Bab 66

Romance Series 51364

Sebaik sahaja kereta berhenti, Akira membuka pintu kereta dan kakinya mengatur langkah. Dia sudah tidak menghiraukan kelibat tiga figura di dalam kereta, kakinya terus melangkah masuk ke mansion. Fikirannya sudah bercelaru.

Sementara pula, Hisyam dan Tony terpinga-pinga melihat reaksi sang Ratu mereka... yang berubah agak drastik tika itu. Manakala Haikal pula, masih berlagak biasa. Anak mata mereka terus tertumpuh pada suami ratu.

"Boleh aku tahu, apa yang sedang berlaku?" soal Hisyam mula menyiasat. Haikal hanya tersengih. Bertambah muskil difikiran Hisyam dan Tony.

"Aku tanya...dia terrsengih-sengih pula dia." rungut Hisyam tidak berpuas hati. Tonya hanya mengunci mulutnya.

"Kau tak perlu risau. Tak ada apa-apa yang berlaku pada kami cuma..." Haikal sengaja menggantungkan ayatnya.

"Cuma apa?" tanya Hisyam sambil mengangkat keningnya sebelah.

"Cuma...kami dalam fasa penerimaan." kata Haikal dengan santai.

"Penerimaan... maksud kau?" Hisyam masih kurang mengerti.

"Iyalah... aku dan Akira...cuba menerima diri masing-masing dalam kehidupan kami sekarang ini, faham tak!" jelas Haikal.

"Oooh... Baguslah kalau macam tu. Aku tumpang gembira mendengarnya.bMudah-mudahan permintaan Datin Seri Arani Lin dimakbulkan, amiin..." ujar Hisyam dengan rasa senang hati.

"Thanks bro." ucap Haikal dengan gembira.

"Oklah... jom kita masuk ke dalam, nanti tak pasal-pasal Ratu mengaum pula." seloroh Hisyam. Manakala Haikal dan Tony tertawa kecil.

"Ratu mengaum?" suara itu mengejutkan dan terus mematikan ketawa kecil dari tiga lelaki yang sedang melangkah masuk ke dalam ruang rumah. Mereka menoleh ke arah suara tersebut dan suara itu milik Akira a.k.a Ratu Black Red.

Lalu kepala tunduk ke bawah, tidak berani bertentangan mata dengan Ratu Black Red itu. Akira tersenyum sinis.

"Tahu pun takut. Tadi berani sangat mengata aku." gumam Akira dalam hati. Tiba-tiba timbul bulb di minda Akira.

"Korang nak tengok Ratu mengaum kah?" ujar Akira dengan suara keras. Raut wajahnya sengaja di bengiskan.

"Tidak, Ratu. Saya minta maaf...di atas kelancangan gurauan saya." pantas Hisyam bersuara dan raut wajahnya sudah berubah pucat.

"Saya juga minta maaf, Ratu." kata Tony, meskipun dia tiada mengata apa-apa tapi dirinya turut berada di situ. Haikal masih mendiamkan diri.

Akira mengangkat keningnya sebelah dan matanya tertumpuh ke arah Haikal pula. Hisyam yang seperti mengetahui apa yang diinginkan Akira, lantas menguis lengan Haikal dengan lengannya. Mata Haikal melirik ke arah Hisyam sambil mengangkat keningnya.

"Cepat minta maaf kat Akira." kata Hisyam dengan perlahan tetapi jelas di pendengaran Haikal.

"Hubby juga minta maaf, sweetie." ucap Haikal dengan menggoda. Membulat mata Akira, manakala Hisyam dan Tony sudah tercanggang melihat reaksi si suami sang Ratu mereka.

"Sila jaga kelakuan, Tuan haikal Iskandar!" tegur Akira dengan raut wajahnya sudah berubah merah.

"Baik, Ratu!" patuh Haikal sambil menunduk kepala.

"Bagus." tutur Akira sepatah.

---------------------------------------------------

Di dalam bilik kebal, Hisyam menerangkan strategik mereka untuk bersiap sedia...jika ada pihak musuh cuba membuat onar ketika pertemuan di antara Ratu Black Red dengan Master Silver.

Selasai sahaja Hisyam memberi penerangan, Akira pula bersuara.

"Tuan Haikal, aku nak kau stay di mansion ini. Tony akan menemani tuan di sini." ujar Akira tanpa riak. Haikal terbungkam sejenak. Hatinya mula memberontak.

"What..no. Aku nak ikut dalam pertemuan itu." bantah Haikal dengan berani.

"Jangan nak mengarut, tuan Haikal. Kau tetap tinggal di mansion ini. Aku tidak mahu musuhku tahu, siapa diri kau!" bidas Akira.

"Kenapa pula dengan identiti aku? Apa kena-mengena dengan pertemuan Ratu Black Red dengan Master Silver?" kata Haikal dengan blur. Akira mendecit. Di dalam otaknya sudah mencemuh Haikal.

"Apa sal aku dapat laki yang otaknya bengap sangat ni." bicara hati Akira. Raut wajah Akira mulai tegang. Menyedari akan perubahan sang Ratu, Hisyam memberanikan diri bersuara.

"Ratu, tolong benarkan tuan Haikal ikut kita dalam pertemuan itu. Lagipun kita memerlukan kepakaran yang ada pada Tuan Haikal!" ujar Hisyam dengan gugup. Akira diam tak bersuara.

"Saya setujuh dengan pendapat Sir Hisyam, Ratu. Sekurang-kurangnya tuan Haikal berada dekat dengan kita dan dia boleh kenal dengan musuh Black Red." celah Tony tiba-tiba. Akira diam. Otaknya mula berfikir.

"Please Ratu, jangan halang aku untuk lindungi isteriku." kata Haikal dengan bersungguh-sungguh. Akira memejamkan matanya seketika. Tidak lama kemudian, kelopak matanya terbuka.

"Baiklah... tuan Haikal boleh ikut tetapi... tuan bukan jadi bodyguard Ratu Black Red... tapi jadi orang bawahan." Akhirnya Akira mengalah.

"Terima kasih, Ratu!" ucap Haikal dengan senyuman. Meskipun dia tidak berada dekat dengan Akira tetapi sekurang-kurangnya dia boleh berada dalam di dalam pertemuan itu.

"Tetapi ingat... jika ada apa-apa berlaku pada pada diri tuan Haikal.., korang berdua yang bertanggungjawab." Akira memberi amaran pada Hisyam dan Tony.

"Baik, Ratu!" sahut Hisyam dan Tony serentak sambil mengangguk kepala.

--------------------------------------------------

Akira duduk bersilang kaki bertentangan dengan seorang lelaki bermata kelabu yang memandang dengan pandangan helangnya ke arah Akira. Lelaki itu adalah Master Silver...salah satu mafia di Australia.

"Ada apa Master Silver nak jumpa dengan aku?" soal Akira tanpa nada.

"Relax lah, Ratu Black Red. Kita baru bersua, jemputlah minum dulu." jawab Master Silver dengan bersahaja.

"Aku datang ke sini bukannya nak minum. Please be honest!" ujar Akira tanpa basa basi. Master Silver tersengih sinis.

"Ratu jangan risau, minuman itu aku tak letak apa-apa. Ratu boleh minum." Master Silver masih cuba mengajak minum bersama dengannya.

"Syam..." sebut Akira. Hisyam seperti tahu akan maksud Ratunya, lalu dia cuba membuka langkah kakinya... namun langkahnya di halang. Lantas Hisyam menoleh ke arah gerangan yang menahan dirinya.

"Biar aku sahaja pergi!" bisik Haikal di telinga Hisyam. Membesar mata Hisyam. Dia merasa serba salah...tetapi apabila melihat renungan mata Haikal, dia beralah.

"Go!" kata Hisyam sepatah. Lalu Haikal bergerak menuju ke arah Akira. Akira bereaksi biasa, tetapi di dalam hatinya... hanya tuhan sahaja yang tahu.

Master Silver merasa pelik, bila melihat figura asing yang berada di hadapannya. Belum sempat Haikal mencapai minuman Akira, Master Silver bersuara.

" You're not hisyam, are you?"

Haikal bereaksi tenang. Perlahan dia menoleh ke arah wajah Master Silver. Disaat dia ingin bersuara, dengan pantas Akira bersuara.

"He's my new bodyguard!"

"Patulah...biadap!" ejek Master Silver dengan sinis.

"Watch your words!" bidas Akira dengan suara agak keras. Master Silver tergamam seketika. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena.

"Kal, minum!" arah Akira dengan wajah dingin. Mendengar arahan Akira, Haikal mencapai minuman Akira yang berisi juice mango, lalu diminum sedikit.

"See... Ratu lihat sendiri, tiada apa-apa pada minuman tu." kata Master Silver dengan reaksi biasa. Akira mencapai gelas yang di sentuh oleh Haikal dan meminum juice tersebut.

"Aku dah minum, so... cakap, apa yang kau nak katakan pada aku?" soal Akira setelah meminum sedikit minumannya. Master Silver tersenyum riang di dalam hatinya.

"Sekejap lagi, kau akan menjadi Ratu Silver," bicara hati Master Silver.

"Aku nak melamar kau...untuk menjadi pemaisuri dalam hidupku dan sekaligus dalam kumpulan aku." jawab Master Silver sambil tersenyum manis. Lalu dia meletakkan sebuah kotak baldu yang mengandungi sebentuk cincin permata berlian di atas meja menghala ke arah Ratu Black Red.

"Wow... cantiknya, so nice. I like it." puji Akira dengan senyuman. Master Silver apa lagi... senyumanya terus melebar mendengar pujian dari Ratu Black Red.

"But... ianya tak secantik yang berada di jari manis aku!" sambung Akira sambil menunjukkan jari manisnya pada Master Silver. Tidak semana-mana, senyuman Master Silver...hilang serta merta. Raut wajahnya terus berubah dan anak matanya tajam melihat ke arah jari manis Ratu Black Red. Melihat perubahan di raut wajah lelaki itu, Akira tertawa di dalam hatinya.

"Master Silver dah terlambat. Sorry... Rasanya, tak ada apa-apa lagi nak di katakan. I have to go!" kata Akira lagi.

Tanpa melengahkan masa, Akira berdiri dari tempat duduknya...dan di saat dia ingin melangkah pergi, pergelangan tangannya laju di sambar oleh Master Silver.

"Aku tak kisah... status yang kau pegang sekarang. Yang pastinya, kau tetap menjadi pemaisuriku." bentak Master Silver dengan keras.

"Beraninya kau sentuh aku? Let go of my hand, Master Silver!" protes Akira. Dia cuba melepaskan cengkaman Master Silver di pergelangan tangannya, namun ianya tak bisa di lepaskan kerna lelaki itu dengan pantas sudah memulas tangan Akira ke belakang.

"Jika aku tak nak lepaskan, apa yang kau boleh buat... Ratu Black Red?" bisik Master Silver di telinga Ratu Black Red sambil menghidu bau aroma di rambut wanita itu.

"Cuba ratu lihat sekeliling..." tambah Master Silver lagi. Mata Akira terus memerhati sekelilingnya, di lihat orang-orangnya sudah di acukan dengan pistol di kepala.

Tiba-tiba Akira merasakan sesuatu pada dirinya. Badannya rasa panas-panas dan macam ada satu aura yang ghairah berselubung pada badannya.

"Apa dah berlaku dengan aku ni?" bisik hati kecil Akira. Lantas anak matanya melihat ke arah Haikal. Kelihatan dahi lelaki itu berpeluh dan wajahnya sudah bertukar kemerahan.

"Oh shit!" desis Akira dalam hati.

"Aku rasa tentu kau sekarang ni...memerlukan belaian dari lawanan jenis kau, bukan. Master Silver...dengan senang hati...ingin memuaskan nafsu ratu." goda Master Silver. Akira mengetap bibirnya. Dia cuba sedaya upaya menahan dirinya dan menarik nafas dalamnya...menjaga tempo nafas untuk mengusir rasa ghairahnya.

-------------------------------------------------

Maaf, lama menghilang. Kesihatan tak menentu semenjak menerima vaksin. Insyaallah saya cuba menghabiskan cerita 'Pertemuan tak Sengaja.' terima kasih mendoakan kesihatan saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience