Bab 22

Romance Series 51364

Tiba saja Akira di bangunan AS Holding, dia mendongok memandang bangunan yang gagah berdiri didepannya. Sudah lama kakinya tidak menjejak ke dalam bangunan itu. Akira yang di temani pengawal peribadinya mengatur langkah masuk ke dalam lobi bangunan tersebut dan menghampiri kaunter yang ada penyambut tamu disitu.

"Welcome to AS HOLDING. May I help you miss? " ujar penyambut tamu itu yang bernama Farah, dia melemparkan senyuman manisnya.

Akira membuka face mask hitam di mukanya dan membalas senyuman. Sebelum bersuara, anak mata Akira sempat menilik tag nama di baju penyambut tamu itu

" I'm Nur Akira Syalinda. Miss Farah, can i know, what floor is the office room of Dato Sri Ariff Shah? " tanya Akira dengan sopan.

"Do you have any appointment?"

"Ermm... No, l haven't. But l am her daughter! "

"Wait a minute. You can sit there! ". Farah menunjuk ibu jarinya ke arah sofa yang berada di lobi.

"Ok". Akira terus berjalan ke sofa tersebut.

Farah segera menekan nombor telepon setiausaha Dato Sri Ariff Shah. Hampir lima minit mereka bercakap di dalam talian, setelah itu talian di matikan.

"Sorry miss, lama menunggu. Cik boleh berjumpa dengan Dato Sri di tingkat 12. Di tingkat atas nanti, cik boleh bertanya kat kaunter penyambut tamu di sana" kata Farah yang berdiri tegak dan kepalanya sedikit menunduk di hadapan Akira.

"Ok, thank you... cik Farah." ujar Akira, lalu dia bangun dari sofa dan beredar dari situ.

Akira yang di temani Hisyam bergerak menujuh ke pintu lif. Butang naik di tekan, tidak sampai seminit pintu lif terbuka. Mereka terus masuk ke dalam kotak lif itu. Akira menekan butang 12 dan pintu lif tersebut terus tutup semula. Lima belas saat berlalu, mereka sudah sampai di tingkat 12. Secara automatik pintu lif itu terbuka, Akira keluar dari lif dan di ikuti pengawal peribadinya dari belakangnya.

Setelah mendapat tahu di mana letaknya bilik pejabat Dato Sri Ariff Shah, Akira mengorak langkah ke bilik pejabat ayahnya. Pintu di ketuk sebanyak tiga kali.

Tok tok tok...

Kedengaran suara dari dalam mengizikan masuk. Tombol pintu di pulas dan daun pintu di tolak masuk ke dalam.

"Assalammualaikum Papa " Akira memberi salam di saat kaki melangkah masuk ke ruang bilik pejabat Dato Sri Ariff Shah.

"Waalaikumsalam" Dato Sri Ariff Shah menyahut salam, lantas dia bangun dari kerusinya dan mengajak anaknya duduk di sofa dalam bilik kerjanya.

"Akira, siapa lelaki ni? " soal Dato Sri Ariff Shah menunjuk seorang lelaki berdiri tegak di belakang Akira.

"Ini Hisyam, bodyguard Akira." jawab Akira dengan memamperkan senyuman kelatnya.

Dia tahu dari raut wajah papanya, Akira dapat merasakan Dato Sri Ariff Shah tidak selesa dengan kehadiran pengawal peribadinya. Lalu dia mengarahkan Hisyam keluar dari ruang bilik itu.

"Hisyam, awak boleh tunggu saya di luar."

"Baik Cik Akira, saya minta diri dulu" akur Hisyam.

Hisyam memusing tubuhnya dan terus berjalan menghampiri daun pintu bilik tersebut. Kemudian dia pun keluar dari bilik Dato Sri Ariff Shah.

" Sejak bila pula anak papa ni ada bodyguard? Papa tak tahu pun." tanya Dato Sri Ariff Shah sebaik saja pengawal peribadi anaknya keluar dari bilik pejabatnya.

Akira sudah mengagak, Dato Sri Ariff Shah pasti menanyakan mengenai pengawal peribadanya. Namun dia hanya melemparkan senyuman manis sebelum bertutur bicara.

" Di mana office room Akira, pa? " soal Akira mengubah topik. Dia memberi reaksi seperti biasa.

"Inilah bilik Akira. Akira akan menggantikan posisi papa dalam company ini " jawab Dato Sri Ariff Shah dengan senyuman sengetnya.

Dia sudah menduga, anaknya pasti mengelak dari pertanyaannya. Buktinya Akira sudah mengubah topik perbualan mereka. Di fikirannya, mungkin anaknya mempunyai alasan tersendiri sebab kenapa perlu ada pengawal peribadi.

"What? it's not joking, papa". Akira terkejut dan dalam masa yang sama hatinya merasa lega bila Dato Sri Ariff Shah tidak bertanya mengenai isu pengawal peribadinya lagi.

"Nope... Papa nak bersara, but... papa constantly monitors the development of the company. Papa will release this company in the hands of Akira, if Akira is really ready."

Akira menganggukkan kepala, menandakan dia faham akan maksud papanya itu. Kemudian Dato Sri Ariff Shah menekan butang interkom dan mengarahkan seseorang masuk ke dalam biliknya. Tidak sampai seminit, pintu bilik pejabat Dato Sri Ariff Shah di kuak.

Kelihatan seorang wanita berusia dalam lingkungan 30 an, berbaju kemeja berlengan paras siku dan seluar palazzo hitam... melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Dato Sri Ariff Shah.

"Ya, Dato Sri. Ada yang saya boleh bantu? " tanya wanita itu dengan berhemah.

"Fauziah, ini anak saya... Nur Akira Syalinda. Akira, ini pula Fauziah... secretary Papa dan sekaligus akan menjadi secretary Akira." Dato Sri Ariff Shah memperkenalkan Akira dengan fauziah iaitu setiausahanya.

"Salam perkenalan, cik Nur Akira Syalinda. Cik Nur Akira Syalinda, boleh panggil saya Ziah je! " tutur Fauziah dengan mesra sambil menghulur tangannya tanda salam perkenalan.

"Salam perkenalan juga. Panggil Akira saja" kata Akira turut menghulur tangannya dan melemparkan senyuman manisnya.

Selesai sesi suai kenal dan penerangan, Fauziah keluar dari bilik majikannya. Dia kembali ke mejanya semula dan meneruskan kerja yang di tinggalkan sebentar tadi.

---------------------------------------------------

Ketika Akira dan Dato Sri Ariff Shah sedang sibuk berbincang, tiba-tiba telepon bimbit Akira menyanyi. Laju tangan Akira mencapai telepon bimbitnya, di lihat tertera nama ' Rizal calling ' di skrin. Tanpa membuang waktu Akira segera menjawab panggilan itu. Dato Sri Ariff Shah hanya memandang sekali imbas kepada anaknya, kemudian dia mengalihkan pandangannya di laptop.

"Assalammualaikum... Akira " ucap Rizal dalam telepon.

"Waalaikumsalam... Ya, Rizal. Apa perkembangan yang kamu dapat? " salam di sahut dan Akira terus mengajukkan soalan dengan memperlahankan suaranya.

"Good news. Ok! "

"Thanks a lot Rizal. I owe you one, keep in place him... okay! "

"Ok, tell me if you get any news as soon as possible! ". Akira terus memutusan talian.

" Mangsa dah merangkak masuk perangkap sendiri. Sedikit masa lagi, kau akan musnah" getus hati Akira, di dalam hatinya sudah tersenyum gembira.

Sebaik saja Akira meletakkan telepon bimbitnya di atas meja, tidak sampai sesaat terdengar bunyi...'Ting'. Satu pesanan ringkas masuk di telepon bimbitnya. Akira dengan pantas membukanya.

'Akira, tolong ambil aku di airport. Abang aku tak dapat ambil aku, dia outstation. - Mimi. '

'Ok, kau tunggu aku. Aku bergerak sekarang! - Akira '

Setelah membalas mesej dari temannya, tanpa berfikir panjang Akira berkata kepada Dato Sri Ariff Shah.

"Papa, Akira nak minta izin. Akira nak keluar sebentar."

"Akira nak ke mana? " soal Dato Sri Ariff Shah sambil memandang tepat wajah anaknya yang kelihatan teruja.

" Akira nak ke airport... Mimi minta tolong ambil dia di sana sekarang. Boleh pa? "

"Sure, be careful... my daughter! "

" insyaallah, pa and thank you."

Beg tangan di capai, kemudian tali beg tangan tersebut diselang di atas dadanya. Setelah menyalam dan mencium tangan ayahnya, Akira keluar dari bilik pejabat Dato Sri Ariff Shah.

Apabila melihat Akira keluar dari bilik pejabat Dato Sri Ariff Shah, Hisyam segera berdiri dan datang menghampiri majikannya.

"Cik Akira nak ke mana? "

"Airport... kita bergerak sekarang" arah Akira dengan tegas dan mereka terus menujuk ke pintu lif untuk turun ke bawah.

-----------------------------------------------------

Sampai di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), Haikal masuk ke bahagian parking untuk meletakkan kereta. Sebelum pintu kereta di buka, Akira berkata kepada pengawal peribadinya.

"Hisyam, kamu tunggu di dalam kereta je. Biar saya saja yang menjemput sahabat saya. "

"Tapi... " belum sempat Hisyam menghabiskan ayatnya, Akira terus memintas.

"It's okay, i can take care of myself. "

"Okay. "

Akira memakai face mask hitam di mukanya sebelum membuka pintu kereta, kemudian kakinya mula mengatur langkah. Masuk sahaja di balai ketibaan, dia mencari-cari kelibatan Mimi. Sesekali Akira mengeling ke arah jam tangannya.

"Mana pula Mimi ni? aku lewat sikit je. Tak kan dia dah hilang?" Akira berteka-teki dalam fikirannya.

Beberapa minit berlalu, Akira melihat Mimi sedang berjalan sambil melihat telepon bimbit. Lantas dia segera melangkah ke arah sahabatnya itu.

Apabila tiba dihadapan Mimi, Akira merasa hairan kerna sahabatnya seperti tidak mengenali dirinya.

"Cik nak cari siapa? " tanya Mimi dengan senyuman nipis, lalu memandang figura yang menghalang jalannya.

"Cik.., cik ada nampak Cik Mimi Syakila Binti Sulaiman? " jawab Akira selamba, dia cuba mengusik sahabatnya.

"Akira, is that you? " Mimi meminta kepastian, dia merasakan seperti mengenali suara figura yang memakai face mask hitam itu.

"Yup. " kata Akira sambil mengangkat-angkat keningnya, lalu menanggalkan face mask hitam di mukanya.

Terkejut beruk Mimi apabila melihat raut wajah Akira, lebih-lebih lagi dengan penampilan sahabatnya yang berpakaian kasual sungguh bergaya.

Dua sahabat itu terus berpelukkan, mereka tidak menghiraukan orang sekeliling memandang ke arah mereka. Selepas itu Akira mula memakai face mask hitamnya semula, Mimi hanya memerhatikan sahabatnya itu.

"Kau pergi mana tadi? puas aku cari kau kat sini" tanya Akira sambil melaga pipinya dengan sahabatnya.

"Sorry beb... aku pergi toilet, sebab itulah aku hilang dari rada tadi " balas Mimi dengan muka lima puluh sen nya.

Akira ketawa kecil melihat raut wajah sahabatnya, terasa lucu pula. Setelah berbual seketika, mereka mula bergerak.

Ketika Akira memusing tubuhnya, secara tidak sengaja dia melanggar tubuh seseorang.

"Ouch! panas... panas! " adu seorang lelaki.

Muka lelaki tersebut berkerut menahan sakit sambil mengibas bajunya yang sudah lencun tertumpah air kopi panas.

"Sorry encik, saya tak sengaja." Akira segera mengeluarkan tisu dari beg tanganya dan hulur kepada lelaki itu.

Di saat Akira menghulurkan tisu tersebut kepada lelaki yang tidak sengaja dilanggarinya, pandangan mata mereka bertaut.

"Dia? Tuan Haikal Iskandar? Tak kan lah, ni dugaan ke atau betul-betul kenyataan? " getus hati Akira, lantas dia segera mengalihkan pandangan matanya.

Pandang mata hazel Akira membuatkan perasaan Haikal tak tentu arah, dia pernah mengalami pandangan yang sama. Namun fikiraannya masih tidak dapat berfikirkan sesuatu tentang pandangan itu.

Akira tidak tahu hendak berbuat apa, di dalam fikirannya dia nak larikan diri dari lelaki itu. Tanpa membuang masa Akira segera menarik tangan Mimi dan meninggalkan Haikal sendirian.

"Hey cik, masalah ini belum lagi selesai!" jerit Haikal dengan berangnya.

Akira tidak menghiraukan jeritan Haikal, kakinya terus langkahnya dengan cepat menujuh ke parking kereta. Mimi terpinga-pinga melihat reaksi Akira bertukar secara mendadak, namun dia tetap mengikut jejak langkah sahabatnya.

" Hisyam, bergerak sekarang! " arah Akira sebaik saja menutup pintu kereta.

" Baik, Cik Akira. " Hisyam masukkan gear dan kereta terus melecur ke lebuh raya.

Mimi yang berada di sisi Akira, mencuit pinggang sahabatnya. Akira faham maksud Mimi.

"I'll explain later but not now! ". Akira menegaskan suaranya.

"Hisyam, kita ke rumah Mimi." arah Akira kepada pengawal peribadinya.

"Baik." jawab sepatah Hisyam, lalu menukar haluan pemanduannya.

Mimi diam seribu bahasa, matanya melirik ke arah Akira yang seperti memikirkan sesuatu. Hati Mimi mula timbul resah dan fikirannya pula juga memikirkan tentang keselamatan sahabatnya.

Kereta City Sports Hybrid itu akhirnya sampai di hadapan rumah sewa milik Mimi. Hisyam melangkah keluar dan mengeluarkan beg bagasi teman majikannya di bonet kereta.

"Terima kasih beb.., dah tolong ambil aku di airport dan hantar aku sampai depan rumah" kata Mimi sambil tersenyum manis.

"Kau tak nak masuk dulu.., minum kah? " ajak Mimi.

"It's okay beb... next time. Aku kena balik office " balas Akira dengan senyuman nipis.

"Okey, ada masa... call me! "

"Okay... assalammualaikum. "

"waalaikumusalam."

Mimi berjalan menghampiri pintu pagar. Sebaik melihat kereta city sports hybrid berlalu pergi, dia menarik pagar dan menguncinya kemudian beg bagasinya di tarik masuk ke dalam rumah.

-------------------------------------------------------

Maaf lama menunggu. Jika ada salah dan silap dalam bab ini, harap di tunjuk ajar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience