Bab 64

Romance Series 51364

Tengah malam, Akira terjaga kerna tekak lehernya terasa kering. Perlahan-lahan dia cuba membuka kelopak matanya yang masih terasa berat, namun dirinya dapat merasakan sesuatu yang aneh. Bukan hanya matanya sahaja yang nemberat tetapi juga badannya.

Sedikit memaksa membuka mata sambil menahan sakit kepala yang dirasainya. Akira tergamam apabila matanya di sajikan dengan dada bidang lelaki di depannya tanpa berlapik. Dilihat pada tubuhnya, tiada sebarang pakaian pada dirinya...lalu dia mendongak, membesar mata Akira. Jantungnya berdenyut laju bila melihat wajah Haikal dan mendapati posisi keadaan mereka ketika itu.

Haikal yang merasa seperti ada pergerakkan, lalu membuka matanya dengan perlahan. Dan matanya terus mendapat santapan dari renungan tajam mata isterinya. Belum sempat Haikal mencapai seluarnya yang berada di lantai, dia terasa ada benda singgah di kepalanya. Terus termati pergerakkannya.

"Apa yang kau sudah buat pada aku?" soal Akira dengan suara serak basah. Muncung pistol sudah berada di kepala Haikal. Haikal merasa cuak..dengan perlahan-lahan dia menoleh isterinya.

"Relax sweetie. Abang tak ada buat apa-apa pada sweetie. Abang cuma nak bantu..turunkan suhu badan sweetie saja kerna..tadi badan sweetie sangat panas." jawab Haikal dengan gugup.

"Apa buktinya kau bercakap benar?" tekan Akira dengan renungan evil nya.

"Adakah isteri abang ni...masih perawan lagi kah?" Haikal ajukkan soalan maut. Akira terkedu. Dia cuba mencerna soalan yang di ajukkan oleh Haikal itu.

Dan otaknya sudah menemui jawapan... Akira tidak mengalami rasa sakit di bahagian sensetif nya. Dia merasa lega, lalu muncung pistol di alihkan. Sementara Haikal pula menghembus nafas lega bila Akira mengalihkan pistol di kepalanya.

Kemudian Akira turun dari katilnya dan berdiri dengan badannya di tutupi selimut. Namun tidak sampai seminit, Akira hilang imbangan. Tubuhnya hampir jatuh ke lantai tetapi nasib cepat Haikal segera menyambut tubuh isterinya itu.

"Sweetie..." jerit Haikal dengan reaksi cemas. Akira hanya diam, kepalanya masih merasa pusing dan berdenyut-denyut.

Haikal menghembus nafas berat, melihat keadaan Akira. Dia tahu, isterinya menahan rasa sakit di kepala. Lalu Haikal mengangkat Akira dan meletakkan tubuh isterinya itu di atas katil semula. Haikal memcapai seluarnya dan segera memakainya.

"Sweetie berehat dulu, abang keluar sekejap." lirih suara Haikal menutur kata. Akira mengunci mulutnya. Kepalanya masih terasa pusing. Lalu di tutup matanya di saat Haikal sudah keluar dari bilik tidurnya.

----------

Haikal masuk ke ruang dapur. Dia berdiri di hadapan meja island sambil kedua tangannya sudah berada di atas permukaan meja island itu. Otaknya mula berfikir...

"Macam mana aku nak bagi Akira makanan? Kalau aku keluar... aku nak ke mana? aku bukannya tahu sangat tempat di sini. Nak minta tolong Hisyam... aku mana ada nombor telepon dia." desis Haikal sendirian. Sepuluh jarinya bermain-main di atas meja island...otaknya masih berfikir, bagaimana dia nak dapatkan makanan panas tika ini.

Tiba-tiba...'Ting'...timbul bulb di mindanya.

"A..ah. Lebih baik aku masak bubur ayam untuk dia. Lagipun bukannya susah nak masak bubur ayam tu.." gumam Haikal sendiri sambil senyuman lebar.

Tanpa membuang masa, Haikal mengenakan apron di tubuhnya. Kemudian dia mengeluarkan bahan mentah dari peti ais. Dan setelah itu, Haikal menyediakan bahan-bahan masakkannya yang lain.

Hampir satu jam Haikal berperang di dalam dapur dan akhirnya...bubur ayamnya sudah pun siap di masak, dia tersenyum puas.

"Sweetie, bubur ayam abang dah masak. Sebentar lagi, abang datang!" tutur Haikal pada dirinya sendiri sambil tersengih.

Bubur tersebut di masukkan ke dalam mangkuk, kemudian di letak di atas dulang. Haikal membawa dengan berhati-hati ke bilik isterinya.

----------------

Pintu bilik Akira di buka, dilihat isterinya sedang baring di atas katil dengan kedua matanya tertutup. Manakala tangannya pula memicit-micit di dahi. Perlahan-lahan Haikal menghampiri Akira. Akira menyedari akan kehadiran suaminya itu, tapi dia tidak menghiraukannya.

"Sweetie.." panggil Haikal dengan perlahan.

"Emm..." gumam Akira acu tak acu.

"Bangun sweetie... sweetie perlu isi perut sebelum makan ubat. Abang ada bawakan bubur untuk sweetie. Sweetie makan, ye."ujar Haikal dengan suara lunaknya sambil meletakkan dulang yang berisi bubur di atas meja mini bersebelahan katil Akira.

"Dari mana kau dapat bubur tu?" soal Akira rasa curiga.

"Abang masak bubur ni... jangan risau, abang tak ada letak apa-apa dalam bubur ni... kecuali beras,isi ayam, garam dan bawang goreng saja yang ada." jawab Haikal dengan senyuman manis. Dia cuba bergurau dengan isterinya.

"Really...kau yang masak? Pandai masak kah?" perli Akira dengan sinis. Sepanjang dia tinggal bersama dengan Haikal dulu, Akira tidak pernah melihat Haikal masak di dapur kondo milik lelaki itu.

"Kalau sweetie nak tahu sama ada abang pandai masak atau tidak... sweetie rasalah." Haikal cuba bermain tarik tali.

"Nope. Aku nak kau makan dulu!" pantas Akira memjawab.

"Okay, abang makan dulu. Bismilahhirohmannirahhim." Satu suapan bubur, masuk ke mulut Haikal. Akira pula masih menjadi pemerhati suaminya itu.

"See... abang tak ada apa-apa kan..." perli Haikal sambil tersengih. Akira menaikkan bebola matanya ke atas.

Tidak sampai lima saat berlalu, tiba-tiba...Haikal jatuh ke riba Akira, tak sedar diri. Lantas Akira terkaku, otaknya jadi blur...

"Haikal..." seru Akira perlahan. Tiada gerakkan.

"Haikal...Tuan Haikal, bangun. It's not jokes, ok!" panggil Akira lagi, namun masih tiada tindak balas dari tubuh Haikal. Akira mulai rasa panik, sakit di kepala sudah tidak dipedulikannya.

"Tuan Haikal, bangun. Hubby, please...wake up, hubby!" jerit Akira kecil sambil tangannya menggoyang tubuh Haikal. Hatinya sudah tidak keruhan.

Ketika Akira cuba bergerak, tidak semana-mana Haikal bergerak dan menoleh ke wajah isterinyanya sambil tersengih. Akira sudah tercenggang.

"Sweetie panggil apa tadi?" soal Haikal dengan raut wajah tanpa rasa bersalah. Raut wajah Akira berubah tegang. Dengan sekuat tenaga yang dia ada, menolak tubuh Haikal dan berusaha cuba turun dari katilnya...namun pergerakkannya terbatas apabila Haikal dengan pantas memeluk tubuhnya dengan kemas.

"I'm sorry, sweetie. Abang hanya bergurau. Please, ulang apa yang sweetie sebut tadi..abang nak dengar." bisik Haikal di telinga Akira dengan suara gemersik. Terusik sedikit hati Akira bila mendengar suara suaminya itu. Muncul idea hendak menyekat Haikal.

"Aku lapar. Please move.." tutur Akira tanpa nada. Haikal merasa kecewa sedikit tetapi dia tidak mahu menyerah.

"Nope... abang tak nak lepaskan sweetie, jika sweetie ulang balik apa yang sweetie katakan tadi...barulah abang move..." ugut Haikal.

"Move... aku nak makan." Akira tegaskan suaranya.

"Nope. Jika sweetie nak makan, abang boleh suapkan... but, sebut balik perkataan yang sweetie panggil tadi." tutur Haikal dengan menggoda. Bibirnya sudah mulai mencium leher Akira dengan lembut.

Akira tidak boleh berbuat apa-apa kerna Haikal masih erat memeluk dirinya. Di tambah lagi dengan luka di lengannya yang belum sembuh. Mahu tidak mahu, Akira akur.

"Hubby, please move. I'm hungry!" tutur Akira dengan lembut. Haikal tersenyum kemenangan, lalu dengan perlahannya dia melonggarkan pelukannya.

"Good girl...hubby, suapkan sweetie ye." kata Haikal sambil menatap wajah sang bidadarinya. Akira mencebik.

"Tak perlu, aku boleh makan sendiri." bentak Akira.

"No. Biar hubby saja suapkan..." tegas Haikal, lalu mengambil mangkuk yang berisi bubur ayam. Sudu yang berisi bubur itu disuakan ke mulut Akira.. tapi Akira mendiamkan diri.

"Please, sweetie... buka mulut." arah Haikal dengan tetapan mata yang tajam. Malas nak bertekak, Akira terpaksa membuka mulutnya... lagi pun perutnya sudah mula meregam.

"Nasib baik tangan aku masih sakit dan kepala aku berdenyut-denyut... jika tidak, sampai juga penumbuk aku ni di muka mamat ni." rungut Akira dalam hati.

Sebaik sahaja bubur ayam yang di masak oleh Haikal, masuk ke mulut Akira...

"Not bad...sedap juga masakkan dia. Ertinya.. dia memang pandai masak rupanya." puji Akira di hati.

"Macam mana masakkan hubby... sedap tak?" soal Haikal sambil mengangkat-angkat bulu keningnya.

"Boleh di makan." jawab Akira tanpa perasaan. Haikal terkedu.

"Boleh di makan? apa punya jawapan dia beri ni?" omel Haikal pada dirinya.

Semangkuk bubur habis di makan oleh Akira. Kemudian Haikal memberi Akira dua biji penadol dan air suam. Setelah telan ubat dan menaguk segelas air suam, Akira merebahkan dirinya di katil semula. Sebelum Haikal melangkah keluar dari bilik tidur Akira...

"Terima kasih." ucap Akira perlahan. Belum sempat Haikal membalas ucapan, Akira semula bersuara.

"Selepas keluar... tolong tutup pintu dan Tuan Haikal boleh tidur di bilik sebelah." Lantas Akira menutup mata dan menarik selimutnya. Haikal tersenyum hambar.

---------------------------------------------------

Desiran suara ombak menghempas pantai jelas kedengaran hingga mengejutkan H@aikal dari tidur lenanya. Dia membuka kelopak matanya dan mindanya terus ingat Akira. Lantas Haikal bangun dari pembaringannya. Tidak semana dia ternampak beg bagasinya..

"Ini beg bagasi aku. Macam mana boleh ada kat sini?" gumam Haikal sendirian. Malas nak memikirkan, yang dia nak ambil tahu sekarang tentang kesihatan isterinya. Lalu dia membuka beg bagasi nya dan mengeluarkan tuala. Kemudian dia masuk ke bilik air yang berada di dalam bilik tersebut.

Selesai membersihkan diri, Haikal mengenakan baju T-shirt body fit dan seluar pendek. Kemudian dia keluar dari bilik itu.

Pintu bilik Akira di ketuk...

Tok tok tok!!!

Tiada sahutan...

"Sweetie... sweetie dah bangun kah?" tanya Haikal. Tiada sebarang bunyi kedengaran dari dalam bilik Akira. Haikal merasa bimbang, takut nanti suhu badan Akira naik lagi.

Lantas tombol pintu di pulas dan dedaun pintu di kuak perlahan. Dia menjenguk sebentar memandang sekeliling ruang bilik itu...kosong. Perlahan Haikal melangkah masuk ke dalam.

"Sweetie..." panggil Haikal lembut.

Namun kelibat bidadarinya tidak juga muncul-muncul. Haikal mula mengatur langkah menuju ke ruang wardrobe...kosong. Kemudian dia mengatur langkah menuju ke pintu bilik mandi. Pintu di ketuk sebanyak tiga kali.

"Sweetie..." panggil Haikal lagi. Namun masih tiada sahutan.

"Sweetie, are you in there?" soal Haikal. Namun.. tetap juga tiada sahutan.

Teragak-agak Haikal memulas tombol pintu itu. Tidak berkunci?? Perlahan dia menguak pintu itu. Haikal menjenguk kepala ke dalam. Tetap sama, kosong!

Akhir sekali Haikal melangkah menuju ke balkoni yang berada di bilik itu. Dan tiada semana-mana anak matanya sudah menjumpai sang bidadarinya....

------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience