Bab 53

Romance Series 51364

Pipi Baizura di tepuk beberapa kali sehingga wanita itu tersedar dari tidur lenanya. Dia membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Kelihatan Dino merenung tajam ke arahnya.

"Nyenyak tidur?" sapa Dino dengan dingin.

"Sampai bila...korang nak kurung aku kat sini?" soal Baizura dengan suara serak.

"Do not worry! Sebentar lagi... kau akan bebas. Tapi sebelum tu... Ratu kami hendak buat perhitungan dengan kau!" jawab Dino dengan dingin. Kucut perut Baizura bila mendengar penjelasan dari lelaki yang menjaga dirinya.

"Ini makanan kau. Lepas makan, aku nak kau mandi! Dalam masa setengah jam, aku datang. Faham!" ujar Dino lagi sambil meletakkan bekas makanan dan pakaian di tepi Baizura. Kemudian dia beredar dari bilik itu. Baizura melepas keluhan. Lalu dia memcapai bekas makanannya dan terus menjamah makanan tersebut.

Setelah mengenakan pakaian bersih di tubuhnya, tiba-tiba pintu bilik di buka. Muncul Dino, lalu masuk ke dalam bilik itu. Baizura merasa hairan...

"Macam dia tahu pula, aku dah siap berpakaian. Jangan-jangan dalam bilik ni, ada cctv tak!" gumam Baizura dalam hati. Matanya mula liar, melihat sekeliling dalam bilik itu.

"Kau tengok apa?" soal Dino bila melihat reaksi Baizura memerhati setiap dinding di dalam bilik tersebut.

"Tak ada!" pantas Baizura memjawab. Dino mengerut dahinya.

"Kau Ikut aku!" kata Dino dengan riak bekunya.

"Kau nak bawa aku ke mana?" soal Baizura.

"Sampai nanti, kau akan tahu!" jawab Dino, lalu membuka langkah kakinya.

*********

Dino membawa Baizura dalam keadaan mata di tutup dan tangan pula di ikat. Mereka masuk ke sebuah bilik khas.

"Duduk" arah Dino. Baizura hanya mengikuti apa yang diarahkan oleh Dino.

Sebaik selamat melabuhkan punggung di kerusi, fikiran Baizura tak tenang. Pelbagai handaian mula berlegar-legar di kepalanya, tiba-tiba...

Tap... tap... tap

Bunyi tumis kasut tinggi berlaga dengan lantai, di dengari.

Tap...tap... tap

Bunyi tersebut semakin hampir di pendengaran telinga Baizura, tidak semana-mana dahinya mula berpeluh. Dino tersenyum sinis melihat reaksi Baizura saat itu. Lalu dia membongkok dirinya ke arah Baizura.

"Ratu dah sampai...good luck!" bisik Dino di telinga Baizura.

Lalu dia membuka kain yang menutup mata Baizura serta ikatan di tangan turut di leraikan. Kemudian Dino mengundur ke belakang untuk memberi ruang kepada ratunya. Baizura membuka kelopak matanya perlahan-lahan.

"Hai cik Baizura!" sapa seorang wanita yang berpakaian serba merah hitam dan wajahnya di tutupi dengan topeng separuh muka. Baizura menelan air liurnya yang terasa perit ditekaknya.

"Kau siapa?" tanya Baizura dengan gugup.

"Kalau kau tahu aku siapa... kau nak buat apa?" balas wanita bertopeng itu dengan suara kasar . Lidah Baizura terasa kelu. Wanita bertopeng itu tersenyum sinis.

"Tentu kau nak tahu, kenapa diri kau di culik?" ujar wanita bertopeng itu lagi.

"Ya, aku nak tahu... sebab kenapa kau culik aku? Dan kau siapa?" soal Baizura dengan memberanikan diri.

"Baik... aku akan jawab pertanyaan kau." jawab wanita bertopeng itu. Kemudian dengan perlahan-lahan dia menanggalkan topeng mukanya.

Membuat mata Baizura. Seluruh tubuhnya bergeletar apabila melihat wajah figura yang berdiri di hadapannya.

"Cik A..ki..ra!" tutur Baizura gagap.

"Yes, it's me.. or ..kau boleh panggil aku.. Ratu Black Red!" ujar Akira dengan aura bekunya.

"Aku sudah tidak ganggu Haikal Iskandar! Kenapa cik Akira.. culik aku?"

"Ya, aku akui.. kau dah tak ganggu Haikal Iskandar... tapi, kau sudah langgar salah satu syarat aku!" Baizura terpempan, dia tak menyangka... Akira boleh tahu perbuatannya.

"Kau nak buat apa pada aku?" soal Baizura dengan gugup.

"Good your question... Baiklah, biar aku berterus terang. Aku akan ambil ginjal kau sebelah! "

"What...kau nak ambil ginjal aku? No.. cik Akira, no. Aku tak izinkan, kau ambil ginjal aku!"

"Sama ada kau izinkan atau tak... aku tetap ambil ginjal kau juga!"

"No..cik Akira. Please, aku merayu pada kau. Jangan ambil ginjal aku!"

"Sebelum kau langgar syarat aku tu, kau ada terfikirkah...apa akibatnya?" Baizura mengangguk perlahan.

"Kalau kau tahu apa akibatnya, kenapa kau langgar juga syarat aku tu?"

"A.. ku... "

"Enough! Aku tak perlu dengar penjelasan kau lagi. Anggap saja... ianya pengajaran buat kau, supaya kau tahu... ugutan aku bukan mainan. Dino...bawa pererempuan ini ke operating room, now!" Arah Akira dengan bengis.

"Baik Ratu!" akur Dino. Lalu mengheret Baizura keluar dari bilik itu.

"No, cik Akira. Lepaskan aku... aku tak nak... tolong cik Akira!" rayu Baizura sambil meronta-ronta.

-------------------------------------

Perlahan-lahan matanya tercelik. Kepalanya yang terasa berat, sedikit berpinar. Seakan berpusing-pusing...pening. Penglihatannya masih kabur.

Apabila pandangan Saiful sudah mulai jelas, matanya di sajikan dengan dua susuk tubuh lelaki... yang sedang lena terbaring di atas katil bersama dengan dirinya. Saiful cuba mengingati kejadian semalam.

"Oh, shit!!!"

Dia segera bangun dari baringannya, lalu mencari pakaiannya. Di saat dia memakai seluarnya,

Tok...tok... tok!!!

Pintu bilik di ketuk, lantas anak mata terus meluruh ke daun pintu. Degupan jantung mula berdegup kencang. Fikiran sudah bercelaru.

Tok... tok...tok!!!

Daun pintu di ketuk lagi dan terdengar orang mengarahkan buka pintu tersebut.

"Encik, sila buka pintu!"

"Jika encik tidak buka pintu ini, kami akan pecahkan buka ini." kata orang luar itu lagi.

Saiful yang hanya memakai seluarnya...dengan berat hati, dia membuka daun pintu tersebut. Sebaik pintu di buka, kelihatan tiga anggota polis yang lengkap berpakaian dan beberapa orang lelaki memakai songkok, berdiri di luar bilik itu.

"Kami dapat lapor, ada kegiatan maksiat berlaku dalam bilik ini. Boleh kami masuk ke dalam, untuk buat pemeriksaan!" terang salah seorang anggota polis yang berada di situ. Saiful terbungkam. Lidahnya terasa kelu saat itu. Dengan perlahan, dia mengangguk kepalanya dan membuka luas pintu bilik itu.

Apabila mereka melangkah masuk ke dalam ruangan bilik itu...

"Allahhuakhbar...!"

Dari kejauhan... Ricky tersenyum sinis. Dia terus menyeluk poket seluar. Telepon bimbit di keluarkan, lalu menghubungi seseorang...

"Hello Ratu. It's done!"

-------------------------------------

Akira melepaskan beberada das tembakan ke papan sasaran. Dia cuba menenangkan fikirannya ketika itu.

"Akira, boleh tak aku jadi bodyguard kau balik?" soal Hisyam dengan suara garaunya.

Krik...krik...krik

Tiada sebarang suara tika itu, hanya bunyi tembakan sahaja kedengaran. Hisyam melepaskan keluhan berat. Di saat dia ingin membuka melangkah kakinya...

"Please erase your feelings for me, if you want to be close to me!" tutur Akira tanpa menoleh ke arah Hisyam. Anak matanya masih fokus ke papan tembakannya.

Hisyam menutup matanya, lalu dia menarik nafas dalam kemudian menghembusnya semula. Dengan perlahan, dia membuka kelopak matanya semula.

"Insyaallah... saya akan cuba hapuskan perasaan itu, jika itu yang kau mahu!" ujar Hisyam dengan rasa sebak di dadanya.

"Good, aku nak bodyguard yang professional!" tegas Akira, lalu melepas tembakan yang terakhir.

-------------------------------------

"Abang, Akira tak balik kah?" soal Datin Seri Arani Lin kepada suaminya...yang tika itu sedang menonton tv.

"Tak. Katanya, time hari nikah nanti baru dia balik!" jawab Dato Sri Ariff Shah santai.

"What... anak abang ni biar betul?" soal Datin Sri Arani Lin, minta kepastian.

"Iya. Tadi dia call abang." jawab Dato Sri Ariff Shah sambil matanya masih fokus ke tv.

"Jangan-jangan anak abang tu...dah tukar fikiran!"

"Sayang, jangan nak berfikir yang bukan-bukan. Nanti kalau betul, macam mana?"

"Aaah... tak-tak."

"Ah... tahu pun takut! "

"Tapi bang... " belum pun habis ayat Datin Sri Arani Lin, Dato Sri Ariff Shah menceras.

"Cukup-cukuplah tu, abang nak tengok tv ni! " Datin Sri arani Lin memcebik, lalu dia melangkah pergi ke bilik tidur mereka. Dan tinggallah Dato Sri Ariff Shah di ruang tamu rumah.

--------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience