Bab 45

Romance Series 51364

Kereta Honda sports city hybrid berhenti di sebuah gerai makan yang berhampiran dengan tepi jalan raya. Haikal mengerut dahinya. Akira yang duduk di sebelahnya menyedari akan perubahan raut wajah Haikal tika itu. Dalam diam Akira sudah tersenyum sinis.

"Aku nak lihat, sejauh mana kau akan bertahan dengan permainanku!" bisik Akira di hati.

"Tuan tak nak turun kah?" soal Akira dengan riak wajah tenang.

"You... you nak makan kat sini kah?" soal Haikal kembali kepada Akira.

"Biar betul perempuan ni, dia nak test aku ke atau... cuba nak kenakan aku?" monolog Haikal pada dirinya.

"Yap, saya dan Hisyam nak makan kat sini. Kita orang selalu makan kat sini, sedap tau! Opss... maaf, saya lupa pula... tuan tak makan di tempat macam ni pula." ujar Akira dengan berpura-pura menunjukkan raut wajah serba salah. Anak matanya meliar, memerhatikan kawasan sekeliling. Tidak semana-mana anak matanya ternampak restoren mewah.

"Okay Tuan. Tuan boleh makan kat sana tu!" ujar Akira sambil menunjuk ke arah restoren mewah yang berada di seberang jalan raya. Haikal pun terus memandang ke arah yang di maksudkan oleh Akira. Tidak semana-mana terbit senyuman lebar dibibirnya. Lalu mereka bertiga pun keluar dari perut kereta tersebut.

Haikal membuka langkah menujuh ke restoren mewah itu, manakala langkah kaki Akira dan menuju ke gerai makan yang berhampiran dengan kereta mereka.

Sebaik sahaja Haikal ingin menyeberangi jalan raya, baru dia perasan yang hanya dirinya seorang sahaja berada di situ.

"Ai... ke mana mereka menghilang?" soal Haikal dengan perasaan hairan. Dia melihat sekelilingnya dan tidak semana-mana anak matanya melihat Akira dengan bodyguard masuk ke dalam gerai makanan yang berada di tepi jalan itu.

"Biar betul perempuan ni... dia tak kisah kah makan kat gerai tu?" gumam Haikal sendirian. Mahu tidak mahu langkah kakinya terus bertukar arah, dia harus bersama dengan bidadarinya.

*******

Sebaik sahaja Akira dan Hisyam melabukan punggung di kerusi masing-masing, datang seorang pelayan gerai ke arah mereka.

"Assalammualaikum abang Syam dan Kak Akira!" sapa pelayan gerai itu dengan mesra.

"Waalaikumsalam, Sarah." sahut mereka hampir serentak. Sarah iaitu pelayan gerai yang sudah mengenali diri mereka berdua. Ini kerana Akira dan Hisyam merupakan pelanggan yang sering kali menghujungi gerai makan itu. Dan di tambah lagi Akira telah banyak membantu dari segi kewangan untuk mengurus gerai makan tersebut.

"Abang dan Kakak nak oder apa?" soal Sarah sambil tersenyum manis.

"Macam biasa, Sarah. Tapi akak nak tambah oder... jus oren dan nasi goreng kampung tambah satu lagi!" jawab Akira dengan ramah.

"Ok Kak, Sarah minta diri dulu ya! " kata Sarah dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya. Akira dan Hisyam menganggukkan kepala.

******

"OK kah kita biarkan dia pergi ke sana sorang diri?" soal Hisyam apabila mereka kini berdua.

"Don't worry... he is coming back!" jawab Akira dengan yakinnya. Dan tidak semana-mana Hisyam terkejut apabila melihat Haikal muncul di hadapan meja mereka dengan raut wajah tegang. Akira sudah tersenyum sinis dalam diam.

"Cis, di sini rupanya mereka! Aku pula di biarkan sorang kat tepi jalan!" desis Haikal di hati. Dengan perasaan geram, dia melabukan punggungnya di kerusi yang bersebelahan dengan Akira.

"Ai... Tuan Haikal tak jadi kah pergi ke restoren mewah kat seberang jalan tu?" soal Akira dengan selamba.

"Memang aku nak ke sana tapi bukan sorang diri!" marah Haikal dengan suara agak keras.

"Tuan Haikal marah kah? Tuan masih ingat tak, syarat saya yang ke-2?" soal Akira dengan senyuman sinisnya. Haikal tergamam seketika.

"Kalau Tuan Haikal marah... nampak gayanya pernikahan kita ter... " belum sempat Akira menghabiskan ayatnya, Haikal terus menyangkal.

"Sorry, I terlalu ikutkan emosi!" ucap Haikal dengan riak wajah sebal. Akira sudah ketawa dalam hati.

"Tahu pun takut." omel Akira di hati.

Hisyam yang berada di tempat duduknya, sudah tersenyum nipis. Dia tahu, Akira sudah memulakan permainannya.

"The game has begun!" ucap Hisyam di hati.

Tiba-tiba telepon bimbit Hisyam menyanyi, minta segera di sambut. Dia mencapai telepon bimbitnya, tertera nama 'Rayner' di skrin.

"Akira, saya keluar sekejap!" Hisyam minta izin. Akira menganggukkan kepala. Lantas Hisyam segera mengangkat panggilan sambil bangun dari tempat duduknya dan terus melangkah keluar dari gerai makan tersebut.

"Di mana you dapat bodyguard you tu?" soal Haikal sebaik sahaja Hisyam meninggalkan mereka berdua.

"Kat overseas. Kitaorang study sama-sama kat sana. Balik sini, dia terus berkerja dengan saya." jelas Akira selamba sahaja. Haikal terbukam mendengar jawapan daripada tunangnya.

"Maknanya dia dah lama kenal bodyguard nya itu. Jangan-jangan mereka ada apa-apa tak?" Haikal mula berteka teki.

Beberapa minit kemudian, minuman dan makanan yang di pesan oleh mereka... sudah pun siap di hidang di atas meja. Dan tidak berapa lama sabaik sahaja makanan siap di hidang, Hisyam kembali semula ke tempat duduknya.

******

Kereta Honda sports city hybrid berhenti di hadapan bangunan H I HOLDING.

"Thank you for lunch... hari ini. Next time, i pula belanja you... "ucap Haikal dengan senyuman.

"Your welcome... insyaallah." balas Akira dengan senyuman nipis. Belum sempat tangan Haikal membuka pintu kereta, Akira bersuara.

"Tuan Haikal... tunggu sekejap!" Tangan Akira mencapai beg kertas yang berada di tempat duduk hadapan. Lalu dia mengeluarkan isi dalam beg kertas tersebut.

"Mulai hari ini dan seterusnya sehinggalah di hari pernikahan kita, saya nak Tuan pakai songkok ini." ujar Akira sambil meletakkan songkok di kepala Haikal.

"What... are serious?" soal Haikal seperti tidak percaya dengan ucapan Akira sebentar tadi.

"Tuan masih ingat syarat saya yang ke-3?" jawab Akira tanpa nada. Hilang terus senyuman di bibirnya. Haikal sudah cuak. Mahu tidak mahu, dia harus akur.

"Maaf, i terlupa. But i dah ingat syarat ke-3 you, di mana i harus ikut arahan you!" kata Haikal.

"Good... and now, tuan boleh keluar sekarang!" arah Akira dengan dingin. Lalu Haikal pun keluar di perut kereta tersebut.

Sebaik sahaja pintu kereta di tutup, kereta Honda sports city hybrid berlalu pergi meninggalkan bangunan H I HOLDING.

Di saat Haikal melangkah masuk ke dalam bangunan H I HOLDING, semua mata memandang ke arahnya. Namun Haikal tidak ambil peduli, kakinya terus melangkah menghampiri lif.

---------------------------------------------------

Haikal menyarung songkok di kepalanya sambil melihat dirinya di cermin.

"Apa niat kau nak suruh aku memakai songkok ini, Linda? Adakah ini salah satu cara kau nak kenakan aku atau kau nak ubah diri aku?" Haikal berkata pada dirinya sendiri. Setelah siap merapikan diri, Haikal melangkah keluar dari bilik tidurnya.

Dato Haris dan isterinya yang berada di ruang tamu rumah, saling berpandangan apabila melihat anak sulung mereka yang berpakaian kemas dan di tambah lagi mengenakan songkok di kepala... turun dari anak tangga rumah.

"Haikal nak ke mana dengan siap pakai songkok ni?" soal Datin Harlina sebaik sahaja kaki Haikal mendarat di lantai rumah.

"Haikal nak pergi kursus kahwin" jawab Haikal dengan santai.

"Alhamdulillah... bila tarikh nikah korang?" soal Datin Harlina dengan wajah ceria.

"Hujung bulan ni, kitaorang nikah. So, ibu boleh sudah buat persiapan majlis perkahwinan Haikal." jawab Haikal dengan senyuman segaris.

"Oklah ibu... Kal minta diri dulu, nanti lambat pula Kal sampai!" sambung Haikal lagi. Dato Haris dan Datin Harlina sudah tersenyum lebar apabila mendengar bicara daripada anak lelaki mereka.

Sebelum beredar, Haikal menyalam kedua orang tuanya. Dato Haris dan isterinya tersenyum manis kepada anak mereka itu.

"Abang perasan tak... " kata Datin Harlina sebaik sahaja Haikal hilang dari pandangannya.

"Perasan apa?" soal Dato Haris. Dahinya berkerut, lalu memandang wajah isterinya itu.

"Semenjak Haikal dah bertunang dengan cucu kawan baik mak, Haikal dah mula kerap balik ke rumah kita. Dia dah jarang keluar malam." jawab Datin Harlina dengan senyuman manisnya.

"Ya, abang pun perasan juga. Kerja di pejabat, banyak sudah dia handle dengan baik." puji Dato Haris dengan jujur.

"Eya kah bang? syukur alhamdulillah. Kita harus berterima kasih pada ibu... kalau bukan disebabkan pertunangan ini, mungkin anak kita tidak akan berubah." ujar Datin Harlina dengan raut wajah ceria. Dato Haris mengangguk kepala menandakan dia setujuh dengan kata-kata isterinya itu.

******

Haikal mengerling jam di tangannya, jam menunjukkan sudah pukul 8.10 pagi.

"Ai... belum sampai lagi kah? Atau aku yang excited sangat datang awal ni!" monolog Haikal sendirian.

Tidak berapa lama kemudian, muncul kereta Honda sports city hybrid dan berhenti betul-betul di hadapan Haikal. Sesaat berlalu, pintu kereta tersebut terbuka. Haikal tergamam apabila melihat akan keayuan bidadarinya yang mengenakan pakaian baju kurung dan siap bertudung.

"Assalammualaikum... Kenapa Tuan Haikal tidak masuk ke dalam?" sapa Akira sebaik sahaja berdiri di hadapan tunangnya. Haikal yang terkaku ketika itu, terus tersedar dari khalayannya.

"Aah... what's do you say?" soal Haikal sambil tersengih. Dia tidak berapa mendengar ucapan daripada Akira sebentar tadi. Akira sudah mendesik di hatinya.

"Assalammualaikum... Kenapa Tuan Haikal tidak masuk ke dalam?" Akira mengulang ayatnya semula. Meskipun dia merasa sebal, namun raut wajahnya di kekalkan.

"Waalaikumsalam. Oh... belum ada perserta lain yang datang lagi, so... saya tunggu di luarlah!" jawab Haikal sambil tersengih.

"Tak ada peserta lain, hanya kita berdua sahaja pesertanya... Tuan Haikal!" ujar Akira dengan aura dinginnya. Kakinya terus melangkah dan memasuki ke dalam bangunan tersebut. Haikal sudah terpinga-pinga mendengar balasan daripada Akira.

"Dia blah macam tu je!" gumam Haikal sendirian. Lalu dia memasuki pintu yang sama Akira masuk ke dalam bangunan tersebut.

----------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience