Bab 65

Romance Series 51364

Akira yang duduk di kerusi santai dan dilindungi dengan payung pantai, sedang menikmati keindahan alam semula jadi. Bunyi desiran ombak pantai dan tiupan angin laut membuatkan dirinya terasa nyaman dan fikirannya tenang.

Tidak semana-mana, dahi Akira berkerut...bila rongga hidungnya terhidu bau yang cukup membuat dirinya terliur.

"Siapa pula yang masak ni? Baunya sangat menyelerakan. Jangan-jangan auntie Janne." monolog Akira. Semakin lama semakin kuat aroma masakkan itu.

Tidak lama kemudian, Haikal muncul dengan membawa dulang di tangan. Di dalam dulang itu ada spaghetti aglio olio seafood dan juice mango.

Melihat spaghetti aglio olio seafood...sudah buat Akira kecur air liurnya.

"Auntie Janne mana?" soal Akira. Dahi Haikal berkerut.

"Auntie Janne? perempuan tu, dah ada kat sini kah? Tapi aku tak nampak pun kelibat auntie Janne di dalam rumah?" gumam Haikal dalam hati.

"Hubby tak tahu..." jawab Haikal jujur. Kali ini Akira pula kerut dahinya.

"Tuan Haikal jangan nak berdalih ya. Kalau tuan tidak tahu mana auntie Janne... ini makanan siapa yang masak kalau bukan auntie Janne?" bicara Akira. Mendengar isterinya kembali memanggil 'tuan'...hati Haikal merasa kecewa. Dan dalam masa yang sama, dia merasa pelik. Haikal cuba mencerna setiap bicara isterinya itu...dan otaknya sudah faham akan bicara Akira. Haikal tersenyum senget.

"Spaghetti aglio olio seafood ni... hubby yang masak." tutur Haikal dengan suara lembut. Akira sudah tercenggang.

"What? Dia masak...biar betul. Sejak bila pula dia suka masuk dapur ni?" Akira berteka-teki dengan dirinya.

"Hubby masak untuk sweetie. Sweetie makan ye!" kata Haikal.

"Nope. Saya tak lapar. Tuan makanlah." jawab Akira selamba. Tetapi sayang, perut Akira tidak menyebelahi tuan punya pada. Perutnya mengeluarkan bunyi keroncong...minta di isi. Haikal pula sudah tersenyum sumbing.

"Perut aku ni, betul-betul buat muka aku tebal!" Akira kesal dengan perutnya.

"Makanlah... perut sweetie minta di isi tu." ujar Haikal dengan menaniskan wajahnya. Nak tak nak, Akira akur kerna perutnya sudah tidak bisa di bawa berkompromi.

Di saat Akira ingin mencapai pinggan yang berisi Spaghetti aglio olio seafood... Haikal segera mengalihkan pinggan tersebut.

"What the hell? Saya nak makanlah." bentak Akira.

"Kalau sweetie nak makan... sweetie perlu panggil hubby dan kiss pipi hubby ni, dulu." ujar Haikal dengan suara menggoda. Akira merasa bengang. Dengan keadaan terpaksa, Akira turut permintaan suaminya itu.

"Hubby..." Terukir senyuman di bibir Haikal. Akira merapatkan diri, lalu dengan pantas bibir Akira sudah mendarat di pipi Haikal. Haikal apa lagi, makin lebar senyuman di bibirnya. Pinggan yang berisi Spaghetti aglio olio seafood, kini berada di hadapan Akira. Akira tersenyum segaris.

Akira ingin mencapai gerfu tetapi Haikal terlebih dahulu mendapatkan gerfu tersebut.

"Apa ni, saya nak makanlah." rungut Akira dengan rasa sebal.

"Biar hubby suapkan..." Gerfu yang berisi spaghetti disuakan di mulut Akira. Terpaksa Akira membuka mulutnya.

"Good my girl..." puji Haikal dengan senyuman suka.

Akira sangkakan hanya sekali saja dia perlu buat permintaan Haikal itu tetapi sangkaannya meleset kerna setiap kali dia ingin menyuap makanan dia perlu menyebut hubby dan mencium pipi suaminya itu.

-------------------------------------

Tiga hari berlalu...

Luka di lengan Akira beransur pulih, rasa ngilu di bahagian luka juga... sudah tiada. ...Dan siapa sangka selama tiga hari berlalu itu juga, hubungan sepasang suami isteri itu... mulai bercambah.

Hati Akira sedikit demi sedikit...mula tersentuh dengan sikap Haikal yang tidak kenal erti putus asa dan sabar dalam menangani karenanya. Manakala Haikal pula, sanggup berbuat apa sahaja untuk memdapatkan perhatian dari bidadari syurganya.

"Sweetie.., hubby sapu ubat ya di lengan, sweetie tu." tutur Haikal dengan suara gemersiknya.

"Nope, saya boleh sapu sendiri. Hubby tolong ambilkan krim ubat itu dan beri kepada saya sahaja." tolak Akira.

"Ok, but hubby tetap nak sapukan ubat tu pada luka sweetie. Please!" pujuk Haikal tidak berputus asa. Malas nak berdebat, Akira membenarkan suaminya sapu ubat pada lukanya.

Haikal menyapu krim ubat di lengan Akira sambil meniup-niup di bahagian luka tersebut. Entah kenapa, bulu roma Akira berdiri bila menerima tiupan dari mulut suaminya itu.

"Tak boleh jadi ni. Aku harus mencegahnya sebelum perawan aku hilang." gumam Akira dalam hati.

"Hubby, cukup. Krim tu dah meresap kat luka tu. Terima kasih," ujar Akira, lalu bangun dari kerusinya. Haikal mengeluh perlahan.

Tiba-tiba telepon pintar Akira menyanyi. Akira segera mencapai telepon pintarnya. Tertera nama 'Hisyam calling'...

"Hubby, saya keluar sebentar. And hubby stay here." kata Akira sebelum keluar dari rumah itu.

"........"

"Waalaikumsalam, yes Syam. What happened?"

"........"

"What? Master Silver nak jumpa aku? why?"

"......."

"Nope, aku tak nak jumpa dia."

"......."

"Ok, fine. Kau aturkan pertemuan aku dengan Master Silver."

"......"

"Ok... And one more thing... tempahkan dua tiket ke Malaysia. Aku nak Tony temankan Haikal pulang ke Malaysia."

"......"

"Good. I call you back little."

Talian di tamatkan.

Ketika Akira memusing badannya ke belakang, kelibat Haikal berdiri tegak dan anak matannya merenung tajam ke mata isterinya. Akira agak tersentak sedikit, tapi dia cuba mengekalkan reaksinya.

"Why hubby...keluar? Tadi kan saya dah pesan, hubby stay kat dalam." lirih Akira dengan tenang.

"Why did you tell hubby to wait inside?" soal Haikal dengan suara sedikit kasar. Akira menelan air liurnya. Tak sempat Akira menjawab, Haikal kembali bersuara.

"Oh... supaya hubby tak tahu apa yang di rancang oleh sweetie kan..." sambung Haikal. Akira melepaskan keluhan berat. Mulutnya di kunci, untuk memberi peluang suaminya bersuara.

"Kenapa diam?"

"Dah habis cakap?"

"Nope!"

"So...cakaplah... saya nak dengar."

"How is Master Silver? Kenapa dia nak jumpa sweetie? Kenapa suruh hubby balik Malaysia? Hubby ni...siapa pada sweetie?" bertubi-tubi Haikal mengajukkan soalan pada isterinya dengan rasa kesal.

"Rasanya... Hisyam dah jelaskan pada hubby, dengan siapa Tuan Haikal Iskandar kahwin. So, saya tak perlu nak jelaskan lagi pada hubby. And now...please pack hubby's stuff. Hari ini hubby dan Tony balik Malaysia." jawab Akira dengan sinis.

"No. Hubby tak akan balik Malaysia, jika sweetie tidak ikut balik."

"Saya akan balik...bila urusan saya sudah selesai di sini."

"Jika macam tu, hubby tak akan balik."

"Hubby... please understand me. Saya tak nak apa-apa berlaku pada hubby. Hubby tak ada kena mengena dengan sisi gelap saya."

"Nope. Hubby tetap dengan keputusan, hubby. Hubby tak akan balik Malaysia...jika sweetie tidak balik."

"Apa sal kau degil sangat ni ah? Kau lihat tangan aku ni. Di sebabkan kau... tangan aku kena tembak. Apa yang perlu aku buat, supaya kau pulang ke Malaysia?"

"Sweetie tak perlu buat apa-apa. Hubby cuma nak berada di sisi sweetie, itu sahaja."

"Are you serious? Kau tak takut matikah?"

"No.. I'm serious! Mati itu pasti, cuma kita tidak tahu bila masanya kematian menjemput kita."

"Are you sure? Hubby boleh terima diri saya seadanya, mahupun sisi gelap saya?"

"Yes. Hubby ikhlas menerima diri sweetie dengan seadanya termasuklah sisi gelap sweetie."

"Thank you, hubby." ucap Akira dengan rasa gembira.

Dan tanpa sedar bibirnya sudah mendarat di bibir Haikal. Membulat mata Haikal bila menerima ciuman dari bidadarinya. Dia tidak menolak, malahan Haikal membalas ciuman isterinya itu dengan lembut. Tangannya mula merabah-rabah di belakang tubuh Akira hingga membuatkan Akira tersedar dari kealfaannya. Lantas dia segera menolak dada Haikal dan ciuman mereka terlerai.

"Maaf..." kata Akira, lalu meninggalkan Haikal seorang diri di luar rumah. Haikal tersenyum sendirian. Dia dapat merasakan, hati Akira mula terbuka untuk menerima dirinya.

--------------------------------------

Hisyam dan Tony sudah tiba di Villa Syalinda. Kelihatan kelibat Akira dan Haikal keluar dari rumah tersebut. Tony dan Hisyam merasa hairan apabila melihat dua reaksi figura yang berlawanan jenis. Figura wanita dengan muka dingin, manakala figura lelaki asyik tersengih-sengih.

Ketika Tony ingin membuka langkah kakinya, Akira bersuara.

"Kau nak ke mana Tony?"

"Saya nak ambil beg bagasi tuan Haikal, Ratu." kata Tony sambil menunduk kepala.

"Tak perlu...Kita bergerak sekarang ke mansion." ujar Akira tanpa nada. Tony akur. Mereka berempat masuk ke dapat perut kereta.

Apabila pintu kereta di tutup, Hisyam segera menghidupkan enjin kereta. Kemudian kereta di pandu keluar dari Villa tersebut.

Dalam perjalanan... suasana dalam kereta agak canggung. Tiada sebarang topik di bincangkan, masing-masing buat hal sendiri. Akira dengan telepon pintarnya, manakala Haikal mengunci mulutnya. Hisyam dan Tony pula, saling berpandangan. Mereka seperti dapat menghidu ada sesuatu berlaku di antara Ratu dengan Haikal. Mereka berinteraksi dengan mengangkat kening masing-masing.

"Ada yang saya perlu tahu, Hisyam... Tony?" soal Akira secara tiba-tiba. Sebenarnya Akira sudah dapat menangkap kelakuan aneh dari dua orang suruhannya. Terkesima Hisyam dan Tony, bila sang Ratu dapat menyedari reaksi mereka.

"Emmh... tak ada apa-apa, Ratu." jawab Hisyam dengan gugup.

"Tony?" panggil Akira tanpa menoleh ke arah Tony. Matanya masih melihat skrin telepon pintarnya.

"Ratu, saya dan tuan Haikal...tidak jadi balik Malaysia kah?" soal Tony dengan rasa gementar.

"Yup." jawab Akira sepatah. Haikal yang duduk di sebelah isterinya, sudah tersenyum lebar.

--------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience