Bab 19

Romance Series 51364

Di lihat kipas syiling masih berputar dengan kadar kelajuan seperti ditetapkan, tetapi tubuh badannya merasa tidak enak. Akira menyentuh dahinya, terasa panas sedikit.

"Aku nak demam ni, lebih baik aku mandi sebelum melarat" desis Akira, lalu mencapai tualanya dan masuk ke bilik air.

Sepuluh minit kemudian, Akira keluar dari bilik mandi. Dia mengenakan baju tanpa lengan dan seluar pendek ke tubuhnya.

Dengan perlahan-lahan Akira membuka pintu biliknya, di lihat lampu di ruang tamu sudah pun terpadam.

"Dah masuk tidur kot, mamat tu!" bisik hati Akira.

Akira melangkah ke dapur dan mengambil segelas air suam untuk makan ubat. Selesai menggunakan gelas tadi, dia menyuci gelas itu dan meletakkan semula di tempat asalnya.

Ketika Akira berjalan menuju ke biliknya, tiba-tiba langkahnya terhenti apabila melihat pintu slidding terbuka. Langsir biru muda yang jarang itu, seolah-oleh menari di tiup angin malam.

"Tadi, bukan kah dah tutup pintu tu? " detik hatinya merasa hairan.

Terasa nyaman menikmati angin malam yang menerjah masuk ke dalam rumah. Dirinya seperti di pukau, kakinya mula melangkah keluar ke balkoni kondo itu. Rambutnya turut beralun-alun apabila di tiup angin. Akira menutup kedua matanya dan tangan didepakan, membenarkan hembusan angin malam menyentuh tubuhnya. Bibirnya yang merah mengukirkan senyuman manis, menampakan lesung pipit di sebelah kanannya. Sekaligus menambahkan lagi aura keayuan gadis itu.

Tanpa disedarinya, ada sepasang mata sedang memandangnya tanpa berkelip. Pandangan yang sangat dalam, renungan mata yang bisa menikam jiwa yang melihatnya.

" Sungguh cantik ciptaanmu, adakah ini dikatakan bidadari syurga " bisik hati Haikal.

Dia terpesona melihat wanita yang berada di hadapannya. Naluri lelakinya tidak dapat menolak akan kecantikan wanita itu.

Akira membuka matanya dan terkejut apabila melihat Haikal berdiri di hadapannya dengan pandangan yang agak sukar di tafsirkan. Belum sempat Haikal bersuara, Akira seperti lipas kudung masuk ke dalam rumah.

"Adakah aku sudah menemui bidadari syurgaku? " soalnya di dalam hati. Haikal menyentuh dadanya, terasa denyut jantungnya bertukar irama.

Sementara itu, Akira yang berada di dalam bilik tubuhnya merasa gementar. Dapat di rasakan gerakkan denyutan jantungnya bergerak dengan laju.

"Sejak bila pula mamat tu ada kat situ? " soal hati Akira cuba mengawal rentak denyutan jatungnya.

Pelbagai persoalan mula bermain di benak fikirannya. Peluh di dahi, di lap dengan menggunakan belakang tapak tangannya.

"Ahhh... pedulikanlah, lebih baik aku tidur. Tak pasal-pasal nanti, badan aku naik panas lagi" rungut Akira sendirian.

Lantas Akira bangun dari katil dan segera menutup lampu biliknya, kemudian dia merebahkan dirinya di atas katil semula.

----------------------------------------------------

Terbitnya fajar matahari, menerangi permukaan bumi. Akira menjengguk keluar, memastikan tuannya tiada berada di luar.

"Ok, line clear! " desis hati Akira.

Keluarlah dia dari biliknya. Dalam masa yang sama, hatinya masih tidak karuan mengingati kejadian semalam. Di saat Akira ingin membuka peti sejuk, ada nota di lekat. Dia mengambil nota tersebut.

* Tak perlu buat sarapan pagi.
Aku dah keluar.
Take care!

Terukir senyuman di bibirnya, tanpa membuang masa Akira kembali masuk ke biliknya. Telepon bimbit di capai, tangan segera mencari nombor yang diingini. Setelah dapat, butang call di tekan.

Sesaat dua saat tiga saat empat saat... talian terus bersambung.

"Assalammualaikum.., Hisyam " sapa Akira.

"Waalaikumsalam.., cik Akira" sahut Hisyam dalam talian.

"Sekarang..kamu ambil saya. Sebentar lagi saya sent location pada kamu."

"Baik cik Akira. Jika saya dah sampai, saya akan hubungi cik Akira."

"Ok! "

Talian terus dimatian. Akira menghantar lokasinya kepada orang kepercayaannya. Sementara menunggu orangnya tiba, dia memasukkan barang-barangnya ke dalam beg travel.

Setelah selesai mengemas, Akira mengambil pen dan kertas. Dicoretkan kata-kata buat tuannya.
Siap menulis, Akira meletakkan kertas tersebut di atas meja ruang tamu.

Tidak lama kemudian, telepon bimbit Akira menyanyi. Tertera nama HISYAM di skrin, lantas dia menekan butang hijau.

"Assalammualaikum, cik Akira. Saya dah sampai!" kata Hisyam di atas talian.

"Waalaikumsalam, ok. Sekejap lagi saya turun ke bawah" ujar Akira.

"Baik, cik Akira" tutur Hisyam.

Sebaik saja panggilan dimatikan, Akira memakai mask kemudian dia mengangkat beg travel nya. Sebelum Akira menutup pintu rumah, dia melihat sekeliling di ruang tamu dan bersuara...

" Terima kasih rumah kerna benarkan aku berteduh di sini biarpun hanya sekejap saja. Aku pergi dulu, assalammualaikum! "

Lalu pintu rumah itu tertutup rapat. Akira membuka langkah pergi meninggalkan rumah kondominium itu.

----------------------------------------------------

Lapangan Terbang Antarabangsa Changi Singapore

Beg bagasi bersaiz sederhana di tarik bersama ketika keluar dari balai ketibaan. Terlihat seorang lelaki memegang kertas nama ' SIR HAIKAL ISKANDAR '. Haikal berjalan menghampiri lelaki tersebut dan senyuman dilontarkan.

" I am Haikal Iskandar! " ujar Haikal memperkenalkan dirinya.

' Sir Haikal Iskandar Dato Haris? " Lelaki itu meminta kepastian.

" Yes, me! " akui Haikal sambil menganggukan kepalanya.

" Sorry sir, I am new employee. "

" It's okay. "

" Sir, where are we going? "

"Back to the hotel! "

" Okey, sir. "

Mereka berjalan menujuh ke kawasan letak kereta. Setelah beg bagasi di masukkan ke dalam bonet kereta, enjin kereta di hidupkan. Lima saat kemudian kereta mula meluncur ke lebuh raya dan menuju ke ORCHARD HOTEL SINGAPORE.
Hampir 50 minit, akhirnya Haikal sampai di hotel penginapannya. Dia melangkah masuk ke dalam banggunan itu dan menuju ke arah penyambut tetamu sambil menarik beg bagasinya.

Setelah mendapatkan kad akses, Haikal menarik beg bagasinya ke arah lif. Butang naik di tekan. Ting! Pintu lif terbuka, lalu Haikal melangkah masuk ke dalam lif itu.

Sebaik sahaja sampai di depan pintu bilik, dia menyentuh kad akses tersebut di permukaan skrin digital pintu itu.

Tet! Pintu terbuka, Haikal masuk ke dalam dan merebahkan badannya di atas katil. Tiba-tiba dia teringatkan bidadarinya.

" Apa dia buat sekarang ni? lebih baik aku tengok dia! " ujar Haikal sambil tersenyum lebar.

Tangan terus mencapai telepon bimbitnya, aplikasi cctv rumah di tekan. Senyuman yang meniti di bibir, bertukar menjadi pudar.

" Mungkin dia ada dalam bilik kot! ". Haikal cuba menyedapkan hatinya.

Di lihat jam di tangannya, menunjukkan sudah pukul 1 tengah hari. Hati kecilnya mulai curiga.

" Dia ke mana? " soal Haikal sendirian.

----------------------------------------------------

Maaf jika ada kekurangan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience