Bab 13

Romance Series 51364

Sinaran sang mentari mulai menyising pagi, seperti biasa Akira menyediakan sarapan pagi untuk majikannya. Kali ini dia menyajiakan nasi goreng kampung, telur mata lembu dan secawan coffee.

Sarapan pagi sudah pun siap dan di hidangkan di atas meja, lalu Akira pun pergi mengetuk daun pintu bilik Haikal.

Tok tok tok...

"Tuan, sarapan dah siap? " panggil Akira, tetapi tiada sahutan.

Akira mengulang lagi memanggil majikannya, namun masih juga tiada jawapan. Dalam hatinya sudah berkata.

"Mamat ni masih tidur lagi kah? Dah pukul berapa ni, tak keluar dari bilik. Dia tak pergi kerjakah? atau dia tak pulang semalam? tapi semalam mamat ni tak keluar pula, jangan-jangan..." Akira terus memulas tembol pintu bilik majikannya. Kelihatan sekujur tubuh sedang baring di atas katil.

"Lah.., masih tidur lagi rupanya. Nak kejutkan kah atau tak?" Akira ambil kata putus untuk kejutkan majikannya.

"Tuann... ". Akira tersentak apabila menyentuh tangan Haikal, dia memberanikan diri meletakkan belakang tapak tangannya di dahi majikannya.

"Allahhu akhbar... panasnya," ujar Akira.
Lantas tanpa membuang masa dia segera meninggalkan bilik dan menuju ke dapur. Akira mengambil sebekas air suam dan tuala kecil, lalu segera kembali ke bilik majikannya. Dengan perlahan dia meletakkan tuala basah di dahi Haikal, selang beberapa seketika tuala itu di angkat dan di basahkan sebelum meletakkan semula di atas dahi.

Hampir sejam berlalu, perlahan-lahan Haikal membuka kelopak matanya. Dahinya terasa dingin, dia melihat Akira berada disisinya sambil meletakkan tuala kecil di dahinya.

"Tuan dah bangun? " tanya Akira sebaik saja dia menyedari majikannya tersedar.

"Emm.. " kata Haikal sambil memandang wajah Akira.
"Maaf tuan, saya masuk tanpa kebenaran dari tuan. Saya minta diri dulu... " belum sempat Akira melangkah, tangannya di sambar.
"Kau nak ke mana? " soal Haikal. Suaranya serak, tekak terasa sakit.
"Saya nak masak bubur untuk tuan " jawab Akira.

Lalu Haikal pun melepaskan tangan Akira. Sebelum Akira keluar dari bilik majikannya dia memberi segelas air kepada Haikal.

-----------------------------------------------

Di dapur,
"Nak masak bubur apa ya?" ujar Akira sambil melihat isi dalam peti ais.
"Masak bubur ayam sajalah" kata Akira lagi.
Tanpa membuang masa dia mengeluarkan periuk dan menyediakan bahan masakkan di atas meja.

Hampir setengah jam, bubur ayam sudah pun siap di masak. Akira mengambil mangkuk dan penyeduk sup. Lalu dia menyeduk bubur ayam dan meletakkan ke dalam mamgkuk bersaiz sederhana. Selepas itu Akira mengambil dulang, kemudian dia meletakkan segelas air suam, ubat penadol dan semangkuk bubur ayam di atas dulang tersebut. Setelah itu Akira segera membawa masuk ke dalam bilik majikannya.

Kelihatan Haikal sepertinya baru selesai berbual dengan seseorang melalui telepon bimbit. Akira mengambil meja mini dan meletakkan di birai katil majikannya. Kemudian dia meletakkan dulang tadi di atas meja mini.

"Ini apa?" sengaja Haikal acuh tak acuh.

"Ini bubur tuan. Tuan makan ya, lepas tu makan ubat " terang Akira cuba memaniskan mukanya.

"Suapkan aku! " arah Haikal dengan wajah dingin.

"Demam je kot, takkan sampai tangan pun ikut sakit. Mengada betul mamat ni, nasib baik kau demam..kalau tak sampai juga tangan aku ni kat muka kau " bisik dalam hati Akira dengan sembal. Mahu tidak mahu Akira akur atas arahan majikannya.

Bubur diceduk sedikit lalu ditiup perlahan. Sudu diletakkan di hadapan mulut Haikal, dan Haikal pun memakan bubur itu. Haikal tersenyum dalam hati, kali ini dia dapat memerhati raut wajah Akira secara dekat. Di dalam hati nya...
" Sungguh cantik wanita ini. Kulitnya putih kemerahan, matanya sangat menarik...bermata hazel serta hidung yang mancung. Bibirnya bak delima, adakah dia berasal dari kampung? mustahil... "

Akira tidak merasa selesa apabila Haikal merenung wajahnya dari tadi. Dengan renungan yang redup dari mata Haikal seperti ada sesuatu yang ingin di katakan.
"Apa sal mamat ni tenung aku lain macam je? Tak boleh jadi ni, aku mesti bleh dari bilik ni" bisik hati kecil Akira.

Habis saja bubur di dalam mangkuk, Akira meletakkan mengkuk kosong itu di dulang. Ubat dan air suam di letak atas meja mini.
"Nanti Tuan jangan lupa makan ubat " ujar Akira sebelum keluar dari bilik majikannya.

Haikal hanya menghantar Akira dengan pandangan hinggalah Akira keluar dari biliknya. Tiba-tiba denyut jantungnya mula menukar rentak seperti pertama kali bertemu dengan wanita itu.

---------------------------------------------------

Sedang Akira membersihkan mangkuk di sinik dapur, terdengar bunyi telepon bimbit menyanyi dari dalam biliknya.
" Alamak, apa sal aku lupa nak silent telepon aku ni" desis hati Akira, terus dia segera masuk ke bilik dan mengkunci pintu biliknya.

Tertera nama Rizal di skrin teleponnya, butang hijau di seret.
"Assalammualaikum Rizal" Akira memberi salam.

"So, apa perkembangan baru Dato Azahar?" kata Akira lagi.

"What? Okay. Kau update lagi. And one more thing, aku nak kau tolong siasat sumber harta Dato Azahar lagi. Dah nanti call lagi. Aku masih ada hal lagi nak buat. Ok, cau! ". Akira meletakkan telepon bimbit di atas meja mini, kemudian dia silent bunyi telepon bimbitnya.

" Huh, ada hati nak hancurkan aku. Tunggu dan lihat siapa yang akan jatuh tersungkur. Dasar anak angkat tak sedar untung, di beri betis nak juga paha" getus hati Akira merasa geram.

Kemudian dia pun keluar dari biliknya dan kembali ke ruang dapur menyambung kerjanya yang di tinggalkan sebentar tadi.

---------------------------------------------------------

Pertemuan yang tak di sangka... dah kembali!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience