Bab 49

Romance Series 51364

Ketika Doktor Mikhail ingin masuk ke bilik wad Akira dan dalam masa Hisyam mencegahnya di hadapan pintu tersebut.

"Kau tak boleh masuk!" ujar Hisyam dengan reaksi bekunya. Doktor Mikhail tersenyum sinis.

"Kau siapa nak larang aku masuk untuk berjumpa dengan patient aku?" balas doktor Mikhail dengan lagaknya.

"Aku bodyguard Cik Akira. Tugas aku menjaga keselamatan majikan aku. Cik Akira tidak mahu menerima rawatan susulan dari kau! Dia sudah menerima rawatan susulan dari doktor lain." jelas Hisyam dengan tegas.

"What? Kau jangan nak mengarut. Cik Akira adalah patient aku. Tak ada doktor lain boleh merawat dia selain aku!" bentak doktor Mikhail dengan rasa tidak puas hati.

"Kau ingat, kau saja doktor yang ada di sini? Sudahlah... doktor Mikhail. Lebih baik kau pergi merawat pesakit kau yang lain. Atau... kau tak ada pesakit lain lagi, selain Cik Akira!" bidas Hisyam dengan selamba. Doktor Mikhail ingin membalas kata, namun ianya tak terungkap apabila namanya disebut.

"Doktor Mikhail, doktor Fadhil panggil. Dia nak berjumpa dengan doktor di biliknya sekarang juga!" kata seorang jururawat.

Doktor Mikhail mendegus kasar. Dengan perasaan sebal, dia melangkah pergi ke bilik atasannya. Hisyam sudah tersengih.

**********

Tiba di depan pintu bilik doktor Fadhil, doktor Mikhail mengetuk pintu tersebut.

Tok tok tok...

"Masuk!" suara dari dalam bilik itu, memberi kebenaran masuk.

Pintu dikuak perlahan, doktor Mikhail melangkah masuk ke dalam.

"Ada apa doktor nak berjumpa dengan saya? Dan kenapa patient saya, di rawat oleh doktor lain?" Doktor Mikhail melepaskan perasaan tidak puas hatinya.

"Bertenang doktor Mikhail, sila duduk dulu. Ada..." belum pun habis doktor Fadhil berbicara, doktor Mikhail sudah memotong...

"Terima kasih doktor, saya selesa berdiri. Cakaplah, apa yang doktor nak katakan kepada saya."

"Baiklah, kalau doktor dah kata begitu. Saya tak nak mengambil banyak masa doktor kerna saya dapat tahu, doktor Mikhail sangat sibuk. Straight to the point... tujuan saya panggil doktor Mikhail datang berjumpa dengan saya ialah... patient kita, Cik Nur Akira Syalinda... mengucapkan ribuan terima kasih kepada doktor Mikhail kerna sudah membantu merawat dirinya." terang Doktor Fadhil dan berhenti sejenak. Doktor Mikhail sudah tersenyum sumbing.

"Hanya sebab itu sahaja kah...doktor nak sampaikan kepada saya?" cela doktor Mikhail dengan riaknya.

"Nope! ... ada lagi." balas doktor Fadhil, kemudian dia kembali meneruskan bicaranya.

"Cik Akira.. tidak mahu doktor Mikhail merawat dia lagi. Sebab doktor kan sangat busy. So, dia tidak mahu mengganggu kerja doktor. Cik Akira, fobia. Dia takut nanti, dirinya akan dibiarkan lagi hingga tak sedarkan diri." jelas doktor Fadhil dengan raut wajah sudah bertukar tegang.

Doktor Mikhail tergamam mendengar bicara ketua atasannya itu. Hatinya mula risau dan fikirannya sudah tidak tenang.

"So, sekarang doktor Mikhail sudah tahu kan... sebab kenapa doktor di larang masuk ke wad Cik Akira." ujar doktor Fadhil. Dengan perlahan doktor Mikhail menganggukkan kepala.

"Doktor Mikhail. Ini bukan pertama kali saya mendapat aduan tentang sikap doktor begini. Saya nak tanya, adakah doktor Mikhail masih berminat berkerja di hospital ini atau tidak?" soal doktor Fadhil dengan suara tegas. Doktor Mikhail masih membisukan dirinya.

"Jika doktor Mikhail masih berminat berkerja di sini, please... ubah sikap doktor. Saya tak nak, kes ini berulang lagi. Ini kali terakhir saya terima aduan tentang sikap doktor ni. Tapi, jika doktor Mikhail sudah tidak berminat berkhidmat di hospital ini... doktor boleh resign!" sambung doktor Fadhil lagi. Doktor Mikhail terus mendongak, melihat wajah ketua atasannya.

"Baiklah... saya berjanji, saya akan ubah sikap terhadap kerja saya, doktor!" jawab doktor Mikhail perlahan.

"Good... saya pegang janji, doktor. Sekarang, doktor Mikhail... boleh teruskan merawat patient doktor... but, not... Cik Akira!" Doktor Fadhil memberi peringatan.

"Baik, doktor. Saya minta diri dulu." jawab doktor Mikhail dengan wajah suram.

---------------------------------------

Kelihatan Akira sedang bersiap-siap untuk keluar dari bilik wad nya. Manakala Hisyam pula, fikirannya sudah berbelah bagi. Dia masih was-was dengan keadaan Akira pada tika itu. Mahu tidak mahu, dia harus bersuara.

"Kau ok tak ni?"

"Aku oklah. Kau sendiri dengar kan, apa yang doktor tu cakap tadi. Luka di kepala aku ni, tak teruk sangat. Insyallah, dalam seminggu.. ok dah!" jawab Akira sambil merapikan dirinya. Hisyam menggelengkan kepalanya, dia sudah dapat mengagak dengan jawapan yang diberi oleh Akira.

"Yang kau tu pula, kenapa? Kepala kau sakit kah?" perli Akira dengan senyum senget.

"Tak lah, kepala aku, ok je... cuma..." Hisyam sengaja menggantungkan ayatnya.

"Cuma apa?" soal Akira penasaran.

"Tadi Mikhail datang." pancing Hisyam. Dia ingin melihat reaksi sahabatnya itu.

"Dia nak apa?" soal Akira dengan malas.

"Dia kan doktor kat sini. Lagipun..kau kan patient dia... tentulah dia datang nak merawat kau. Dia... " Hisyam tidak meneruskan bicaranya apabila melihat Akira sudah mengangkat tangan.

"Cukup... aku tak nak dengar tentang diri dia lagi!" ujar Akira dengan kembali aura dinginnya.

"Ok." akur Hisyam.

Keadaan mulai cenggung seketika.

"Akira!" Hisyam memberanikan bersuara.

"What?" sahut Akira acuh tak acuh sahaja.

"Betul ni, kau tak nak stay kat sini lagi?" soal Hisyam minta kepastian.

"Ya, aku nak balik. Kau nak ke dengar bebelan Datin Sri Arani Lin?" usik Akira. Dia cuba mengusir ketegangan suasana tika itu.

"Hiss... tak nak aku. Sakit telinga, yuk!" pantas saja Hisyam menjawab dengan wajah cemberutnya.

"Ahh...tahu pun takut!" ucap Akira sambil ketawa kecil. Dan Hisyam pun juga, turut tertawa bersama.

"Oklah, kau tunggu di sini sekejap... biar aku settle kan dulu, bil... bossku ini!" ujar Hisyam dengan sedikit sisa tawanya.

"Ok, my bodyguard. Jangan lupa minta nombor telepon staff nurse ye!" usik Akira lagi. Hisyam menggelangkan kepala, bila mendengar usikkan dari sahabatnya itu. Kemudian dia berlalu pergi.

Tidak sampai seminit pun pintu bilik wad Akira di tutup, pintu tersebut kembali di buka. Akira mengagak, Hisyam yang kembali masuk ke bilik wad nya. Lalu dia bersuara tanpa memandang ke arah sahabatnya itu.

"Aii, Syam. Tak kan ada yang tertinggal!" tanya Akira sambil memasukkan telepon bimbitnya ke dalam beg tangan.

"Yes.. hati saya ada di sini!" jawab suara asing.

Akira tersentak. Bagaikan dirinya dipukau, Akira menegakkan diri dan matanya... tepat memandang ke anak mata suara asing itu.

"I miss you, Syalinda!" ucap doktor Mikhail dengan senyuman gemersiknya. Dia mengatur langkah menghampiri tubuh Akira yang seperti patung tika itu.

Apabila tangan doktor Mikhail mendarat di kedua bahu Akira.., Akira tersedar dari dunia hayalannya. Tangannya terus menepis kedua belah tangan doktor Mikhail yang berada di bahunya. Kemudian dia menjarakkan dirinya daripada doktor itu.

"Kenapa kau masuk ke sini?" soal Akira tanpa nada. Raut wajahnya sudah berubah dingin.

"Syalinda... i miss you so much. Please, come back to me!" rayu doktor Mikhail mula mengedur suaranya. Akira terus tersenyum sinis.

"Kau nak aku kembali kepada kau? are you crazy" soal Akira dengan rasa sebal.

"Yes, i'm crazy because of you... Syalinda. Please, give me a chance!"

"Maaf, kau dah terlambat!"

Doktor Mikhail terbukam sejenak. Dia cuba mencerna, apa maksud di sebalik ungkapan Akira tika itu. Di saat Doktor Mikhail ingin bersuara, tiba-tiba pintu bilik wad Akira di ketuk. Kemudian muncul susuk tubuh Hisyam masuk ke dalam ruang bilik tersebut. Tanpa melengangkan masa, Akira terus mengatur langkah kakinya.

"We go right now!" sebut Akira senada sambil berlalu pergi.

------------------------------------

Akira berada di lobby sementara menunggu Hisyam mengambil kereta. Hatinya kembali sakit bila mendengar luahan doktor Mikhail tadi.

"Bullshit!" luah Akira dengan rasa geram.

"Dia fikir dia siapa? senang-senang je nak minta aku balik kat dia. Jangan mimpilah!" omel Akira sendirian.

Merasa lama menanti kedatangan pengawal peribadinya, Akira mula tersedar yang beg tangannya tertinggal di bilik wad.

"Allahhuakhbar! Beg tangan aku, tertinggal di wad pula!" ujar Akira sambil menepuk dahinya perlahan. Mahu tak mahu, dia terpaksa kembali ke bilik wad nya semula.

--------------------------------------

Dalam bilik wad Akira,

"Stop chasing him!" ujar Hisyam dengan wajah ketat.

"Why?" soal doktor Mikhail seperti minta penjelasan.

"He is now someone's fiance... and in a few days, she will be the wife of the people!" jelas Hisyam. Doktor Mikhail ketawa mengejek.

"You're a liar! Kau ingat aku tak tahukah yang kau ada hati kat Syalinda." bidas doktor Mikhail. Hisyam terpempan, namun dia cuba mengekalkan reaksi wajahnya.

"Kenapa diam? Cuba nak menafikannya lagi? Jujur saja Hisyam, yang kau memang ada hati pada Syalinda.... 'Ratu kick boxing'!" Doktor Mikhail cuba memancing emosi Hisyam.

"Ya, aku mengaku...aku memang menyukai dan menyintai Syalinda selama ini," akhirnya Hisyam meluahkan rasa hatinya. Doktor Mikhail tersenyum puas.

"Tapi tak bermakna aku hendak harus memilikinya. Kerna aku tahu dan sedar, ... Syalinda hanya menganggap aku tak lebih daripada seorang sahabat." tambah Hisyam lagi.

"Aku sebagai bodyguard dia, akan menjaga... dirinya dengan selamat. Meskipun nyawa aku dipertaruhkan." ungkap Hisyam dengan hati yang ikhlas.

Di saat Hisyam memusingkan tubuhnya ke arah pintu, dia terus terpaku. Tenungan anak mata Akira, tepat mengena ke matanya. Hisyam menelan air liurnya. Dia tidak dapat mentafsirkan renungan mata Akira kepadanya.

Akira berlagak biasa. Dia cuba mengawal reaksi dirinya. Tanpa bersuara, Akira melangkah masuk ke dalam bilik wad itu dan mencari beg tanganya.

-------------------------------------

Semenjak terdengar luahan hati Hisyam, Akira membisukan diri. Suasana dalam kereta agak canggung. Hanya lagu di corong radio yang memecahkan kesunyian di antara mereka. Lidah Hisyam kelu, tidak tahu macam mana nak berbicara dengan Akira tika itu.

"You okay, Akira?" soal Hisyam dengan rasa gementar.

Seminit... dua minit berlalu. Akira masih mendiamkan diri. Hisyam sudah merasa cuak. Dia cuba memberanikan diri lagi bersuara.

"Akira... aku..."

"Aku nak rehat sekejap. Sampai nanti, kau kejutkan aku," ceras Akira, apabila Hisyam cuba menutur kata.

"Baik!" sahut Hisyam sepatah dan diikuti keluhan kecil.

*********

"Akira, get up!" Hisyam mengejutkan Akira dari tidur. Dengan perlahan, Akira membuka kelopak matanya.

"Hisyam, esok... kau tak perlu datang jemput aku. Aku nak rehat. Kau pergi ke mission kita. Buat apa yang patut. Dan kau tunggu sahaja panggilan dari aku!" Akira memberi arahan sebelum keluar dari perut kereta.

"Ok!" jawab Hisyam sambil mengangguk kepala perlahan. Dia sudah dapat mengagak, Akira cuba mengelak diri daripadanya.

Sebaik sahaja Akira hilang dari pandangan matanya, Hisyam memandu kereta keluar dari kawasan Villa Dato Sri Ariff Shah.

-------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience