Bab 58

Romance Series 51364

Haikal sudah siap mengemas pakaiannya di beg bagasi. Dia melabuhkan punggungnya di sofa sambil memerhati Akira yang sedang duduk di hadapan meja solek.

"Tuan betul nak ikut saya? Masih ada masa lagi jika tuan nak tukar fikiran." soal Akira sambil memasang subang di telinganya.

"Nope. Abang masih dengan keputuasan abang. Abang nak pergi honeymoon dengan sweetie!" jawab Haikal dengan senyuman menggoda. Dahi Akira berkerut.

"Otak mamat ni, ada putus wayarkah...lepas aku letak pistol kat kepala dia?" omel Akira dalam hati.

*****

Akira dan Haikal berada di luar pintu rumah Villa Dato Sri Ariff Shah.

"Semoga Akira dan Haikal selamat tiba di sana dan jangan lupa..bagi mama dan papa..junior korang berdua!" ucap Datin Sri Arani Lin dengan penuh harapan.

"Itu Akira tidak boleh pastikan. Anak mama ke sana, atas urusan kerja." kata Akira. Tidak semana-mana..raut wajah Datin Sri Arani Lin berubah riak. Dan Akira menyedari akan reaksi mamanya.

"But..mama jangan risau, nanti Akira cari junior kami...untuk mama dan papa, ok!" sambung Akira dengan senyuman senget. Lantas Datin Sri Arani Lin menepuk lengan anaknya.

"Anak sorang ni...dia fikir anak tu..boleh di cari kat shopping mall kah?" geram Datin Sri Arani Lin sambil menjeling tajam pada anaknya. Meletus ketawa Akira, manakala Haikal tersenyum kelat.

"Dah-dah..sayang jangan ambil kisah sangat dengan cakap anak kita ni. Nanti tak pasal-pasal tak jadi anak dan menantu kita pergi honeymoon." cela Dato Sri Ariff Shah sambil menggeleng kepala.

"Apa sal pula mereka tak jadi pergi?" soal Datin Sri Arani Lin merasa hairan.

"Yelah..kalau sayang tak dapat kawal perasaan marah sayang tu, takut nanti sayang dapat serangan jantung. Dan sayang tahu juga kan, perangai anak sayang ni macam mana? dia sanggup lepaskan semuanya, asalkan dia berada di sisi sayang. Dia nak jaga Datin Sri Arani Lin sehingga sihat." jelas Dato Sri Ariff Shah. Lantas Datin Sri Arani Lin tersenyum segaris. Memang ada betulnya kenyataan suaminya itu.

"Saya tak marah cuma geram dengan anak perempuan abang ni!" bidas Datin Sri Arani Lin.

"Iyalah...mula-mula geram.. lama-lama perasaan marah akal timbul." kata Dato Sri Ariff Shah tidak mahu kalah.

"Ok ok,fine. Saya tak geram dan tak marah. Korang pergilah berangkat, nanti terlepas flight pula." halau Datin Sri Arani Lin sambil tersengih.

"Sampai hati mama..halau Akira!" rajuk Akira dengan buat muka sedih.

"Dah.. jangan nak acting sangat. Ingat mama tak kenal kah... perangai anak mama ni!" perli Datin Sri Arani Lin sambil sebelah keningnya di angkat. Akira tersenyum segaris. Haikal terhibur melihat gelagat keluarga kecil isterinya itu. Dan di dalam hatinya sudah berkata...

"Alangkah indahnya jika dia layan aku sama seperti orang tuanya."

"Baiklah pa, ma. Kami pergi dulu." Akira minta diri. Lalu tangannya menyalami kedua orang tuanya. Kemudian Haikal pula menyalam tangan kedua mentuannya.

"Haikal..ingat pesanan Papa. Pertahankan rumahtangga korang dan kentalkan mental Haikal dalam menangani anak papa." bisik Dato Sri Ariff Shah pada Haikal.

"Baik pa," jawab Haikal dengan tenang.

******

"Err..kita nak ke mana? Rasanya ini bukan jalan ke airport!" Haikal yang menyedari jalan yang mereka lalui bukanlah jalan menuju ke airport.

"Siapa kata kita nak ke airport?" soal Akira sambil melihat telepon pintar.

"Jadi kita nak ke mana?"

Akira tidak memjawab. Di biarkan pertanyaan suaminya di bawa angin lalu. Jari tangannya rancak menari-nari di skrin telepon pintarnya.

Setelah setengah jam duduk di dalam kereta, akhirnya mereka sampai di mansion. Haikal tercengang, rasanya dia pernah ke tempat ini.

"Cik Akira, kita sudah sampai." kata Hisyam yang duduk di kerusi penumpang bahagian depan.

"Ok!" jawab Akira sepatah.

Lalu mereka bertiga keluar serentak dari perut kereta itu. Kemudian Hisyam mengeluarkan beg-beg bagasi di bonat kereta, Haikal pula memerhati sekeliling mansion itu. Akira tidak menghiraukan Haikal, kakinya terus melangkah masuk ke mansion nya.

"Mari masuk tuan Haikal." panggil Hisyam. Haikal terus menoleh ke arah suara itu.

"Kan aku dah cakap...panggil aku, Haikal sahaja." ujar Haikal.

"Sorry, aku lupa. Jom masuk...nanti cik Akira tertunggu kita pula." kata Hisyam. Haikal mengangguk kepala. Lalu mereka masuk ke mansion.

Tiba di rooftop..tiba-tiba kaki Haikal terkaku dan ternganga mulutnya bila melihat... sebuah jet berada di hadapannya.

"Dia ada jet? Patutlah dia tidak ke airport." gumam Haikal sendiri.

"Kenapa...terkejut? atau tuan dah tukar fikiran?" soal Akira tanpa memandang Haikal.

"Nope...abang tetap dengan keputusan abang." jawab Haikal dengan suara tegas.

"Good...let's go!" Lalu Akira membuka langkah kaki menuju ke jet peribadinya. Manakala Haikal menyusul dari belakang isterinya.

******

Mereka kini berada di udara. Datang seorang pelayan wanita...menghidangkan mereka minuman.

"Can i ask you something?" tanya Haikal sambil menaguk minumannya. Akira yang tika itu sedang melihat skrin telepon pintarnya, meletakkan telepon tersebut di atas meja. Matanya terus memandang wajah Haikal.

"What is it?" soalan dijawab dengan soalan. Anak mata Akira sudah merenung ke mata lelaki itu. Haikal tidak gentar, dia membalas renungan tajam isterinya itu.

"Macam mana sweetie boleh ada pistol?" soal Haikal dengan berani.

"Perlukah aku jawab soalan kau tu?" bertukar terus panggilan yang di guna oleh Akira dan nada suaranya turut berubah.

"Iya. Abang perlu tahu..dan abang ingin mengenali sweetie dengan lebih mendalam lagi." jujur Haikal.

"Baik...bila kita sampai nanti, aku akan jelaskan kat kau...tentang diri aku. Dan aku pasti...bila kau tahu tentang diriku..kau akan tinggalkan aku." jawab Akira dengan suara keras.

"Abang tak akan tinggalkan sweetie kerna...sweetie adalah bidadari abang!" ucap Haikal dengan yakin.

"We will see..!" ujar Akira dengan senyuman evil nya.

--------------------------------------

Auckland, New Zealand...

Akira dan diikuti oleh Haikal dan Hisyam, sedang menuruni anak tangga, setelah jet peribadi Akira.. selamat mendarat di permukaan bumi Auckland, New Zealand.

"Welcome back ratu!" sapa seorang figura yang memakai jaket hitam dan berseluar hitam, serta matanya ditutupi oleh berkaca mata berwarna hitam.

"Thank you!" sahut Akira dengan gaya evil. Kaki terus mengorak langkah menuju ke kereta yang sudah setia menunggu...menyambut ketibaan Ratu Black Red.

Sebaik sahaja tubuh badan membolos ke perut kereta, kereta tersebut terus bergerak di landasan jalan raya.

"Ratu..." belum sempat Hisyam meneruskan ayatnya, Akira sudah mencantas.

"Sylvia Park Mall.."

"Baik." sahut Hisyam.

******

Pintu lift terbuka, Hisyam keluar dahulu...baru diikuti oleh Akira dan Haikal keluar dari perut lif tersebut. Apabila mereka tiba di sebuah kedai pakaian, Akira dapat merasakan yang diri mereka seperti di perhatian. Lantas Akira memberi isyarat pada Hisyam. Nampak isyarat yang di buat oleh sang ratu..Hisyam membalas isyarat tersebut.

"Hisyam, bawa tuan Haikal masuk kereta." arah Akira dengan suara perlahan.

"Tapi ratu..." Hisyam cuba membantah tapi Akira sudah mencantas.

"Kau jangan risau, aku akan menyusul korang nanti."

"Baik, ratu." akur Hisyam. Lantas Akira berlalu pergi meninggalkan Haikal bersama dengan pengawal peribadinya. Dia menyisip masuk di bahagian dress panjang.

"Tuan Haikal, sila ikut aku." kata Hisyam tanpa nada. Haikal terpinga-pinga. Namun kakinya mengikut langkah Hisyam meninggalkan kedai pakaian itu. Hati Haikal merasa gusar, lalu dia mengajukkan soalan pada Hisyam.

"Akira pergi mana?"

"Cik Akira ada urusan sedikit. Dia suruh kita tunggu di kereta." jawab Hisyam dengan wajah tegang.

Zap..

Jantungnya berdegup laju, firasatnya kuat mengatakan...isterinya dalam bahaya. Lantas kakinya terhenti, kemudian laluan langkah kakinya beralih arah. Dia kembali ke tempat mereka sebentar tadi.

Hisyam tidak mendengar bunyi tapakkan kaki Haikal yang berada di belakangnya. Laju dia menoleh ke belakang. Di lihatnya Haikal sudah berjalan menuju ke tempat mereka tadi.

"Oh shit..." Hisyam melepas geram. Pantas kakinya mengejar Haikal.

*****

"Haikal, kau nak ke mana?" soal Hisyam sambil tangannya menahan bahu Haikal.

"Aku nak cari isteri aku!" jawab Haikal, lalu menepis tangan Haikal.

"Kau jangan buat kerja gila, Haikal." bentak Hisyam. Meskipun emosinya terganggu sedikit namun dirinya sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan serangan musuh.

Langkah kaki Haikal terhenti. Dia menoleh ke arah pengawal peribadi Akira.

"Kau cakap aku buat kerja gila? Kau tahu tak, isteri aku dalam bahaya. Aku harus cari dia sampai dapat. Kalau kau nak balik, kau balik!" ujar Haikal dengan suara tegang. Hisyam tergamam.

"Macam mana dia tahu, Akira dalam bahaya? Jangan-jangan dia perasan..tak Akira di ekori." gumam Hisyam dalam hati.

"Macam mana kau tahu, cik Akira dalam bahaya?" soal Hisyam.

"Hati aku yang mengatakan...isteri aku dalam bahaya!" jawab Haikal dengan wajah tegang. Hisyam menekan butang di jam tangannya. Selang seminit, muncul enam figura yang memakai jaket hitam dan berseluar hitam serta berkaca mata gelap.

"Kita berpecah. Korang bertiga ikut tuan Haikal dan jaga keselamatannya. Dan yang lain, ikut aku. Kita cari ratu sekarang!" kata Hisyam dengan wajah serius. Haikal mengangguk kepala. Lalu mereka berpecah dan melangkah pergi mencari sang ratu.

---------------------------------------------------

Bila melihat Haikal dan Hisyam hilang dari pandangannya, Akira keluar dari celah dress panjang. Langkah kakinya segera dipercepatkan untuk meninggalkan kedai pakaian tersebut.

Merasa dirinya terlepas dari mata-mata musuhnya, Akira menarik nafas lega. Tapi ianya tidak lama...tiba-tiba seseorang datang menghampiri tubuh Akira dari arah di belakang.

"I miss you..sunshine. Do not you miss me?" sapa satu suara menggoda di telinga Akira.

Akira tersentak. Dia seperti mengenali suara figura itu. Akira ingin bertindak tapi tidak jadi kerna dia terasa ada sesuatu benda di acuhkan di bahagian belakang pinggangnya. Figura itu dengan selamba menyedut haruman wangi rambut Akira.

"Don't try to fight, sunshine. You have to come with me!" ugut suara figura itu.

Dari kejauhan Akira terlihat kelibatan Haikal bersama dengan beberapa orang suruhannya. Terbit rasa risau dengan keselamatan si suami. Namun dia cuba mengekalkan reaksinya.

"If i don't want to follow you, you want to shoot me?" ujar Akira dengan tenang. Figura itu tersenyum sinis. Dia tahu, wanita yang berdiri di hadapannya ini..bukanlah wanita sebarangan. Dia perlu berhati-hati dalam setiap tindakkannya.

******

Mendidih darah Haikal bila melihat susuk tubuh isterinya berada dekat dengan seorang lelaki yang tidak di kenali. Kelihatan seperti sepasang kekasih. Perasan marah plus cemburu...mula menguasai diri.

"Oh, ini urusan dia!" desis Haikal sendiri.

"Akira...!" jerit Haikal. Dia tidak menghiraukan orang sekeliling melihat ke arahnya...dia ingin buat perhitungan dengan bidadarinya.

Lantas Akira dan figura yang berada di belakang Akira, menoleh ke arah suara yang menjerit nama Akira. Haikal berjalan menghampiri sepasang kekasih itu.

"Ini urusan kau?" jerkah Haikal dengan suara kasar. Akira berlagak biasa. Dia buat seperti tidak mengenali Haikal.

"Who is that man?" tanya figura itu. Matanya tidak beralih dari memandang wajah Haikal. Tiba-tiba timbul mentol di otak Akira.

"I do not know!" jawab Akira dengan selamba. Figura itu merasa curiga.

"If you don't know him, how does he know where you are?" soal figura itu inginkan kepastian.

"Maybe...two similar moths. Ok, i'm with you!" jawab Akira tak acuh.

Tanpa menunggu balasan dari figura itu, Akira memusingkan badannya dan dengan sekelip mata sahaja...pistol sudah beralih tangan. Figura itu terkejut. Dengan mudahnya Akira merampas pistol di tangannya. Akira sudah tersenyum sinis sambil mengacu pistol ke jantung figura tersebut.

Haikal terkejut. Dirinya terkaku. Perasan marah dan cemburu, terus hilang. Baru dia tersedar, isterinya bukan berlaku curang tetapi isterinya telah di ancam oleh lelaki yang berada di belakang Akira.

"You! " sebut figura itu dengan suara bergetar. Akira sudah tersenyum joker.

"Hisyam! " seru Akira, bila melihat kelibat Hisyam yang tidak berada jauh dengan mereka. Hisyam terus maju ke hadapan ratunya.

"Bawa dia ke bilik tahanan." arah sang ratu black red.

"Baik, ratu!" jawab Hisyam.

"And you.. follow me!" kata Akira kepada Haikal dengan renungan tajam. Haikal sudah kecut perut. Dia akur dengan arah sang bidadarinya.

---------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience