Bab 47

Romance Series 51364

Saiful bergegas melangkah masuk ke club Black Red, matanya melilau mencari kelibat seseorang sehingga akhirnya dia temui. Dilihatnya wanita itu sedang menari-nari di lantai club Black Red.

Baizura yang ketika itu, sedang menari-nari mengikut irama muzik yang di mainkan DJ club Black Red itu... Sedang terbuai mendengar alunan muzik disco, tiba-tiba tangannya di cengkam oleh seseorang. Lantas saja dia menoleh.

"Kau siapa ah?" soal Baizura separuh menjerit. Raut wajah figura itu, tidak berapa jelas di pandangannya.

"Akulah... Saiful, kau ikut aku!" Saiful memperkenal diri dengan suara garaunya.

"Saiful Shah?" ulang Baizura, ingin kepastian.

"Yes... aku, Saiful Shah!" jawab Saiful dengan wajah tegang. Tanpa menunggu kata balas dari Baizura, dia terus menarik tangan wanita itu dan membawa keluar dari club Black Red. Baizura terkejut apabila tangannya di tarik secara paksa oleh lelaki itu.

"You... sakitlah..." adu Baizura sambil melangkah mengikuti lelaki itu. Saiful tidak menghiraukan rintian Baizura, kakinya terus melangkah.

Sebaik sahaja keluar dari club Black Red, Saiful membawa wanita itu menghampiri keretanya. Kunci kereta dicapai, lalu 'Unlocked' di tekan pada remote kekunci. Dan secara automatik kunci kereta terbuka. Lalu dia membuka pintu penumpang yang duduk di depan untuk Baizura.

"Kau masuk sekarang!" arah Saiful sambil melepaskan cengkamannya. Baizura menyentuh pergelangan tangannya yang terasa sakit. Dengan perasaan yang bercampur aduk, dia meloloskan dirinya duduk di kerusi yang bersebelahan dengan pemandu.

Sebaik sahaja Saiful masuk ke dalam perut keretanya, enjin kereta segera di hidupkan. Kemudian dia terus menekan pedal minyak dan memandu memasuki lebur raya.

******

"You... kita nak ke mana?" soal Baizura sambil memandang ke arah Saiful.

"Kau diam... boleh tak!" bentak Saiful tanpa memandang wajah wanita itu. Matanya fokus memandang kehadapan. Baizura terus tersentap.

Sabaik sahaja sampai di atas bukit Ampang, Saiful menghentikan keretanya. Lalu enjin kereta dimatikan, kemudian dia segera keluar dari perut kereta. Saiful cuba menenangkan fikirannya dari dipengaruhi perasaan amarahnya yang membuak-buak. Baizura terpinga-pinga apabila dirinya di tinggalkan begitu saja.

"Ai... dia keluar begitu saja. Takkan angin kus-kusnya datang! " omel Baizura sendiri. Lalu Baizura pun keluar dari perut kereta itu. Di lihat Saiful sedang melihat pemandangan panorama indah di kota Kuala Lumpur sambil mencekak pinggang.

"Why did you bring me here?" soal Baizura dengan suara lunaknya. Kaki mula melangkah menghampiri tubuh lelaki itu. Saiful membisukan diri.

"You... kenapa dengan you ni? you ada masalah kah?" soal Baizura sambil tangannya melingkar kemas di pinggang Saiful. Namun masih tiada tindak balas dari Saiful.

"You, kenapa diam? You nak i layan you ke?" soal Baizura lagi dengan gaya godanya. Dia masih tidak berputus asa. Tidak semana-mana, Saiful berpaling tepat ke arah wanita itu.

"Kau kata... kau nak dapatkan Haikal Iskandar tapi... sampai sekarang, kau tidak berbuat apa-apa. Kau tahu tak, dalam masa dua minggu lagi... mereka akan nikah!" ujar Saiful bersuara dengan wajah tegang. Mendengar ayat-ayat yang keluar dari mulut lelaki itu, Baizura melepaskan pelukkannya di pinggang Saiful.

"Apa sal, kau diam? Jangan cakap... kau nak tarik diri pula!" kata Saiful lagi dengan sinisnya. Baizura pejamkan matanya seketika, kemudian dengan perlahan-lahan dia membuka kelopak matanya sambil melepaskan keluhan kecil.

"Yes... you are right. I tarik diri dalam plan kita!" luah Baizura dengan rasa gementar.

"What? are you serious?" soal Saiful seperti tidak percaya.

"Yes... I'm serious. I sayangkan nyawa I. I masih nak hidup lagi, Saiful." jawab Baizura dengan raut wajahnya sedikit berubah.

"Apa maksud kau ni? Aku tak faham." ujar Saiful. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang berlaku terhadap wanita itu sehingga dia berubah fikiran.

Baizura memerhati persekitaran mereka berada. Dia ingin memastikan tiada mata-mata Akira berada di tempat mereka sekarang. Setelah merasa yakin yang dirinya tidak diperhatikan, Baizura memulakan bicaranya.

"Sepupu angkat, you... Nur Akira Syalinda. Dia nak nyawa i jadi taruhan, jika... i mengganggu Haikal Iskandar!" tersekat-sekat suara Baizura menutur kata. Saiful tergaman, lalu membulatkan mata.

"Impossible... Akira tidak sekejam itu. Kau jangan nak mereka cerita, Baizura. Aku kenal siapa Akira!" ujar Saiful seakan tak percaya. Baizura mengeluh kecil.

"Buat apa I nak reka cerita, jika melibatkan nyawa i dan ahli keluarga i, Saiful? Dan dia tahu i ada hubungan dengan you. If you don't believe ... it's up to you. And... one more thing... I tetap dengan keputusan i, i withdrew!" bidas Baizura dengan wajah kesal. Saiful terdiam seribu bahasa. Otak nya mula mencernah setiap bait kata yang di lontarkan oleh wanita itu.

"Adakah benar dengan apa yang dia katakan tentang Akira? Aku harus selidik perkara ini" bisik Saiful dalam hati.

Dalam mereka tidak sedar, perbualan mereka berdua sudah lama di dengari oleh seseorang. Figura itu menggelengkan kepala.

"Kau sudah pertaruhkan keselamatan diri kau dalam bahaya!" ujar figura itu perlahan.

--------------------------------------------------

Akira yang sedang duduk di atas kerusi di gazebo sambil memandang pemandangan di langit. Tiba-tiba telepon bimbitnya menyanyi di atas meja. Lantas pandangannya terus beralih ke arah telepon bimbit. Matanya melirik ke skrin telepon, tertera nama 'Daud'. Lalu Akira menyentuh ikon hijau.

"Assalammualaikum... Daud," sapa Akira.

"Waalaikumsalam, Ratu." sahut Daud dalam talian.

"Ada apa Daud? Minah tu ada buat hal lagi?" soal Akira dengan suara tegas.

"Ya Ratu. Dia sudah melanggar syarat!" jawab Daud.

"Damn it! What conditions he violated?"

"He exposed the queen to someone!"

"Who?"

"Sepupu angkat, Ratu. Encik Saiful Shah.!" jawab Daud.

"What?" jerit Akira tanpa sedar. Dia diam sejenak. Otaknya mula memikirkan sesuatu.

"Ratu..." panggil Daud, apabila tidak mendengar balasan dari Akira. Akira yang mendengar suara Daud, terus bersuara.

"Mereka ada di mana sekarang?"

"Bukit Ampang."

"Baik... buat masa ni, kau follow sahaja mereka. Ke mana saja mereka pergi, kau info kat saya. Tapi ingat, jangan sampai mereka sedar yang diri mereka diekori." Ujar Akira dan memberi peringatan pada Daud.

"Baik, Ratu." balas Daud. Lalu Akira menamatkan talian tersebut.

"Berani kau dedahkan identiti aku, ya. Baik... aku akan bagi kau sedikit pengajaran kerna sudah melanggar syarat Ratu Black Red!" getus Akira sendirian. Dia cuba menenangkan akal fikirannya.

******

"Akira..." Akira yang sedang memejam matanya, tersentak... serta-merta dia membuka kelopak matanya. Lantas dia menoleh ke belakang. Terlihat Dato Seri Ariff Shah yang memakai baju melayu dan berkain pelikat, datang menghampiri dengan senyuman nipis.

"Papa.. " sebut Akira.

"Akira bercakap dengan siapa tadi?" soal Dato Seri Ariff Shah sambil melabuh punggung di kerusi di depan anaknya.

"Dengan orang Akira, pa." jawab Akira jujur. Dato Seri Ariff Shah menghela nafas panjang.

"Akira..." panggil Dato Seri Ariff Shah. Dia ingin berbicara sesuatu dengan anak tunggalnya itu.

"Yes, pa!" jawab Akira terus memandang raut wajah Dato Sri Ariff Shah.

"Jujur dengan papa... adakah hati anak papa ini, sudah dapat menerima perjodohan Akira?" soal Dato Seri Ariff tiba-tiba. Akira terkedu tetapi dia cuba mengekalkan reaksi wajahnya. Dia menarik nafas perlahan kemudian menghembusnya.

"Jujur Akira katakan... hati anak papa ni, sudah mula menerima perjodohan keluarga yang di tetapkan. Tetapi... Akira tak pasti, sama ada perjodohan ini... akan kekal atau tidak!" Terus terang Akira.

"Maksud Akira?" soal Dato Sri Ariff Shah. Dia seperti tidak mengerti apa yang cuba Akira katakan.

"I know... papa sudah mengetahui sisi gelap anak papa ni, bukan?." Dato Sri Ariff Shah mengangguk kepala perlahan. Akira tersenyum nipis.

"Dan papa juga tahu... bagaimana Akira boleh terjebak dengan sisi gelap Akira itu." Lagi sekali Dato Sri Ariff Shah mengangguk kepalanya perlahan.

"Bakal suami Akira, Haikal Iskandar. Dia tidak tahu akan sisi gelap Akira. Jika dia tahu... betul tentu dia akan menerima sisi gelap Akira. So ... i don't want to have too high expectations of this marriage. Takut nanti... Akira akan bertindak di luar jangkaan." jelas Akira satu persatu.

"Maafkan ibu.. papa, Akira. Di sebabkan ibu.. papa, Akira... terpaksa menjalani kehidupan yang tak normal. Jika tempat Akira boleh digantikan, papa dengan rela hati... menggantikan tempat Akira dalam kumpulan 'Black Red' itu!" luah Dato Sri Ariff Shah. Tidak semana-mana air mata jantannya terkeluar tanpa disedarinya. Lantas Akira bangkit dari tempat duduknya dan segera menghampiri dan memeluk tubuh papanya.

"No, pa. Papa tak perlu minta maaf untuk nenek kerna... apa yang berlaku pada Akira, nenek juga sama seperti Akira. Perjodohan kami telah ditetapkan oleh keluarga. Dan begitu juga nanti dengan takdir cucu Akira, pa." terang Akira dengan sayu. Bertambah deras air mata jantan Dato Sri Ariff Shah mengalir.

"Please, pa. Stop carry... nanti Akira juga turut menangis macam Papa. Dan tak pasal-pasal nanti... Datin Sri Arani Lin, marah Akira pula... sebab nangiskan kekanda kesayangannya..." seloroh Akira. Dia cuba menghiburkan hati Dato Sri Ariff Shah. Terus Dato Sri Ariff Shah ketawa kecil.

"Wah wah wah... seronoknya dua merpati ni... sedang bercengkarama, di bawah bulan purnama... sampaikan kehadiran saya pun, korang tak sedar.. ya!" cela Datin Sri Arani Lin secara tiba-tiba.

Dato Sri Ariff Shah dan Akira tersentak, lantas mereka terus menoleh ke arah Datin Sri Arani Lin yang sedang berdiri di belakang mereka. Senyuman manis yang terukir di bibir Datin Sri Arani Lin, terus pudar... apabila melihat raut wajah suaminya yang sembab tika itu.

"What happened?" soal Datin Arani Lin dengan nada suaranya sudah berubah.

"Tak de apa-apa lah, sayangku!" jawab Dato Sri Ariff Shah dengan segera sambil menaniskan wajahnya.

"Wait... you, sape kesayangan you tu? I ke atau wanita yang pakai baju kelawar ni?" Secara sepontan Akira bertukar watak menjadi perempuan gedik. Dato Sri Ariff Shah sedikit terkejut melihat perubahan watak Akira tika itu, namun dia cepat menangkap maksud anaknya itu. Lalu dia juga turut mengikut rentak Akira.

"Of course... wanita yang pakai baju kelawar ni, adalah kesayangan Dato Sri Ariff Shah." ujar Dato Sri Arif Shah sambil melangkah menghampiri Datin Sri Arani Lin.

"So, i ni sape dalam hati Dato Sri Ariff Shah?" soal Akira dengan gediknya.

"Stop it... jangan cuba nak alihan topik. Kenapa papa menangis, Akira?" ujar Datin Sri Arani Lin dengan renungan tajamnya. Akira sudah cuak. Fikirannya mula memikirkan sesuatu.

"Baikalah... sebenarnya, Akira..." Dato Sri Ariff Shah bersuara tetapi dia sengaja menggantungkan ayatnya.

"Kenapa dengan Akira, bang? Apa yang dia buat sampai abang jadi begini?" soal Datin Sri Arani Lin dengan tidak sabar.

"Sabar sayang... Akira tak buat apa-apa pada abang. Sebenarnya... Akira dah dapat menerima jodohnya. Sebab itulah abang menangis kerna gembira. Akhirnya anak kita, ikhlas menerima pasangan hidupnya" dalih Dato Sri Ariff Shah. Akira tersenyum dalam diam, bila mendengar penjelasan papanya.

"Betulkah, Akira...apa yang papa kamu cakap ni? " soal Datin Sri Arani Lin seperti tidak percaya apa yang dikatakan oleh suaminya itu.

"Ya ma. Akira ikhlas menerima jodoh yang ditetapkan oleh keluarga kita!" sokong Akira dengan riak wajah yang tenang.

"Alhamdulillah... akhirnya, anak mama dengan rela hati menerima jodohnya dengan ikhlas. Kalau atok Ayah dengar, mesti dia happy... betul tak kekanda?" ujar Datin Sri Arani Lin dengan wataknya sudah berubah. Tersengih Dato Sri Ariff Shah melihat perubahan isterinya secara mendadak.

"Ya adindaku!" balas Dato Sri Ariff Shah.

"Saya pula macam mana?" sekat Akira. Dia pun turut bertukar wataknya.

"Aa...you, you tu... tunangan orang. Jangan nak menggedik-gedik kat suami i ni. Nanti i suh you, baru tau!"

"El.. leh, Tak heranlah..."

"Dah dah... dua-dua kesayangan Dato Sri Ariff Shah. Jom kita masuk rumah, dah jauh malam ni, nanti ada yang ikut kita pula." ujar Dato Sri Ariff Shah, mematikan drama dua beranak itu.

----------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience