Bab 10

Romance Series 51364

Selepas saja selesai menunaikan solat subuh, Akira segera ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Dia menyediakan roti bakar yang di sapu dengan nutella dan mug coffee siap di hidang atas meja.

Haikal yang baru keluar dari biliknya, lalu menghampiri meja makan.

"Ini saja yang kau pandai buat?" perli Haikal dengan senyum sengetnya.

"Mah aii... mamat ni nak sindir aku, pula?" bisik hati Akira dengan perasaan geram.

"Maaf Tuan Haikal, ini saja yang saya jumpa di dapur Tuan Haikal. Kalau nak sarapan Maggi boleh juga saya masakkan" sindir Akira dengan dingin.

"Alamak.., aku nak kenakan dia... dia pula kenakan aku balik. Tapi memang betul pun apa yang di cakap" desis hati Haikal.

"Ok...lepas aku pulang dari kerja nanti, kita keluar beli barang dapur" tutur Haikal dengan selamba, cuba menyembunyikan rasa kesalnya.

Selesai mengambil sarapan pagi, Haikal bangun dari kerusi. Kemudian dia mencapai briefcase dan kunci keretanya. Ketika Haikal hendak menutup pintu rumah, Akira menahannya.

"Tuan, tunggu dulu.. ".

"Apa hal pula dia panggil ni" getus hati Haikal.

"Kenapa? " soal Haikal dengan pandangan tajamnya.

" Saya nak tanya, tengah hari nanti... Tuan Haikal balik tak? " kata Akira, tak semana-mana tatapan mata mereka bertemu antara satu sama lain.

"Sungguh cantik mata wanita ini" puji Haikal dalam hatinya hingga denyut jantungnya mula bertukar rentak.

Akira melihat Haikal seperti melamun, lantas dia mengayunkan tangannya di hadapan wajah Haikal.

"Tuan... Tuan Haikal!". Akira meninggikan suaranya sedikit.

Haikal terus tersedar dari lamunannya.

"Apa dia? Ulang balik!" pinta Haikal, meminta Akira mengulangi pertanyaan sebentar tadi.
"Tengah hari nanti... Tuan balik tak? "

"Tak" kata Haikal lalu menutup pintu kondonya.

Kedua-dua bahu Akira terjongket sedikit sebaik saja pintu rumah itu di tutup agak kuat sedikit. Di dalam hatinya berbisik.
"Kalau beginilah pintu rumah di tutup selama 2 bulan...boleh jadi aku dapat sakit jantung aku". Akira menggelengkan kepalanya.

----------------------------------------------------

Sebaik sampai di banggunan HI Holding, Haikal seperti biasa meletakkan kereta audi R8 di tempat yang khas untuknya. Dia berjalan menujuh ke lif untuk sampai ke pejabatnya. Sebaik saja sampai di hadapan pintu biliknya, Zara iaitu personal assistant nya bersuara.

"Selamat pagi Tuan Haikal. Tuan, Dato Haris ada pesan. Dia nak jumpa dengan Tuan."

"Selamat pagi, bila?"

"Sekarang, Tuan"

"Baiklah. Terima kasih, Zara! "

Lalu Haikal membuka pintu biliknya dan melangkah masuk ke bilik pejabatnya.

Setelah meletakkan briefcase di atas meja kerjanya, Haikal berjalan keluar dari bilik pejabatnya.., dia pun naik ke tingkat atas menuju ke bilik ayahnya.

Tok tok tok...

"Masuk" suara dari dalam bilik Dato Haris.

Lalu Haikal pun memulas tombol pintu bilik pejabat ayahnya.

"Assalammualaikum, Ayah " Haikal memberi salam sebaik saja pintu bilik pejabat ayahnya di buka.

Tangan dihulur kepada Dato Haris serta menciumnya tangan ayahnya.

"Waalaikumusalam " sahut Dato Haris dengan senyuman di bibir.

"Kenapa Ayah nak jumpa Haikal? "

"Nak jumpa dengan anak sendiri pun, tak boleh kah? "

"Bukannya tak boleh ayah, tapi selalunya kan ayah call Haikal. Ini tak, siap buat pesanan pada PA Haikal lagi".

"Haikal kan sibuk sangat, susah sangat nak jumpa. Call pun jarang. Bila Haikal free, baru sambut call ayah".

"Sorry lah, ayah."

"Nanti malam, Haikal balik ke rumah. Ibu ajak makan malam dan ibu dah rindu sangat dengan kamu. Adik kamu juga ada..., Hamzah".

"Ini mesti ada something.. kalau tak, tak kan ayah beria sangat nak jumpa aku" getus hati Haikal.

"Baiklah ayah, nanti malam Haikal pulang" akur Haikal.

"Baguslah kalau macam tu "

"Ada apa-apa lagi kah ayah? jika tiada, Haikal keluar dulu."

"Dah tak ada apa-apa lagi, Haikal boleh sambung balik buat kerja."

Haikal pun keluar dari bilik ayahnya dan pergi semula ke bilik pejabatnya.

----------------------------------------------------

"Ruang tamu dah kemas, dapur dah bersih, pakaian pun dah di jemur. Apa lagi aku nak buat ya?" kata Akira sambil melihat sekeliling ruang tamu kondo itu.

Tiba-tiba matanya tertumpuh pada sebuah bilik yang berada di hujung. Badan terasa ringan pula, Akira terus menujuh ke pintu bilik tersebut. Tombol pintu di pulas dan melihat isi dalam bilik itu.
"Oh..,bilik gym rupanya. Tak sangka pula mamat ni, ada gym sendiri. Bolehlah aku exercise ni, tak juga boring tinggal kat sini" getus Akira sendiri sambil tersenyum lebar.

Tanpa membuang masa Akira pun menaiki spinning bike untuk mengeluarkan peluhnya. Hampir dua jam Akira melakukan senaman dalam bilik gym tersebut.

"Cukuplah hari ini, esok training lagi" bisik hati Akira dan segera beredar dari bilik gym itu.

-----------------------------------------------------

Tepat pukul 4.30 petang, Haikal sudah pun keluar dari banggunan HI Holding. Nasib baik perjalanan pulang ke kondonya tidak sesak, dalam masa 45 minit dia telah pun sampai di kondo.

Ting tong ting tong...

Akira segera bangun dari sofa, apabila mendengar loceng rumah menyanyi. Lantas dia segera membuka pintu kondo.

" Kau dah bersiapkah? " soal Haikal sebaik saja Akira membuka pintu kondo.

"Siap nak ke mana, Tuan?". Akira blur apabila mendengar soalan yang diajukkan kepadanya.

"Kau ni, belum lama... dah bengap. Kan aku dah cakap awal pagi tadi. Lepas saja aku balik kerja, kita keluar beli barang dapur. Dah lupa kah? " terang Haikal dengan panjang lebarnya.

"Alamak... apa sal aku boleh lupa ni" getus hati Akira sambil menepuk dahinya.

Haikal yang melihat tindakan spontan Akira sebentar tadi, menggelengkan kepala sambil tersenyum senget.

"Sud...sudah Tuan" kata Akira lalu menundukkan kepalanya.

"Ok, jom kita gerak sekarang. Nanti jem pula" ajak Haikal.

Mereka pun bertolak menaiki kereta Audi R8 dan bergerak menuju ke pasaraya yang berhampiran.

----------------------------------------------------

Tiba di pasaraya Haikal memarkir kereta audi R8 di kawasan letak kereta yang di sediakan. Lalu mereka keluar dari dalam perut kereta dan berjalan masuk ke dalam pasaraya tersebut.

"Kalau dah selesai beli barang, kau cari aku di sana" ujar Haikal sambil menunjuk ke arah tempat duduk yang telah di sediakan dalam pasaraya itu.

"Bayar guna ni" sambung Haikal dengan muka dinginnya, lalu menyerahkan sekeping kad berwarna hitam emasan.

"Baik Tuan" kata Akira dengan tangannya mencapai kad tersebut.

"Sabar je lah aku dengan mamat ni" gumam hati Akira.

Akira pun menolak troli masuk ke bahagian bahan basah dan kering, sekali gus mencari barang dapur yang lain. Hampir satu jam juga dia mencari baran-barang dapur. Dan setelah semuanya barang-barang dapur ada, Akira terus ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Haikal yang sedang leka melayan permainnan game dalam telepon bimbitnya, tidak menyedari yang Akira sudah pun selesai membeli barang-barang dapur dan kini berada di sisinya.

"Ini... kalau dah syok main game, dunia pun dah tak ingat" rungut hati Akira dengan perasaan geram.

"Tuan, saya dah selesai beli barang dapur ni" ujar Akira dengan sengaja meninggikan suaranya sedikit.

Haikal apa lagi terkejutlah apabila mendengar suara Akira seperti nak marah orang, nasib baik telepon bimbitnya tak terlepas dari tangan. Jika tidak, dah terbang melayang ke udara.

"Kau tak boleh bercakap dengan lembut kah? Harap ja muka cantik, tapi suara macam harimau" rungut Haikal. Akira hanya mendiamkan diri, malas nak menjawab.

"Ok, kita pulang sekarang" kata Haikal lagi.

Akira seperti biasa hanya menganggukkan kepala saja. Setelah meletakkan barang-barang dapur di tempat duduk penumpang belakang, mereka pun Meninggalkan banggunan pasaraya itu.

----------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience