Bab 14

Romance Series 51364

Sudah 2 minggu Akira berada di kondominium Haikal,dan selama itu juga orang suruhan Dato Azahar masih mencari ke beradaan Akira.

" Bagaimana? kau sudah jumpa perempuan itu? " soal Dato Azahar pada Ali yang berdiri di hadapannya.
"Maaf Dato, kami belum dapat mengesan ke beradaan Cik Akira " jawab Ali tergagap-gagap sambil menunduk kepalanya, tidak berani memandang wajah Dato Azahar yang bengis ketika itu.

Dato Azahar tidak teragak-agak, dia terus menumbuk ke arah Ali bertubi-tubi. Dia merasa sangat marah kerna orang-orangnya masih gagal menemui Akira sampai sekarang.

Hanya tinggal beberapa minggu saja lagi majlis pertunangan antara Akira dengan teman baik cucu arwah ibu angkatnya akan berlangsung, dia tidak mahu rancangannya gagal kali ini.

"Aku nak kau cari perempuan itu sampai dapat. Jika tidak..." Dato Azahar mengacu pistol di dahi Ali.
"Peluru ini akan tembus di kepala Kay! " jerkah Dato Azahar pada orang suruhannya.
"Ba..ba.. baik, Dato! "ujar Ali, seluruh tubuh badannya bergetar mendengar jerkah dari Dato Azahar.

"Aku akan cari kau, AKIRA. Segala harta itu akan menjadi milik aku! " getus hati Dato Azahar dengan perasaan marah yang meluap-luap, lalu dia terus melangkah keluar dan meninggalkan kawasannya.

---------------------------------------------------

Akira seperti biasa sebaik saja Haikal ke pejabatnya, dia mula mengemas kawasan dalam kondo. Selesai membuat kerja rumah, Akira menukar pakaiannya. Dia hanya memakai singlet hitam dan seluar legging hitam paras lutut, kemudian Akira terus ke bilik gym majikannya untuk melakukan bersenam.

Di saat Akira melakukan senaman di bilik gym, ada seseorang sedang memerhatikannya.

"Berani dia guna gym aku.. perempuan ini bukan sebarangan orangnya, kaki gym ni perempuan" ujar Haikal sambil tersenyum sinis. Dia memerhati gerak-geri Akira melalui cctv yang dipadang melalui telepon bimbitnya.
"Boleh tahan...sexy..!" gumam Haikal lagi, tali lehernya mula dilonggarkan. Terasa panas pula.
Haikal mencapai briefcase lalu keluar dari bilik pejabatnya.

Hampir 2 jam Akira melakukan senaman dalam bilik gym. Badannya terasa letih, dia merebahkan badannya di sofa dalam bilik gym itu.

Entah bila masa Akira terlelap di sofa, tiba-tiba dia terasa ada jari manusia menyentuh wajahnya. Dengan ada seni pertahanan diri tanpa membuka mata, Akira terus menyerang dengan pantas.

Haikal ketika itu tersenyum senget, tiba-tiba terkejut apabila Akira menyerang dirinya dengan pantas. Belum sempat Haikal cuba mengelak diri, kaki Akira sudah pun mendarat di mukanya.

Tangan Akira melilit di leher musuhnya. Kini dia terus menolak tubuh musuhnya jatuh ke lantai. Lantas Akira duduk di atas perut musuhnya. Dia cuba membuat tumbukan tetapi terhenti apabila mendengar suara majikannya.
"Arrggghhh!!! " jerit Haikal yang mengerang sakit.

Akira terus membuka matanya.
"Tuan... " Akira terkaku melihat wajah Haikal yang lebam akibat perbuatannya.

"Kau kenapa ah? tiba-tiba saja serang aku! " marah Haikal sambil menyentuh wajahnya.
"Maaf, tuan. Saya tak sengaja. Saya sangkakan ada orang cuba mengambil kesempatan" ujar Akira dengan selamba saja.
"Siapa suruh kejutkan harimau sedang tidur?" bisik hati kecil Akira. Dalam hatinya juga sudah tersenyum riang.

"Sampai bila kau nak duduk atas perut aku ni? " soal Haikal dengan pandangan tajam.

"Alamak, apasal aku tak perasan ni" getus hati Akira apabila menyedari kedudukannya ketika itu.
"Maaf tuan, maaf!" kata Akira lalu bangun dari perut majikannya.
"Tuan ok kah? " tanya Akira sebaik saja Haikal cuba berdiri.
"Emm" Haikal masih lagi merasa sakit di wajahnya sambil bangun dari lantai.
"Ada apa-apa yang saya boleh bantu, tuan? "
"Tak payah, aku boleh lakukan sendiri. "

Haikal perlahan-lahan melangkah keluar dari bilik gym nya itu. Akira tersenyum sendirian sebaik saja majikannya sudah hilang dari pandangan matanya.

--------------------------------------------------

Di dalam bilik Haikal, dia duduk di katilnya.
" Boleh tahan perempuan ni dengan mata yang tertutup, dia boleh berlawan. Tak sangka dengan raut wajahnya yang menawan, berduri rupanya... interesting..." gumam Haikal dengan senyum sinis sambil menyentuh raut wajahnya yang membengkak.

Tidak lama kemudian, Haikal memcapai telepon bimbitnya dan membuat panggilan pada seseorang. Beberapa detik berlalu, talian di sambung.

"Hello. "

"Aku nak kau tolong carikan maklumat seseorang. "

"Nur Akira Syalinda "

"Apa-apa beritahu je. Kalau boleh aku nak secepat yang mungkin."

Setelah tamat panggilan, Haikal mengirim gambar pada orang yang di hubungi sebentar tadi.

"Sebentar lagi aku akan tahu siapa kau sebenarnya" detus hati Haikal.

---------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience