Bab 4

Romance Series 51364

Dato Sri Ariff Shah serta isteri dan anaknya tiba di luar pintu rumah agam Atok Ayah iaitu ayah Dato Sri Ariff Shah.

"Papa dan Mama masuklah dulu, sekejap lagi Akira masuk" kata Akira cuba mengelak.

"Akira jangan nak buat hal ya. Akira nak Papa tarik balik semua yang ada pada Akira? Dah, mari kita sama-sama masuk" ujar Dato Sri Ariff Shah yang tahu akan akal fikiran anaknya.

Dengan membaca bismilah hirahhman nihrahim... Akira melangkah masuk ke dalam rumah agam Atok Ayah.

Dalam ruang tamu, di sebelah kiri ada keluarga pakcik Man nya iaitu Dato Arman Shah anak bongsu Atok Ayah. Isterinya bernama Datin Syifah serta mempunyai dua anak gadis yang bernama Nur Atikah dan Nur Syafika.

Manakala di sebelah kanan pula, pakcik Har nya iaitu Dato Azahar anak angkat Atok Ayah. Isterinya bernama Datin Marina serta mempunyai dua orang anak teruna yang bernama Saiful Shah dan Syukri Shah.

Keluarga kecil Dato Sri Ariff Shah menghampiri keluarga adiknya.

"Assalammualaikum, Man" Dato Sri Ariff Shah memberi salam sambil menghulurkan tangan pada adiknya.

"Waalaikumsalam, abang Ariff " sahut Dato Arman Shah sambil menyambut tangan abangnya.

"Dah lama sampai, Man?"

"Adalah lebih kurang 15 minit kami sampai ".

" Bila Akira sampai di Malaysia?" tanya Dato Arman Shah kepada anak buahnya.

"3 hari lepas Akira sampai sini" jawab Akira sambil tersenyum manis.

"Dah besar panjang anak buah uncle ini, dah boleh jadi isteri orang" usik Dato Arman Shah kepada Akira.

"Apa ni uncle, Akira belum puas bujang lagi. Lagipun Akira masih muda".

Dato Arman Shah ketawa besar apabila mendengar ucapan dari anak buahnya.

"Betullah apa yang Babah cakap tu, kak Akira. Kak Akira dah boleh kahwin, tentu dah ada boyfriend ni" cela Nur Atikah lalu menarik tangan Akira supaya mengikuti diri nya ke tempat Nur Syafika.

Melihat saja 3 gadis berkumpul, Syukri Shah mengatur langkah ke arah adik-adik sepupu angkatnya.

"Kak Akira dah ada boyfriend?" soal Nur Syafika dengan senyuman manisnya.

"Boyfriend tak deh tapi teman lelaki ramai" seloroh Akira.

"Ohh, akak kenakan fika ya" kata Nur Syafika lalu jarinya menyucuk pinggang Akira.

Kedengaran suara gelak ketawa mereka di ruang tamu rumah agam Atok Ayah. Saiful Shah hanya menjadi pemerhati melihat adik kandungnya dan adik-adik sepupuh angkatnya bergurau senda.

---------------------------------------------------

Makan malam telah pun siap di hidang, tanpa membuang masa keluarga besar Atok Ayah pun berkumpul di meja makan. Atok Ayah mengarahkan Dato Sri Ariff Shah membaca doa makan.

" Allahumma barik lana fi ma razaq tana wakina azabannar.. amin.. "

Habis saja doa makan di baca, mereka pun menjamah makanan di atas meja. Suasana di meja makan sunyi sepi sekali, hanya kedengaran bunyi sudu dan gerfu bertelingkah. Ini kerana Atok Ayah menetapkan peraturan, tiada perbincangan semasa menjamu selera.

Selesai sudah sesi makan malam, Atok Ayah memberi arahan kepada keluarga besarnya untuk duduk di ruang tamu kerna ada perkara yang ingin dia sampaikan.

"Kau ingat aku tidak tahu rancangan yang kau buat untuk cucu kesayangan kau. Aku akan pastikan ianya gagal. Dan harta itu akan jadi milik aku sorang" bisik hati Dato Azahar dalam diam.

Imbas 2 bulan yang lalu...

Dato Azahar datang ke rumah Tan Sri Alif Shah iaitu ayah angkatnya. Sebaik tiba di pintu bilik bacaan belum sempat tangannya menyentuh tombol pintu, secara tidak sengaja dia terdengar perbualan ayah angkat dengan adik angkatnya Dato Sri Ariff Shah.

"Ariff, anak kamu Akira bila nak balik Malaysia? "

"2 bulan lagi cucu ayah akan pulang ke Malaysia sebaik saja tamat pengajiannya. Kenapa ayah tanya tentang Akira? "

"Arwah ibu kamu ada meninggalkan amanat. Di mana sebahagian harta peninggalan ibu kamu akan di serahkan kepada anak kamu Akira. Dan dalam amanat itu juga, Akira harus mengkahwini cucu kawan baik ibu kamu."

"Macam mana jika Akira tidak setujuh dengan penjodohan itu, ayah?"

"Akira tidak boleh menolaknya melainkan dia ingin memutuskan talian persaudaraan..."

Dato Azahar ketika itu merasa sangat marah. Dia menyangkakan semua harta sudah di bahagikan kepada dia dan adik-adik angkatnya, rupa-rupanya masih ada lagi yang belum di serahkan. Dengan perasaan marah dan tidak berpuas hati, dia segera meninggalkan bilik bacaan.

---------------------------------------------------

Suasana di ruang tamu rumah agam Atok Ayah masih senyap tanpa sebarang suara. Sebaik saja Atok Ayah duduk di sofa, AtokAyah memulakan mukadimannya...

"Akira, atok nak kamu berkahwin dengan cucu kawan baik arwah nenek kamu".

Akira dan juga beberapa orang yang berada di ruang tamu itu, terkejut sebaik saja mendengar ucapan dari Atok Ayah. Kecuali Dato Sri Ariff Shah, Datin Sri Arani Lin dan Dato Azahar kerna mereka sudah mengetahui akan perkara tersebut. Akira merasakan seperti dirinya dihempap dengan batu yang sangat besar, dia cuba mengumpul kekuatan untuk bersuara.

"Kenapa Akira kena kahwin dengan cucu kawan baik arwah nenek, Atok Ayah?" tanya Akira meminta penjelasan.

"Arwah nenek kamu sudah berjanji dengan kawan baiknya. Cucu perempuan pertama dalam keluarga ini, akan mengkahwini dengan cucu kawan baiknya" jawab Atok Ayah sambil memandang wajah cucu perempuan yang pertama.

"Tapi Akira tak nak " jerit Akira tanpa menyedari akan tingkah lakunya.

"Akira, jaga kelakuan kamu. Kamu sedar tak dengan siapa Akira bercakap? "cela Dato Sri Ariff Shah menegur anaknya.

"Maaf Atok Ayah, Akira tak sengaja" ujar Akira dengan perasaan serba salah.

"Tetapi Akira tetap tidak mahu kahwin dengan cucu kawan baik arwah nenek".

"Mahu tidak mahu, Akira tetapi kahwin dengan cucu kawan baik arwah nenek. Itu adalah amanat dan keputusan Atok Ayah. Jika kamu tidak setujuh dengan perkahwinan ini, kamu bukan cucu Atok Ayah dan kamu bukan anak papa dan mama kamu lagi" tegas Atok Ayah.

Air mata Akira menitis di pipinya apabila mendengar ucapan daripada Atok Ayahnya sendiri. Fikirannya buntuh, tidak tahu hendak berbuat apa saat itu.

----------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience