Bab 55

Romance Series 51364

"Haikal Iskandar Bin Dato Haris aku nikahkan akan dikau dengan Nur Atikah Binti Dato Arman Shah dengan mas kahwin sebanyak lima puluh ribu ringgit tunai."

Zap...

Bagai disambar petir. Haikal tersentak. Lidahnya terasa kelu dan matanya langsung tidak berkelip. Fikirannya cuba mencerna... apa yang sudah berlaku? kenapa bukan nama tunangnya yang di sebut tapi nama orang lain. Adakah Tok Kadi salah menyebut? Tapi mustahil. Dia tidak tahu sama ada perlu teruskan akad nikah ini atau tidak? Fikiran Haikal bercelaru saat itu.

Tiba-tiba...

"Assalammualaikum" ucap salam dari seseorang. Haikal amat mengenali suara tersebut. Lantas dia terus menoleh ke arah suara itu. Dan...semua orang yang berada di dalam masjid, turut menoleh ke arah suara sebentar tadi.

Kelihatan kelibat seorang wanita sedang berdiri dekat dengan mereka. Wanita tersebut memakai baju kebaya peplum lace berwarna putih, purdah lace di muka, mengenakan tudung serta crown dan viel di atas kepala.

"Maaf, saya lewat sampai!" ujar wanita itu lagi dengan suara lembut.

Baru Haikal mendapat jawapan dari persoalan yang bermain di kotak mindanya. Nasib baik dia tidak segera membalas akad nikah sebentar tadi. Haikal mengurut dadanya dan menghembus nafas dengan perlahan...hatinya terasa lega tika itu.

Semua yang berada di situ mula berbisik di antara satu sama lain. Atikah lantas bangun dari tempat duduknya dan bergerak menuju ke wanita tersebut.

"Syukur alhamdulillah...nasib baik Kak Akira datang tepat masanya. Jika tidak...haru biru jadinya!" ucap Atikah separuh berbisik pada Akira. Akira tersenyum kelat di sebalik purdah nya.

"I'm sorry, Tika...kerna melibatkan Tika dalam masalah, akak!" ujar Akira perlahan sambil tersenyum kecil.

"It's okay, Kak. Naluri Tika kuat mengatakan yang akak akan datang juga. Dahlah...jom kita duduk kat sana!" kata Atikah perlahan. Lalu mereka berdua berjalan menuju ke ruang pengantin perempuan. Sempat lagi anak mata Akira mengerling ke arah atok ayahnya, yang tika itu sudah tersengih sinis ke arahnya.

*******

"Anak ni nak nikah dua kah?" tanya Tok Kadi. Dia sudah merasa pening dengan situasi sekarang.

"Tak... tak. Saya nak nikah dengan tunang saya sahaja." laju Haikal memjawab.

"Baik...kalau macam tu, yang mana satu tunang anak ni?" Tok Kadi mula sesi soal siasat.

"Yang sebentar tadi baru sampai. Dia duduk sebelah kiri tu." jelas Haikal sambil menunjuk ke arah Akira.

"Siapa namanya?"

"Nama bakal isteri saya Nur Akira Syalinda Binti Dato Sri Ariff Shah."

*******

"Ariff... sebelum Tok Kadi tanya yang bukan-bukan. Lebih baik, Ariff terangkan pada Tok Kadi tu. Bakal menantu Ariff tu, dah macam ayam berak kapur... ayah tengok!" bisik Tan Sri Alif Shah pada anaknya.

"Baik, ayah!" kata Dato Sri Ariff Shah. Lalu dia bergerak menghampiri Tok Kadi dan menerangkan apa yang sudah berlaku.

Setelah Dato Sri Ariff Shah memberi penjelasan kepada Tok Kadi dan sudah mencapai kata sepakat serta nasihat, majlis di teruskan seperti yang di rancang.

******

"Kali ini betul-betul ya!" seloroh Tok Kadi. Haikal mengangguk kepala...yang lain ketawa kecil mendengar usikkan dari Tok Kadi itu.

"Haikal Iskandar...." belum habis Tok Kadi menghabiskan ayat akad nikah, Kak long Datin Harlina mencela.

"Tunggu dulu Tok Kadi, kami nak lihat wajah pengantin perempuan dulu. Kami masih merasa ragu dengan pengantin perempuan!"

"Betul tu, saya juga setujuh. Kami tak nak di tipu lagi!" sokong Maya dengan lagaknya. Dia juga adalah anak kepada Kak Long Datin Harlina.

"Baiklah. Di atas permintaan keluarga pihak pengantin lelaki, saya minta pengantin perempuan...sila tanggalkan purdah yang kamu pakai itu." arah Tok Kadi dengan suara tenang.

Akira dan Atikah saling berpandangan, lalu Akira mengangguk kecil...menandakan dia setujuh purdahnya di tanggalkan. Atikah bangun sedikit dari tempat duduknya dan membuka ikatan tali purdah Akira.

Sebaik sahaja purdah lace di buka, semua orang yang berada di dalam masjid itu...terpegun melihat raut wajah pengantin perempuan. Meskipun solekkan nipis yang di kenakan di wajah Akira, namun ianya cukup menampakkan kecantikan semula jadi yang dimiliki oleh wanita itu. Haikal sudah terpaku. Anak matanya tidak berkelip memandang sang bidadarinya. Mulut Kak Long Datin Harlina sudah melopong, manakala Maya ternganga bila melihat raut wajah Akira.

"Dia kah bakal isteri abang Kal?" gumam Maya dalam hati. Dia merasa tergugat melihat kecantikan wajah Akira.

"Nak, wanita itu kah tunang kamu?" tanya Tok Kadi minta kepastian.

"Ya." jawab Haikal sepatah. Matanya masih merenung ke arah Akira.

"Tok kadi, rasanya tidak ada lagi masalah. Boleh kita teruskan acara akad nikah?" ucap Tan Sri Alif Shah, apabila semua orang yang berada di dalam masjid itu memandang ke arah cucunya.

"Rasanya boleh. Pengantin lelaki dah mengesahkan pengantin perempuannya." balas Tok Kadi sambil tersenyum.

"Haikal Iskandar Bin Dato Haris aku nikahkan akan dikau dengan Nur Akira Syalinda Binti Dato Sri Ariff Shah dengan mas kahwin sebanyak lima puluh ribu ringgit tunai."

Saat Tok Kadi menggoncang tangan Haikal, Haikal segera membalas.

"Aku terima nikahnya Nur Akira Syalinda Binti Dato Sri Ariff Shah dengan mas kahwin sebanyak lima puluh ribu ringgit tunai."

Tok Kadi minta saksi mengesahkan sama ada sah atau tidak? Saksi mengangguk kepala sambil kata sah. Akhirnya Akira sah menjadi isteri kepada Haikal Iskandar hanya dengan sekali lafaz sahaja.

Haikal minta diri untuk menunaikan solat sunat nikah. Seusai solat... Haikal membaca taklik. Sesudah itu, Haikal datang menghampiri Akira.

Sebelum acara membatalkan air sembayang dimulakan, sebelah tangan Haikal memegang ubun-ubun Akira...manakala sebelah lagi di tadah untuk berdoa. Haikal membaca doa agak lancar meskipun suaranya perlahan, namun ianya jelas di pendengaran Akira. Hati Akira terusik sedikit mendengar bacaan doa dari Haikal. Tetapi reaksi di wajahnya dikekalkan... beku.

Setelah itu, Haikal duduk berhadapan dengan Akira. Lalu dia mencapai sebuah kotak baldu berbentuk segi empat bersaiz seperti buku latihan yang berada di atas dulung hantaran. Setelah di buka kotak tersebut, terdapat satu set barang kemas di dalamnya...rantai leher, gelang tangan dan sebentuk cincin.

Haikal menarik tangan Akira, lalu menyarungkan cincin tersebut di jari manis Akira. Kemudian dia memakaikan gelang tangan di pergelangan tangan Akira. Akhir sekali, Haikal memakaikan rantai leher ke leher Akira.
"Maafkan abang, sayang... lepas ni, abang tak akan langgar syarat sayang lagi!" bisik Haikal di telinga isterinya ketika dia memakaikan rantai leher. Akira tidak memberi balasan. Dia mengunci mulutnya.

Selesai Haikal memakaikan rantai leher di leher Akira...Akira menyarungkan cincin platinum bertatahkan batu zamrud jernih ke jari manis Haikal. Lalu dia menyalami dan mencium tangan Haikal. Di saat Akira ingin mengangkat kepalanya, Haikal mencium dahi Akira.

"I love you so much, my wife!" tutur Haikal sebaik melepaskan ciumannya. Dia berharap isterinya menyahut ucapannya, namun ianya bagai angin lalu. Akira masih mendiamkan diri dengan riak wajah beku. Haikal melepaskan keluhan kecil.

Akira dan Haikal bangun dari tempat mereka duduk dan bergerak menuju ke arah kedua ibu bapa Akira, selepas itu mereka menyalam kedua ibu bapa Haikal. Akira menyalami Datin Harlina.

"Ibu, Akira minta maaf di atas..."

"It's okay, Akira. Ibu tahu...ada sebab kenapa Akira buat macam tu!" ujar Datin Harlina kepada Akira dengan sambil matanya melirik ke arah anaknya Haikal.

"Terima kasih, ibu." ucap Akira dengan senyuman meniti dibibirnya dan Datin Harlin juga turun tersenyum. Lalu Akira dan Haikal beralih ke nenda Haikal.

"Nenda...maafkan Akira, nenda. Akira... "

"Tidak apa, Akira. Yang penting Akira dah nikah dengan Haikal. Semoga arwah nenek kamu tenang di sana. Tak sangka nenda, cucu arwah ni, sangat cantik orangnya!"ujar Hasimah sambil menyentuh wajah Akira. Akira tersenyum segaris.

"Cantik tak menjamin boleh jadi menantu yang baik. Tengok saja tadi, belum jadi menantu... dah buat perangai." sindir Kak Long Datin Harlina.

"Yang kamu sakit hati ni, dah kenapa? Oh... baru aku ingat. Akira jangan ambil peduli dengan orang tu. Dia tu meroyan sebab Haikal tak kahwin dengan anaknya, si Maya!" ujar Hasimah. Kak Long Datin Harlina menjeling ke arah mereka berdua sebelum beredar dari situ.

Setelah selasai sesi kenal ahli keluarga kedua mempelai, mereka kembali ke rumah masing-masing.

--------------------------------------

Baizura membuka matanya dengan perlahan-lahan. Anak matanya bergerak ke kiri ke kanan, tiada sesiapa di sisinya. Dia cuba bangun...

"Auch!" Baizura mengadu sakit di bahagian pinggang sebelah kirinya. Dia menyelak kain selimutnya, ada plaster pembalut luka.

Baizura tergamam, otaknya cuba mengingati kejadian yang berlaku sebelum dia tidak sedarkan diri. Tidak semana-mana air matanya mengalir keluar.

"Kau kejam Akira. Aku tak akan maafkan kau!" ujar Baizura dengan perasaan dendam. Tiba-tiba pintu bilik di kuak dari luar. Kelihatan Dino melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Kau dah sedar?" soal Dino tanpa riak.

"Korang nak apa lagi, dari aku?" Baizura tidak memjawab persoalan dari Dino, sebaliknya Baizura bertanya kepada Dino dengan riak suara kasar. Dino tersenyum sinis. Lalu dia melangkah menghampiri katil Baizura. Sepucuk sampul coklat yang berisi duit lima puluh ribu ringgit melontarkan ke arah Baizura.

"Ini bayaran buah pinggang kau. Dan mulai hari ini...kau bebas, tetapi ingat... jangan sesekali lagi kau langgar syarat Ratu. Jika tidak, tiada lagi peluang kedua buat diri kau. Orang-orang ratu sentiasa perhatikan gerak-geri kau!" ujar Dino, lalu beredar dari bilik Baizura dan menutup pintu bilik itu. Kelu lidah Baizura saat itu.

Tidak sampai lima minit, daun pintu wad Baizura kembali di buka. Lantas Baizura menoleh ke muka pintu itu. Melopong mulutnya bila melihat figura yang masuk ke biliknya dan terus memeluk tubuhnya.

"Zura dah sedar, sayang? Alhamdulillah... anak mak dah sedar. Terima kasih Zura kerna dermakan buah pinggang Zura pada adik, Bella." ucap Kamisah dengan air mata. Baizura terbungkam seketika.

"Apa maksud emak aku? Aku derma buah pinggang aku untuk adik aku sendiri! Dan duit itu, apa maknanya?" gumam Baizura dalam hati. Dia mula mencerna dengan masalah yang baru di hadapnya.

"Cik Akira ada datang lawat, Zura kah tadi?. Ini apa?" soal Kamisah sambil matanya melihat ke sampul coklat yang berada di sisi anaknya itu.

"Mak kenal Cik Akira?" Baizura mengabaikan pertanyaan Kamisah, sebaliknya dia mengajukkan soalan.

"Kenal Zura, dia kan bos di tempat kerja Zura. Dan kau Zura nak tahu, cik Akira lah yang tanggung kos pembedahan Bella." jelas Kamisah dengan wajah ceria

Dup..dup...

Jantung Baizura berdegup laju...bila mendengar bicara emaknya. Terbit rasa kesal di hatinya, kerna salah faham terhadap Akira. Dia sendiri tidak peduli tentang ahli keluarga, tetapi orang lain pula kisah tentang keluarganya.

-------------------------------------

Tok... tok... tok!!!

"Fika, tolong tengok... siapa yang ketuk pintu tu?" ujar Akira yang sedang duduk di kerusi sambil membuka crown di atas kepalanya dan di bantu oleh Atikah.

"Ok kak!" kata Syafika, lalu bangun dari tempat duduknya dan segera menuju ke daun pintu bilik itu.

Apabila pintu bilik di buka, kelihatan Dato Sri Ariff Shah dan isterinya berdiri di hadapan muka pintu.

"Maaf mengganggu, boleh papa masuk, Akira?" Dato Sri Ariff Shah meminta kebenaran. Akira yang tika itu sudah menanggalkan crown di kepala...

"Masuklah pa!" Akira memberi kebenaran. Lalu Dato Sri Ariff Shah dan Datin Sri Arani Lin, melangkah masuk ke dalam bilik tidur anaknya itu.

"Boleh Tika dan Fika tinggalkan Pak Ngah, Mak Ngah dan Akira dalam bilik ni?" pinta Dato Sri Ariff Shah kepada dua adik beradik itu.

"Boleh..boleh, Kak Akira... kami keluar dulu, nanti kami masuk balik. Temankan akak!" tutur Atikah sambil menarik tangan adiknya dan membawa keluar dari bilik tidur Akira. Syafika tidak membantah, dia ikut sahaja langkah kakaknya. Kini tinggal tiga beranak dalam bilik itu.

"Now ... explain to papa and mama. Why do you do that?" soal Datin Sri Arani Lin yang suara tegas. Akira menarik nafas dalam-dalam, kemudian menghembusnya perlahan-lahan sebelum menjawap pertanyaan mamanya.

"Firstly...i am sorry. Akira buat macam tu bersebab." jawab Akira dengan tenang.

"Bersebab? What do you mean, Akira?" soal Datin Sri Arani Lin. Dia tidak berpuas hati dengan jawapan anaknya.

"Akira ada bagi syarat pada Haikal, jika pernikahan kami di percepatkan. Dia akur dengan syarat-syarat Akira, yang penting pernikahan kami di percepatkan."

"Jadi, apa masalahnya?"

"Haikal telah melanggar syarat-syarat Akira. So, Akira batalkan pernikahan kami. Tapi Atok Ayah ugut Akira, mahu tak mahu...Akira terpaksa datang juga ke majlis itu."

"Atok Ayah ugut Akira?" tanya Datin Sri Arani Lin dengan riak terkejut. Akira mengangguk kepala.
"Ok, cukuplah tu sayang...yang penting anak kita sudah selamat bernikah dengan cucu kawan baik ibu. Sayang dah tak perlu risau lagi. Mari kita keluar, biar Akira rehat sekejap...nanti malam, ada majlis berinai." cela Dato Sri Ariff Shah, menamatkan sesi soal jawab antara dua beranak itu.

"Abang ni...kalau saya nak bebel anaknya ni, pandai betul potong stim!" rungut Datin Sri Arani Lin.

"Of course lah... dia kan permata hati abang. Hanya satu-satunya zuriat yang abang ada!" tutur Dato Sri Ariff Shah.

"I love you so much.. pa.. ma!" ucap Akira sambil memeluk kedua orang tuanya. Dia sangat menyayangi kedua ibubapanya. Bila atok ayahnya mengugut tentang kedua orang tuanya, dia tak sanggup...dan sebab itulah dia datang ke majlis akad nikahnya.

Imbas kembali...

"Assalammualaikum Atok Ayah" sapa Akira di atas talian.

"Waalaikumsalam Akira. Akira ada kat mana?" ujar Tan Sri Alif Shah.

"Akira dalam perjalanan pulang, Atok Ayah!" bohong Akira sambil melap peluhnya.

"Akira jangan nak tipu Atok. Akira masih di mansion, bukan!" kata Tan Sri Alif Shah. Lidah Akira terasa kelu.

"Atok nak Akira bersiap dan terus ke masjid." sambung Tan Sri Alif lagi.

"Atok ayah, Akira minta maaf. Akira tak nak teruskan pernikahan itu. Atok ayah carilah pengganti Akira." jujur Akira.

"Apa Akira cakap? Akira tak nak teruskan pernikahan itu? Akira jangan nak main-main dengan atok. Kalau Akira tidak datang ke majlis akad nikah Akira... anggap saja atok ayah, papa dan mama Akira... sudah tiada!"

Talian di putuskan.

"Atok ayah... atok ayah.... !" panggil Akira.

"Allahhu..." Akira melepaskan keluhan berat. Lalu tanpa membuang masa, Akira terus naik ke atas dan cepat bersiap untuk ke masjid.

--------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience