Bab 61

Romance Series 51364

Haikal dan Hisyam terbaring di lantai gelanggang setelah habis beradu kekuatan. Masing-masing melepaskan rasa lelah mereka.

"So, macam mana? Bila kau nak tunaikan permintaan aku tu?" soal Haikal sambil tercungap-cungap menarik nafas. Dia merasa puas hati kerna berjaya mengalahkan pengawal peribadi isterinya itu.

Sebelum mereka bertarung, Haikal ada membuat permintaan pada Hisyam.

Imbas kembali...

"Kau jangan nak berpura-pura tak tahu macam mana nak guna alat senjata api. I know you... Tuan Haikal Iskandar a.k.a sniper champion." ujar Hisyam sinis. Di hujung ayatnya, dia sengaja tekankan suaranya. Haikal terkesima, mulutnya seperti terkunci.

"Lebih baik kau pertingkatkan seni pertahanan diri kau. Aku tahu, kau ada belajar kick boxing tapi kau jarang berlatih. Jika kau tidak tingkatkan seni pertahanan diri kau, kemungkinan besar kau akan..." Hisyam berhenti menutur kata. Dia sengaja menggantungkan ayatnya.

"Akan...apa?" soal Haikal dengan berani. Dia tidak perlu lagi berpura-pura tentang penggunaan alat senjata api. Ini kerna Haikal sememangnya pakar dalam pengendalian senjata api.

Dia dan dua sahabatnya iaitu Lokman dan Fazli gemar aktiviti menembak. Sehinggakan mereka menjadikan aktiviti menembak sebagai hobi mereka. Mereka juga sering kali mengikuti pertandingan menembak. Dan Haikal pernah memenangi dalam pertandingan 'Sinper Champion '. Dari situlah dia telah mendapat gelaran tersebut.

"Kau akan kehilangan isteri." kata Hisyam sambil tersenyum senget.

"Bullshit... aku tidak akan sesekali lepaskan isteriku." ujar Haikal dengan suara keras.

"So, jika kau tak nak kehilangan isteri kau... you fight me!" cabar Hisyam dengan sinis.

"Baik, aku sahut cabaran kau!"

"Good!"

"Tapi sebelum tu, aku ada permintaan?"

Hisyam mengangkat keningnya sebelah.

"Mah ai...dah pandai minta-minta dia ni." gumam Hisyam dalam hati.

"Kau nak minta apa?" soal Hisyam.

"Jika aku menang, kau perlu bawa aku keluar dari sini." ujar Haikal dengan senyum lebar.

"Kau nak keluar dari sini?" terkejut Hisyam. Dia seperti tidak percaya.

"Yes." jawab Haikal dengan wajah ceria.

"Maaf, aku tidak boleh." balas Hisyam tanpa nada.

"Kenapa pula? aku bukannya nak keluar terus dari sini. Aku cuma nak keluar jalan-jalan sahaja." luah Haikal dengan rasa hampa. Hisyam merasa serba salah, bila melihat raut wajah Haikal yang seperti beria-ia. Keluhan kecil dilepaskan.

"Baik, aku setujuh." kata Hisyam dengan suara mengkendur. Haikal apa lagi, senyumannya terus terukir di bibir.

"But... itupun jika kau menang. Jika kau kalah, bagaimana pula?" sambung Hisyam dengan senyum jahatnya.

"Apa yang kau suruh, aku akan lakukan." janji Haikal.

"Ok, deal!"

"Deal!" Lalu mereka berjabat tangan.

Tamat imbasan.

"Sekarang ni juga aku tunaikan permintaan kau... tapi sebelum itu, kau pergi bersihkan diri dulu." kata Hisyam sambil bangun dari pembaringannya.

"Ok, aku bersiap sekarang!" kata Haikal dengan wajah ceria. Lantas dia meninggalkan Hisyam di dalam bilik gym itu.

"Sorry, Akira. Aku langgar arahan kau kali ini. Jika ada apa-apa berlaku terhadap Haikal, aku akan bertanggungjawab." gumam Hisyam sendiri. Kakinya melangkah keluar dari bilik gym itu.

--------------------------------------

Akira menyarung jaket kulit warna hitam di tubuhnya dan dipadankan dengan seluar kulit juga berwarna hitam. Setelah itu dia keluar dari bilik tidurnya. Akira turun tangga sambil membetulkan jaketnya.

"Akira nak ke mana?" Akira sedikit tersentak. Lalu matanya melihat ke arah Auntie Janne. Anak mata mereka saling berpandangan.

"Akira nak jumpa Alisa. Dah lama tak jumpa dengan dia." jawab Akira dengan santai.

"Oh ya kah? Auntie ingat..Akira nak ke mansion." ujar auntie Janne.

"Lusa...baru Akira ke sana. Why? auntie nak ikut Akira ke mansion?"

"Boleh juga jika Akira nak bawa auntie ke sana. Auntie nak kenal suami cik Akira kita ni!" sakat auntie Janne. Akira sudah mengeleng kepala.

"Auntie Janne, boleh balik awal hari." ujar Akira mengalihkan topik perbualan mereka, sambil itu dia mengenakan helmet di kapalanya.

"Bijak sungguh cik Akira kita ni, pantas sungguh exchange topik!" perli auntie Janne. Akira hanya membalas dengan senyuman sengetnya.

"Hati-hati bawa motorsikal tu." pesan auntie Janne pada majikannya.

"Insyaallah...Akira gerak dulu!" Auntie Janne hanya menganggukkan kepala perlahan.

Dia memerhatikan Akira hingga hilang dari pandangan matanya. Kemudian auntie Janne bersiap-siap hendak pulang ke rumahnya yang tidak berapa jauh dari rumah majikannya itu.

---------------------------------------

Mereka tiba shopping mall Queens Arcade. Hisyam merasa pelik, dalam banyak-banyak tempat yang menarik...shopping mall juga yang di pilih oleh Haikal untuk berjalan-jalan.

"Betulkah kau nak jalan-jalan di shopping mall ni?" soal Hisyam merasa penasaran.

"Yes." jawab Haikal sepatah.

Sebaik sahaja kereta selamat di parking, Haikal dan Hisyam serentak keluar dari perut kereta. Mereka berjalan memasuki bangunan shopping mall itu.

"Kau nak beli barang kah?" soal Hisyam yang masih penasaran pada Haikal. Anak matanya memerhati sekeliling mereka sambil mengorak langkah.

"Yup." jawab Haikal sambil matanya melilau kedai-kedai yang mereka lalui.

"Kau nak beli apa?"

"Adalah...nanti kau akan tahu juga."

Kakinya terus melangkah tetapi tidak lama kemudian, Haikal menghentikan langkah kakinya sebaik sahaja mereka tiba di kedai Gallery Pacific.

"Jom, teman aku masuk ke dalam." ajak Haikal.

Pada mulanya Hisyam seperti blur tetapi ianya tidak lama apabila melihat barang kemas di dalam kedai itu. Otaknya sudah tahu apa yang berada di minda Haikal tika itu.

"Ok," jawab Hisyam sepatah, lalu mereka masuk ke kedai tersebut. Kedatangan mereka disambut dengan senyuman manis oleh pekerja dalam kedai itu.

"Welcome to Gallery Pacific, sir. Can i help you sir?" tanya pekerja wanita itu dengan ramah.

"Thank you, lady. Can show me an executive lady bracelet?" tutur Haikal sambil tersenyum segaris.

"Of course you can, wait a minute, sir. I went inside for a moment."

"Okay."

******

Setelah selesai membuat pembayaran, Haikal dan Hisyam keluar dari kedai Gallery Pacific itu.

"Lepas ni kau nak ke mana lagi?" soal Hisyam.

"Aku nak masuk ke kedai Florshiem tu!" jawab Haikal sambil menunjuk ke kedai pakaian.

"Ok, aku tunggu kau kat sana!" kata Hisyam sambil jari tunjuknya menunjuk ke sebuah bangku yang tidak jauh dari kedai pakaian itu.

"Ok." kata Haikal, lalu melangkah masuk ke dalam kedai itu. Manakala Hisyam menuju ke bangku yang di tunjuknya tadi.

Haikal melangkah masuk ke Kedai Florshiem. Anak matanya terus melilau sekeliling dalam kedai pakaian itu. Apabila matanya sudah menjumpai apa yang ingin di carinya, dia segera ke tempat tersebut.

Hisyam mengerling jam di tangannya. Sudah sepuluh minit berlalu, kelibat Haikal belum kelihatan. Hisyam sudah mula tidak duduk tenang.

"Jika dalam dua minit ni, Haikal tak keluar dari kedai itu... aku akan cari dia di dalam kedai tu." monolog Hisyam pada dirinya sendiri.

Selesai membuat pembayaran, Haikal keluar dari kedai pakaian itu dan berjalan menuju ke arah Hisyam yang sedang duduk di bangku. Apabila melihat susuk tubuh Haikal keluar dari kedai tersebut, Hisyam menarik nafas lega.

"Dah beli barang yang kau nak tu?" soal Hisyam.

"Done." jawab Haikal dengan senyum segaris.

"So, kau nak ke mana lagi?"

"Kita pulang ke mansion."

"Good, let's go!"

******

Hisyam menekan alarm kereta sebaik sahaja mereka tiba di keretanya. Ketika pintu kereta di buka, tiba-tiba muncul sekumpulan figura yang tidak di kenali...mengepung Hisyam dan Haikal sambil mengacukan pistol di kepala mereka berdua.

"Raise your hand?" arah salah seorang daripada sekumpulan itu.

"Who are you all? What do you want from us?" tanya Hisyam sambil perlahan-lahan angkat tangan. Tersengih sinis figura yang mengacu pistol di kepala Hisyam.

"We are the Master Silver people? Master Silver wants you both. Follow us!" jawab figura itu dengan sinis.

"If we don't want to, what do you want to do? You want to shoot us?" Hisyam cuba bertarik tali.

"You don't talk much, hurry up!" bentak orang Master Silver. Dalam keadaan terpaksa, Hisyam dan Haikal melangkah mengikuti orang-orang Master Silver.

Ketika mereka bergerak menuju ke kereta, bunyi motor yang nyaring kedengaran membuat mereka terus menoleh ke arah bunyi motor tersebut. Kelihatan kelibat figura yang berjaket kulit serta memakai helmat menuju ke arah mereka. Figura tersebut serta-merta melepaskan tiga das tembakan ke arah orang-orang Master Silver.

Bang!

Bang!

Bang!

Tiga jasad jatuh ke bumi, yang lain sudah panik. Hisyam dan Haikal mengambil peluang untuk menyerang orang-orang Master Silver yang sudah hilang tumpuan. Berlakulah aksi tumbuk menumbuk di antara mereka.

Satu persatu orang-orang Master Silver jatuh ke lantai di belasah oleh Haikal, Hisyam dan figura berjaket kulit. Mereka tersenyum puas, melihat orang-orang Master Silver tumpas di tangan mereka.

Tiba-tiba figura berjaket kulit, menolak tubuh Haikal hingga jatuh ke lantai. Dan dalam masa yang sama, satu das tembakan di lepaskan.

Haikal merasa marah bila dirinya di tolak, namun perasaan itu hilang...bila figura berjaket kulit itu, rebah ke lantai dan lengannya mengeluarkan darah.

"Are you ok?" tegur Hisyam. Dia cuba menghulur bantuan tapi di cegah oleh figura berjaket kulit tersebut dengan mengangkat tangan. Hisyam akur.

Lantas figura berjaket kulit itu berlari ke arah motorsikalnya dan berlalu pergi. Hisyam seperti mengenali motorsikal yang baru sahaja hilang dari pandangan matanya. Manakala Haikal sudah terpinga-pinga.

---------------------------------------------------

Dush...dush...dush!!!

"Jahanam!" jerkah Master Silver.

Bertubi-tubi pukulan dikenakan pada punching bag yang bergantung di bilik gym. Suara amukkannya juga memenuhi ruang peribadi itu. Peluh mula membasahi tubuh Master Silver. Namun dia terus memukul punching bag tersebut melepaskan amarahnya.

Kegagalan orang suruhanya menangkap orang kanan Ratu Black Red, menjadi tamparan hebat buat dirinya...kerna dia yang mengatur rancangan tersebut.

Master Silver merasa marah pada figura yang muncul secara tiba-tiba dan sekaligus menewaskan orang-orang suruhannya.

"Jika aku tahu siapa kau...aku akan pastikan kau masuk kubur." desis Master Silver sambil menumbuk punching bag.

Selain itu juga, orang upahanya yang diarahkan untuk menjejak keberadaan King Silver, masih negetif hasilnya. Otaknya serabut memikirkan, bagaimana dia ingin mengukuhkan kuasa kumpulan mafianya.

"Apa harus aku buat!" jerkah Master Silver.

Master Silver merehatkan diri di bangku yang terdapat dalam gym nya. Air isotonik di teguk sehingga habis. Kemudian tangannya mencapai telepon pintarnya, sekejap sahaja panggilannya bersambung.

"Tell Maria, come to my mansion...right now!"

"Sorry Master Silver, Maria was kidnapped."

"What?"

Tidak semana-mana Master Silver menghempas telepon pintarnya ke dinding hingga hancur berkecai.

"Arghhhh!" jerit Master Silver dengan sekuat hati.

---------------------------------------------------

Insyaallah... jumpa Sabtu nanti...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience