Bab 38

Romance Series 51364

"Anak dengan bapa... sama sahaja, dua-dua menyakitkan," desis Akira di dalam hatinya. Hatinya begitu sebal dengan bicara abang sepupu angkatnya tadi. Langkah kaki terus menghampiri lif hotel itu.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Akira melangkah masuk ke dalam perut lif itu di ikuti Hisyam dari arah belakangnya. Lantas Hisyam menekan butang ke tingkat 12 dan secara automatik pintu lif tersebut tertutup sendiri.

Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka dari sudut tepi. Anak matanya tidak lepas memandang sehinggalah Akira dan pengawal peribadinya masuk ke dalam kotak lif.

"Kau menginap di sini. Baik... kau tunggu kejutan dari aku!" bisik hati kecil figura itu. Terpancul senyuman psycho di bibirnya.

******

Di dalam lif, Hisyam perhatikan Akira. Sejak mereka keluar dari dewan hingga sampai sekarang, Akira masih mendiamkan diri.

"Akira, kau ok tak ni?" tenang sahaja Hisyam menutur kata. Akira tersenyum segaris.

"Aku ok, kau tak perlu risau" balas Akira cuba menenangkan diri sendiri. Hisyam mengangguk perlahan. Dia tahu Akira sedang berperang dengan emosinya.

Ting! Pintu lif terbuka. Mereka berdua keluar dari perut lif. Kaki mula melangkah menuju ke bilik penginapan di hotel itu. Tiba di muka pintu bilik, Akira menyentuh kad akses di permukaan skrin digital pintu tersebut. Tet! pintu terbuka. Di saat Akira ingin melangkah masuk, Hisyam bersuara.

"Akira... jika ada apa-apa, call saya!" Hisyam tersenyum nipis memandang raut wajah Akira.

"Ok. Terima kasih kerna prihatin terhadap aku... and goodnight!" balas Akira dengan senyuman hambar.

"Good night, see your tomorrow!" ucap Hisyam. Lalu Akira menutup pintu biliknya. Hisyam mengeluh perlahan.

"Aku bukan sahaja prihatin tapi aku sayang sangat kat kau, Akira. Tapi sayang, kau bukan untukku..." luah Hisyam dengan perlahan, lalu dia masuk ke biliknya yang bersebelahan dengan bilik Akira.

******

Masuk sahaja Akira di bilik inapnya, dia terus merebahkan dirinya seketika di atas katil.

"Ermm... letihnye...nak tidur pula tapi, lebih baik aku mandi dulu" gumam Akira sendirian. Anak matanya sudah tertancap pada pintu bilik airnya. Lantas dia bangun dari pembaringannya dan berlalu ke dalam bilik air.

Pakaian yang kotor di gantung ke dalam almari. Dia menukar pakaiannya kepada bathrobe yang di sediakan oleh pihak hotel. Lalu dia mula membersihkan diri.

Setelah selesai membersihkan diri, rambut Akira keringkan dan tuala di gulung pada rambutnya. Badan yang terasa letih dan anak mata sudah layu, langkah di atur menuju ke katil dan badan di rebahkan. Tidak sampai beberapa minit, Akira sudah pun berlayar perak dalam dunia mimpinya.

----------------------------------------------------

Keluar sahaja dari dewan... Saiful mula memasuki kereta Toyota 86GT miliknya. Sungguh kepalanya bercelaru tika itu. Kereta di pandu laju menuju ke kelab zouk. Sudah menjadi tabiatnya bila kepala yang tengah berserabut, kelab malamlah menjadi tempat utamanya.

Saiful masuk ke dalam kelab malam tersebut. Muzik bergema kuat memenuhi ruang bersama lampu warna warni yang menyinari lantai tari. Dj sibuk memutarkan lagu rancak untuk para pengujung yang datang untuk berhibur. Pergaulan antara perempuan dan lelaki tidak terbatas. Mereka menari sambil berpelukkan dan ketawa seperti dunia ini mereka yang punya.

Saiful duduk di kerusi bar. Seperti biasa, cocktail menjadi pilihan. Tidak sampai lima minit, cocktail yang dipesannya sudah sampai. Dia mencapai gelas tersebut dan terus menaguknya sehingga habis.

"Aku tak boleh mengalah... Akira tetap menjadi milik aku!" gumam Saiful sendirian. Selepas segelas, segelas lagi di teguknya. Dia tidak menghiraukan orang sekeliling. Kepala yang semakin pusing itu tidak diendahkan, malahan semakin galak air itu di minumnya.

"Hai..." satu suara menegurnya.

Saiful menoleh sekilas.

"You... Saiful Shah, kan? " tanya wanita itu lagi dengan senyuman yang lebar.

"Ya. Sorry, saya tak kenal. Awak siapa?" tanya Saiful. Tidak dapat mengenali dengan tepat wanita yang sedang berdiri di hadapannya.

"Saya Baizura... girlfriend Haikal Iskandar." wanita itu memperkenalkan diri.

"Really... kau girlfriend Haikal Iskandar!" soal Saiful dengan senyuman sinisnya. Setahu dia, Haikal Iskandar seorang playboy.

"Yes... I'm... dark love Haikal Iskandar."

"Ok, i trust you!"

"You...tak nak ajak i duduk kah? "

"Oops... sorry... duduklah!"

Dengan senang hati Baizura duduk bersebelahan dengan Saiful dan terus memesan minuman kerasnya.

******

"Aku tahu... Kau suka tunang Haikal, bukan? dan aku pula suka Haikal... so, kita boleh berkerjasama untuk dapatkan apa yang kita nak." plan Baizura dengan senyuman jahatnya.

"What do you mean?" soal Saiful, cuba menangkap maksud apa yang dikata oleh Baizura.

"I mean... kita berkerjasama untuk putuskan pertunangan mereka. Sebab tujuan kita sama. Kau nak tunangnya dan aku pula nak kan Haikal... same right."

"Baiklah... aku setujuh. Jika aku tahu kau tipu aku, aku tidak teragak-agak hancurkan hidup kau!"

"You don't worry, you can trust me!"

Saiful tersenyum puas bila mendengar jawapan daripada Baizura, wanita yang mengajak dia bersekutu untuk memusnahkan pertunangan di antara Akira dan Haikal.

"Haikal Iskandar... you are mine!" bisik Baizura di hatinya.

----------------------------------------------------

Pukul 1:15 pagi, Akira terjaga dari tidur apabila kedengaran pintu biliknya di ketuk. Matanya di gosok perlahan kerna anak matanya masih terasa mengantuk lagi.

"Siapa pula yang ketuk ni?" gumam Akira perlahan. Akira bangun dari katil, bathrobe di sarungkan ke badannya kerna ketika itu dia hanya mengenakan singlet dengan hot pants.

Di lihat lubang intip pada pintu, tiada orang di luar. Akira tidak jadi membuka pintu itu. Ketika dia ingin kembali ke katilnya, sekali lagi pintu biliknya di ketuk. Dan Akira segera melihat di lubang intip itu semula, namun tiada tubuh manusia di lihatnya. Dengan berat hati, Akira memberanikan diri membuka pintu biliknya.

Pintu di buka, Akira betul-betul terkejut melihat Haikal yang kini sedang merenung tajam ke arahnya. Mata yang mengantuk tadi kembali aktif.

"Tuan Haikal... tuan buat apa di sini? macam mana pula tuan boleh tahu saya ada di sini?" soal Akira bertubi-tubi. Haikal diam tak bersuara, anak matanya masih merenung tajam ke arah anak mata hazel itu.

Akira sudah merasa cuak, dia cuba menutup pintu tetapi Haikal menahan pintu tersebut dari di tutup. Haikal mencempung tubuh Akira lalu dihumbannya tubuh Akira ke katil. Akira terbaring di atas katil dan dia betul-betul terkejut dengan tindakan Haikal tika itu.

"Eh! kau nak buat apa ha? Jangan nak buat gila Haikal." jerkah Akira, hilang sudah panggilan tuan. Perasaan marah mula menyerang dirinya.

"Kau yang buat aku jadi gila!" tengking Haikal. Kemudian Haikal membuka baju di tubuhnya dan setelah itu dia menarik tali bathrobe yang di pakai oleh Akira. Terserahlah susuk tubuh badan Akira, Haikal menelan liur. Lantas tubuh Akira ditindih. Kedua-dua pergelangan tangan Akira di pegang dengan tangan besarnya.Haikal menundukkan wajahnya seakan mahu mencium Akira, laju Akira menoleh ke kiri dan kanan.

"Aku tak boleh kalah, aku harus lakukan sesuatu." bisik hati kecil Akira. Tangan Akira di pegang rapat di dadanya. Haikal sudah seperti orang hilang akal tika itu.

"Memang nak kena dia ni, jangan salahkan aku kalau hidung mancung kau patah." bisik hati kecil Akira lagi. Tanpa membuang masa, Akira menghentuk dahi pada batang hidung Haikal dengan sekuat hatinya. Terasa sakit di dahi, tapi puas hati.

Haikal menjerit mengarang kesakitan di hidungnya, lalu bingkas bangun. Akira terus mengambil kesempatan untuk menjauhi Haikal dan lalu bathrobe diikat semula.

Tangan Haikal naik memegang hidung, terbit cairan merah dari celah jarinya. Haikal duduk di sofa. Timbul perasaan serba salah pula Akira apabila melihat keadaan Haikal yang berlumuh darah yang keluar dari hidungnya. Lalu Akira mengambil tuala dan menyerahkan kepada Haikal.

"Kuat sangat kah hentakkan aku tadi? tapi dia yang mencari nahas!" gumam Akira di dalam hatinya.

Tiba-tiba pintu bilik di ketuk dari arah luar....

----------------------------------------------------

maaf lama menyepikan diri... busy mengurus budak sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience