Bab 23

Romance Series 51364

Seminggu sudah berlalu, akhirnya segala urusan syarikat di Singapore dapat juga di selesaikan. Haikal Iskandar kini sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Setibanya di balai ketibaan, Haikal segera mengambil beg bagasinya dan terus beredar.

Sebelum keluar dari bangunan airport, Haikal singgah sebentar di sebuah cafe dalam bangunan itu. Dia memesan segelas kopi o panas. Setelah mendapat minumannya, Haikal mula meneruskan langkah kakinya.

Tiba-tiba secara tak sengaja, tangan yang memegang kopi panas itu dilanggar oleh seorang wanita.

"Ouch! panas... panas... " rungut Haikal ketika air kopi o panas melencun di bajunya.

"Sorry...encik, saya tak sengaja" kata wanita itu serba salah sambil mengeluarkan tisu di beg tangannya dan terus menghulur kepada Haikal.

Ketika Haikal mengambil tisu tersebut, pandangan anak mata mereka bersatu.

"Kenapa pandangan anak mata wanita ini seperti aku pernah melihatnya? siapa wanita ini? " detik hati Haikal, denyut jantungnya mula bertukar irama. Rasa sakit di badannya, tidak di rasainya lagi.

Sebaik saja pandangan anak mata hazel itu dilarikan, barulah Haikal tersedar dari pandangannya. Dia seakan terpaku melihat anak mata wanita yang berada dihadapannya. Haikal cuba mengingati sesuatu tentang anak mata itu, sehingga dia tidak tersedar dia telah memandang agak lama wanita tesebut.

Wanita yang melanggari Haikal itu, segera berlalu pergi bersama dengan kawannya tanpa bersuara.

"Aii...blah macam tu je. Ini tak boleh jadi!" rungut hati Haikal.

"Hey cik, masalah ini belum lagi selesai!" jerit Haikal, rasa sakit di badannya mula terasa kembali.

Namun wanita itu tetap tidak menghiraukan jeritan daripada Haikal, kakinya terus melangkah dengan cepat menujuh ke parking kereta.

Haikal ingin mengejar wanita yang melanggarinya, namun gagal kerna langkah wanita tersebut sangat laju. Di tambah pula dengan beg bagasinya yang agak berat sedikit, amat menyukarkan pergerakkannya. Dia menghempas tanganya pada angin, merasa geram terhadap wanita itu yang hilang dari pandangannya.

"Jika aku jumpa kau lagi... siap kau! " gumam Haikal, lalu melangkah pergi ke kawasan taksi.

-------------------------------------------------------

Haikal telah pun sampai di depan muka pintu rumah kondominiumnya, lalu dia menekan password di alat elektronik yang melekat di pintu rumah. Sebaik saja pintu rumah kondominium di buka, keadaan dalam rumah itu gelap gelita.

"Ai... mana pula perempuan ni? tak kan tidur. Dah pukul berapa sekarang ni? " gumam Haikal sambil menekan suis lampu ruang tamu.

Dia berlalu menghampiri pintu bilik maid nya dan mengentuk pintu tersebut, tapi tiada jawapan.

"Linda" panggil Haikal.

Pintu di ketuk lagi dan memanggil nama Linda, namun masih tiada jawapan.

"Tak boleh jadi ni! " kata Haikal, hatinya mula tidak karuan.

Haikal menyentuh tombol pintu dan memulasnya.

"Tak kunci? " Haikal merasa hairan.

"Linda! " laung Haikal dalam bilik maid nya.

Haikal mencapai suis lampu di bilik itu. Lampu menyala, tiada kelibatan Linda dalam bilik itu.
Dia terus mencari di seluruh dalam rumah kondominiumnya itu tetapi tetap tidak menemui maid nya.

Haikal merebahkan dirinya di sofa ruang tamu, matanya di tutup rapat. Fikirannya mula tak tenang.

"Betul sangkaan ku, kau dah pergi dari rumah ini" detus hati Haikal dengan hampa.

Matanya di buka, tiba-tiba dia terpandang sepucuk surat diatas meja di ruang tamu. Dengan berat hati, tangannya mencapai surat tersebut.

Kepada Tuan Haikal Iskandar,

Terima kasih saya ucapkan kerna membenarkan saya tinggal disini dan menyediakan makan minum saya. Saya minta maaf kerna terpaksa membatalkan perjanjian di antara kita. Saya terpaksa pergi dari sini dan saya juga berharap agar kita tidak akan berjumpa lagi. Jaga diri Tuan baik-baik. Assalammualaikum....

Daripada
Linda.

"Apa semuanya ini? kenapa kau pergi di saat aku mula merasakan sesuatu terhadap dirimu? " detik hati kecil Haikal. Tidak semana-mana air mata jantannya mengalir di pipi.

"Ya.., aku sudah jatuh hati pada wanita yang bernama 'Nur Akira Syalinda '." Luahan hati Haikal Iskandar.

------------------------------------------------------

Selepas makan malam, Akira keluar rumah pergi ke kolam ikan yang berada di kawasan Villa itu. Dia mengambil bekas makanan ikan, kemudian memberi ikan peliharaan Datin Sri Arani Lin makan.

Sambil memberi ikan makan, sambil itu juga dia merenung ke arah ikan yang berenang-renang di dalam kolam. Tidak semana-mana fikirannya melayang, teringatkan akan pertemuan yang tak disangkakannya. Suara hati dan fikirannya mula berbicara,

"Dia dah kembali. Mamat tu kenal aku tak tadi? tapi mustahil dia kenal aku sebab aku pakai face mask. Tapi dari renungan matanya, seolah dia mengenali ku? aaah... lantak lah. Buat apa aku nak fikirkan mamat tu. Lagipun aku tak ada apa-apa kaitan dengan dia. Dan tak lama lagi aku nak bertunang. Aku harus lupakan mamat tu! "

Tipulah jika tiada perasaan sedikit pun di hati Akira terhadap Haikal Iskandar. Pertama kali bertentang mata, denyut jantung Akira sudah bertukar iramanya. Namun perasaan itu dia tepis kerna Haikal Iskandar bukan untuknya.

Datin Sri Arani Lin yang berada di dalam rumah mengintai keluar. Melihat ke belakang tubuh anaknya yang sedang berdiri kaku disitu. Merenung entah sampai ke mana difikirkannya.

"Abang " panggil Datin Sri Arani Lin.

"Hemmm... " sahut Dato Sri ariff Shah.

"Cuba abang lihat anak abang tu? jauh benar lamunannya, entah sampai di mana."

"Biarkanlah.. mungkin ada perkara yang mengganggu di fikirannya."

"Maksud abang? "

"Abang pun tak tahu, sayang. Abang teka je! "

"Akira ada cerita kat abang kah... mengenai bodyguard nya, si Hisyam? "

"Tak. Abang ada tanya juga tapi anak sayang tu mengelak nak menjawabnya."

"Abang rasa... Akira ada masalah kah? "

"Itu abang tak pasti pula sebab ... sayang tahu sendirikan, dengan sikap si Akira tu. Pendiam dan suka penyimpan rahsia. "

"Itu yang sayang sudah hati sekarang ni, sepertinya anak kita ada masalah"

"Sayang tak perlu risau, abang kenal sangat dengan anak kita tu. Insyaallah....anak kita boleh mengatasi segala masalah yang dia hadapi! "

"Ye lah, sayang juga berharap seperti abang."

------------------------------------------------------

insyaallah... isnin nanti bersambung :) maaf jika ada kekurangan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience