Bab 62

Romance Series 51364

Motorsikal berkuasa tinggi di pandu laju di lebuh raya. Tidak sampai lima belas minit, Akira sampai di depan rumah sahabatnya. Lonceng rumah di tekan berulang kali sehinggalah daun pintu rumah itu di buka. Muncul figura wanita yang hanya mengenakan shorts dan baju T-shirt body fit di muka pintu rumah itu.

"Akira..is that you?" soal figura wanita itu sedang reaksi terkejut.

"Yes, it's me!" jawab Akira dengan mukanya sudah berkerut.

"Apa angin you datang ke rumah i, ni?" soal Alisa lagi dengan muka cemberut. Tiba-tiba sahaja teman yang sudah lama menyepikan diri... tup tup berada di hadapannya sekarang.

"I perlukan pertolongan you." jawab Akira sambil memegang lengan tangannya yang sudah mengeluarkan darah. Membesar mata Alisa bila melihat banyak darah menitis di lantai rumahnya.

"Why with your hand, Akira" soal Alisa dengan rasa cemas.

"Kalau iya pun you nak tanya i, at least... benarkanlah i masuk rumah you." jawab Akira

"Opsss... sorry beb. Come in!" Alisa jemput masuk sahabatnya itu, lantas dibawanya Akira ke sofa di ruang tamu rumah. Kemudian Alisa segera mendapatkan peralatannya untuk merawat sahabatnya itu.

******

"Macam mana lengan you boleh kena tembak?" soal Alisa sambil menjahit luka di tangan Akira.

"Ada orang gila lepaskan tembakan secara rambang tadi." jawab Akira selamba.

"Orang gila? Di mana?" tanya Alisa dengan wajah polos.

"Shopping mall Queens Arcade."

"Lain kali hati-hati. Eh kejap..,bukankah you ada bodyguard? mana Hisyam? Kenapa dia tak cover you?"

"You cari bodyguard i kah or... cari pujaan hati?"

"Of course la.. your bodyguard. Bodyguard you kan Hisyam."

"Yup... but, diakan lelaki puja hati you."

"Nope...i dah move on. Tak guna nak kejar dia.. sedangkan dia ada hati kat orang lain. Wait... you belum jawab pertanyaan i, where is he now?"

"She is with my husband!" Alisa terkejut.

"What? Your husband? You dah kahwin? Bila?" bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Alisa.

"Yup. Maybe...dalam seminggu lebih, kot." jawab Akira acu tak acu.

"What? Sampai hati you.. kahwin tak jemput i."

"Sorry beb...bukannya i tak nak jemput you. I don't want you to be in danger. You tahu kan sisi gelap i."

"Of course i know but..at least, you kasi tahulah. Boleh juga i post a wedding gift for you!"

"I'm sorry, beb!"

"It's okay... nak marah you pun tak guna, bila tengok keadaan you sekarang ni." Alisa melepaskan keluhan kecil.

"Ok dah siap, you boleh rehat sekarang."

"Thank you beb. Kalau macam tu, i'll go back!"

"Nope. I tak benarkan. Dah malam ni, you tidur saja di rumah i. Lagipun kita baru sahaja bersua."

"Okay... my doctor!".

"Good...my pantie."

--------------------------------------

Tiga hari sudah berlalu...

Haikal, Hisyam dan Tony...kini berada di kawasan tanah lapang. Mereka sedang menunggu seseorang.

"Apa hal kau tiba-tiba sahaja pakai kaca mata gelap ni? Besar lagi tu!" soal Haikal dengan rasa pelik.

"Kan panas sekarang, silau mata aku." dalih Hisyam. Tony sudah menundukkan kepalanya, tidak berani memandang wajah sir Hisyam tika itu.

"Oh ya kah? Jangan-jangan..." Haikal berhenti bersuara, tangannya ingin mencapai kata mata gelap Hisyam namun tiba-tiba... kedengaran bunyi motorsikal yang sepertinya sedang menuju ke arah mereka. Lantas anak mata mereka bertiga beralih ke bunyi motorsikal tersebut.

Kelihatan jelas, sebiji motosikal berkuasa tinggi sedang memasuki di tempat yang berbumbung. Enjin motorsikal di matikan, kemudian penunggang motorsikal tersebut...turun dari motorsikalnya.

Penunggang itu mengenakan jaket kulit warna merah dan seluarnya kulit warna hitam. Apabila si penunggang itu menanggalkan topi keledar, Haikal terpaku. Anak matanya tidak berkelip-kelip melihat susuk tubuh si penunggang itu. Hati Hisyam tercuit, bila melihat reaksi Haikal yang tidak berkelip-kelip mata memandang ke arah Akira. Dia sengaja berdehem dan Haikal lantas tersedar dari renungannya.

"Ehemm... aku tahulah, dia tu isteri kau. Tapi cover cover sikit. Dan jangan sampai hilang fokus pula nanti." sakat Hisyam dengan senyuman senget.

"Pandai eh kau nak kenakan aku." balas Haikal sambil tangannya menggosok tengkuk belakangnya.

******

Akira meletakkan topi keledarnya di atas motorsikalnya. Kaca mata hitam di capai lalu memakainya. Kemudian dia berjalan menuju ke arah tiga lelaki yang sedang melihat ke arahnya.

"Assalammualaikum dan morning!" sapa Akira sebaik sahaja tiba di tempat tiga lelaki yang sedang menunggu kedatangannya. Lalu dia melabuhkan punggungnya di kerusi yang di sediakan.

"Waalaikumsalam." jawab Haikal dan Hisyam serentak.

"Morning, Ratu!" jawab Tony.

"So, macam mana dengan tuan? Tuan Haikal Iskandar... sudah mahir guna senjata api?" sindir Akira dengan sinis.

"Sudah!" jawab Haikal sepatah.

"Good." puji Akira.

"Tony." panggil Akira.

"Yes, Ratu." sahut Tony.

"Take the subject, then place it on the crossbar!" Akira mengeluarkan arahan.

"Baik, Ratu." jawab Tony, lalu dia segera beredar.

Hisyam sepertinya dapat meneka apa yang Akira ingin buat dan... tepat jangkaannya apabila melihat Tony membawa keluar subjek yang dimaksudkan oleh Akira.

******

Setelah selesai mengerjakan tugasnya, Tony berlari pergi ke arah Ratu nya.

"Ratu, the subject is already in its place!" kata Tony dengan tenang.

"Good." jawab Akira sepatah.

"And now, Tuan Haikal Iskandar..boleh toleh ke belakang tuan." arah Akira dengan suara tegas.

Dengan perlahan-lahan Haikal menoleh ke belakang dirinya. Membesar matanya apabila melihat sebujur susuk tubuh wanita yang sudah di ikat kemas di crossbar. Otaknya seakan beku. Akira sudah tersenyum sinis. Lalu dia berdiri dan melangkah merapatkan dirinya pada Haikal.

"I want you to shoot the subject...right in his heart!" bisik Akira di telinga Haikal. Perasaan Haikal berbelah bagi.

"Why do i have to shoot him? Apa yang dia sudah lakukan hingga abang harus bunuh dia?" soal Haikal, minta penjelasan.

"Itu kau tak perlu tahu. And now... you shoot him!"

"No. Abang tidak boleh tembak dia?"

"Okay, fine. We don't deserve to be together. You have to divorce me!" ujar Akira, ingin berlalu pergi. Di saat dia membuka langkah kakinya.

"Sweetie, stop!" tahan Haikal sambil tangan sebelahnya memegang lengan isterinya manakala yang sebelah lagi, mencapai pistol di atas meja. Tanpa melihat ke arah crossbar, Haikal melepaskan satu das tembakan...tepat di jantung tubuh wanita tersebut.

Bang!!!

Dalam masa yang sama, Akira sudah menahan kesakitan apabila Haikal memegang lengannya di tempat luka...namun dia cuba bertahan.

"Abang sudah buat apa yang sweetie minta. And now... sweetie harus beritahu abang, siapa diri sweetie yang sebenarnya?" bicara Haikal dengan suara keras.

Akira menepis kasar tangan Haikal yang berada di lengannya. Dia tidak menghiraukan kata-kata Haikal, lalu kakinya terus melangkah ke motorsikalnya. Enjin di hidupkan, helmet disarungkan di kepala...lalu dia segera beredar dari situ kerna di saat itu, tangannya sudah berdenyut-denyut di tempat yang luka.

******

"Kau tak perlu merasa serba salah, Haikal!" Hisyam cuba menenangkan perasaan Haikal. Dia tahu Haikal pasti tertanya-tanya, bagaimana Baizura boleh berada di sini? dan kenapa Akira meminta Haikal menembak Baizura.

"Apa maksud kau, aku tak perlu merasa serba salah?" soal Haikal tanpa nada.

"Kau sedar tak, yang aku tembak tu...Baizura, orang yang ada aku kenal!" bentak Haikal dengan suara naik senoktah. Hisyam tersenyum nipis.

"Kau pasti perempuan itu, Baizura?" soal Hisyam, cuba berteka teki.

"Aku belum buta lagi, Hisyam. Dia Baizura, scandal aku dulu. Meskipun aku sudah tiada apa-apa hubungan dengan dia, kenapa aku harus bunuh dia?" ujar Haikal dengan bengang.

"Baik, aku nak kau tengok betul-betul." Hisyam bergerak ke susuk tubuh wanita yang di tembak oleh Haikal. Kemudian dia menyentuh bahagian muka wanita tersebut, sepertinya Hisyam cuba membuka sesuatu.

"Sekarang kau tengok wajah perempuan ini. Dia bekas scandal kau kah?" kata Hisyam seperti mengejek. Membulat mata Haikal, lalu kepalanya menggeleng.

"Dia bukan Baizura, tapi dia siapa? Kenapa wajahnya tadi seperti Baizura?" soal Haikal merasa binggung.

"Good your question. Kalau kau nak tahu, perempuan inilah yang cuba nak tembak kau masa kita di Queens Arcade. Dan Ratu Black Red yang datang bantu kita pada masa itu." jawab Hisyam.

"Dan kesan lebam di muka aku ini, adalah dari hukuman Ratu Black Red." tambah Hisyam lagi sambil membuka kaca mata gelapnya. Terkesima Haikal, otaknya cuba menghadam, apa yang sedang berlaku.

Imbas kembali...

"Sir Hisyam, Ratu panggil Sir ke bilik tahanan." kata Tony sambil tunduk kepala.

"Baik." sahut Hisyam. Tanpa membuang masa, dia segera melangkah pergi ke bilik tahanan. Hisyam sudah menjangka, Ratu Black Red pasti mencarinya.

"Pasrah je lah..." gumam Hisyam dalam hati.

Tiba di bilik tahanan, kelihatan figura sedang duduk di kerusi dengan pedang samurai. Tiada senyuman terukir di bibir figura itu, hanya renungan tajam yang diberikan. Dengan debaran didada, Hisyam menghampiri Ratu Black Red. Selain Ratu Black Red dan orang-orang bawahannya, Hisyam ternampak susuk tubuh wanita yang tidak di kenali berada di dalam bilik tahanan itu.

"Kau sudah tentu tahu, bukan...sebab kenapa aku panggil kau di sini!" ujar Ratu Black Red dengan raut wajah tegang.

"Ya, aku tahu. Dan aku sudah bersedia menerima hukuman dari Ratu." kata Hisyam sambil menunduk kepalanya.

"Bagus. Tony, aku nak kau pukul Sir Hisyam dengan sekuat tenaga yang kau ada." arah Ratu Black Red dengan bengis. Tony sudah tergamam, air liur yang cuba di telannya...terasa perit di tekek lehernya.

"Ingat, jika kau tidak pukul Sir Hisyam dengan sekuat tenaga kau...tangan kau akan hilang!" sambung Ratu Black Red lagi sambil menarik pedang samurai dari sarungnya. Tony sudah gelabah, fikirannya mula berbelah bagi.

Apabila melihat reaksi dari Tony, Hisyam mengkerlip matanya sambil mengangguk kepala...tanda dia membenarkan Tony memukulnya.

Tony terasa kakinya seakan berat ketika ingin langkah. Setapak.. dua tapak dan dia kini, berada di hadapan sir Hisyam nya. Tangannya sudah di gempal dan bersiap sedia untuk dilayang ke tubuh Hisyam.

Apabila melihat reaksi Hisyam seperti memberi isyarat kebenaran untuk menerima hukuman.. Tony segera melayangkan tumbukan padunya di tubuh Sir Hisyam dengan bertubi-tubi... sehinggalah dia berhenti bila mendengar suara dari sang Ratunya.

"Stop..." arah Ratu Black Red. Serta merta Tony berhenti dari menumbuk susuk tubuh Hisyam.

"Aku harap, kau tidak akan mengulangi kesilapan ini lagi!" Akira memberi peringatan keras pada Hisyam sebelum dia melangkah pergi dari bilik tahanan itu.

"Maaf, Sir Hisyam." tutur Tony dengan perasaan serba salah.

"It's okay, kau tak perlu rasa bersalah." ujar Hisyam dengan menahan rasa sakit di tubuhnya. Matanya sempat melirik ke susuk tubuh wanita yang sudah ke dua belah tangan dan kakinya di pasang rantai.

"Siapa perempuan ni? Dan apa kesalahan dia buat?" soal Hisyam ingin tahu.

"Dia orang suruhan Master Silver dan dia jugalah melepaskan tembakan pada tuan Haikal tetapi Ratu pula yang terkena tembakan itu." jawab Tony.

"What?" Hisyam terkejut beruk. Sangkaannya tepat sekali. Orang yang menyelamatkan mereka di Queens Arcade adalah Ratu Black Red.

Jika dia tidak ikut permintaan Haikal tempoh hari, tentu Ratu mereka tidak akan cedera. Memang wajarlah Ratu menghukum dirinya. Rasa nak menyesal pun tiada guna.

Tamat imbas...

"Ratu memang sengaja memakaikan perempuan itu dengan topeng muka Baizura kerna dia ingin menguji kau, Haikal." terang Hisyam lagi.

"Wait.. wait, Kenapa kamu berdua acap kali sebut Ratu? siapa Ratu? Adakah ratu kamu ialah Akira, isteri aku?" soal Haikal dengan renungan penuh berharapan. Hisyam menghembus nafas perlahan sebelum dia bersuara.

"Ya, cik Akira adalah Ratu Black Red. Dia adalah majikan kami dan juga ketua mafia kami."

"What? Akira... Ratu Black Red, ketua mafia. Isteri aku seorang mafia!"

"Ya, Haikal. Untuk pengetahuan kau, di luar sana...banyak ketua-ketua mafia ingin memiliki Ratu Black Red kerna dia mempunyai pengaruh yang kuat di dunia mafia." jelas Hisyam.

"Sekarang terpulang pada kau sama ada kau ingin meneruskan perkahwinan korang atau tidak. Keputusan di tangan kau, Tuan Haikal Iskandar!" tambah Hisyam lagi. Haikal terbungkam. Terjawablah semua persoalan yang bermain di mindanya.

---------------------------------------------------

Saya nak rehat dulu ya... Insyaallah kita kan bertemu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience