Bab 35

Romance Series 51364

Datin Marina membuka pintu apabila ada sebuah kereta hitam berhenti di hadapan rumah. Keningnya berkerut melihat suaminya yang berjalan sambil membongkok memegang perut.

Rizal yang sedang memapah Dato Azahar masuk ke dalam rumah, sudah dapat membaca riak wajah Datin Marina yang dipenuhi tanda tanya. Badan Dato Azahar dibaringkan di atas sofa.

Datin Marina agak terkejut dengan muka suaminya lebam dan hujung bibir lelaki itu pecah dan berdarah. Tanpa banyak soal Datin lantas ke dapur untuk mengambil kain, ais dan air.

Sekembali sahaja Datin Marina dari dapur, dia segera merawat luka di muka Dato Azahar. Rizal memerhati Datin yang sedang merawat luka suaminya.

"Aw... perlahan-lahanlah, sakit ni!" adu Dato Azahar, keningnya bertaut menahan rasa sakit. Rizal sudah ketawa dalam diam.

"Padan muka!" omel Rizal di hati.

"Maaf abang, Mira tak sengaja." tutur Datin Marina lembut.

"Kau memang sengajakan. Sukalah kau tengok aku macam ni," bebel Dato Azahar, lalu tangannya merampas kain yang berisi ais di tangan isterinya. Datin Marina tersentap dengan tindakan suaminya. Dia tersenyum hambar.

Rizal merasa simpati terhadap Datin Marina apabila melihat layanan Dato Azahar yang agak kasar dan biadap itu. Tangannya di genggam cuba mengawal perasaan marahnya... Tidak sampai beberapa minit, Dato Azahar sudah terlelap dipembaringannya.

"Rizal... bagaimana Dato boleh jadi macam ni? siapa serang dia?" soal Datin Marina dengan perlahan.

"Maaf Datin, saya juga tidak tahu siapa serang kami. Secara tiba-tiba sahaja kereta kami di langgar dari arah belakang hingga kereta kami terbabas. Ketika saya sedar, saya lihat Dato sudah tiada di tempat duduknya. Lalu saya keluar dari kereta. Sebaik sahaja keluar, saya ternampak Dato berada di atas jalan raya. Dia mengerang kesakitan di bahagian perut dan bibirnya berdarah. Saya ada tanya kat Dato macam mana dia boleh berada di luar dan mengalami kecederaan pada tubuh beliau, namun Dato cuma mendiamkan diri. Nasib baik ada orang sudi tumpangkan kami." cerita Rizal. Datin Marina mengangguk kepala perlahan-lahan setelah mendengar penjelasan daripada Rizal itu.

"Ohh.. kamu tak apa-apa kah?" soal Datin Marina perihati terhadap pemandu suaminya. Dia melihat muka Rizal ada benjolan di dahi.

"Saya tidak apa-apa, cuma ada benjol sedikit kat kepala ni" jawab Rizal sambil tangannya menggosok perlahan-lahan di dahinya yang sedikit benjol akibat hentakkan pada steering kereta.

"Jika tak ada apa-apa lagi Datin, saya minta diri dulu. Saya nak urusan kereta Dato yang kami tinggalkan di tepi jalan." sambung Rizal lagi.

"Baiklah, terima kasih kerna tolong hantar Dato pulang." tutur Datin Marina sambil tersenyum nipis.

"Sama-sama Datin... saya minta diri dulu. Assalammualaikum." ucap Rizal.

"Waalaikumsalam" balas Datin Marina. Sebaik sahaja Rizal hilang dari pandangannya, dia menutup semula pintu rumah.

-----------------------------------------------------------

Awal pagi lagi Hisyam sudah berada di perkarangan Villa Dato Sri Ariff Shah. Hari ini Akira mengenakan seluar kulit hitam, baju tanktops dan jaket kulit warna merah.

Sampai sahaja Akira di muka pintu utama rumah, Hisyam agak terkejut melihat penampilan Akira. Akira tersenyum segaris, dia tahu tentu Hisyam merasa hairan dengan pakaian yang di pakainya.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" soal Akira sebaik tiba di kereta Honda city hybrid. Hisyam terus menggaru kepalanya tidak gatal.

"Pelik pula aku tengok kau ni, tak kan kau nak ke office dengan baju ni? Kita nak ke mana?" balas Hisyam dengan soalan.

"Good... sebab itulah aku lantik kau jadi orang kanan aku dan sekaligus jadi bodyguard aku. Hari ini aku tak masuk office, aku apply cuti dekat bos AS HOLDING. Aku nak ke Pavilion... beli baju untuk dinner anniversary AS HOLDING dan kau juga perlu beli baju untuk majlis itu. Manalah tahu kau berjumpa dengan seseorang di majlis itu nanti." kata Akira sambil menyentuh tombol pintu kereta dibuka, lalu masuk ke dalam dan duduk di belakang pemandu.

"Kaulah seseorang itu, Akira...tapi aku tidak boleh mendapatkan dirimu kerna kau sudah mempunyai takdir sendiri." bisik hati kecil Hisyam.

"Tapi sebelum tu... aku nak jumpa dengan same one... dulu." sambung Akira lagi. Terus dahi Hisyam berkerut bila mendengar akira ingin bertemu dengan seseorang.

"Kau nak jumpa dengan siapa?" soal Hisyam.

"Nanti sahaja aku beritahu... and now we have to go!" suara Akira agak tegas sedikit.

Mendengar sahaja nada suara Akira sudah bertukar irama, Hisyam terus menghidupkan enjin kereta, selang beberapa minit... kereta Honda city hybrid keluar dari perkarangan Villa Dato Sri Ariff Shah.

-----------------------------------------------------

"Akira pergi mana tu bang? Dia tak masuk office?" tanya Datin Sri Arani Lin seusai menuang coffee di cawan suaminya.

"Tak... dia ada urusan kat luar," bohong Dato Sri Ariff Shah, lalu meminum coffee di cawannya. Sebenarnya dia tahu ke mana anak perempuannya pergi. Dan dia sudah berjanji pada Akira agar tidak memberitahu apa-apa pada Datin Arani Lin, bimbang nanti isterinya akan mendapat serangan jantung. Datin Sri Arani merasa hairan mendengar penjelasan suaminya.

"Urusan apa dengan pakaian yang di pakai oleh anak abang tu, macam gangster je sayang tengok!" tutur Datin Sri Arani Lin selamba. Terus tersedak Dato Sri Ariff Shah apabila mendengar perkataan gangster di sebut oleh isterinya. Lantas Datin Sri Arani Lin membantu suaminya tiba-tiba sahaja tersedak.

"Abang, okay tak ni?" tanya Datin Sri Arani Lin sambil mengusap belakang suaminya. Dato Sri Ariff Shah berdehem beberapa kali untuk melegakan tekak lehernya.

"Ok..ok... abang tak apa-apa. Oklah, abang berangkat dulu," ucap Dato Sri Ariff Shah setelah merasa lega. Dalam fikirannya sudah berkata,

"Tak kan Akira gangster? aku harus berjumpa dengan ayah. Tentu ayah tahu sesuatu mengenai Akira."

Datin Sri Arani Lin menghantar suaminya sampai di depan muka pintu utama. Seperti biasa, dia menyalam dan mencium tangan suaminya. Dan kemudian Dato Sri Ariff Shah mencium dahi isterinya. Hilang sahaja kereta BMW yang di naiki oleh suaminya, Datin Sri Arani Lin masuk ke ruang tamu.

"Zainal... kita pergi ke rumah ayah saya," arah Dato Sri Ariff Shah sebaik sahaja kereta mereka sudah meninggalkan perkarangan Villa.

"Baik Dato," akur pakcik Zainal. Lalu laluan kereta terus bertukar arah.

-----------------------------------------------------

Rizal berlegar-legar di taman tempat dia dan Akira janjikan. Dari tadi dia berjalan ke sana ke sini tapi tetap tak nampak batang hidung Akira. Rizal berhenti duduk di atas sebuah bangku kayu. Dia melihat ke kiri ke kanan, tetapi tak ada. Akhirnya dia bertongkat dagu dan memandang ke bawah.

"Assalammualaikum." sapa suara seorang wanita.

Segera Rizal bangun dengan menguntum senyuman manis tapi hambar. Bukan Akira yang menegurnya, tetapi seorang wanita yang memakai face mask.

"Waalaikumsalam." sahut Rizal sambil memandang ke arah suara wanita itu. Akira yang di sebalik face mask itu sudah mengagak reaksi Rizal seperti hampa. Lalu dia membuka face mask di wajahnya. Rizal terkesima tika itu apabila melihat wajah figura tersebut.

"Kau apa sal tengok aku macam tu? terkejut?" soal Akira dengan senyum sumbing memandang raut Rizal yang terkejut itu.

"Akira..?" Rizal seperti tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Lantas Akira tersenyum segaris sambil menganggukkan kepala perlahan.

"Ya... it's me!" ucap Akira dengan suara ramah.

"Aku sangkakan orang lain." jujur Rizal.

"Kenapa pula kau sangka aku orang lain? atau kau ada date kat sini sebelum jumpa aku?" soal Akira memperli abang teman baiknya. Kedua belah keningnya di angkat-angkat.

"Tak lah, kitakan dah deal kat sini," balas Rizal dengan senyuman menampakkan gigi putihnya.

"Tahu pun.. yang kau sad and shocked.. tu dah kenapa?" sengaja Akira menyoal.

"Aku sad sebab aku sangkakan kau orang lain dan aku shocked sebab rupanya kau pula." balas Rizal. Dalam diam Rizal memuji akan kecantikan yang di miliki oleh gadis Akira itu. Beberapa saat berlalu, Akira berdehem perlahan untuk memulakan tujuan asal mereka bertemu.

"Baiklah... street the point... bagaimana tempat risikan kau? dokumen yang aku minta, kau dah dapat?" Akira tidak mahu membuang masa, dia terus mengajukkan kedatangannya. Rizal sudah tersenyum sumbing mendengar tutur bicara Akira.

Lantas Rizal mengeluarkan sampul surat berwarna coklat dari dalam jaketnya dan menyerahkan kepada Akira. Lalu dia pun memberitahu hasil risikkannya pada Akira.

***

Dari dalam kereta, Hisyam memerhatikan Akira yang sedang berbual dengan seseorang. Dia merasa pelik, apabila dia ingin menemankan Akira bertemu dengan orang itu, Akira melarangnya.

"Siapa lelaki tu? atas urusan apa dia bertemu dengan Akira?" gumam Hisyam sendirian. Anak matanya masih tertumpuh ke arah dua figura tersebut. Hampir dua jam dia menunggu Akira di dalam kereta. Tidak lama kemudian, Akira dan orang yang ditemui... beredar. Masing-masing mengikut haluan sendiri.

Akira memboloskan diri masuk ke dalam perut kereta dan segera menutup pintu. Hisyam mengerling cermin pandang belakang dan matanya bertemu dengan mata Akira tika itu.

"Syam... kita gerak ke Pavilion sekarang," arah Akira, lalu mengalihkan pandang matanya ke luar tingkap kereta.

"Okay!" jawab Hisyam sepatah. Enjin kereta di hidupkan, selang beberapa saat... mereka pun meninggalkan kawasan taman tersebut.

"Akira.." panggil Hisyam. Sekilas dia menoleh ke arah cermin pandang belakang.

"Yes, Hisyam." sahut Akira sambil memandang cermin pandang belakang.

"Siapa yang kau jumpa tadi?" soal Hisyam ingin tahu.

"Itu Rizal... abang Mimi dan sekaligus salah satu orang kuat Dato Azahar." jawab Akira dengan jujur.

"Oh... tak sangka pula aku, abang Mimi berkerja dengan Dato Azahar. Patutlah dengan mudah kau dapat tahu segala rancangan orang tua tu." ujar Hisyam sambil tersenyum segaris.

"Pada mulanya aku juga tak tahu... tiba-tiba sahaja dia berjumpa dengan aku. Dia kata... dia akan tolong aku, jika aku tidak selalu dekat dengan adiknya. Dia risau Mimi akan di apa-apakan oleh orang tua tu" bicara Akira dengan panjang lebar. Hisyam yang sedang memandu, menganggukkan kepalanya perlahan-lahan.

******

Kereta Honda city hybrid sudah selamat di letak tempat kawasan letak kereta. Akira dan Hisyam sama-sama melangkah masuk ke dalam bangunan Pavilion.

"Temankan aku masuk ke butik itu?" ajak Akira sambil menunjuk ke arah butik pakaian. Lantas Hisyam menoleh ke arah yang di tunjuk oleh Akira.

"Okay." Hisyam jawab sepatah. Langkahnya terus seiring bersama dengan Akira, memasuki butik pakaian tersebut.

Akira memilih beberapa helai baju, kemudian dia masuk ke fitting room untuk mencuba baju-baju itu. Sementara pula Hisyam mengawal dan menjaga di luar fitting room, di mana Akira berada.

Dress yang pertama, dua dan ketiga telah di sarung tetapi Akira tidak berapa berkenan. Di cubanya lagi dress yang ke empat, akhirnya dia menguntum senyuman.

"Yes... akhirnya ada juga dress yang sesuai dengan aku," monolog Akira pada dirinya sambil menilik-nilik tubuhnya di pantulan cermin.

Setelah membuat bayaran di kaunter, Akira dan Hisyam berlalu pergi meninggalkan butik pakaian itu.

"So, lepas ni... nak ke mana?" soal Hisyam.

"Kedai kasut." jawab Akira pantas.

"Okay." balas Hisyam dengan senyum sumbing.

Setelah selesai mereka membeli belah di Pavilion, Hisyam menghantar Akira pulang ke Villa Dato Sri Ariff Shah.

---------------------------------------------------

Share this novel

Asidah Abdullah
2021-03-09 12:15:25 

update plaseeee


NovelPlus Premium

The best ads free experience