Bab 44

Romance Series 51364

"Assalammualaikum." Akira memberi salam sebaik sahaja menolak pintu pejabat Haikal. Dan dia tergamam apabila melihat Haikal sedang bercium dengan bekas kekasih gelap. Anak matanya tajam memandang ke arah dua merpati itu.

Haikal terkejut di saat mendengar suara yang dirindui. Segalanya berlaku dengan sekelip mata. Dan secara sepontan kedua tangannya menolak Baizura hingga tubuh perempuan itu terdorong ke dinding. Anak matanya tajam memandang Baizura yang tersenyum puas ke arah Akira.

"What are you doing with my fiance?" soal Akira dengan tenang. Tetapi di dalam hatinya, sudah menyumpah serana terhadap dua ekor monyet di hadapannya itu.

"Kau tak nampak kah apa yang kami buat tadi? atau kau pura-pura tak nampak?" jawab Baizura acu tak acu. Akira membuka langkah kakinya menghampiri Baizura yang berada di sisi Haikal. Dan tidak semana-mana ringan sahaja tangannya menampar wajah perempuan itu.

"Berani kau tampar aku?" tengking Baizura. Akira hanya tersenyum sinis.

"Sayang, perempuan ni tampar i... sakitlah sayang!" rengek Baizura. Dia meminta simpati terhadap Haikal, namun Haikal tidak menghiraukannya. Anak matanya masih tertumpuh ke arah insan yang amat dirindui.

"Kau sudah melebihi batas, Cik Baizura!" lancar sahaja Akira menutur kata.

"Kau..." Baizura geram. Tangannya di angkat laju, namun dengan pantas Akira menghalang dan memegang pergelangan tangan Baizura. Kemudian dia terus memulas tangan kebelakang perempuan itu.

"Sayang... help me! Sakit..." rayu Baizura meminta pertolongan. Dia merasa sakit di pergelangan tangannya. Haikal cuba melangkah tetapi langkah kakinya terhenti sebaik sahaja Akira bersuara.

"One step you move, our engagement is over!" Akira memberi amaran. Haikal terkaku di tempat di berada sekarang. Renungan tajam Akira kepadanya, membuatkan dia seperti pernah melihat renungan itu.

"Renungan matanya sama seperti perempuan yang aku lawan. Dan suaranya juga sama. Adakah Linda yang aku lawan?" soal Haikal di dalam hatinya.

Bila melihat Haikal tidak bergerak dan anak matanya merenung ke arah Akira, hati Baizura sakit. Lalu dia cuba merontan-rontan untuk melepaskan diri, namun tidak berjaya. Semakin dia meronta semakin itu juga Akira menekan pergelangan tangannya.

"Hei perempuan, lepas lah... sakit. Kau ni samseng kah?" bentak Baizura dengan perasaan marahnya.

"Kalau aku kata ya... kau nak buat apa?" ujar Akira dengan selamba. Baizura sudah menelan air liur nya. Haikal tika tu, raut wajahnya sudah berubah riak.

"Apasal kau diam? Takut?" soal Akira dengan senyuman sengetnya.

"Perempuan macam kau, tak layak bersama dengan Haikal." ujar Baizura.

"Kalau aku tak layak dengan Haikal.., perempuan macam mana yang layak? kau kah?" soal Akira.

"Lepaslah perempuan sial... sakit!"

"Aku boleh lepaskan... tapi dengan syarat?"

"What the hell!" rungut Baizura. Dia tidak berpuas hati.

"Up to you.. cuma aku nak bagi tahu kat kau, kemungkinan tangan kau ni takkan selamat... kalau kau masih keras kepala!" ugut Akira. Haikal sudah kecut perut melihat cara yang di buat oleh tunangnya.

"Kau siapa sebenarnya Linda? Lagak gaya kau seperti seorang mafia. Jangan-jangan dia... Ratu! " Haikal bersoal jawab dengan diri sendiri.

"Ok ok... aku setujuh. Lepaskan tangan aku, sekarang!" akhirnya Baizura mengalah, setelah mendengar ugutan daripada Akira.

"Baik, aku akan lepaskan. Tapi ingat, jangan nak berlagak pandai!" Akira memberi amaran. Baizura menganggukkan kepala. Lalu perlahan-lahan Akira melepaskan tangan Baizura dari tangannya.

"Kau boleh duduk di sana, sebentar lagi... orang aku akan datang!" kata Akira dengan nada tegas. Baizura menggosok-gosok pergelangan tangannya yang dipulas itu sambil duduk di sofa yang berada dalam bilik Haikal. Akira juga turun duduk di sofa dan berhadapan dengan Baizura. Manakala Haikal duduk di sisi tunangnya.

*****************

Beberapa minit berlalu, daun pintu bilik pejabat Haikal di ketuk dari arah luar. Lantas Akira memberi kebenaran.

"Coming!" Hisyam muncul sebaik sahaja pintu di buka, kemudian menutupnya semula. Langkah kaki terus menuju ke arah Akira yang sedang duduk di sofa bilik pejabat Haikal.

Hisyam menghulurkan sehelai kertas kepada Baizura yang sedang duduk bertentangan dengan Akira.

"Aku nak kau sain di kertas itu!" arah Akira dengan nada keras. Baizura mencapai kertas itu dan meneliti isi kandungannya. Terbutang matanya apabila membaca syarat tersebut.

"What the hell! Kau fikir kau siapa ah? Bagi syarat tak masuk akal!" bentak Baizura tidak setujuh dengan syarat yang di beri oleh Akira. Akira sudah tersenyum mengejek.

"Kau sendiri kata yang aku ni samseng, so...?" jawab Akira sambil sebelah keningnya di angkat. Sengaja dia menggantungkan ayatnya.

"Aku tak nak sain!"

"Are you sure?"

"Yes!"

"Okay! Hisyam, urus minah ni!" arah Akira dengan riak wajah dingin.

"Baik Cik Akira," sahut Hisyam. Lalu dia memghampiri Baizura sambil mengeluarkan sesuatu dari arah belakang bajunya.

"Kau nak buat apa ah?" soal Baizura pura-pura berani. Akira tidak menjawab, anak matanya tajam memandang ke arah Baizura yang berani menyoalnya.

Haikal sudah seperti cacing kepanasan apabila melihat pengawal peribadi Akira cuba buat sesuatu terhadap Baizura. Dia cuba bangun dari tempat duduknya ,namun lengan tangannya sudah di tahan oleh Akira.

Nampak sahaja benda yang berada di tangan orang Akira, Baizura sudah gelabah. Perasaan takut mula timbul dalam dirinya.

"Ok ok... aku sain." tutur Baizura dalam ketakutan. Lalu dia segera mencapai pen yang ada di atas meja. Akira sudah tersenyum kemenangan.

"Tadi berani sangat nak melawan, nampak pistol... dah jadi penakut!" desis Akira perlahan. Di dalam hatinya sudah ketawa melihat reaksi Baizura yang dalam ketakutan.

Selesai sahaja Baizura mentandatangani kertas perjanjian, Akira mengambil kertas itu semula. Terukir senyuman nipis di bibir Akira.

"Good... mulai hari ini, kau tidak boleh ganggu hidup kami lagi. Jika kau langgar perjanjian ini, aku tidak akan teragak-agak ambil tindakan terhadap Cik Baizura. And now, you get out!" tegas Akira. Dengan perasaan benci, Baizura mencapai beg tangannya lalu meninggalkan bilik tersebut.

"Satu perkara dah selesai, tinggal mamat ni lagi!" bicara Akira di dalam hati.

***************************

"Ok, saya tak nak banyak cakap... straight to the point. Tujuan saya datang ke sini nak bincangkan tarikh pernikahan kita. Saya setujuh pernikahan kita di percepatkan tetapi ada syarat. Jika Tuan Haikal tidak setujuh dengan syarat saya, pernikahan kita akan berlangsung sepuluh bulan akan datang!" jelas Akira.

"Baiklah. Apa syarat-syarat you?" soal Haikal dengan senyuman manisnya.

"Hisyam," panggil Akira. Hisyam mengangguk kepala, lalu tangannya membuka beg yang ada di tangannya. Kemudian dia mengeluarkan sekeping kertas dan menghulur kertas tersebut kepada Haikal. Haikal terus mencapai kertas itu dan meneliti satu persatu syarat Akira.

******

"I tak boleh terima syarat-syarat you ni, Linda!" bantah Haikal sebaik sahaja selesai membaca syarat-syarat Akira. Akira tersenyum sumbing.

"Tuan tahu kan... pernikahan kita ini atas dasar amanat keluarga." bidas Akira.

"Maybe, kalau bukan amanat nenek kita.. kita tidak akan berkahwin. Sebab saya tahu, Tuan Haikal tidak suka mempunyai sebarang ikatan." kata Akira lagi.

"You salah. I ikhlas menerima pernikahan kita ini!" jujur Haikal.

"Bullshit... I no you, Tuan Haikal Iskandar Bin Dato Haris." ujar Akira dengan senyuman sinis.

"Ok, jujur i katakan... pada permulaannya memang benar i tidak setujuh dengan perkahwinan ini kerna i belum bersedia lagi nak menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami. But, bila i jumpa you.. i sudah jatuh hati kat you, Linda. I ingin hidup bersama dengan you." Haikal berterus terang.

"Nonsense! Tuan tidak kenal saya pun. Dan tiba-tiba saja tuan kata tuan sudah jatuh hati kat saya... so funny!" Akira ketawa mengejek.

"You masih ingat lagi, masa you tinggal dengan i?" Haikal cuba mengingatkan Akira.

"Of course... i remember. Thanks again... kerna tolong saya waktu dan sekaligus menjadi maid tuan Haikal selama sebulan. Dan dalam masa itu juga, saya sudah mengenali diri Tuan Haikal Iskandar. Seorang lelaki playboy, suka masuk club, buat maksiat di mana-mana. Suka berlagak. Menindas orang dan tidak ikhlas membantu orang!" Akira menyebut satu-persatu sikap yang ada pada diri Haikal. Haikal terbukam.

"Kau ingat aku ni bodoh kah? Nak percaya cakap kau tu!" geram Akira di hati.

"I'm sorry, Linda. I khilaf masa tu. Bila you dah keluar dari kondo i... baru i perasan. Yang sudah jatuh hati kat you." Haikal meluahkan perasaan di hatinya.

"Please, give me a chance... untuk memperbaiki diri i?" rayu Haikal bersungguh. Dia rasa menyesal di atas perbuatannya sebelum ini.

"Baiklah, kalau Tuan Haikal inginkan peluang kedua... sila ikut syarat saya, mudah saja. Jika tidak... anggap sahaja kita tiada jodah!" Akira tetap dengan pendiriannya. Haikal terdiam seketika. Sesaat berlalu, Haikal bersuara.

"Baiklah, kalau itu yang kau nak... i terima syarat-syarat, you!"

"Good, sila sain perjanjian itu. Tapi ingat... jika Tuan melanggar syarat-syarat saya, Tuan akan menerima hukuman!" Akira memberi peringatan. Haikal menganggukkan kepala.

Dengan berat hati, dia mentandatangani kertas perjanjian. Selesai sahaja Haikal mentandatangani perjanjian itu, Hisyam mengambil kertas tersebut dan memasukkan ke dalam briefcase.

"Terima kasih Tuan Haikal di atas kerjasama anda. Hujung bulan ni, kita bernikah." ujar Akira tanpa nada.

"What... hujung bulan kita nikah? But... I belum lagi ambil krusus kahwin?" jawab Haikal seperti tidak berpercaya dengan ayat yang keluar di mulut tunangnya itu.

"Tuan tak perlu risau, orang-orang saya sudah urus krusus kahwin kita. Esok kita hadir krusus kahwin, nanti saya sent location kat Tuan." jelas Akira. Haikal sudah tercengang.

"Dia sudah rancang, rupanya. Ok, aku akan cuba mengikut rentak kau, Linda." gumam Haikal sendiri.

"Sekarang waktu rehat, jom lunch... saya belanja!" ajak Akira sambil mengerling jam di tangannya. Haikal terus tersenyum lebar bila Akira mengajak dia makan bersama.

"Ok, i follow you... sweetheart," tutur Haikal dengan suara manja. Akira menaikkan bebola anak matanya.

"Mengada-ada..." desis Akira pelahan.

"Akan ku tawan hatimu, wahai bidadariku" tekad Haikal di hatinya.

---------------------------------------------------

Maaf... jika ada kekurangan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience