Bab 29

Romance Series 51364

"Maafkan aku, Mimi. Kalau kau tak jumpa Haikal tadi, tentu tangan kau tak ada apa-apa," kata Akira rasa menyesal. Dia melihat pergelangan tangan Mimi kemerahan akibat di cengkam kuat. Di sebabkan dia, sahabatnya di sakiti.

"It's okay, Akira. Benda dah jadi kan... Aku sendiri pun tak menduga, ganas juga tunang kau tu..beb. Patutlah kau tak nak jumpa dia... Wait... kau kenal dia kah?" soal Mimi merasa hairan.

"Yup..." jawab Akira sambil menganggukkan kepalanya. Mimi terkejut beruk mendengar jawapan daripada sahabatnya.

"Tapi... bukankah kau tak pernah jumpa dia?" soal Mimi ingin tahu.

"Sebenarnya aku pernah jumpa dia... " kata Akira dengan memandang ke arah lantai.

"Kau biar betul beb... kau jumpa dia kat mana?" soal Mimi dengan teruja.

"Pertemuan yang tak disangkakan..." ujar Akira perlahan. Dengan membaca bismilahhirohmannirahhim... Akira memulakan ceritanya.

***

Usai Akira menceritakan pertemuan dengan Haikal Iskandar a.k.a Tunang, Mimi ternganga mendengar cerita daripada sahabat baiknya sebentar tadi.

"Tak sangka pula aku beb... lelaki yang hampir nak langgar kau dan jadikan kau maid di kondominium nya, kini menjadi tunang kau dan tak lama lagi akan menjadi suami... NUR AKIRA SYALINDA BINTI DATO SRI ARIFF SHAH!" ujar Mimi sambil menggelengkan kepalanya. Akira tersenyum kelat.

"Itupun jika pertunangan ini akan bertahan." selamba sahaja Akira berkata.

"What do you mean, Akira? Kau jangan nak buat hal pula." soal Mimi merasa curiga.

"No..lah. Kau tahu juga kan, tempoh pertunangan aku setahun... dalam masa setahun tu, apa-apa boleh berlaku,beb!"

"Wait.. kau kata tempoh pertunangan kau setahun. Bukan enam bulan kah?"

"What...dari mana kau dapat info ni?"

"Tadi... time kau berjumpa dengan tunang kau tu. Aku ada terdengar...pihak lelaki minta pendekkan tempoh pertunangan korang, dari setahun ke enam bulan. Atok Ayah kau apa lagi... setujuh lah!"

"Kenapa papa and mama tak bagi tahu aku pasal ni?" rungut Akira kecewa. Mimi terdiam sejenak. Timbul perasaan serba salah kerna sudah membuatkan sahabatnya terasa hati.

"Sorry Akira.. aku buat ku susah hati pula!" Mimi merasa menyesal di atas kelancangan bicaranya.

"It's okay, Mimi. Kalau kau tak cakap, tentu aku tak tahu hal ini." kata Akira sambil tersenyum hambar.

"Oklah, beb... Aku pulang dulu, dah lewat ni. Nanti orang tua aku risau pula, aku lambat balik." Mimi minta diri untuk pulang ke rumah sewanya.

"Baiklah... tapi tunggu sebentar, aku call Hisyam dulu. Minta dia hantar kau pulang."

"Apa sal, beb? Aku boleh balik sendirilah. Kan aku bawa kereta!"

"Memanglah kau balik guna kereta kau sendiri, tapi biar Hisyam iring kereta kau dari belakang."

"Tak payahlah... susahkan bodyguard kau je."

"No... Hisyam tetap hantar kau balik."

"Ok, boss yang tegasss."

"Perlilah tu!"

Meladak suara ketawa dua sahabat itu di ruang bilik tidur Akira.

----------------------------------------------------

Jam di dinding menunjukkan pukul 9:45 malam, Akira sudah pun selesai mengemaskan pakaiannya ke dalam beg bagasi. Tiba-tiba pintu biliknya di ketuk dari luar.

Tok tok tok...

"Siapa pula yang ketuk ni," rungut Akira. Dengan hati yang sebal dia pergi ke arah pintu dan di bukanya daun pintu biliknya.

Kelihatan Tan Sri Alif Shah sedang berdiri di hadapan pintu biliknya. Akira cuak.

"Apa sal dengan Atok Ayah ketuk bilik aku ni," gumam Akira di dalam hati.

"Akira sibuk kah?" soal Tan Sri Alif Shah sambil tersenyum segaris.

"Tak juga, kenapa Atok Ayah?" soal Akira merasa hairan.

"Kalau macam tu, Akira ikut atok ayah!" arah Tan Sri Alif Shah terus melangkah.

"Kita nak ke mana, atok ayah?" soal Akira sebaik saja dia menutup pintu biliknya dan mengekori Tan Sri Alif Shah dari belakang.

Tan Sri Alif Shah membisu, pertanyaan cucu perempuannya tidak di jawab. Kakinya terus melangkah dan melangkah. Akira tidak bertanya lagi, bila atok ayahnya mendiamkan diri. Dia mengikut jejak langkah Tan Sri Alif Shah dari belakang.

"Ini kan laluan ke bilik bacaan atok ayah. Apa hal pula atok ayah bawa aku ke sini?" bisik Akira di hatinya. Di dalam otak fikirannya, dia mengagak ada sesuatu yang hendak di bincangkan oleh atok ayah.

Mereka berhenti melangkah sebaik tiba di pintu bilik bacaan. Tan Sri Alif Shah mencapai tombol pintu dan memulasnya, daun pintu bilik tersebut di tolak ke dalam.

"Akira, mari masuk!" ajak Tan Sri Alif Shah yang berdiri dekat dengan daun pintu. Dia memberi laluan untuk Akira masuk ke dalam bilik bacaan itu. Dengan perasaan gementar, Akira melangkah masuk ke ruang bilik tersebut.

Sebaik sahaja cucu perempuannya masuk ke dalam bilik bacaannya, Tan Sri Alif Shah menutup rapat pintu itu dan menguncinya. Kemudian dia berjalan menuju ke sofa dan merebahkan punggungnya di atas sofa.

"Buat apa Akira berdiri kat situ? mari duduk kat sini." Tan Sri Alif Shah memanggil cucunya duduk di sofa.

Akira memberanikan dirinya melangkah, degupan jantungnya mula bergerak laju. Tan Sri Alif Shah tersenyum melihat reaksi Akira yang seperti dalam gementar. Duduk saja Akira, Tan Sri Alif memulakan bicarannya.

"Terima kasih Akira... sebab tunaikan amanat arwah nenek iaitu isteri Atok Ayah." ucap Tan Sri Alif Shah dengan senyuman manis.

"Akira ada pilihan lain kah atok ayah, selain menerima?" lancar sahaja Akira menutur kata, meskipun degupan jantungnya berdetik laju.

Akira masih belum dapat menerima akan amanat arwah neneknya, namun dia terpaksa tunaikannya. Dan sekarang apabila dia sudah mengetahui akan diri tunangnya, fikiran Akira mula berbelah bagi.

Tidak semana-mana raut wajah Tan Sri Alif berubah sayu. Hatinya terasa apabila mendengar jawapan daripada cucu perempuannya.

"Maafkan arwah isteri Atok ayah, jika amanat yang dia tinggalkan kepada Akira... menyusahkan hidup Akira." tutur Tan Sri Alif Shah dengan nada hiba, Akira tersentap bila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Atok Ayahnya.

Lantas Tan Sri Alif Shah berdiri dan berjalan menuju ke meja kerjanya. Laci almari di tarik, lalu dia mengambil sepucuk sampul surat berwarna coklat, kemudian menutup laci itu semula. Tan Sri Alif Shah kembali ke sofa dan duduk di tempatnya semula.

"Nah.., ini pemberian arwah isteri atok ayah kepada Akira." kata Tan Sri Alif Shah sambil menyerahkan sampul itu ke arah Akira.

"Apa ni, Atok Ayah?"

"Akira tengoklah sendiri."

Degupan jantung Akira tiba-tiba berdetak laju. Tangan yang terasa sejuk mula mencapai sampul itu. Sebaik sahaja Akira mengetahui isi kandungan sampul tersebut, dia agak terkejut. Namun Akira mengekalkan riak wajahnya seperti biasa. Akal mindanya sudah mula memikirkan sesuatu. Melihat cucunya senyap dan tidak memberi sebarang maklum balas...

"Ehmm.." Tan Sri Alif Shah berdehem perlahan. Lantas Akira menoleh ke arah atok ayahnya.

"Kenapa arwah nenek bagi harta peninggalannya pada Akira? Atok ayah tahu tak... di sebabkan harta ini, keselamatan Akira dan orang-orang yang Akira sayang... TERANCAM!" luah Akira penuh emosi, hatinya sebal tika itu.

"Arwah nenek Akira memang nak bagi harta peninggalannya kepada Akira sebaik sahaja... Akira mengikat tali pertunangan... dan atok ayah juga tahu, pak cik Har kamu...selalu memburu Akira hinggalah saat ini." bicara Tan Sri Alif Shah dengan tenang. Akira tergamam seketika.

"Akira jangan risau... jika pertunangan ini tidak sampai ke alam perkahwinan... harta peninggalan arwah nenek Akira tetap menjadi hak milik Akira...kerna Akira adalah pewaris utama dalam keluarga arwah nenek Akira... dan atok ayah juga akan menyokong Akira dalam setiap tindakkan yang di buat oleh Akira" hujah Tan Sri Alif Shah lagi.

"Bagaimana Atok Ayah tahu, pakcik Har selalu buru Akira?" soal Akira curiga.

"Orang kepercayaan Atok Ayah selalu mengikuti Akira dan juga Pakcik Har kamu. Baru-baru ini, pakcik Har kamu, ada merancang penculikkan Akira...bukan!" soal Tan Sri Alif Shah dengan senyuman sengetnya. Akira hanya menganggukkan kepalanya.

"Tetapi sayang, rancangannya gagal... Dan Atok Ayah tak sangka juga, cucu perempuan atok Ayah yang lemah lembut ini...rupanya ketua gangster 'NAS'... Betul tak?" Sekali lagi Akira tergamam, Atok Ayah nya mengetahui akan sisi gelapnya. Terasa peluh di dahinya mula mengalir.

"Jangan risau, rahsia Akira selamat di tangan Atok Ayah. Atok Ayah berharap, Akira akan sentiasa berwaspada... dan mempertahankan hak-hak Akira." kata Tan Sri Alif Shah dengan tegas.

Akira merasa lega apabila mendengar tutur bicara Tan Sri Alif Shah. Degupan jantungnya yang bergerak laju, mula redah. Akira menguntum senyuman manisnya.

"Terima kasih Atok Ayah kerna menyimpan rahsia Akira. Insyaallah... Akira akan mempertahankan hak-hak Akira tetapi hanya satu hal... " Akira sengaja menggantungkan ayatnya.

"Hal apa Akira?" Tan Sri Alif Shah penasaran.

"Pertunangan Akira. Akira tidak pasti akan hal itu!" tutur Akira dengan selamba. Tan Sri Alif Shah tersenyum nipis sambil menggelangkan kepalanya. Dia seperti faham akan maksud cucunya itu.

----------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience