Bab 30

Romance Series 51364

Seminggu berlalu...

Akira memakai face mask sebelum keluar dari kereta. Kemudian dia mengatur langkah memasuki ke restoran dan di ikuti pengawal peribadinya. Pintu restoran di buka, dari jauh...Akira sudah nampak kelibat client nya berada di tempat yang di janjikan. Laju kaki melangkah, sebaik tiba...

"Assalammualaikum" sapa Akira sambil berdiri di hadapan clientnya.

"Waalaikumsalam" sahut client, lalu menoleh ke arah Akira. Dahi client tersebut berkerut, seperti terkejut apabila melihat wajah Akira.

"Tuan Nizam?" sengaja Akira buat-buat tanya.

"Ya saya... kamu siapa?" soal Tuan Nizam dengan riak angkuh. Dia seperti tidak suka akan kedatangan Akira.

"Saya.. Cik Akira, dari A S Holding. Maaf...lama menunggu" tutur Akira lembut.

"Next time... tepati masa. Saya banyak lagi urusan nak di buat," kata Tuan Nizam dengan nada yang agak keras sedikit.

Hisyam cuba melangkah ke hadapan namun dengan pantas Akira mengangkat tangan, menghalang pengawal peribadinya mara kehadapan. Hisyam terus mematikan langkahnya. Renungan tajam Hisyam, membuatkan Nizam tersenyum mengejek.

"Mengada betul... macamlah cantik sangat, sampai nak upah bodyguard. Nasib kau anak orang kaya" caci Tuan Nizam dalam hati.

"I am sorry, Tuan Nizam. Insyaallah... next time, saya akan datang tepat masa. Boleh saya duduk? " ucap Akira dengan ramah.

"Duduklah," sepatah kata Tuan Nizam menjawab.

"Berlagak betul orang ni, nasib baik Akira halang aku...kalau tidak, kena juga penumbuk sulung dari aku." rungut Haikal di hati, merasa geram dengan perangai lelaki yang bernama Tuan Nizam.

"Terima kasih, Tuan Nizam." ucap Akira ramah.

Akira merebahkan punggungnya di kerusi, kemudian datang seorang pelayan restoran menghampiri meja mereka. Tuan Nizam memesan fresh oren dan Akira memesan sirap limau.

Sementara menunggu minuman sampai, Akira memulakan perbincangan mereka. Dia melihat client nya seperti tidak mengendahkan apa yang dibincangkan oleh mereka. Emosi Akira agak terganggu namun dia cuba mengawalnya. Tidak berapa lama, pelayan datang dengan membawa minuman yang di pesan.

"Terima kasih," ucap Akira, lalu pelayan itu melangkah pergi meninggalkan mereka.

Ketika Akira menanggalkan face mask nya, anak mata Nizam memandang wajah Akira.

"So beautiful..," puji Nizam, tak sedar kata itu terucap dibibirnya. Dia terpegun akan kecantikkan wajah Akira.

"Excuse me, Tuan Nizam cakap apa tadi? saya tak berapa dengar, boleh Tuan Nizam ulang balik!" ujar Akira, berpura-pura tanya. Yang sebenarnya dia mendengar jelas apa yang keluar dari mulut lelaki itu. Akira tersenyum segaris.

"Saya tak sangka, Cik Akira sungguh cantik orangnya," puji Nizam, senyuman manis meniti di bibirnya.

"Baru kau tahu..." bisik hati kecil Hisyam. Di dalam hatinya sudah tersenyum sinis.

"Terima kasih, Tuan Nizam di atas pujiannya. And now, we continue our discussion." tutur Akira dengan lembut tetapi di hujung ayatnya berbunyi tegas.

"Just call me, Nizam!" tutur Tuan Nizam dengan suara menggoda. Terus meremang bulu Akira apabila mendengar suara client nya tiba-tiba berubah.

Perbincangan mereka di teruskan tetapi kali ini Tuan Nizam sudah memberi perhatian dengan perbincangan mereka. Hampir sejam lebih mereka meeting, akhirnya mereka mendapat kata sepakat.

"Terima kasih, Nizam. Saya berharap kerjasama di antara company kita akan berjalan dengan lancar." kata Akira sambil tersenyum.

"Saya juga berharap begitu. Apa kata kita lunch sama-sama, dah waktu tengah hari ni." ajak Tuan Nizam dengan senyuman manisnya.

"I'm sorry, Nizam... Mybe next time, we eat together. I have go." tolak Akira sambil tersenyum kelat.

Akira memakai face mask nya semula, tali beg di silang didada dan kemudian dia berlalu pergi tanpa mendengar jawapan daripada Nizam.

"Cik Akira, wait..." Belum sempat Nizam membuka langkah kakinya, Hisyam sudah menghalang.

"Sorry sir, next time.. we will meet agin!" tutur Hisyam sebelum melangkah pergi.

"Damn it..." kata Nizam sambil menggenggam tangannya.

***

Sedang Akira berjalan ke arah kereta Honda city hybrid, matanya menangkap figura yang amat dikenalinya. Langkah kakinya terhenti, anak matanya terus memerhati ke arah figura yang sedang melangkah masuk ke dalam sebuah restoran yang bertentangan dengannya.

"Hisyam," panggil Akira dengan nada tegas.

"Ya Akira," jawab Hisyam, lalu menghampiri tubuh sahabatnya sekaligus menjadi majikannya.

"Arahkan orang kita, follow dua merpati itu." Akira menunjuk ke ada dua figura yang berada di dalam restoran. Pandangan Hisyam terus ke arah yang di maksudkan oleh akira.

"Itukan Haikal Iskandar... cari nahas betul lelaki ini," desis Hisyam di hati.

"Baik," jawab Hisyam, lantas dia menghubungi orang-orang mereka.

"Dasar lelaki tak guna, but it's okay... makin banyak kau buat silap, makin senang kerja aku untuk memutuskan tali pertunangan kita," gumam Akira dalam hati, terbit senyuman sinis dibibirnya. Lalu dia melangkah masuk ke dalam kereta.

-----------------------------------------------------

Seperti yang di janjikan, Haikal bertemu Baizura di sebuah cafe hotel yang agak mewah di ibu kota. Dengan berat hati, dia melangkah masuk ke dalam cafe tersebut. Sebaik sahaja pintu cafe itu di buka, anak matanya mencari kelibat Baizura. Haikal terpandang Baizura yang sedang melambai tangan ke arah nya. Tiba di meja, tanpa kebenaran Haikal terus duduk di kerusi.

"Kau nak apa kat aku?" Haikal terus menyoal.

Dia sebenarnya tidak mahu lagi berjumpa dengan bekas kekasih gelapnya itu, tetapi Baizura tetap berkeras ingin berjumpa dengannya. Mahu tidak mahu Haikal terpaksa turutkan juga permintaan bekas kekasih gelapnya.

"You oderlah makan dulu," kata Baizura dengan lembut.

"No, thanks... aku dah makan." balas Haikal dingin.

"Kalau ye pun... oderlah minuman," kata Baizura cuba mengawal emosinya.

Dia mengangkat tangan, kemudian datang seorang pelayan cafe menghampiri mereka. Baizura memesan jus tembikai manakala Haikal memesan jus epal hijau.

"Cakaplah...aku tak ada banyak masa nak berbual kosong dengan kau." kata Haikal sinis. Hatinya sebal bila memandang wajah Baizura.

"I tengah susah sekarang Haikal. I tak ada duit nak bayar hutang-hutang i. I dah lama tak dapat job." tutur Baizura dengan sayu.

"So... apa kena mengena dengan aku? antara kita tak ada apa-apa." kata Haikal dengan selamba.

"I nak pinjam duit dengan you. i promise, I will pay you back... please Haikal... help me. You je harapan i sekarang ni. I janji dengan you, kali ini saja. Lepas ni i tak akan ganggu hidup you lagi," kata Baizura sambil mengesat air matanya.

"Kenapa kau tak minta tolong dengan sugar daddy you?" soal Haikal sambil tersenyum senget.

"Shit....Macam mana dia boleh tahu?" desis Baizura di hati. Raut wajahnya cuba di kekalkan.

"I tak ada sugar daddy lah. Hanya you saja yang i kenal. Please Haikal, tolong I!" jawab Baizura sambil menangis teresak-esak.

"Kau ingat aku ni bodoh. Aku kenallah siapa kau.. Zura," desis hati Haikal sebal.

"Sorry, I went to the toilet for a while..." kata Baizura, lalu beredar dari situ.

Selang beberapa minit, pelayan datang dengan air yang di pesan. Haikal mengambil minumannya dan menyedut minuman itu untuk melegakan tekak yang terasa kering. Tidak lama kemudian Baizura kembali di meja. Haikal memicit kepala yang terasa sakit, tiba-tiba matanya terasa mengantuk pula. Entah kenapa dia sendiri pun tidak tahu. Matanya mahu terpejam sahaja ketika ini.

"Haikal are you okay?" soal Baizura bimbang. Haikal memandang, tetapi wajah Baizura agak samar-samar dari pandangannya.

"Aku okay," dalih Haikal.

"Kenapa dengan aku ni?" gumam Haikal dalam hati.

Baizura tersenyum sumbing mendengar jawapan dari Haikal. Dia memberi isyarat pada pelayan tadi.

"Ini upah you." kata Baizura dengan senyuman senget. Pelayan itu hanya mengangguk dan mencapai sampul yang di hulur oleh Baizura.

"Baby, I rasa you penat sangat ni. Apa kata baby rehat dekat bilik i dulu," pujuk Baizura, lalu mencapai lengan Haikal. Namun tangannya di tepis kasar.

"Janganlah degil, baby dah teruk sangat ni. Jom ikut i," kata Baizura senang.

Haikal cuba membuka matanya tetapi pandangannya berpinar-pinar. Dia tersedar akan sesuatu.

"Apa yang kau dah bagi kat aku, ah?" soal Haikal lemah. Baizura tersenyum sinis.

"You buat silap bila setujuh berjumpa dengan i, Haikal Iskandar!" kata Baizura berbisik di telinga Haikal sambil tersenyum mengejek.

"Sial kau perempuan..." kata Haikal semakin lemah, sebelum pandangannya gelap gelita. Baizura seronok melihat keadaan Haikal tika itu.

-----------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience