Bab 54

Romance Series 51364

Hari yang di nantikan sudah tiba... suasana di rumah Dato Haris, riuh rendah bunyinya. Mereka semua bersiap-siap untuk ke masjid... kerna majlis akad nikah Haikal Iskandar di adakan di masjid anak negeri.

"Ham, abang Haikal kamu tu, dah siap kah?" tanya Datin Harlina kepada Hamzah yang ketika itu sedang duduk di sofa sambil bermain dengan telepon pintarnya.

"Tak tahu pula ibu, tak pe... biar Ham tengok abang Kal. Dia dah bersiap atau belum lagi." jawab Hamzah sambil menyimpan telepon pintarnya. Kemudian dia bangun dari tempat duduknya, lalu bergerak ke anak tangga rumah.

Haikal yang sudah siap berpakaian nikahnya, sedang berlegar-legar di ruang bilik. Tangannya tak berhenti-henti mendail nombor telepon sang tunangnya.

Sejak dari kejadian itu hinggalah sekarang...dia masih lagi mencuba menghubungi Akira, namun panggilannya tidak di angkat.

"Please, Akira...pick up your phone!" desis Haikal sendiri. Hatinya mula gusar. Dia takut, Akira akan membatalkan majlis pernikahan mereka.

"Abang Kal sudah siap kah?" sergah seseorang tiba-tiba. Haikal yang masih dengan dunianya itu terus tersentak apabila terdengar suara seseorang. Pantas dia menoleh ke arah suara tersebut.

"Siapa benarkan kau masuk bilik aku?" soal Haikal dengan dingin.

"Maaf bang, Ham tadi dah ketuk pintu bilik abang berkali-kali ...tapi tiada sahutan. Ham takut, ada sesuatu jadi kat abang. So, Ham masuklah!" Ujar Hamzah dengan reaksi tenang.

"Nasib baik, hari ni...hari nikah kau... kalau tak, tak de maknanya aku nak masuk bilik kau ni!" desis hati Hamzah.

"Apa hal kau cari aku?" tanya Haikal tanpa riak.

"Ibu cari abang. Mereka semuanya sudah bersiap... tinggal abang saja lagi. Kalau abang dah siap, jom lah turun ke bawah." jelas Hamzah. Haikal melepaskan keluhan. Melihat reaksi abangnya itu, Hamzah merasakan seperti abangnya mengalami masalah. Dia memberanikan diri bersuara.

"Abang Kal, ok tak ni? macam ada masalah ja, abang?"

"Kau tak perlu sibuk hal aku." ujar Haikal dengan reaksi beku lalu melangkah pergi keluar dari biliknya dan meninggalkan Hamzah begitu sahaja.

"Ai... dia tinggalkan aku macam tu je. Itulah dia, Haikal Iskandar, abangku yang dingin dan beku!" gumam Hamzah dalam hati. Lalu dia mengikuti langkah abangnya turun ke bawah bersama dengan ahli keluarga yang lain.

--------------------------------------

"Abang, macam mana ni... Akira belum balik lagi. Jangan-jangan...anak kita dalam masalah tak, bang!" rintih Datin Sri Arani Lin. Dia merasa khuatir tentang keselamatan anaknya. Pelbagai bayangan mula bermain di kotak mindanya.

"Jangan risau... anak kita tak ada apa-apa, lagipun Akira boleh jaga dirinya. Maybe...anak kita dalam perjalan pulang ke sini." pujuk Dato Sri Ariff Shah sambil memeluk isterinya. Dalam masa yang sama, hatinya juga khuatir tentang keselamatan...satu-satunya anak yang dia miliki.

"Ya Allah...lindungilah anakku...walau di mana juga dia berada... " doa Dato Sri Ariff Shah dalam hati. Tanpa mereka sedari, sesorang datang menghampiri mereka.

"Eham..." Tan Sri Alif Shah sengaja berdehem. Lantas Dato Sri Ariff Shah meleraikan pelukkannya.

"Ayah!" sebut Dato Sri Ariff Shah perlahan.

"Akira sudah selesai bersiap?" soal Tan Sri Alif Shah dengan tenang.

"Maaf ayah, Akira belum bersiap lagi!" ujar Dato Sri Ariff Shah dengan suara bergetar.

"Kenapa Akira belum bersiap lagi?" soal Tan Sri Alif Shah, mula merasa curiga.

"Sebenarnya... Akira tak ada ayah. Dia belum balik lagi, sejak tiga hari lepas." jujur Datin Sri Arani Lin dengan sedikit sisa tangisannya.

"Apa... kenapa kamu tidak beritahu pada aku?" kata Tan Sri Alif Shah dengan rasa terkejut. Dia perlu memikirkan sesuatu.

"A... " Dato Sri Ariff Shah tidak meneruskan kata, bila Tan Sri Alif Shah mengangkat tangan.

Tan Sri Ariff Shah mengeluarkan telepon bimbitnya dari poket seluar. Nombor telepon Akira di cari, dapat sahaja... dia terus menekan ikon hijau.

---------------------------------------

Bunyi tumbukan dan sepakan yang kuat di dalam gym yang terletak di aras bawah tanah mansion, bergema kuat dengan amukkan Akira. Suara amarahnya juga memenuhi ruang peribadi itu.

"Haikal...Haikal, kau betul-betul menguji kesabaran aku. Kau tunggulah pengantin perempuan kau sampai!" luah Akira dengan melepaskan tumbukan padunya di punching bag.

Sedang melayan perasaan emosinya... tiba-tiba telepon bimbitnya menyanyi. Lalu pergerakkan tangan dan kakinya dihentikan. Telepon bimbit terus di sambar, tertera nama 'Atok Ayah' di skrin telepon bimbitnya.

"Atok Ayah!" sebut Akira. Lantas ikon hijau di seret.

"Assalammualaikum, Atok Ayah!"

---------------------------------------

Kereta ahli keluarga Haikal Iskandar, mula membanjiri perkarangan masjid anak negeri. Sebaik sahaja meletak kereta di tempat parking, mereka semua masuk ke dalam masjid tersebut.

Haikal di ketika itu bereaksi seperti biasa tetapi di dalam hatinya... tuhan sahaja yang tahu. Dia masih lagi mencuba nasibnya...menghubungi Akira. Sedang dia leka dengan telepon pintarnya, datang seseorang menyapa dirinya.

"Abang Kal, call siapa tu?" soal satu suara yang tidak asing di dengarinya. Lalu Haikal menoleh ke arah suara itu. Seorang gadis berpakaian baju kurung moden sedang tersenyum manis kepadanya.

"Kawan abang. Ada apa Maya datang kat sini?" ujar Haikal sambil menyimpan telepon pintarnya di poket baju.

"Saja je, nak temankan abang Kal. Nanti...bila abang Kal dah jadi suami orang, Maya dah tak boleh temankan abang lagi." tutur Maya dengan suara lunaknya. Haikal tersenyum kelat.

"Kalau macam tu, apa kata Maya temankan abang Ham. Abang Ham masih single lagi!" cela Hamzah secara tiba-tiba. Maya mencebik.

"Tak ingin...!" ucap Maya, lalu beredar dari situ.

"Kau suka Maya kah?" soal Haikal dengan renungan ingin tahu. Hamzah tergelak kecil.

"Tak. Jika Ham di bagi pilihan... antara Maya dan Fatimah... Ham pilih Fatimah!" jujur Hamzah dengan serius.

"Seriously...but why?"

"Jika Abang Kal playboy satu Malaysia... Maya tu pula playgirl satu Malaysia... macam abang Kal tak tahu pula."

Haikal ketawa kecil. Hamzah sudah tersenyum lebar. Ini kali pertama dia melihat abangnya tertawa, di hadapannya. Setelah sekian lama abangnya bermuka dingin terhadapnya. Hamzah pun tidak tahu, sebab kenapa tiba-tiba sahaja abang berubah selepas dia kembali dari overseas.

--------------------------------------

"Mana Atikah?" tanya Tan Sri Alif Shah, sebaik sahaja menamatkan panggilan telepon.

"Atikah ada di bilik tamu...kenapa, yah?" kata Datin Sri Arani Lin.

"Panggil Atikah sekarang juga, bawa dia jumpa aku di bilik bacaan!" arah Tan Sri Alif Shah dengan tegas. Tanpa melengahkan masa, Datin Sri Arani Lin bergegas ke tempat Atikah.

Tidak sampai lima minit, Datin Sri Arani Lin dan Atikah sudah berada di hadapan pintu bilik bacaan. Lalu daun pintu tersebut di ketuk.

Tok...tok...tok

"Masuk!" suara dari dalam bilik, memberi kebenaran masuk. Dengan bacaan 'bismillah...' Datin Arani Lin membuka pintu bilik bacaan.

Kelihatan dua beranak itu sedang duduk dikerusi masing-masing. Mata mereka memandang ke arah Datin Sri Arani Lin dan Atikah yang sedang melangkah masuk ke dalam ruangan bilik itu.

"Arani, kunci pintu. Atikah, duduk di kerusi itu!" arah Tan Sri Alif Shah tanpa riak.

"Ada apa Atok Ayah nak jumpa dengan Tika?" tanya Atikah dengan wajah polos.

--------------------------------------

"Pengantin perempuan sudah sampai kah?" ajuk salah seorang daripada ahli keluarga Datin Harlina.

"Belum lagi, Kak Long. Mungkin mereka sekarang dalam perjalanan ke sini!" jawab Dato Haris dengan tenang.

"Iya kah? Baguslah kalau macam tu. Ni Haris, akak nak tanya ni.. kamu tak nak tukar fikiran kah? Masih sempat lagi ni, jika kamu nak tukar fikiran." Kak Long Datin Harlina cuba menghasut.

"Tidak Kak Long. Haris tetap teruskan pernikahan ini. Lagipun ini adalah permintaan mak Haris." ujar Dato Haris sambil tersenyum nipis.

"Emmm...yalah. Nanti jangan pula kata Kak Long tak larang kamu. Tapi ingat... jika harta kamu habis di kebas oleh bakal biasan kamu tu, jangan datang kat kami nak mengadu,pula!" sindir Kak Long Datin Harlina.

"Baiklah Kak Long. Jika apa-apa berlaku pada keluarga saya nanti... saya akan bertanggungjawabnya. " jawab Dato Haris dengan riak tenang.

"Kalaulah kamu tahu siapa sebenar keluarga bakal biasaan aku ni... tentu saja kamu tidak akan cakap sebarangan." bisik Dato Haris dalam hati.

Tidak lama kemudian... pihak pengantin perempuan tiba. Beberapa buah biji kereta mula memasuki perkarangan masjid tersebut. Haikal yang berada di luar masjid, menarik nafas lega.

Sebaik sahaja kedua belah pihak pengantin berada di dalam masjid, majlis akad nikah di mulakan.

Sebelum memulakan acara akad nikah, Tok Kadi beri sedikit kata-kata pada Haikal. Haikal hanya mengangguk. Dan sesekali dia tersenyum apabila Tok Kadi cuba berseloroh.

"Anak dah sedia?" ajuk Tok Kadi.

"Sudah, tok!" jawab Haikal dengan tenang. Tok Kadi tersenyum, lalu memegang tangan Haikal seperti salam.

"Haikal Iskandar Bin Dato Haris aku nikahkan akan dikau dengan Nur Atikah Binti Dato Arman Shah dengan mas kahwin sebanyak lima puluh ribu ringgit tunai."

Zap...

--------------------------------------

Terima kasih kepada yang sudi membaca cerita saya. Dan terima kasih juga, komen² yang memberi semangat kepada saya. Insyaallah... rabu depan kita jumpa lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience