Bab 48

Romance Series 51364

Hisyam meletakkan minuman di atas meja hadapan Akira.

"Thanks, Syam!" ucap Akira sambil senyuman nipis.

"Welcome, boss!" balas Hisyam.

"It's break time ... your employer ... isn't here!" ujar Akira senada. Hisyam tersenyum segaris.

"Sorry ... Ratu!" ucap Hisyam tanpa sedar. Akira membulatkan matanya. Terus Hisyam menutup mulutnya dengan tangan kerna baru tersedar di atas kelancangan mulutnya itu.

Akira tahu, kawannya cuma bergurau dengan nya. Lalu dia mengalihkan pandangan anak matanya sambil menyedut minumannya. Sedang Akira memerhati suasana dalam shopping mall itu, tidak semana-mana... anak matanya terpacap dengan dua figura yang ingin dicarinya.

"Well...well... well... Pucuk dicita ulam mendatang," gumam Akira perlahan. Senyuman senget terus terukir dibibirnya. Hisyam yang mendengari ayat yang meniti di bibir Akira, terus matanya melirik ke arah mata yang di lihat oleh sahabatnya itu.

"So... what your plan?" soal Hisyam sambil memandang tepat wajah Akira.

"Let's go... i want to act!" jawab Akira selamba.

"Ok!" ujar Hisyam sepatah. Lantas mereka pun mengatur langkah.

*****

"Thank you so much dear... belanja i hari ini," ujar Baizura dengan gembiranya.

"No problem, but... I nak...you layan i lepas ni!" ujar Saiful dengan suara bernafsu.

"Of course, sayang!" jawab Baizura dengan suara menggodanya. Saiful sudah tersenyum lebar.

Sedang mereka berjalan sambil berpelukan, tiba-tiba datang seseorang melanggar tubuh Baizura sehingga mengakibatkan baju Baizura di basahi oleh air minuman orang itu.

"What the hell!" jerit Baizura dengan perasaan marah.

"Opss, sorry miss. Saya tak sengaja?" ucap wanita itu sambil menunduk kepala.

"What? Tak sengaja kau cakap! Mata kau letak kat mana ah?" bentak Baizura dengan rasa geram.

"I'm sorry, miss. Saya betul-betul tidak sengaja melanggar, miss!" kata wanita itu lagi sambil mengeluarkan tisu dari beg tangannya, lalu melap juice mango yang tertumpah di baju Baizura.

Baizura tidak berpuas hati, lalu dia menolak tubuh wanita itu hingga jatuh tersungkur dan kepalanya terkena bucu dinding.

"Ah perempuan, berani kau..." jerkah Hisyam. Dia ingin bertindak namun di halang oleh Akira.

"It's okay, Syam. Saya tak apa-apa," ujar Akira perlahan. Dia cuba bangun dari lantai namun tak mampu kerna terasa sakit di bahagian kepalanya.

"Cik Akira, your head is bleeding!" sebut Hisyam dengan panik apabila melihat darah keluar di kepala Akira. Di terus mendapatkan sahabatnya itu.

Dalam masa yang sama Saiful dan Baizura sudah tergamam bila mendengar nama yang di sebut tadi. Lebih-lebih lagi Baizura, raut wajahnya sudah berubah pucat.

"Biar aku bawa Akira ke hospital." kata Saiful ingin membantu.

"Tak perlu, saya boleh handle cik Akira saya!" larang Hisyam dengan tegas.

"Aku.. " belum sempat Saiful meneruskan ayatnya, Hisyam terus menceras.

"Encik Saiful tak perlu susahkan diri. Jaga sahaja teman wanita Encik itu, jangan sampai pula dia mencederakan Encik Saiful!" kata Hisyam sambil merenung tajam ke arah Baizura yang sudah kelihatan pucat lesu saat itu.

Tanpa melengahkan masa, Hisyam mengangkat tubuh Akira dan segera menbawa pergi dari situ. Saiful tidak mahu ketinggalan, lalu dia mengikuti jejak langkah pengawal peribadi sepupu angkatnya itu.

"Saiful ... you nak ke mana tu?" panggil Baizura.

"Aku nak ikut Akira ke hospital." jawab Saiful tanpa memandang wajah Baizura. Kakinya terus melangkah pergi dengan perasaan marah. Baizura merasa sebal, sambil menghentak kakinya ... dia melangkah mengikuti jejak Saiful.

--------------------------------------

Setiba sahaja di hospital, Akira segera di masukan keep bilik kecemasan. Lampu merah dinyalakan.

"Doktor Mikhail, the patient's head is slightly torn!" terang jururawat bertugas.

"Is the patient conscious?" soal Doktor Mikhail tanpa melihat pesakit yang baru sahaja masuk ke dalam ruangannya. Tangannya masih meneruskan kerjanya di atas meja. Belum sempat jururawat itu menjawab...

"Yes, i'm not dead yet!" jawab suara asing.

Tangan yang sedang menulis itu, terus terhenti... matanya lantas menoleh ke arah tuan empunya suara tadi.

"Syalinda?" sebut doktor Mikhail tanpa sedar.

Anak mata mereka saling balas berpandangan, namun ianya tidak bertahan lama kerna salah seorang dari mereka... sudah pun tertutup mata.

"Doktor... " panggil jururawat itu dengan cemas.

******

Satu setengah jam berlalu... lampu merah yang menyala tadi, tidak lagi menyala. Kemudian keluar seorang lelaki yang memakai coat doktor dari bilik itu. Hisyam dan Saiful segera menghampiri doktor tersebut. Baizura hanya duduk di kerusi dan memerhati kedua lelaki itu berjumpa dengan doktor yang baru keluar dari bilik merawat Akira.

"Kau?" sebut Hisyam dan doktor Mikhail serentak. Anak mata mereka saling bertelaga. Saiful dapat mengagak, pengawal peribadi Akira dan doktor itu saling mengenali dan mereka seperti ada masalah di antara mereka berdua.

"Ehem... " Saiful sengaja berdehem kuat. Terus Hisyam dan doktor Mikhail, mengalih pandangan mereka masing-masing.

"Doktor, macam mana dengan keadaan Akira?" soal Saiful.

"Boleh saya tahu, encik-encik ni siapa?" tanya doktor Mikhail.

"Saya pengawal peribadi, Cik Akira!" kata Hisyam dengan riak wajah beku.

"Saya Saiful Shah, abang Akira.!" jawab Saiful.

"Pembetulan... abang sepupu angkat, Cik Akira!" Hisyam membetulkan penyataan Saiful.

Terus Saiful menjeling tajam ke arah Hisyam, namun Hisyam buat tak peduli. Doktor Mikhail dapat merasakan lelaki yang mengaku dirinya abang Akira, seperti tidak suka dengan Hisyam.

"Ok, Akira... " belum habis doktor Mikhail menerangkan keadaan Akira, Hisyam mencela.

"Cik Akira!" Hisyam membetulkan panggil doktor Mikhail. Doktor Mikhail berdehem perlahan, membetulkan tekak suaranya.

"Ok, Cik Akira tak ada apa-apa. Dia dalam keadaan baik. Luka yang Cik Akira alami, tidak berapa teruk sangat. Ianya luka kecil sahaja." terang doktor Mikhail satu persatu.

"Boleh saya melawat dia?" soal Saiful.

"Boleh, tapi bukan di sini. Kami akan pindahkan Cik Akira ke wad biasa, di sana Encik Saiful boleh melawat." jelas Doktor Mikhail.

"Terima kasih, doktor!" ucap Saiful.

"Sama-sama. Saya minta diri dulu." ujar Doktor Mikhail sebelum berlalu pergi.

---------------------------------------------

Akira sudah pun di tempatkan bilik vvip. Saiful ingin masuk ke bilik Akira tetapi di halang oleh pengawal peribadi Akira.

"Maaf Encik Saiful, Encik tidak boleh masuk!" cegah Hisyam di pintu bilik Akira.

"Kau siapa nak larang aku?" soal Saiful mempertikaikan larangan pengawal peribadi Akira.

"Saya pengawal peribadi cik Akira." jawab Hisyam dengan wajah bekunya.

"Apa sal aku tidak boleh masuk?" bentak Saiful.

"Encik Saiful ada jawapannya."

"What?" sebut Saiful seperti tidak mengerti akan maksud pengawal peribadi Akira.

"Apa masalah kau ah?" jerit Saiful dengan perasaan marah.

"Maaf Encik, di sini tidak boleh buat bising!" tegur jururawat yang berada di situ.

"Maaf, nurse." ucap Saiful dengan suara perlahan. Jururawat tersebut menganggukkan kepala, lalu beredar dari situ.

"Aku tetap nak masuk!" ujar Saiful dengan suara keras tetapi perlahan.

"Baiklah, Encik boleh masuk ke dalam tetapi dengan kebenaran Cik Akira." jawab Hisyam dengan wajah tenang. Saiful terus berdesis.

"Kau tahukan Akira sedang tidur, macam mana aku nak dapatkan kebenaran dia?" tutur Saiful dengan menahan rasa geramnya terhadap pengawal peribadi Akira. Belum sempat Hisyam menjawab, keluar jururawat dari bilik Akira.

"Maaf mengganggu, Cik Akira sudah sedar. Dia membenarkan encik-encik ni masuk ke dalam." bicara jururawat itu.

"Terima kasih, nurse." ucap Saiful dengan senyuman kemenangan. Beredar sahaja jururawat itu di situ, Saiful melangkah masuk ke dalam bilik wad Akira dan diikuti Baizura dari belakangnya. Dalam diam Hisyam sudah ketawa mengejak terhadap dua manusia yang sudah masuk ke jerat sendiri.

******

Akira melihat ke arah pintu yang di tolak masuk ke dalam. Muncul Saiful dan Baizura dan datang menghampiri katilnya.

"Akira macam mana? Akira ok tak? Ada rasa sakit di mana-manakah?" soal Saiful bertubi-tubi. Hatinya merasa sakit apabila melihat keadaan wanita yang disayangi dalam keadaan kepalanya di balut kain putih. Baizura sudah buat muka menyampah bila melihat sikap ambil berat Saiful terhadap Akira.

"Alhamdulillah, Akira baik saja. Abang Saiful tak perlu risau." jawab Akira dengan senyuman nipis.

"Oh ya, maaf Cik Baizura... saya tak sengaja melanggar cik Baizura tadi. Saya akan gantikan baju, cik Baizura itu." tambah Akira lagi dengan suara lemah lembut. Saiful terpampam. Hatinya sudah menyangkal... apa yang dikatakan Baizura terhadap Akira, adalah tidak benar. Manakala Baizura sudah kembali dengan wajah pucatnya.

Setelah berpuas hati melihat keadaan wanita yang bertakhta dihatinya, Saiful meminta diri untuk menghantar Baizura pulang.

******

Di dalam kereta,

"Kau kata, sepupu angkat aku... Nur Akira Syalinda... nakkan nyawa kau dan ahli keluarga kau. Tapi... lihat sekarang... nyawa siapa yang hampir melayang hari ini?" sindir Saiful dengan suara garau. Baizura terdiam seribu bahasa.

"Aku tetap nak jalankan plan kita. Kau harus teruskan rancangan kau untuk dapatkan Haikal Iskandar sebelum mereka bernikah. Jika tidak, aku sendiri yang akan ambil nyawa kau dan seluruh ahli keluarga kau!" ujar Saiful lagi dengan wajah serius. Baizura menelan air liurnya yang terasa perit di tekaknya.

"Kau dengar tak?" jerkah Saiful.

"De..deng.. ar..." jawab Baizura tersekat-sekat.

Lalu kereta yang di pandu oleh Saiful, segera meninggalkan kawasan hospital.

---------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience