Bab 15

Romance Series 51364

Setelah mengenakan pakaian yang sesuai ditubuhnya, Akira duduk di kerusi meja soleknya.
"Sejak bila pula mamat tu pulang? kenapa aku tak perasan tadi?" desis Akira sambil mengeringkan rambutnya menggunakan tuala.
"Nasib baik lebam mukanya tidak berapa teruk, kalau tak... masaklah aku" sambung Akira lagi dengan tersenyum kecil.

Satu jam di ambil, Akira keluar dari biliknya menuju ke ruang dapur untuk memasak.
"Apa aku nak masak ni?". Akira membuka peti sejuk, melihat bahan basahan yang ada dalam peti sejuk tersebut.

"Hari ini kau tak payah masak, aku dah oder makanan tadi. Sekejap lagi datanglah food panda tu" ujar Haikal sebaik saja tiba di ruang dapur.

Akira agak terkejut sedikit apabila Haikal berada di belakangnya. Perlahan dia menutup pintu peti sejuk dan memusingkan tubuhnya menghadap majikannya.

Dalam hati Akira sudah berbisik "Suka buat orang terkejut je".
"Baik, tuan" kata Akira sambil menganggukkan kepalanya.
Tangan kanan Akira membuka almari mini kabinet dan mengambil sebungkus maggi kari.

" Kau nak buat apa dengan maggi tu?" soal Haikal apabila melihat Akira mengeluarkan sebungkus maggi kari dari almari.
" Nak masak, tuan " jawab Akira dengan selamba.

"Kan aku dah cakap, tak payah masak. Kau ni pekak kah? ".
"Tuan, kalau saya tak masak... saya nak makan apa nanti? perut saya nak juga di isi"
"Tak payah masak, saya dah oder makanan untuk kita...faham! ".

"lah... lain kali, cakap biar jelas...ini tak, tergantung saja ayat" rungut hati kecil Akira.
"Faham, tuan " ujar Akira dengan nada perli, lalu menyimpan balik maggi kari ke tempat asalnya.

"Kau perli aku kah?"
"Tidak, tuan. Salah kah jawapan saya, tuan? "

"Perempuan ni, ada saja nak kena kan aku. Tak ape, nanti aku balas" rungut hati Haikal.
"Aku nak masuk bilik, sampai makanan... kau panggil aku saja nanti" gumam Haikal lalu meninggalkan Akira di ruang dapur. Akira hanya menganggukkan kepalanya saja. Dalam hati Akira sudah tersenyum sinis.

Tidak sampai setengah jam menunggu, delivery food Panda sudah pun tiba. Akira mengambil makanan yang di pesan oleh majikannya, lalu dia segera menyediakan makanan tersebut di atas meja. Siap menghidangkan makanan dan minuman Akira pergi ke pintu bilik majikannya.

Tok tok tok...

"Ada apa? " soal Haikal sebaik saja membuka pintu biliknya.
"Makanan dah siap, tuan " jawab Akira cuba berlagak menjadi maid yang patut.

Haikal tersenyum sinis meskipun wajahnya masih terasa sakit sedikit. Dia menutup pintu biliknya, lalu bergerak ke meja makan diikuti Akira dari arah belakangnya.

Suasana di meja makan, seperti biasa sepanjang sesi makan..,mereka hanya diam tak bersuara. Masing-masing menikmati makanan yang berada di hadapan mereka.

--------------------------------------------------

Malam masih muda habis mengemas ruang dapur, Akira masuk ke biliknya. Tuala di capai lalu melangkah masuk ke bilik air untuk membersihkan dirinya sebelum melelapkan mata. Setelah mengenakan pakaian di tubuhnya, terdengar bunyi...

Ting!

Satu pesanan ringkas masuk ke dalam telepon bimbit Akira. Di lihat skrin teleponnya, tertera nama Rizal. Lantas Akira terus membuka pesanan yang di hantar oleh Rizal.

Rizal : Akira harus berhati-hati sekarang. Dato Azahar telah menambah orang suruhannya untuk mencari Akira di seluruh bandar ini.

Akira : Baik, terima kasih. Rizal jangan bimbang, Akira akan sentiasa berwaspada. Rizal juga perlu berhati-hati.

Rizal : Baik, Rizal cau dulu. Jika ada hal yang memerlukan Rizal. Call saja.

Akira : Ok.

"Aku harus lakukan sesuatu" getus Akira dengan tegas.

Kemudian Akira menelik skrin telepon bimbitnya, dia mencari nombor yang diinginkannya. Sesaat berdetik akhirnya nombor yang ingin di hubungi telah jumpa, segera butang call di tekan.

--------------------------------------------------

Sebuah kereta Mercedez memasuki keperkarangan rumah vila Dato Sri Ariff Shah. Briefcase di capai, lalu keluarlah Dato Sri Ariff Shah dari keretanya.

"Assalammualaikum" Dato Sri Ariff Shah memberi salam sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumahnya.
"Waalaikumsalam" Datin Sri Arani Lin menyahut salam. Tangan di hulur serta mencium tangan suaminya.

Datin Sri Arani Lin mengambil briefcase suaminya dan meletak di sofa, kemudian dia mengambil segelas air dan memberi kepada Dato Sri Ariff Shah yang sedang duduk di sofa ruang tamu. Habis saja air di minum, Dato Sri Ariff Shah menyerahkan semula gelas yang sudah pun kosong pada isterinya.

"Abang nak makan?" tanya Datin Sri Arani Lin kepada suaminya.
"Abang nak mandi dulu, lepas tu baru kita makan" jawab Dato Sri Ariff Shah dengan senyuman di bibir. Lalu dia menaiki anak tangga menuju ke biliknya.

Tidak berapa lama kemudian, kelihatan Dato Sri Ariff Shah turun dari tingkat atas. Datin Sri Arani Lin menghampiri suaminya, mereka berjalan seiring ke ruang meja makan yang sudah pun siap di hidang makan malam.

Usai makan malam, sepasang suami isteri itu beredar dari meja makan menuju ke ruang tamu. Sebaik duduk di sofa Dato Sri Ariff Shah mengambil alat kawalan remote control tv, lalu menekan butang on.

"Abang, macam mana dengan hal pertunangan anak kita tu?" soal Datin Sri Arani Lin memulakan bicara.
"Abang tidak tahu nak berbuat apa. Segala keputusan di tangan anak kita, Akira" jawab Dato Sri Ariff Shah pada isterinya.

"Betul kah ayah nak buang anak kita jika Akira tidak tunaikan amanat arwah ibu?"
"Tidak. Meskipun penjodohan itu tidak jadi, Akira tetap ahli keluarga ayah. Ayah cuma nak menakutkan Akira saja."
"Lega hati saya mendengar, bang. Abang tahu tak, bila Akira nak balik sini? "
"Itu abang tidak pasti pula tapi dia ada kata, dia akan pulang. Kita berdoa sajalah agar anak kita muncul sebelum majlis itu tiba".
"Yalah, bang. Ara doakan semoga anak kita balik dengan selamat".

---------------------------------------------------

Jika ada salah dan silap dlm bab ini, sila tunjuk ajar ya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience