untuk menerima Haikal dalam hidup Akira." ujar Tan Sri Alif Shah dengan wajah mengharap. Tiada jawapan, hanya senyuman sengat meniti di bibir cucunya itu. Lalu Akira membuka langkah kakinya keluar dari bilik tersebut.

"Mira, abang tak sangka...Akira sama sahaja seperti Mira...!" luah Tan Sri Alif Shah, sebaik sahaja Akira keluar dari bilik bacaan.

******

Akira memerhati di ruang tamu rumah, tiada kelihatan kelibat Haikal di situ.

"Ke mana pula mamat tu pergi? Tak kan dia ikut balik dengan keluarganya. Atok ayah kata, dia tinggal di sini. Tapi tak nampak pula batang hidungnya. Ish...lantaklah, pandai-pandailah kau cari bilik sendiri!" bisik Akira dalam hatinya. Lalu dia menaiki anak tangga.

Akira buka pintu bilik tidurnya kemudian dia mengunci pintu.

"Jangan harap aku nak buka pintu, tidurlah kau di bilik tetamu." gumam Akira di hati.

Akira menuju ke meja soleknya, satu persatu barang perhiasan di tanggalkan dari tubuhnya. Kemudian dia membuka zip bajunya tapi hanya separuh sahaja terbuka, hendak dicapai sudah tak sampai.

"Ini yang aku tak suka pakai baju macam ni." omel Akira sendiri.

Terkial-kial Akira cuba mencapai zip baju. Sedang sibuk berusaha membukanya... tiba-tiba ada tangan lain yang menolong. Tanpa melihat, tangan Akira terus menarik tangan asing itu rapat ke belakang..lalu tubuh itu di banting ke lantai. Lutunya naik mengasak ke leher dan penumbuk sudah sedia untuk dihayun. Membutang mata Akira bila melihat wajah figura itu.

"Macam mana kau boleh masuk bilik aku?" herdik Akira dengan suara keras.

"Sweetie, sakitlah..sweet." adu Haikal.

"Jawab soalan aku!" bentak Akira dengan pandangan tajam. Haikal menelan liur nya.

"Abang dah lama berada di dalam bilik ni..sweetie saja tak perasan. Please sweetie... sakit..!" ujar Haikal.

Dan tidak semana, anak mata Haikal beralih... tidak berkelip matanya memandang. Indah pemandangan di hadapannya. Liur di telan berkali-kali. Rasa yang satu itu tiba-tiba datang.

Tiba-tiba bulat mata Akira apabila menyedari pakaiannya sudah jatuh hingga menampakkan lurah bukitnya yang hanya memakai bra. Lantas Akira bangun dari badan Haikal. Tanpa bersuara, Akira pergi ke wardrobe untuk mengambil tuala. Sebelum berlalu pergi...

"Thanks..!" ucap Akira, lalu masuk ke bilik air. Haikal tersenyum segaris.

*********

Akira keluar dari bilik air dengan memakai bathrobe dan rambutnya sudah di tutup dengan tuala. Kakinya terus melangkah ke wardrobe. Baju t-shirt dan seluar panjang di keluarkan dan di bawa ke divider untuk menyalin pakaiannya. Haikal hanya jadi pemerhati dalam bilik itu.

Selesai mengenaka pakaian di tubuhnya, Akira duduk di kerusi yang berada dekat dengan meja soleknya. Tuala yang berada di atas kepalanya di buka. Lalu dia mengeringkan rambutnya yang basah.

"Boleh abang cakap dengan sweetie?" Haikal cuba nasib untuk mengajak berbicara.

"Tuan Haikal nak cakap apa dengan saya?" tutur Akira tanpa melihat Haikal, aura dinginnya kembali.

Tangannya masih mengeringkan rambut dengan tuala. Haikal tersentap. Akira masih menggelar dirinya 'tuan' meskipun mereka sudah sah menjadi suami isteri. Dia melepaskan keluhan kecil. Kemudian Haikal mengambil nafas sebelum memulakan bicaranya.

"Kenapa sweetie last minute...datang ke majlis akad nikah kita?" soal Haikal dengan gugup.

"Tuan Haikal, dah tak ingatkah syarat-syarat saya yang tuan dah langgar? Kalau Tuan tak ingat, biar saya ingatkan balik." jawab Akira dengan reaksi dingin. Haikal melepas keluhan berat.

"Tak perlu, abang ingat kesilapan yang abang lakukan." balas Haikal.

"Ok. Jika tuan masih ingat...boleh jelaskan kat saya, apa syarat yang tuan sudah langgar?"

"Abang tidak memakai songkok ketika berada di luar, abang pergi club, saya minum minuman keras dan keluar malam tanpa pengetahuan sweetie."

"Ingat pun. So, memandangkan empat syarat saya, tuan Haikal dah langgar.... ada empat juga hukuman untuk tuan Haikal. Hukuman pertama, Haikal dah lalui. So, hukuman dua tiga empat... akan menyusul. Tuan Haikal perlu bersiap sedia." bicara Akira.

"Ok" jawab Haikal sepatah dengan nada suara hiba.

Setelah rambut terasa kering, Akira bangun dari tempat duduknya kemudian di menuju ke katil. Terpancul senyuman di bibir Haikal...namun ianya hanya sementara, apabila Akira berdiri di tepi katil...kemudian dia duduk mencangkung, kedua belah tangannya...menarik sesuatu dari bawah katil. Kelihatan katil mini keluar dari bawah katil yang Haikal sedang duduk di atasnya. Haikal terbungkam.

Akira mengambil selimut dalam almari kemudian dia ambil bantal yang berada di atas katil besar. Tanpa menghiraukan Haikal, Akira dengan selambanya...merabahkan dirinya di atas katil mini itu.

-------------------------------------

maaf ya, jika chapter kali ini hamar. terima kasih yang sudi baca cerita saya... kita jumpa rabu depan. :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience