Bab 18

Romance Series 51364

Tok tok tok...

"Masuk." Kedengaran suara dari dalam.

Pintu dibuka secara perlahan, Haikal lantas melihat figura yang melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"Busy...ke?" soal Hashim sambil duduk di kerusi yang di sediakan.

Hashim ialah kawan universiti Haikal dulu dan sekarang sudah memiliki sebuah agensi penyiasat persendirian.

"Tak juga. Why? "ujar Haikal dengan dahinya berkerut.

"Saje nak tanya..,manalah tahu, kau busy" ujar Hashim sambil tersenyuman senget.

"Kau dah dapat apa yang aku suruh?"

"Susah sikit Kal. Aku sendiri tak dapat, apatah lagi dengan orang-orang aku. Sampai sekarang ni aku masih lagi mencari maklumat perempuan itu."

"Ok, kau teruskan saja. Cari maklumat perempuan itu sampai dapat."

"Aku nak tanya ni, yang kau beria-ia sangat nak maklumat perempuan itu, kenapa? dan macam mana pula kau kenal dia? Perempuan itu ada buat masalah kat kau kah?"

"Kau tak perlu tahu, buat saja apa yang aku suruh."

"Aku... "

Perbualan di antara dua sahabat itu terhenti apabila pintu bilik pejabat Haikal di ketuk.

Tok tok tok...

"Masuk" bergema suara Haikal dalam bilik pejabatnya.

Pintu di buka, muncullah Zara di hadapan muka pintu. Zara melangkah masuk dan berhenti di hadapan meja kerja tuannya.

"Ya, Zara. Ada apa?" soal Haikal sambil memandang setiausahanya.

"Maaf tuan mengganggu, sebentar tadi setiausaha Dato Haris ada call. Dato Haris minta tuan datang ke bilik pejabatnya sekarang" jawab Zara dengan tenang.

"Kamu tahu tak sebab kenapa Dato nak jumpa dengan saya?"

"Jika saya tidak silap, mungkin mengenai projek di singgapura, tuan."

Haikal mengurut dagunya berulang kali, memikirkan tentang sesuatu perkara. Kemudian dia bersuara,

" Ok, sekejap lagi saya datang. Kamu boleh sambung semula kerja!"

"Baik, tuan".

Apabila mendapat kebenaran keluar, Zara mengatur melangkahnya pergi dari bilik majikannya.

Sebaik saja setiausaha Haikal menutup pintu bilik pejabat Haikal, Hashim bersuara.

"Oklah bro.., aku pun nak cau juga. Nanti Dato lama menunggu ceo nya datang" usik Hashim sambil tersenyum mengejek kepada temannya.

"Ok. Kalau kau dah dapat maklumat, segera inform kat aku."

"Ok bossku!"

Sebelum berpisah, mereka berjabat tangan.

----------------------------------------------------

Apabila sampai di depan pintu bilik pejabat ayahnya, Haikal mengetuk pintu.

Tok tok tok...

"Masuk" suara dari dalam bilik pejabat Dato Haris.

Mendengar keizinan diberikan, Haikal membuka pintu bilik pejabat Dato Haris dengan perlahan. Di lihat ayahnya sedang duduk di kerusi kerja dan di temani adik lelakinya juga duduk di kerusi berhadapan dengan meja kerja ayahnya.

"Haikal, masuklah. Kenapa tercegak lagi kat situ. Duduk kat sini, ada perkara ayah nak bincangkan." Dato Haris melemparkan senyumannya.

"Kau buat apa kat sini?" soal Haikal kepada Hamzah dengan senyum sini.

"Ham ada hal nak berbincang dengan ayah, tapi dah selesai dah. Ham dah nak keluar ni" jawab Hamzah sambil memamparkan senyuman manisnya.

"Ayah, Ham keluar dulu." Hamzah meminta diri sebelum beredar dari bilik ayahnya.

"Baik" hanya sepatah kata yang keluar dari mulut Dato Haris sambil menganggukkan kepalanya sedikit.

Sebaik saja mendengar pintu bilik pejabat di tutup rapat, Haikal langsung bertanya kepada Dato Haris.

"Kenapa ayah panggil, Haikal?"

Dato Haris berdeham perlahan, memulihkan perit ditekaknya sebelum bersuara.

"Ayah nak Haikal pergi ke Singapore . Ada masalah dengan projek kita di sana?"

"Kenapa Haikal perlu ke sana? Hamzah kan ada, suruhlah dia ke sana? "

"Hamzah perlu ke Indonesia, dia mengurus permasalahan yang timbul di hotel baru kita kat sana."

"Oooh. Bila ayah nak Haikal pergi ke Singapore ?"

"Esok pagi!"

"What? kenapa cepat sangat?"

"Lagi cepat lagi bagus. Dan Haikal jangan risau, ayah dah urusankan semuanya. Haikal hanya perlu bawa beg pakaian saja."

"Baiklah, Haikal akan pergi. Ada apa-apa lagi ayah nak bincangkan?"

"Ada."

"Apa dia? "

"Pertunangan Haikal."

"Kenapa dengan pertunangan Haikal?"

"Haikal ikhlas menerima perjodohan keluarga? Jika Haikal tidak setujuh dengan perjodohan keluarga ini, Haikal boleh tarik diri. Ayah tak nak Haikal mengsia-siakan anak gadis orang."

Tersentap Haikal mendengar tutur bicara dari ayahnya, akal fikirannya kembali tak tentu arah. Dato Haris melihat Haikal mendiamkan diri, ini peluangnya untuk mengajar anaknya. Tidak tahan melihat kebisuan Haikal, Dato Haris bersuara kembali.

"Ayah tahu, Haikal masih berhubung dengan kekasih gelap Haikal...Baizura! "

Sekali lagi Haikal terpanah bila ayahnya menyebut mengenai hubungannya dengan kekasih gelapnya. Dirinya seperti cacing kepanasan diketika itu.

"Kenapa diam?" tanya Dato Haris dengan pandangan tajam.

"Hai..kal" Belum sempat Haikal meneruskan katanya, Dato Haris sudah memintas.

"Jika Haikal ingin teruskan hubungan Haikal dengan kekasih gelap Haikal, teruskanlah. Ayah tidak akan melarang."

Terukir senyuman lebar di bibir Haikal apabila mendengar perkataan 'tidak akan melarang' yang baru saja dilafazkan oleh ayahnya. Hatinya cukup senang hingga tak terkata.

"Tetapi ingat..," termati senyuman Haikal serta merta bila Dato Haris mula menutur kata,

"Segala harta benda yang Haikal miliki hingga sekarang ini... ayah akan rampas semula. Haikal fikirlah masak-masak sebelum membuat keputusan, sekarang Haikal boleh keluar dari bilik pejabat ayah!"

Dengan berat hatinya, Haikal melangkah pergi meninggalkan ruang bilik pejabat Dato Haris. Di dalam hatinya sudah tidak tentu arah.

----------------------------------------------------

Akira mengemas ruang dapur setelah selesai memasak menu makan malam, selepas itu dia melangkah ke sofa di ruang tamu. Akira melabukan punggungnya dan bersandar di sofa melepaskan lelahnya.

Pintu utama dikuak, Akira terus menegakkan tubuhnya dan terus berdiri.

"Tuan nak makan?" sapa Akira sebaik saja Haikal melangkah masuk ke dalam rumah.

"Aku mandi dulu" kata Haikal sebelum meninggalkan Akira yang masih berdiri dekat sofa.

Tidak sampai setengah jam, Haikal sudah pun terpacak di tepi meja makan. Dia menarik kerusi dan terus duduk. Akira dengan pantas menghulurkan pinggan yang sudah pun berisi nasi kepada tuannya. Sesekali Haikal mencuri-curi melihat kelakuan Akira ketika makan.

"Selepas makan, aku nak kau duduk di ruang tamu". Haikal bersuara setelah selesai menghabiskan makannya.

"Baik tuan" tutur Akira setelah makanan dalam mulutnya di kunyah.

Di dapur, Akira mula menyuci pinggan mangkuk di dalam sinki. Setelah memastikan ruang dapur dalam keadaan kemas, Akira mengorak langkahnya ke ruang tamu seperti yang di arahkan tuannya sebentar tadi.

"Duduk" arah Haikal sebaik saja melihat kelibatan Akira berada di ruang tamu.

Akira akur, dia terus duduk di sofa yang berdekatan dengan dirinya.

"Esok.., aku akan ke Singapore selama seminggu. Aku nak kau jaga rumah ini seperti mana kau menjaga nyawa kau sendiri. Dan jangan cuba nak melarikan diri dari aku, kau faham!" tutur Haikal separuh mengugut Akira.

"Baik, tuan." Dua perkataan yang keluar dari mulut Akira.

Di dalam hati Akira sudah tersenyum lebar.

"Yes, masa yang ku tunggu akhirnya sudah tiba. Kau ingat aku takut dengan ugutan kau tu.., I am sorry, okey! " bicara hati kecil Akira.

--------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience