Bab 24

Romance Series 51364

Neck tie dikemas sedikit sebelum melangkah keluar dari bilik tidurnya. Sempat lagi dilipat lengan baju kemeja yang belum dilipat sehingga ke siku sambil berjalan. Langkah kakinya terhenti seketika bila terpandang pintu bilik yang berada dihadapan biliknya. Entah kenapa, tiba-tiba rasa sayu datang menyelubuhi dirinya.

Perlahan langkah mula menghampiri di pintu bilik itu. Tangan bergerak memulas tombol dan segera di tolak perlahan. Haikal masuk ke dalam, bilik diperhatikan sekeliling. Kosong... dia merindui insan yang pernah menghuni bilik tersebut.

Keluhan dilepaskan, lalu dia beredar dari bilik itu dan terus ke ruang tamu. Sampai saja di ruang tamu, langkahnya terhenti lagi...matanya kaku pada ruang dapur. Tiba-tiba Haikal terbayang melihat Linda yang sedang menghidangkan sarapan di meja makan.

"Tuan.. sarapan dah siap" kata Linda sambil menuang air kopi di cawan.

"Hmmm " jawab Haikal.

"Kau nak ke mana? " tanya Haikal sambil memandang Linda iaitu maid nya.

"Saya nak sarapan di dapur, tuan."

"Tak perlu, kau temankan aku sarapan di sini. "

"Baik, tuan."

Saat bayangan itu hilang, Haikal menggelengkan kepalahnya. Raut wajahnya mula berkerut.

"Kau ada di mana, Linda?" gumam Haikal sendirian.

Tiba-tiba Haikal di kejutkan dengan nyanyian telepon bimbitnya meminta di angkat. Di lihat panggilan dari ' Ibu calling '.

"Apa lagi ni? " getus Haikal, lalu tangannya menekan butang icon hijau.

"Assalammualaikum Haikal " Datin Harlin menyapa salam di talian.

"Waalaikumsalam... ibu " sahut Haikal.

"Haikal malam ni balik rumah, ya"

"Kenapa, ibu? "

"Haikal dah lupa kah? "

"Lupa apa pula ibu? "

"Lusa kan kita nak masuk meminang? Haikal tak ingat kah? "

"Alamak..! macam mana aku boleh lupa ni? " rungut hati Haikal.

"Ok, nanti malam Haikal balik rumah. Haikal nak gerak ni bu, nak masuk office ."

"Baiklah... hati-hati bawa kereta tu"

"Ok, ibu"

Panggilan terus di matikan. Haikal menutup pintu kondominium nya dan berjalan ke lif untuk turun ke bawah.

Tidak berapa lama kemudian Haikal tiba di bangunan HI HOLDING. Tiba saja di depan pintu bilik pejabatnya, Haikal mengarahkan Zara membatalkan semua meeting dan appointment dengan sesiapa saja. Dia tidak mahu di ganggu.

Tidak lama kemudian...

" Excuse me... can I meet your boss? " tutur Baizura dengan sombongnya.

"Sorry miss Baizura, miss Baizura tak boleh masuk. Tuan Haikal tak nak jumpa dengan sesiapa pun hari ini." Halang Zara bersungguh.

"Kau tak ingatkah siapa aku pada your boss? kalau kau tak ingat, biar aku ingatkan kat kau. Aku Baizura... girlfriend Tuan Haikal Iskandar Dato Haris!"

"Yes, I remember. Miss Baizura listen to me, Tuan Haikal not in mood now. Dia akan marah saya nanti." terang Zara, cuba mengawal rasa menyampahnya terhadap Baizura.

"Girlfriend je... belum tentu lagi jadi isteri." rungut hati Zara.

"Do i care? Dia marah you but not me."

Laju kaki Baizura menghampiri pintu bilik pejabat Haikal dan segera di bukanya.

"Sayang." sapa dia manja, wajah di ceriakan.

Zara menggelengkan kepalanya, masak lah dia lepas ni.

"Tuan Haikal, saya... "

"It's okay Zara. Just leave me with her." potong Haikal tanpa memandang Zara dan matanya memandang ke Baizura kemudian dia mengalih matanya ke skrin laptop nya.

Zara mengangguk perlahan.

"Baiklah." Langkah di undur ke belakang seraya menutup pintu. Lalu dia beredar dari situ.

"You buat apa datang sini? i busy, you tak nampak kah? " soal Haikal acuh tak acuh.

"Baby.. i nak jumpa you, i miss you... baby." luah Baizura dengan gediknya.

"Stopped Baizura, i rasa hubungan kita tak kan ke mana. We better just break up ! "

"NO... you dah janji nak kahwin dengan i, baby." air matanya mula memberat.

"Sorry Baizura, I tak boleh kahwin dengan you. I'm sorry."

"NO.. .you are mine. I tak kan lepaskan you macam tu je."

"Ok, if that's what you want ... we are married."

Baizura terus tersenyum lebar bila Haikal mengajak dia berkahwin.

"But... you sanggupkah kahwin dengan I, jika i tak ada apa-apa harta!"

"What do you mean?" Riak wajah Baizura terus berubah.

"Ayah benarkan kita kahwin dengan syarat... segala harta benda yang i miliki sekarang ini akan di rampas. I have nothing... you sanggup hidup susah bersama dengan I? you boleh tanggung I?"

Baizura terdiam tak bersuara, fikirannya mula mencerna.

"Gila... aku nak dia yang tanggung aku bukan aku yang perlu tanggung dia , no. Tapi bagaimana kalau Haikal tipu aku? but... Dato Haris bukannya suka aku pun. Baiklah, lebih baik aku putus dengan mamat ni. Banyak lagi lelaki kaya di luar sana! " desis hati Baizura.

"Kau ingat aku tak tahukah yang kau cuma nak harta aku saja." bisik hati Haikal, dalam hatinya dia sudah tersenyum senget.

"Kenapa diam? you tak nak kahwin dengan i kah, baby? "

"Yes..." jawab Baizura sepatah.

"Yes... for what? " tanya Haikal, raut wajahnya yang agak terkejut cuba di tutupi.

"Kita putus! " akhirnya Baizura mengucapkan perkataan yang di harapkan oleh Haikal.

"Baby, are you serious? do you don't love me, baby? " Haikal cuba bertarik tali dengan ucapan Baizura.

"I love you so much but.. you have nothing if you marry me. I tak boleh tanggung you, so ... we broke up! " Baizura menyudahkan kata-katanya sebelum berlalu pergi meninggalkan Haikal di bilik pejabat.

"Begitu saja minah ni tinggalkan aku... Aku dah agak dah... kau memang layak jadi kekasih gelap ku saja" getus hati Haikal, tersenyum sinis di bibirnya sebaik saja kekasih gelapnya keluar dari bilik kerjanya.

" skandal dah pergi... and now, future fiance... aku akan pastikan perempuan itu juga akan angkat kaki " kata Haikal dengan senyuman jahatnya.

---------------------------------------------------

Di bilik pejabat Dato Sri Ariff Shah, dua beranak itu sibuk meneliti dokumen yang perlu di tandatangan. Sedang sibuk melihat dokumen itu, Dato Sri Ariff Shah bersuara.

"Akira dah packing pakaian? "

"Kita nak ke mana, papa? " ujar Akira. Soalan di jawab dengan soalan.

"Akira dah lupa kah? "Dato Sri Ariff Shah cuba bertarik tali dengan anaknya.

Akira mengetuk-ketuk pen di dahinya dengan perlahan, cuba mengingatkan perkara yang dimaksudkan oleh papanya. Tiba-tiba bibir Akira mengukir senyuman nipis. Dia sudah faham akan maksud Dato Sri Ariff Shah.

"Belum lagi pa, nanti malam je lah... Akira packing baju."

"Ok, Papa harap... Akira tidak mengecewakan Atok Ayah. Dia berharap sangat dengan Akira."

"Insyaallah...pa."

Dua beranak itu kembali fokus ke kertas kerja tetapi tidak lama kerna pintu bilik pejabat di ketuk pula,

Tok tok tok....

"Masuk! " kata Dato Sri Ariff Shah dengan tone suara agak kuat sedikit.

Muncullah Fauziah di depan muka pintu, dia melangkah masuk dan kemudian berhenti di hadapan dua beranak itu.

"Ya Fauziah, ada apa? " soal Dato Sri Ariff Shah sambil memandang setiausahanya.

"Dato Sri, sebentar tadi... pembekal yang membekal bahan mentah kita, hendak berjumpa dengan Dato Sri " jawab Fauziah.

"Bila pembekal itu nak jumpa? " tanya Dato Sri Ariff Shah lagi.

"Hari ini, Dato Sri "

"Baik, di mana pembekal itu nak jumpa? dan pukul berapa? " kali ini Akira pula bertanya.

" Pembekal itu nak jumpa di kilang prosesan dan pukul 2 petang, pembekal itu nak jumpa " jelas Fauziah.

"Ok...ada apa-apa lagi? " kata Dato Sri Ariff Shah.

"Tak ada Dato Sri, hanya setakat itu saja buat masa ini " ujar Fauziah.

"Baiklah, kamu boleh keluar. " kata Dato Sri Ariff Shah.

"Baik, Dato Sri. Saya minta diri dulu." kata Fauziah, lalu meninggalkan dua beranak itu.

Dia segera keluar dari bilik pejabat Dato Sri Ariff Shah. Apabila daun pintu tertutup rapat, Akira mengutarakan cadangannya.

"Papa, biar Akira saja bertemu dengan pembekal itu. Lagipun papa kan ada temujanji dengan mama nanti ".

"Good idea... Thank you my daughter, love u! " ujar Dato Sri Ariff Shah dengan senyum lebarnya.

"Small better...pa. Oklah, kalau macam tu... Akira pergi lunch dulu... lepas tu, baru jumpa pembekal. Akira minta diri dulu. "

"Hati-hati sayang" pesan Dato Sri Ariff Shah.

"insyaallah... ". Akira menyalam dan mencium tangan papanya sebelum meninggalkan bilik pejabat.

Ketika Akira menujuh ke kereta city sport hybrid, sebuah kereta Toyota Alphand berhenti di hadapannya. Tiba-tiba tiga orang lelaki keluar dari kereta itu dan memakai topeng, menangkap Akira.

"Lepas lah... " bentak Akira.

Akira cuba berpura meronta-ronta minta di lepaskan. Dia tahu akan kehadiran lelaki-lelaki bertopeng itu, hendak menangkapnya.

"Kalau kau nak selamat, lebih baik kau ikut kami" ugut lelaki yang berada di hadapannya dengan mengeluarkan sepucuk pistol ke arah Akira.
"Ba..ik, aku ikut" akur Akira dan masuk ke dalam kereta mereka.

Hisyam yang berada di dalam kereta city sport hybrid, menghubungi orang-orangnya untuk bersiap sedia. Apabila kereta Toyota alphand bergerak, Hisyam sudah pun bersiap sedia hendak mengekori kereta tersebut.

Kereta Toyota Alphard menyusuri jalan yang dikelilingi hutan. Akira cuba berlagak cuak apabila melihat sekeliling jalan itu, dia mula memberontak.

"Kau nak bawa aku ke mana hah? " jerit Akira sambil memandang ke arah lelaki yang duduk di depan sebelah pemandu.

"Kau diam boleh tak, bising lah!" marah Ali.

"Aku tak kan diam, kau lah manusia paling bodoh dan bengap yang pernah aku jumpa." kata Akira dengan sinisnya.

"Kau nak diam kah atau kau nak aku ikat mulut kau? " ugut Ali sambil menoleh ke arah Akira.

"Berapa bayaran kau dapat dari orang tua tu untuk culik aku? "

Ali terdiam tidak bersuara, fikirannya mula berkerja. Melihatkan Ali bisukan diri, Akira mula cucuk jarum.

"Aku boleh bayar kau tiga kali ganda dari bayaran orang tua tu, dengan syarat kau lepaskan aku dan sekaligus berkerja dengan aku!" Akira membuat tawaran.

"Tutup mulut perempuan itu sekarang! " arah Ali kepada orang-orangnya.

Sebelum mulut Akira di tutup, dia sempat memberi amaran.

"Tunggu dulu, aku nak cakap sikit." tangguh Akira.

"Apa dia? " tanya Ali.

"Keluar saja aku dari kereta ini, tawaran aku dah tamat." Terus mulut Akira di tutup dengan pelekat.

Tidak lama kemudian kereta Toyota Alphard itu berhenti di sebuah gudang terbiar, pintu kereta di buka. Sebaik saja Ali dan orang-orangnya keluar dari perut kereta itu, mereka terus di serang hendap oleh orang-orang Akira.

Hisyam segera mendapatkan Akira yang berada di dalam kereta Toyota Alphard itu. Dia membuka pelekat di mulut serta ikatan di tangan Akira.

"Kau ok tak? " soal Hisyam dengan risau.

"Aku ok." jawab Akira sambil senyum nipis.

Akira dan Hisyam keluar dari perut kereta Toyota Alphard. Kaki selamat mendarat di permukaan bumi, Akira terus memberi arahan.

"Hisyam, tolong selesaikan masalah ni. Aku tunggu kau di kereta." Lalu Akira membuka langkah kakinya.

"Cik Akira, aku terima tawaran kau? " ucap Ali secara tiba-tiba.

Langkah kaki Akira terhenti sebaik saja mendengar ucapan Ali. Dengan perlahan dia menoleh ke arah Ali yang lututnya sudah pun menyentu di permukaan rumput, manakala orang-orang yang lain berlimpangan di rumput yang berbatu.

"Kau dah lupa apa yang aku cakap tadi? atau kau ada masalah pendengaran? " ujar Akira dengan intonasi tegas.

Ali menelan liurnya bila mendengar tutur kata daripada Akira. Sebelum Akira meneruskan langkahnya, dia meninggalkan pesaan.

"Nanti kau jumpa dengan orang tua tu, kau kirim salam dekat dia dan cakap... jangan terlampau tamak!! "

Akira meninggalkan tempat itu dan masuk ke dalam kereta city sport hybrid.

---------------------------------------------------

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience