Bab 12

Romance Series 51364

Di keheningan malam, Akira baring di atas katilnya sambil memikirkan sesuatu.

"Sampai bila aku harus menyembunyikan diri dari uncle Har? Harus kah aku akur dengan penjodohan itu? apa yang aku harus lakukan. Fikir Akira fikir... " desis hati Akira sambil mengetuk dahinya dengan jari.

Tidak semana-mana wajah teman baiknya Mimi terlintas di fikirannya sekaligus teringatkan Rizal. Tanpa membuang masa, Akira mencapai telepon bimbitnya dan menghubungi Mimi.

Beberapa saat berlalu... talian di sambung.

"Assalammualaikum Mimi".

"Waalaikumsalam...ya Allah Akira. Kau ke mana menghilang ni? "

"Sorry lah beb... aku tinggalkan kau macam tu je. Lagipun keadaan time tu, tak mengizikan aku berada di situ. Sekarang ni, aku masih lagi tak tahu nak berbuat apa".

"Kau berada di mana sekarang ni? biar aku ambil kau".

"Tak perlu, Mimi. Kau jangan risau, aku ok disini."

"Ya lah tu. Kenapa baru sekarang kau call aku? "

"Aku nak minta bantuan dari abang kau, Rizal. Dia ada tak dengan kau sekarang ni?"

"Ada, tunggu sebentar.."

Telepon bimbit sudah pun beralih ke tangan Rizal sebaik saja Mimi memberitahu Akira memerlukan bantuan daripadanya.

"Ya, Akira. Apa yang perlu aku bantu? " tanya Rizal dengan tenang.

"Aku nak kau jadi mata-mata aku. Aku nak mengetahui semua rancangan Dato Azahar, kau boleh buat kah? Pasal bayar, kau jangan risau. Aku boleh bayar kau dua kali ganda dari Dato Azahar!" Akira berterus terang tanpa dolak dalih.

"Baiklah, kau jangan risau. Kan aku dah kata, aku sedia bantu kau. Pasal bayaran itu, tak perlu. Anggap saja aku membalas jasa keluarga kau yang telah banyak membantu keluarga aku".

"Terima kasih, Rizal. Mana Mimi? aku ada hal sikit nak bincang dengan dia".

Lalu Rizal mencari adiknya yang berada di ruang tamu rumah.

"Adik, Akira nak cakap dengan adik!". Rizal menyerahkan kembali telepon bimbit kepada adiknya.

"Ya beb... apa hal?"

"Aku memerlukan bantuan kau ni".

" Ye lah, apa dia? "

Lantas Akira pun menceritakan mengenai rancangannya yang satu lagi.

"Kau gila kah beb? kalau kantoi nanti macam mana? "

"Alah, kau relax saja, aku kan ada. Apa-apa berlaku, aku tanggung".

Mimi bersetujuh dengan rancangan teman baiknya itu. Setelah agak lama mereka bersembang dalam talian, mereka pun mengakhiri perbualan itu.

-----------------------------------------

Cahaya matahari mulai terbit, awal pagi lagi Haikal sudah pun meninggalkan rumah agam orang tuanya. Sebaik tiba di banggunan HI Holding, Haikal berjalan ke lif untuk sampai ke pejabatnya.

Pintu pejabatnya di ketuk dari luar.

"Masuk " lantang suara Haikal.

Daun pintu pejabatn Haikal di tolak dari luar. Terjenggul wajah Khairudin di celah pintu. Haikal hanya memandang temannya dengan pandangan hambar.

"Apa sal dengan kau ni, monyok je? ada masalah negara kah, bro? " ujar Khairudin yang sudah pun duduk di hadapan meja kerja temannya.

"Memang pun... pusing kepala aku sekarang ni" kata Haikal sambil memicit dahinya.

"Cuba kau cerita... manalah tau, sedikit sebanyak sakit kepala kau ada kurang sikit." Khairudin cuba menenangkan Haikal.

Lalu Haikal pun menceritakan segala permasalahan yang mengganggu fikirannya.

"Aku tidak boleh berkata apa-apa... tapi aku sebagai teman kau, akan sokong kau dari belakang." Bicara Khairudin dan memberi kata-kata semangat kepada teman baiknya itu.

"Aku cau dulu." Kata Khairudin league, lantas dia berdiri dan membuka pintu bilik pejabat Haikal, lalu pergi.

Haikal hanya tersenyum pahit sambil melihat teman baiknya yang hampir hilang dari pandangannya.

-----------------------------------------

Keindahan malam yang amat menenangkan minda Akira. Pemandangan matanya melihat segenap ruang alam yang terhidang di hadapannya. Mengambil angin malam dibalkoni sungguh nyaman sekali.

Dari dalam kedengaran pintu utama di buka, segera Akira melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan Haikal duduk di sofa sambil melonggarkan tali lehernya.

"Linda, bagi aku air " pinta Haikal.

"ai... apa angin mamat ni, tak pernah pun dia panggil aku guna nama... selalunya panggil 'kau' je. Mungkin ada putus wayar kot di otaknya " gumam hati Akira.
Lantas dia menuang air sejuk ke dalam gelas dan menghantar kepada majikannya.

"Air, Tuan" kata Akira sambil menghidang air di hadapan haikal.
"Tuan nak makan? " soal Akira sebaik saja Haikal meletakan gelas di atas dulang yang berada di tangannya.
"Lepas mandi aku makan." Kata Haikal lalu masuk ke biliknya.

Akira ke meja makan, lalu menyendukkan nasi ke dalam pinggan. Tidak berapa lama kemudian Haikal keluar dari bilik, hanya memakai seluar pendek paras lutut.

"Dah kenapa pula mamat ni tak pakai baju? Dia fikir hanya dia saja yang ada dalam rumah ni" rungut hati Akira, lalu beredar dari situ.

Belum jauh melangkah kakinya, Haikal segera menahan Akira.

" Kau nak ke mana tu? Kenapa hanya satu pinggan saja ada di atas meja? kau tak makan kah? ". Haikal bertubi-tubi mengajukkan soalan kepada Akira.

Akira menarik nafas perlahan-lahan lalu menghembus dengan perlahan.

"Tuan, saya nak ke dapur. Saya tak layak nak makan semeja dengan Tuan sebab saya cuma maid saja dalam rumah ni. Tempat saya makan di dapur" jawab Akira dengan dingin.

"Aku nak kau temankan aku makan di meja ini" pinta Haikal cuba menahan rasa gerammya bila mendengar jawapan dari Akira.

"Maaf tuan, saya tidak boleh temankan tuan. Lebih-lebih lagi dengan keadaan tuan sekarang ni".

"Maksud kau apa?". Haikal melihat dirinya, baru dia menyedari yang badanya tidak berbaju hanya seluar pendek saja di pakainya. Lantas Haikal masuk ke biliknya semula, berapa saat kemudian dia kembali keluar. Di badannya sudah di sarung baju t-shirt tanpa lengan.

"Sekarang kau temankan aku makan" arah Haikal sambil duduk di kerusi.

Mahu tidak mahu, Akira terpaksa akur dengan arahan majikannya. Bibir Haikal tersungging senyum, melihat Akira sudah pun duduk di kerusi berhadapan dengan wajahnya.

-------------------------------------

harap maaf...,sis akan menghilangkan diri sebentar kerna sis berada di luar line...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience