Bab 52

Romance Series 51364

Topeng butterfly separuh muka, sudah kemas di pasang ke wajah. Langkah kaki mula di atur melangkah menuju ke club Black Red. Tiba sahaja di muka pintu club Black Red, pengawal yang menjaga pintu masuk ke club itu...tunduk hormat kepada figura bertopeng butterfly ketika melintasi di hadapan mereka.

Anak mata mula melilau di setiap pelusuk club Black Red itu, mencari susuk tubuh seseorang. Dan mata itu tak pernah mengecewakan tuannya. Kelibat figura yang dicarinya, telah di temui.

"Let's go. The game is on!" ujar figura bertopeng butterfly merah sambil tersenyum sinis.

******

"Mana perempuan-perempuan yang aku nak tu?" soal Saiful Shah kepada Ricky iaitu orang suruhannya.

"Relax lah bos... perempuan-perempuan yang bos nak tu, ada. Dan mereka sudah berada kat sini!" jawab Ricky sambil mengeluarkan asap rokok dari mulutnya. Badannya di goyang-goyang mengikut muzik yang diputarkan oleh DJ club Black Red itu.

"Kalau ada sudah, mana?" desis Saiful dengan keras. Dengan santai Ricky menunjuk ke arah tiga figura yang memakai topeng butterfly.

"Bagus. Bawa mereka jumpa aku sekarang!" arah Saiful dengan keras. Tangannya mencapai gelas minumannya dan terus menaguk minuman itu dengan sekali taguk sahaja.

"Ok bos!" kata Ricky. Lalu beredar dan pergi ke arah perempuan-perempuan yang di maksudkannya tadi.

Lima minit berlalu...

Ricky dan tiga wanita bertopeng butterfly datang menghampiri Saiful Shah. Entah kenapa, hati Saiful Shah tertarik dengan salah seorang dari wanita yang mengenakan topeng butterfly itu. Anak matanya tajam merenung ke arah wanita bertopeng butterfly merah yang semakin menghampiri mejanya.

"Berapa bayaran encik, sanggup bayar kepada kami?" soal wanita bertopeng butterfly hitam itu sebaik sahaja melabuh punggungnya di kerusi. Terus Saiful mengalihkan pandangan matanya ke arah wanita bertopeng butterfly hitam.

"10k!" sebut Saiful dengan riak. Lantas wanita bertopeng butterfly hitam menoleh ke arah dua temannya. Wanita bertopeng butterfly merah, menggeleng kepala.

"15k!" sebut Saiful, selepas melihat wanita bertopeng butterfly merah menggelengkan kepala.

Dan lagi sekali wanita bertopeng butterfly merah, menggelengkan kepalanya.

"50k!" sebut Saiful dengan anak matanya, merenung tajam ke arah wanita bertopeng butterfly merah itu.

Lalu wanita bertopeng butterfly merah, tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya sambil mengangguk kepala perlahan. Saiful terpesona dengan senyuman wanita bertopeng butterfly merah itu. Dan tanpa sedar dia turut tersenyum.

"Deal." ujar wanita bertopeng rubah hitam secara tiba-tiba dan mengejutkan Saiful dari kealfaannya tika itu.

"So... Apa yang kau nak kami buat?" soal wanita bertopeng butterfly hitam itu lagi.

Saiful berdehem untuk membetulkan tekak lehernya. Setelah itu, baru dia menerangkan plan nya kepada tiga wanita bertopeng butterfly itu. Setelah selesai mendengar arahan dari Saiful, tiga wanita bertopeng butterfly beredar.

Di saat wanita bertopeng butterfly merah ingin membuka melangkah kakinya, Saiful menyambar tangannya. Lantas wanita bertopeng butterfly merah, menoleh ke arah Saiful.

"Kau di sini, temankan aku!" arah Saiful dengan renungan tajam. Tanpa membahas, wanita bertopeng butterfly merah... duduk di sisi Saiful. Saiful tersenyum sinis.

**********

"Man, mana 'baby girl' yang kau booking tu?" tanya Fazli selamba. Haikal yang ketika itu sedang menaguk minuman, hampir tersembur bila mendengar 'baby girl' di sebut oleh temannya.

"Apa sal korang booking 'baby girl's'? Kalau tunang aku tahu macam mana?" soal Haikal sambil melap minuman di bibirnya.

"Relax la, Kal. Ini kan... bachelor party. So, tak hairanlah jika ada 'baby girl's'. Lagipun kita bukannya nak buat apa-apa, sekadar nak meriahkan party saja" jelas Lokman dengan bersahaja.

Sedang tiga sekawan rancak berbahas... mereka didatangi oleh seorang wanita berpakaian agak seksi sedikit dan mengenakan topeng butterfly putih setengah muka di wajah.

"Excuse me!" sapa wanita bertopeng butterfly putih kepada tiga sekawan.

"Yes." jawab Fazli sambil memandang ke arah wanita bertopeng itu dengan senyuman machonya.

"Bachelor party?" teka wanita bertopeng butterfly putih.

"Yes... yes. You all 'baby girl' ?" kali ini Lokman pula menjawab dan meminta kepastian.

"Yes. So, which one is the bride?" ujar wanita bertopeng butterfly putih dengan senyuman menggoda.

"This man!" tunjuk Lokman kepada Haikal. Lalu wanita bertopeng butterfly putih, datang menghampiri Haikal.

"Iet's dance!" ajak wanita bertopeng butterfly putih. Dia mendekatkan dirinya dan menyentu dada Haikal sambil mengurut lembut di situ.

"No no... aku tak pandai menari." bohong Haikal sambil menggeleng kepala.

"It's okay ... you just shake your body," pujuk wanita bertopeng butterfly putih dengan suara lunaknya.

"Come on...Kal. Ini party bujang kau. So, enjoy tonight!" celah Lokman, membantu memujuk Haikal supaya mengikuti wanita bertopeng butterfly putih itu.

Setelah di desak oleh teman-temannya, akhirnya Haikal akur. Lalu dia mengikuti wanita bertopeng butterfly putih ke lantai tari.

********

Apabila tiba di lantai tari, wanita bertopeng butterfly putih menghilangkan diri. Haikal terpaku. Dia berdiri seorang di tengah-tengah lantai tari. Dan tidak semana-mana lampu dan muzik di matikan serentak. Keadaan dalam club Black Red menjadi gelap

Tidak sampai seminit, satu lampu di nyalakan dan lampu tersebut di sasarkan ke tubuh Haikal. Haikal terkejut bila dirinya di terangi oleh lampu.

Kemudian, seminit berlalu...satu lagi lampu di nyalakan. Dan kali ini, lampu tersebut di sasarkan ke arah susuk tubuh seorang wanita yang berpakaian singlet merah dan smooth leather pants berwarna hitam. Rambut panjang di ikat tinggi serta memakai topeng butterfly setengah muka yang berwarna hitam... yang berada di tengah lantai tari, bersebelahan dengan Haikal. Semua mata memandang ke arah wanita tersebut.

Sedetik... dua detik... tiga detik...

Muzik dimainkan. Wanita bertopeng butterfly hitam itu, mula berjalan dengan lenggang lenggoknya yang mengeliurkan kepada kaum lelaki. Dia mengelilingi tubuh Haikal sambil meletakkan tangan kanannya di bahagian bahu lelaki itu.

Kemudian dia mula beraksi, menari mengikuti alunan muzik sambil tubuhnya di rapatkan ke tubuh Haikal. Haikal tika itu sudah terkaku. Dia terpegun dengan aksi yang ditonjolkan oleh wanita bertopeng butterfly hitam itu. Keinginan hendak menari sudah mula menguasai diri.

Muzik semakin rancak, tidak semana-mana Haikal mula menggerakkan tubuhnya mengikuti rentak tari wanita bertopeng butterfly hitam itu. Wanita bertopeng butterfly hitam tersebut, tersenyum sinis apabila berjaya menarik perhatian Haikal. Lantas mereka menari bersama dan orang yang berada di sekeliling mereka, turut menari bersama mengikut rentak melodi muzik.

*********

Saiful Shah tersenyum senget memandang ke arah figura yang sedang menari di lantai tari dalam club Black Red.

"Menarilah kau dengan puas... sebentar lagi kau akan jatuh tersungkur!" gumam Saiful sendiri sambil ketawa kecil. Lalu dia menaguk minuman kerasnya dengan rakus.

Gelas yang kosong, kembali di isi berulang kali. dan tiba-tiba dia merasa sesuatu pada dirinya. Pandangannya mulai kabur dan badannya tiba-tiba sahaja terasa panas. Mukanya mula kemerahan dan dahinya mengeluarkan peluh.

"Apa sal dengan aku ni?" gumam Saiful sendiri. Dia memicit sedikit kepalanya. Makin lama tubuhnya makin panas dan naluri seksualnya kian menguasi dirinya.

"Tak kan minuman aku ada aphrodisioc?" soal Saiful pada dirinya. Lantas matanya melihat ke arah gelas yang di sentuhnya sebentar tadi. Sedang Saiful berperang dengan diri sendiri...

"Abang Saiful Shah, ok tak?" tanya wanita bertopeng butterfly merah secara tiba-tiba. Terpapar senyuman sinis di bibir wanita bertopeng tika itu.

"Kau..kau siapa? Macam mana kau tahu nama aku?" bentak Saiful dengan suara keras, dia masih cuba melawan rasa keinginannya. Wanita bertopeng itu masih tersenyum sinis.

"Apa rasanya? Seronok tak? Nak saya layan abang Aful?" soal wanita bertopeng butterfly merah itu dengan gaya menggoda. Saiful sudah tidak dapat mengawal nafsu seksualnya, lalu dia cuba menerkam wanita bertopeng butterfly merah itu. Namun dengan pantasnya tangan wanita bertopeng butterfly merah itu, menumbuk muka Saiful hingga jatuh ke lantai. Bibir lelaki itu pecah akibat dari tumbukan padu wanita bertopeng butterfly merah.

"Arggg!" Saiful mengarang kesakitan.

"Ricky...selesaikan lelaki tak guna ini!" arah wanita bertopeng butterfly merah itu dengan aura evil.

"Baik Ratu!" akur Ricky sambil tunduk hormat. Lalu dia segera mengerjakan tugasnya.

Di ketika itu, Haikal dan teman-temannya sudah berdiri kaku melihat kejadian sebentar tadi. Mereka tidak menyangka, wanita bertopeng butterfly merah...bisa tumbangkan seorang lelaki hanya dengan satu tumbukan sahaja.

Tanpa rasa bersalah, wanita bertopeng butterfly merah itu... melangkah pergi meninggalkan tempat tersebut. Dan apabila tiba di hadapan Haikal, wanita bertopeng butterfly merah itu berhenti melangkah. Matanya tajam merenung ke mata Haikal. Haikal menelan air liur, rasa gementar mulai terasa.

Sedetik berlalu, datang seorang wanita bertopeng butterfly hitam menyerahkan sesuatu kepada wanita bertopeng butterfly merah.

"Tuan sudah langgar empat syarat saya!" tutur wanita bertopeng butterfly merah sambil meletakkan songkok di kepala Haikal. Tanpa menunggu balasan dari Haikal, wanita tertopeng itu berlalu pergi dan diikuti dengan dua wanita juga bertopeng. Haikal sudah terpaku.

*********

Setelah wanita bertopeng butterfly pergi, Fazli sengaja menggerakkan bahunya melanggar bahu Haikal.

"Kau kenal kah siapa 'baby girl' itu?" soal Fazli dengan muka polos.

"Akira!" sebut Haikal dengan nada kesal.

"What... Akira? Tunang kau!" kata Fazli dengan riak terkejut. Haikal mengangguk kepala perlahan.

"Maafkan, Kal. Kami cuma nak... " belum habis Lokman berbicara, Haikal menceras.

"It's okay, aku minta diri dulu!" ucap Haikal. Tanpa menunggu jawapan dari teman-temannya, dia berlalu pergi dan keluar dari club Black Red itu.

**********

Di dalam kereta, Haikal menghentak stereng keretanya dengan kuat hingga bergegar. Dia melepaskan rasa kesalnya kerna boleh terlupa dengan syarat-syarat Akira.

"Apa aku dah buat ni?" soal Haikal pada diri sendiri dengan kesal.

Dia mencapai telepon bimbitnya, lalu menghubungi nombor Akira...tetapi panggilan tersebut, tidak di angkat. Dicuba lagi mendail nombor telepon tunangnya, namun hampa. Panggilan tersebut tidak di angkat. Haikal membuang telepon bimbitnya di tempat duduk penumpang sebelahnya.

"Kenapa aku boleh lupa dengan syarat-syarat dia? Kenapa?" ujar Haikal sambil meraup wajahnya.

Dengan fikiran yang bercelaru, Haikal menghidupkan enjin keretanya. Tanpa menunggu enjin panas, dia terus menekan pedal minyak dan keretanya laju meluncur meninggalkan kawasan parking club Black Red.

--------------------------------------------------

"Kau nak bawa aku ke mana?" bentak Saiful Shah yang ketika itu sudah meronta-ronta melawan nafsu seksualnya.

"Sabarlah... sebentar lagi, kau kan tahu." balas Ricky dengan riak beku.

Tidak sampai setengah jam, mereka tiba di suatu tempat.

"Bawa di keluar!" arah Ricky kepada orang-orangnya. Lantas tubuh Saiful di tolak masuk ke sebuah bilik itu.

"Have fun!" ujar Ricky sebelum menutup dan mengunci pintu bilik tersebut.

Keadaan dalam bilik itu agak gelap sedikit, tiba-tiba tubuh Saiful disentuh oleh seseorang. Dan tika tu juga nafsu seksualnya sudah kian kemuncak. Tanpa membuang masa, Saiful terus menerkam tubuh figura itu dan memuaskan nafsu seksualnya...tanpa mengenali siapa mangsa pemuas nafsunya itu.

--------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience