Bab 39

Romance Series 51364

Tiba-tiba pintu bilik di ketuk dari arah luar....

Tok tok tok...

Akira segera membuka daun pintu, Haikal hanya memerhatikan sahaja. Terukir senyum sinis dibibirnya namun senyuman itu hilang apabila melihatan figura yang berdiri di hadapan muka pintu bilik itu.

"Hisyam... ada apa?" soal Akira dengan suara agak keras sedikit. Hisyam kerut dahi, dia seperti merasa ada sesuatu berlaku. Secara tidak sengaja dia ternampak ada kesan merah di leher Akira.

"Sorry mengganggu, aku terdengar suara orang mengarang kesakitan di bilik kau tadi. Jadi aku datanglah, kau ok tak?" soal Hisyam dengan raut wajah kerisauan.

"Aku ok but... kau masuklah" jawab Akira, sengaja dia menggantungkan ayatnya. Dan membenarkan Hisyam masuk ke dalam biliknya. Pintu bilik di biarkan terbuka.

Melangkah masuk sahaja ke bilik Akira, Hisyam terpandang Haikal yang sedang duduk di sofa sambil memegang tuala hotel yang sudah di cemari darah dari hidung lelaki itu. Pandangan mata mereka beradu.

"Assalammualaikum..." muncul satu suara di muka pintu.

Akira, Hisyam dan Haikal terus berpaling ke arah suara tersebut. Ada beberapa orang lelaki berkopiah sedang memandang ke arah mereka bertiga.

"Wa.. waalaikumsalam," gagap Akira menjawab.

"Maaf mengganggu, kami dari Jabatan Agama Islam. Kami dilaporkan ada kegiatan maksiat di sini" ujar salah seorang lelaki itu.

Membulat mata Akira mendengarkannya dan dia terus merenung tajam ke arah Haikal yang sudah kelihatan seperti cacing kepanasan.

******

Setelah selesai berurusan dengan orang-orang Jabatan Agama Islami, Akira tidak banyak suara. Dia pindah ke bilik Hisyam dan Hisyam pula akan duduk di biliknya dengan Haikal.

"Sial... rosak plan aku!" rungut Haikal dalam hatinya. Dia hanya memerhati Akira hingga keluar dari bilik itu.

"Masih sakit lagi? Darah yang keluar dari hidung kau dah berhenti kah?" soal Hisyam prihatin.

"Dah tak berapa sakit dan darah di hidung aku sudah berhenti," jawab Haikal dengan acuh tak acuh.

"Baiklah... kalau macam tu, kau tidurlah di atas katil. Biar aku tidur di sofa." Hisyam memberi cadangan.

"It's ok, aku boleh saja tidur di sofa ni... kau tidur sahaja di atas katil tu,"

"Ok, kalau kau dah kata begitu. Aku nak tidur, and one more thing... kau sudah kejutkan ratu yang sedang beradu!"

"What do you mean?"

Hisyam tidak menjawab pertanyaan Haikal, dia hanya merebahkan dirinya di katil dan terus pejamkan mata.

"Dasar bodyguard biadap, berani dia tidak menjawab pertanyaan aku. Di sebab kaulah, plan aku rosak!" gumam Haikal di hati.

----------------------------------------------------

Haikal terjaga dari tidurnya, di lihat seorang lelaki yang berpakaian jaket hitam sedang memandang ke arahnya.

"Kau siapa? Ahh.. bukan kau kah yang aku jumpa di hotel?" tanya Haikal.

"Ya, tuan. Saya Tony, ni baju untuk tuan. Tuan bersiap ya, tuan saya ingin berjumpa dengan tuan." jawab Tony sambil menyerahkan beg kertas ke arah Haikal.

"Siapa tuan kau?" soal Haikal ingin tahu.

"Jika tuan nak tahu siapa tuan saya, tuan bersiap sekarang!" jawab Tony dengan tenang.

"Kalau aku tak nak?" ujar Haikal cuba bertarik tali.

"Ai... mamat ni nak bermain tarik tali lah pula, nasib kau tunang cik Akira." gumam Tony dalam hati.

"Up to you!" kata Tony, lalu dia membuka langkah kakinya ingin beredar dari situ.

Apabila melihat Tony membuka langkah, Haikal terus bersuara.

"Ehh... wait, aku mandi dulu."

"Baik tuan." kata Tony.

"Tahu pun takut," bisik Tony di hati. Dia sudah tersenyum sinis.

******

Siap mengenakan pakaian di tubuhnya, Haikal dan Tony beredar. Kaki terus melangkah keluar dari bangunan hotel tersebut.

Haikal terpaku apabila melihat Tony sedang membuka pintu penumpang kereta audi TT.

"Tuan, sila masuk!" ucap Tony, menyedarkan Haikal yang berdiri kaku seketika. Lantas Haikal memboloskan dirinya duduk di sebelah pemandu.

Enjin kereta di hidupkan dan Tony mula memandu hinggalah masuk ke lebuh raya.

"Kau ni siapa sebenarnya? Siapa nama tuan kau? Dan kenapa tuan kau nak jumpa aku?" soal Haikal bertubi-tubi.

"Maaf tuan, rasanya hanya Tuan saya sahaja yang boleh menjawab pertanyaan tuan itu," jawab Tony sambil matanya memandang ke hadapan.

"Kau sudah kejutkan Ratu sedang beradu, bro. Kau terimalah natijahnya," kata Tony dalam hati.

"Kau beritahu sajalah, lagipun tiada siapa ada di sini... hanya kita berdua saja dalam kereta ni. Aku janji, aku tidak akan beritahu sesiapa." pujuk Haikal masih tidak berputus asa. Tony hanya tersengih sahaja.

******

45 minit masa di ambil, akhirnya mereka sampai di destinasi ditujui. Pintu besar rumah banglo tiga tingkat itu di buka dari dalam. Rata-rata semuanya adalah lelaki yang berpakaian seperti Tony.

"Tuan Haikal, sila ikut saya" kata Tony. Haikal hanya mengangukkan kepala dan mengikuti Tony dari arah belakang. Tony membawa Haikal masuk ke sebuah bilik persalinan.

"Tuan, sila pakai baju ni," kata Tony sambil menyerahkan sepasang baju sport kepada Haikal. Tanpa banyak soal, Haikal mengambil baju yang berada di tangan Tony.

Selesai Haikal menukar baju, Tony membawa Haikal melangkah ke satu pintu dan pintu itu dibuka. Suiz lampu ditekan, bilik yang gelap itu kini sudah terang. Bilik sederhana itu, sebuah bilik kosong.

"Tempat apa ni?" soal Haikal.

Tony meneruskan kerjanya. Dia memberi isyarat tangan, Haikal mengangat tangannya mengikut langkah Tony. Tangan Haikal di balut dengan boxing bandage strap.

"Tuan saya nak berlawan dengan tuan," kata Tony tekun membalut tangan Haikal.

" What?" terkejut Haikal seperti tidak percaya. Di lihat tangannya sudah siap di balut.

"Saya pergi dulu!" kata Tony sambil tersenyum sinis. Pintu bilik itu di tutup.

Tidak sampai seminit, daun pintu di buka. Muncul figura yang berpakaian sports wanita dan wajahnya sudah di tutup kecuali bahagian mata.

"Kau nak lawan aku?" soal Haikal dengan berlagak. Figura itu hanya menganggukkan kepalannya.

"Baik. Tapi kalau aku menang, apa yang aku dapat?" kata Haikal.

"Cik Akira akan akur dengan kau!" jawab figura itu dengan suara agak keras.

"Kalau aku kalah pula?"

"Lupakan Cik Akira!"

"Baik, aku setujuh!"

Bermulalah perlawanan di antara mereka berdua di dalam bilik itu.

----------------------------------------------------

Selesai membuat rondaan di sekitar markas, Hisyam kembali masuk ke bilik operasi.

"Tony, mana Cik Akira?" tanya Hisyam sebaik sahaja duduk di kerusi.

"Cik Akira ada di dalam bilik latihan," jawab Tony sambil berdiri di hadapan Hisyam.

"Dia dengan siapa training?" soal Hisyam sambil bermain dengan telepon bimbitnya di atas meja.

"Dengan tunang Cik Akira." jawab Tony selamba.

"What?" jerit Hisyam, lalu bangun dari tempat duduknya. Raut wajahnya sudah berubah tegang.

"Bila lagi?" soal Hisyam lagi dengan suara keras.

"Setengah jam yang lalu," jawab Tony. Dia agak terkejut secara mendadak Hisyam berubah.

"Patutlah dia suruh aku keluar tadi, rupanya dia dah plan. Kau jangan buat kerja gila, Akira!" bisik Hisyam dalam hati. Tanpa membuang masa, Hisyam terus berlari ke bilik latihan itu dan Tony juga turut mengikutinya dari belakang.

----------------------------------------------------

maaf jika ada kekurangan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience