Bab 21

Romance Series 51364

Cahaya sang suria di awal pagi, mula menerangi pelusuk bumi. Akira sudah pun berada di dapur untuk menyediakan sarapan pagi kali ini. Ketika Mak Dah dan Linda memasuki ruang dapur, mereka agak terkejut apabila melihat sarapan pagi sudah pun siap disediakan di atas meja dapur.

"Akira kah yang siapkan ini semua? " tanya Mak Dah merasa serba salah.

"Ya Mak Dah. Tinggal nak buat air ni je lagi" jawab Akira sambil tangannya membancuh coffee di teko.

"Bertuahnya siapa jadi suami, Akira. Dah lah cantik, tinggi lampai, berpelajaran, pandai memasak, ra.... ". Mak Dah tidak meneruskan kata pujiannya kerna Akira memotong percakapannya.

"Dah dah... jangan nak puji Akira lebih-lebih, nanti bertambah kembang pula Akira " pintas Akira mematikan tutur bicara Mak Dah.

"Mak Dah dan Linda tolong hidangkan di meja makan ya. Akira nak naik dulu, nak bersiap " sambung Akira lagi setelah siap membancuh coffee.

Kemudian dia berlalu pergi dan meninggalkan ruang dapur. Kakinya terus melangkah menaiki anak tangga. Tinggallah Mak Dah dan Linda di dapur, tanpa membuang masa mereka segera menghidangkan sarapan di atas meja makan.

Dato Sri Ariff Shah dan Datin Sri Arani Lin ke keluar dari bilik dan menuruni anak tangga untuk ke bawah. Sarapan pagi sudah pun siap dihidang di atas meja makan, lalu sepasang suami isteri itu berjalan beriring menuju ke meja makan tersebut.

"Assalammualaikum." Dato Sri Ariff Shah memberi salam sebaik saja tiba di ruang meja makan.

"Waalaikumsalam ..,Dato Sri" jawab pembantu-pembantu rumahnya serentak.

"Akira belum turun lagi, Mak Dah? " soal Dato Sri Ariff Shah kepada pembantu rumahnya, sambil melabuhkan punggungnya di kerusi.

"Tadi Cik Akira dah turun. Cik Akira yang sediakan saparan pagi ni, Dato Sri. Selepas tu, Cik Akira naik ke atas semula. Katanya nak bersiap" jawab Mak Dah dengan panjang lebar.

Terkesima Dato Sri Ariff Shah dan isterinya bila mendengar penerangan daripada Mak Dah. Mereka berpandangan di antara satu sama lain. Kemudian Datin Sri Arani Lin bersuara.

"Betulkah apa yang di katakan oleh Mak Dah, Linda?"

"Betul Datin Sri, Cik Akira yang menyediakan semua sarapan pagi ni. Kami hanya tinggal menghidangkan saja" jawab Linda menyokong hujah Mak Dah.

"Anak abang ni, biar betul. Sejak bila pula Akira masuk dapur? " ujar Datin Sri Arani Lin sambil memerhatikan masakkan anaknya di atas meja.

"Tak tahu lah, sayang. Abang pun terkejut juga" kata Dato Sri Ariff Shah turut memandang makanan di hadapannya.

Tidak berapa lama kemudian, Akira turun ke bawah dengan mengenakan satu set baju blazer berwarna ungu. Rambutnya di biarkan tak berikat. Dia berjalan menghampiri kedua orang tuanya di meja makan.

Lagi sekali Dato Sri Ariff Shah dan Datin Sri Arani Lin terbungkam melihat pakaian di tubuh anak mereka tanpa berkerlip. Akira menyedari akan reaksi kedua orang tuanya, lantas dia mencetuskan suasana sunyi sepi itu dengan memberi salam.

"Assalammualikum..."

"Waalaikumsalam..." sahut Dato Sri Ariff Shah dan isterinya hampir serentak. Mata mereka masih tertumpuh ke arah Akira.

"Kenapa papa dan mama tengok Akira macam tu? Baju ni tak sesuai dengan Akira kah? " tanya Akira sambil memandang kedua orang tuanya.

"Akira nak ke mana dengan pakaian ni? anak papa nak masuk office kah? ". Dato Sri Ariff Shah tidak menjawab pertanyaan dari Akira sebaliknya dia pula bertanya kepada anaknya.

"Yup, Akira masuk office. Cuti Akira kan dah habis, so... Akira masuk office lah." Selamba badak saja Akira menjawab pertanyaan dari papanya.

Terukir senyuman lebar di bibir Dato Sri Ariff Shah, hatinya merasa gembira hingga tak terkata bila mendengar jawapan daripada satu-satunya anak yang dimiliki.

Doa makan di baca, selepas itu mereka sekeluarga menjamah sarapan bersama-sama.

"Rajin anak papa buat sarapan pagi, ada apa-apa kah? ". Dato Sri Ariff Shah cuba menyelami apa yang bermain di fikiran Akira.

"Nope... saja je. Akira terbangun awal subuh tadi, jadi Akira buatlah sarapan terus. Mungkin lepas ni, Akira tak dapat buat sarapan lagi. Sibuk dengan kerja " jelas Akira, tidak mahu kedua orang tuanya banyak berfikir.

"Tak sangka pula anak mama ni pandai masak, sedap lagi tu. Dah boleh jadi isteri orang, dah" puji Datin Sri Arani Lin serta mengusik anaknya.

"Mama, setakat masak nasi goreng kampung... tak semestinya dah boleh jadi isteri orang. Banyak lagi yang perlu Akira pelajari." Akira cuba menyangkal kata-kata daripada Datin Sri Arani Lin. Dia juga tahu mamanya cuba mengusik dirinya.

Setelah selesai bersarapan, Dato Sri Ariff Shah bersiap untuk pergi ke pejabatnya. Belum sempat Dato Sri Ariff Shah mengajukkan soalan, Akira terlebih dahulu bersuara.

"Papa pergi office dulu, Akira lewat sedikit masuk office. Ada hal yang perlu Akira urusankan ."

" Ok, jangan pula tak datang. Nanti Akira sampai, terus je pergi bilik Papa" ujar Dato Sri Ariff Shah.

"Ok, pa " kata Akira dengan senyuman.

Sebelum Dato Sri Ariff Shah pergi ke pejabatnya, Datin Sri Arani Lin menyalam dan mencium tangan suaminya. Kemudian dia memberi briefcase kepada Dato Sri Ariff Shah.

"Hati-hati ya, bang." Datin Sri Arani Lin merasa risau terhadap suaminya.

"Insyaallah, sayang juga sama. Berhati-hati nanti pergi ke kedai bunga, sayang " balas Dato Sri Ariff Shah, lalu mencium dahi isterinya sebelum melangkah keluar dari rumahnya.

Kereta BMW Dato Sri Ariff Shah mula menyusur keluar dari perkarangan Villa, tidak sampai beberapa minit kereta Honda City Sport Hybrid pula memasuki halaman Villa Dato Sri Ariff Shah.

Kini giliran Akira menyalam dan mencium tangan Datin Sri Arani Lin. Di saat Akira memandang wajah mamanya, Datin Sri Arani Lin bertanya.

"Siapa tu? "

"Mama jangan risau, itu bodyguard Akira " jawab Akira seakan tahu apa yang bermain di minda Datin Sri Arani Lin.

" Sejak bila Akira ada bodyguard ni? "

"Nanti saja Akira terangkan pada mama. Sekarang ni, Akira perlu pergi "

"Baiklah, hati-hati ya sayang."

Akira membuka langkahnya dan terus masuk ke dalam kereta Honda City Sport Hybrid. Datin Sri Arani Lin memerhati kereta yang di naiki oleh anaknya sehinggalah hilang di pandangannya.

------------------------------------------------------

"Dato, orang kita sudah menemukan Cik Akira. Ini gambar-gambar yang di ambil oleh orang kita " kata Rizal kepada Dato Azahar yang sedang duduk di kerusi pejabatnya sambil menghembus asap rokoknya.

Rizal meletakkan sampul di atas meja, kemudian dia berdiri tegak semula. Lantas Dato Azahar mencapai sampul itu dan membukanya.

"Dia sekarang berada di mana? " soal Dato Azahar, lalu mencampakkan gambar-gambar itu di atas meja kerjanya.

"Sekarang Cik Akira berada di Villa Dato Sri Ariff Shah, Dato" jawab Rizal sambil memandang wajah Dato Azahar.

"Suruh Ali, berjumpa dengan aku sekarang juga ! " arah Dato Azahar dengan keras.

"Baik, Dato" kata Rizal lalu melangkah keluar.

"Bagus, akhirnya kau munculkan diri juga. Kali ini aku akan pastikan plan aku tidak akan gagal lagi" setelah itu di selang dengan ketawa yang memenuhi ruang bilik.

Gambar Akira yang baru diperolehi tadi ditampal di ruangan khas, gambar-gambar Akira dan keluarganya turut ditampal di situ serta keratan-keratan akhbar juga di tampal.

Tidak sampai sepuluh minit, kedengaran pintu biliknya di ketuk.

Tok Tok tok...

"Masuk". Lantang suara Dato Azahar di ruang bilik kerjanya.
Pintu di buka, kelihatan kelibatan Ali dan Rizal sedang melangkah masuk ke dalam bilik kerja Dato Azahar. Ali berhenti melangkah dan berdiri tegak di hadapan meja kerja Dato Azahar, manakala pula Rizal berdiri tidak jauh keberadaan Dato Azahar.

"Aku nak kau culik cik Akira, pastikan kali ini kau tidak terlepas lagi! " arah Dato Azahar dengan bengisnya.

"Baik Dato, " patuh Ali.

"Bagus. Tapi ingat, ini peluang terakhir kau. Jika gagal lagi, aku tidak teragak-agak lenyapkan kau di muka bumi ini. Sekarang kau boleh pergi! "

Ketika Ali menghampiri pintu, telepon bimbit Dato Azahar berbunyi.

"Tunggu Ali " kata Dato Azahar sebelum mengangkat panggilan teleponnya.

Ali menoleh ke arah majikannya yang ketika itu sedang menyambut panggilan dari telepon bimbit.

"Hello...!" sapa Dato Azahar sebaik saja menekan butang icon hijau.

"Hello Dato. Markas kita kena serbu Dato!" suara cemas dalam talian.

"Siapa yang berani masuk ke markas aku? " jerkah Dato Azahar dengan suara garaunya.

"Pihak polis, Dato. Sampai sahaja saya di kawasan markas kita, kelihatan kereta polis sudah berada di markas. Orang-orang kita, habis kena tangkap.. Dato."

"Apa? Macam mana pihak polis boleh tahu lokasi markas kita? "

"Saya tidak tahu, Dato. Jadi bagaimana sekarang no, Dato? "

"Kau tunggu di sana, sebentar lagi aku datang! "

"Baik Dato."

Sebaik saja talian di matikan, Dato Azahar melepaskan amukkannya. Barang-barang yang berada di atas mejanya, habis di selerakkan.

"Rizal, Ali... ikut aku! " jerit Dato Azahar dengan amarahnya, lalu keluar dari bilik kerjanya.

Rizal dan Ali terpaksa akur dan terus mengikuti majikannya dari belakang.

"Itu baru permulaan Dato Azahar, seterusnya akan ada lagi menyusul. Kau tak tahu, kau sedang berlawan dengan siapa sekarang ini. Aku sendiri pun tidak menyangka orang yang selalu kau buru, rupanya lebih licik dari kau sangkakan. Sekarang kau terimalah natijahnya." Rizal mengejek Dato Azahar di dalam hatinya.

-----------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience